Terima Kasih dan Maafkanlah

5:19:00 pm Yana Yani 37 Comments

Alhamdulillah kita masih lagi bernafas dan mampu melihat keindahan alam semesta di hari pertama Jun 2015 despite dengan segala berita yang buat kita sesak nafas kebelakangan ni.

Dan sama ada kita sedar ataupun tidak, kita sudah pun berada di hari ke 14 Syaaban 1436H. Siapa yang belum menggantikan puasa, elokkan berbuat demikian secepat yang mungkin.

Ramadhan tak lama aje lagi menjelang. Dah ready ke belum?

Menjelang Ramadhan ni, YY berharap kesihatan YY semakin pulih. Selalu juga dok sematkan dalam otak ni yang sakit tu penghapus dosa. Tanda ALLAH sayang (^_^)

Disebabkan ramai yang bertanya, YY nak jelaskan di sini yang YY secara fizikalnya Ahamdulillah sihat walafiat. Tiada perbezaan, mungkin gemuk sikit ajeHehe!

Yang lelain tak ada perbezaan langsung. Apapun, terima kasih kerana mengambil berat dan untuk segala kata-kata semangat dan doa yang dikirimkan. ALLAH sahaja yang dapat membalasnya.

Oh ya, terima kasih untuk Gee Lion! (^_^)

Ceritanya pagi tadi hasrat di hati YY kononnya nak approved mana-mana komen yang ditinggalkan aje, tapi terpandang special entry empunya blog Diari Dandelion ni pula.

Terus terbaca, pastu terus terasa terharu plus happy sangat! Pastu terus tak tahulah nak kata apa sebab terasa macam diawang-awangan. Ni pun tak tahu dah turun ke belum (^_^)

Pastu terus tersengih macam kerang busuk dalam tempoh yang agak lama. Syok betul! Hehe!

Jangan buat muka macam tu ye! YY nampak tu okay! Muka macam annoying tu, ingat YY tak nampak ke? YY ada teropong ajaib tau! Tahulah korang jealouskan?

Tapi kan, korang kena baca tau Gee Lion punya review. Rugi tau tak baca. Hehe! Klik sini ye untuk baca budak yang baru aje jadi pengantin ni review blog YY (^_^)

Dan of course jutaan terima kasih buat semua yang singgah di blog YY ni sama ada yang memilih untuk menjadi silent reader atau yang menghabiskan masa berkualiti dengan meninggalkan jejak.

Terima kasih buat top 10 pengomen sepanjang bulan Mei lepas. Blog korang YY dah senaraikan di bahagian side bar blog YY ni sebagai tanda appreciation.


Sepanjang menjadi blogger, YY sedar perkara yang agak sukar dilakukan adalah blog walking dan sebagai tanda penghargaan buat mereka yang sanggup meluangkan masa, ada small token menanti.

Mereka yang tersenarai di bawah adalah yang bakal menerima small token tersebut berdasarkan pengiraan komen yang ditinggalkan dari 1 Ogos 2014 sehingga 31 Julai 2015.


Blog mereka juga YY dah senaraikan di dalam blog list.

YY akan cuba meluangkan masa untuk melakukan blog walking secara berperingkat selepas ini. YY mohon maaf sekiranya YY tak dapat membaca kesemua entry korang yang YY dah ketinggalan.

YY juga mohon maaf sekiranya sepanjang YY berblog ni, ada komen-komen atau mungkin entry YY yang buat korang tersinggung atau terguris. Secara jujurnya tak berniat.

Tapi yelah, YY tak dapat baca hati manusia walau secara fizikal semuanya nampak normal. Manalah nak tahu kot kadang kerana terlebih ramah, ada hati yang terluka.

So dengan rendah diri YY memohon maaf untuk segala kekhilafan YY ye.

Rasanya, itu ajelah bebelan YY. Kalau ada masa nanti, YY membebel lagi ye. Banyak yang nak dibebelkan ni, tak ada masa aje (^_^)

Till we meet again ye korang. Assalamualaikum.

37 comments:

  1. kita guna konsep cakap situ abis situ je lah yer... almaklum kita kan dah tua2, kenal kat alam maya pun dah lama. Insya Allah di hati saya takde simpan apa2 dendam atau marah dengan YY.. tak tau la kot2 saya yg byk sakitkan hati YY.. saya rendah diri minta maaf yer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah tu suria. memang lama juga kita kenal ye, cepat betul masa berlalu =)
      hehe...suria tak ada salah apapun dengan saya
      kira kosong-kosong kita ni ye
      apapun terima kasih kerana sentiasa menyokong =)

      Delete
  2. sOB SOB SOB...lama x singgah sini dan sis JM x masuk list...tahniah kepada mereka yg bakal terima token dari YY...ada masa free sis JM terjah ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala...saya pun dah lama tak singgah blog JM ni..acaner ni
      insya allah nanti saya sampai ye
      dah-dah, tak mahu sedih-sedih =)

      Delete
    2. eh yang! hihihi....same to me..ada masa sis datang terjah ye

      Delete
    3. boleh sep lah kalau camtu kan? hehe
      ye pasti singgah...lambat dengan cepat aje =)

      Delete
  3. Tahniah kerana direview... Terima kasih atas penghargaan..

    ReplyDelete
  4. yeke YY makin gemuk? dah sihat kan..alhamdulillah..
    blog YY memang ada potensi..banyak entri yang berisi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye mar...makin berisi ni
      pakai baju pun cam sendat semacam aje...hehe
      insya ALLAH mar, akan cuba
      terima kasih kerana menyokong perjalanan YY ye =)
      terharu sangat

      Delete
    2. Baguslah dah makin berisi. Tiroid YY macam mana?

      Delete
    3. hehe...bagus ye?
      dah bertukar jadi hypo lah kak
      sakit wei kak! tuhan aje tahu masa memula tu

      Delete
  5. Kitakan memang peramah. Kalau terlebih ramah sampai melukakan hati tu, YY anggap dah kosong-kosong ajelah sempena menanti kehadiran Ramadhan tahun ni *_* Oh, ya ke.... badan makin berisi? (Nak cakap makin gemuk, baru aje nak minta maaf tadi, kang terhiris perasaan lagi ~_^)

    Yalah, kita tunggu bila masa YY dapat bertandang borak-borak kosong. Lama tak borak dengan geng-geng merapu terasa memang lain tau!

    Semoga YY terus dikurniakan kesihatan yang baik ya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...MD takde buat salah apa dengan saya pun
      saya anggap gurauan aje semua tu..hehe
      memang gemuk sungguh dah ni MD wei...fakta tu =)
      sat lagi saya p rumah MD ye. tapi tak boleh lepak lama lah =)
      appaun terima kasih ye

      Delete
  6. sekejap je masa berlalu dah nak puasa lagi.. Sis dah makin sihat ye, alhamdulillah.. meriah balik kot blog sis nanti.. seronok baca hal budak2 berdua tu.. *__*..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan...kejab betul masa berlalu
      alhamdulillah, sihat dah sikit berbanding sebelum ni =)
      insya ALLAH, nanti akan diusahakan ye =)
      terima kasih ye

      Delete
  7. Cantiknya blog....



    Singgah blogwalking...:)
    Nak tingkatkan metabolisme badan tak?jemput baca artikel ni:
    http://blogmummyrifqiy.blogspot.com/2015/05/cinch-tea-bantu-anda-kurus.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih singgah
      terharu atas kata-kata tu =)

      Delete
  8. Kita serupa... maaf jua kerana tak dapat nak berkunjung kerap seperti selalu.

    Ikhlas nak bagitau : Setiap coretan komen YY memang amat dinanti dan dirindui kerana setiap komen anda sangat menarik dan menjadi satu penghargaan kerana YY memberikan pandangan atau kupasan hasil dari bacaan dan kefahaman anda terhadap seseuah entri.

    Semoga YY dikurniakan kesihatan yang baik serta kehidupan sekeluarga yang bahagia dan diberkati.

    p/s: Terima kasih kerana sudi bersama Relaks Minda...anda amat2 dihargai

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya rasa nak menangis baca komen BM ni
      lama tak nampak, tak mengapa BM...saya faham
      saya juga hadapi masalah serupa.
      terima kasih untuk sokongan BM juga selama ni.
      kalau tak kerana dorongan BM dan rakan-rakan lain, lama dah bye2 blog ni =)
      terima kasih sekali lagi =)

      Delete
  9. hehe...terima kasih diana ye =)

    ReplyDelete
  10. Assalam yana... moga yana sihat2 sahaja, akak pun nak minta maaf andai ada komen atau kata-kata akak yang menyinggung perasaan ya..ketahuilah.. kalau ada tu akak tak sengaja tau...

    Moga dengan terbukanya buku amalan yang baru ini,bertambah-tambah lah amalan kita.. dan semoga kita dapat bertemu dengan ramadhan kali ini..tak sabar nak tunggu ramadhan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumussalam kak
      alhamdulillah, bertambah sihat berbanding sebelum ni
      akak tak buat dosa apa pun dengan saya. saya takut saya aje =)
      insya ALLAH kak =)

      kejab aje nak ramadhan kan...moga bertambahlah kebaikan kita lakukan

      Delete
  11. tulah, kalau kat alam maya ni saya ambil sikap berhati-hati je, terutama yang lebih berusia.kita mana tau orang sentap ke idok..tapi kalau boleh, kita keep cool sudah dan memaafkan orang..ewah!

    semoga kak YY makin sihat ye.cita citata saya nak jadi top Jun..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan sal...kadang orang salah faham walau kita maksudkan benda lain
      inteprestasi setiap individu pada sesuatu cerita tu berbeza
      so kena ambil langkah berhati-hati
      alhamdulillah, sihat sikit berbanding sebelumnya =)
      all the best sal ye =)

      Delete
  12. Tahniah pada diri sendiri jugak ....eh? hihi....
    Okje pun mintak maaf jugak ye YY....manalah tau ada komen yg mengguris tanpa sedar....maklumlah kita ni hanya manusia biasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya punya supporter kuat...mesti ada =)
      samalah kita ye OKje, kosong-kosong ye
      jujurnya OKje takde salah apapun dengan saya, saya ajelah kot nyer ada buat salah =)

      Delete
  13. saya bab hati terguris dgn komen2 tu dah biasa . telan je . lagi pun bkn kita jumpa mrk pun . just kenal kat blog je . jadiya , sakit hati tu cepat je padam ... semoga cepat sembuh YY .

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul juga tu kan vee
      alhamdulillah saya sihat sikit dah ni
      terima kasih ye =)

      Delete
  14. Pejam celik pejam celik dah nak Ramadhan dah kan.
    YY, thanks sebab singgah blog akak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih tuk akak juga
      saya baru berkesempatan BW =)

      Delete
  15. Kathy maafkan. Hehehehehhe.. Tetiba je kan? Hehhehe.. Apapun,moga sis bertambah sihat. Eh...nama Kathy tersenarai jugak la. Tqsm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...
      alhamdulillah memang makin sihat ni
      terima kasih kembali kak, atas segala sokongan selama ni

      Delete
  16. Alhamdulillah kak Yana, semoga apa yg terjalin ini berpanjangan. Terima kasih juga kerana sudi dtg ke belog saya, walaupun belog tu usang ala2 tempat labah2 bersawang. Huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...sama-sama kasih
      akak pun baru ni okay sikit
      entah selama mana situasi ni =)

      Delete
  17. tahniah kpd semua blogger tegar yg tersenarai tu.
    mereka layak...
    yes aida akui nak bw memang x mudah.
    kena amik masa, kan?
    kekadang 2-3 hari x sempat bw hu hu hu...
    will try to bw tiap ari pasni in shaa Allah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul aida, BW memang bukan kerja mudah
      tapi dalam dunia blogger itulah saah satu rutin wajib =)
      takpe, take your time. saya juga baru stabil ni
      apapun thanks ye sebab sudi ke sini

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...