Happy Birthday Sayang! (^_^)

9:08:00 pm Yana Yani 34 Comments

Hari ni 6 May adalah hari jadi orang yang paling aku sanjung dan aku sayang. Siapa lagi kalau bukan Encik suami! Pandai Kak Kathy Arbain teka (^_^)

Sebenarnya Encik suami dan aku dilahirkan pada tahun yang sama dan bulan yang sama. Dia tua dua belas hari dari aku. So tak lama lagi hari jadi akulah pula! Hehe!

Anyway, cepat betul masa berlalu. Pejam celik dan bertambah lagi usia dia.

Encik suami adalah orang yang paling aku sanjung selain dari Abah. Banyak benda yang aku pelajari daripada dia dalam tempoh hampir sedekad perkahwinan kami.

Betul dia bukan insan yang sempurna, in fact tiada yang siapa yang sempurna dalam dunia ni. Tapi segala kasih sayang yang diberikan buat aku rasa amat dihargai (^_^)

Dia juga adalah Papa yang amat penyayang dan bertanggungjawab kepada dua insan kecil, Afif dan Aisy. Moga segala curahan kasih sayang ni akan berterusan ke akhir hayat.

Dua gambar dekat bawah ni adalah gambar ketika Afif dan Aisy masih lagi kecil.


Sayang,

Dikesempatan ni Ayang nak ucapkan SELAMAT HARI JADI pada sayang. Moga ALLAH mengurniakan Sayang kesihatan yang baik dan memanjangkan umur Sayang.

Insya ALLAH, siapa tahu kita boleh menghitung hari tua bersama. Boleh tengok keturunan kita membesarkan dengan sihat dan sentiasa di dalam rahmat ALLAH (^_^)

Siapa tahu kan?

Ayang tak mampu nak menghadiahkan barangan mewah, tapi Ayang rasa bahagia bila Sayang terima hadiah pemberian Ayang tahun ni dengan muka yang ceria.

Priceless moment tu! (^_^)

Once again, SELAMAT HARI JADI Sayang! Ketahuilah yang Ayang dan anak-anak teramat sayang pada Sayang. Ayang tahu Sayang sedia maklum akan hal tu (^_^)

Oh, Afif suruh beritahu you are the BEST Papa! (^_^)

Yang benar,
Isterimu yang comel, Yana (^_^)

34 comments:

  1. Replies
    1. hehe...moga suami saya baca ucapan ni =)

      Delete
  2. selamat hari jadi sayang..ooooppsssssss..typo lak kathy. happy born day buat suami sis,moga panjang umur,murah rezeki,sihat selalu dan jadi suami dan ayah pada isteri dan dua anak yang comel belaka. moga Allah melindungi sis sekeluarga dan kekal bahagia hingga akhir hayat.amin.

    p/s: nanti wish untuk sis pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi akak ni, typo ye...hehe
      terima kasih kak, hopefully dia baca ucapan akak ni juga
      aminnnnn...

      p/s-hehe...tu sudah pasti! 18 nanti tau...hehe siap bagitahu tuu

      Delete
  3. selamat hari jadi untuk ayang yana yani...semoga panjang umur dan bahagia disamping keluarga tercinta...aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...terima kaish bunda
      hopefully dia baca ni =)

      Delete
  4. Tahniah.. selamat menyambut hari lahir kpd suami. Semoga sentiasa sihat, diberkati kehidupan sekeluarga & tercapai segala yg dihajati... aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih saudara khir
      tulah harapannya kan
      moga dia baca ni juga =)

      Delete
  5. alhamdulillah... barakallahufiq encik hubby yana... moga panjang umur dan dimurahkan rezeki.... amin...

    ReplyDelete
  6. Mesti berbunga2 hati suami baca entri ini. Suami mana yang tidak gembira kalau dapat ucapan istimewa dari isteri, bahagia!...rasa nak terbang bersama ke awan, hehe...
    Selamat ulang tahun buat suami...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...senyum sampai ke telinga dia
      rasa nak terbang bersama awan tu, jiwang juga BM ni rupanya =)

      Delete
  7. Selamt hari lahir buat suami kak yana. Moga ikatan ini berkekalan dan bertambah bahagia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aminnn...
      itulah yang diharapakn cikgu =)

      Delete
  8. Selamat Menyambut Hari Lahir untuk en. suami . semoga hidup dilimpahi kebahagiaan dan kesejahteraan serta mendapat barakah dari Nya juga dipanjangkan ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sis vee
      aminnnnn....
      sekali lagi terima kasih =)

      Delete
  9. selamat hari lahir buat kesayanganmu...auwww!!

    moga sentiasa didalam rahmat Allah taala dan dimurahkan rezeki....

    amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...terima kasih lieya =)
      aminnnn

      Delete
  10. Yang paling best ada pengirim ucapan kat bawah tu lagi hehe....'ISTERIMU YANG COMEL'... Hepy Bezday untuk cik abe yeh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tu yang buat ucapan tu mahal...hehe

      Delete
  11. Puan yana yani,

    Terima kasih kunjungi blog saya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih pak mail
      sebab sudi follow sini =)

      Delete
  12. Happy birthday buat husband Yank.. samoga hahaha selalu.. =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, semoga hahaha selalu tu =)
      comel ucapan ni

      Delete
  13. happy belated birthday buat suami ye..

    ReplyDelete
  14. Happy Belated Birthday buat suami Yana.. Semoga bahagia selalu... :)

    ReplyDelete
  15. nak jgk wat ucapan walaupun dah terlepas hari.. selamat hari lahir utk hubby Yana... semoga murah rezeki selalu

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih zura
      tak kisahlah dah lepas pun boleh juga wish =)

      Delete
  16. Happy belated birthday utk suami yana...sweet je ucapan tuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih mimi
      tang mana yang sweet tu =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...