Rapuhnya Hati Ini

1:26:00 pm Yana Yani 31 Comments

Kita sebagai manusia adalah makhluk yang sangat lemah. Berbekalkan iman yang hanya senipis kulit bawang, hati kita mudah rapuh dengan segala bentuk ujian yang diberikan oleh DIA yang SATU.

Kebanyakkan di antara kita memilih untuk bergantung harap kerapuhan hati terhadap makhluk sedangkan makhluk tempat kita bergantung harap itulah yang akan menambah kerapuhan hati.

Mungkin disebabkan itu kebelakangan ini kita banyak dihidangkan dengan berita yang agak pelik dipendengaran dan amat jelik dipenglihatan lantaran terlalu mengharapkan makhluk.

Kita lupa mahluk yang kita menumpang harap sebenarnya tidak punyai sebarang kuasa untuk menyembuhkan kerapuhan hati kita tanpa keizinan ALLAH.

Jadi marilah kita berbalik kepada ALLAH.

Percayalah, ALLAH akan memberikan pertolongan dan perlindungan pada kita. Kekuatan ALLAH lah yang akan menolong kita, kerana ALLAH Maha Mengetahui, Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Hidup kita, pekerjaan kita, perkara di sekitar kita, semua berada dalam pantauan ALLAH, dan ALLAH tidak akan pernah mensia-siakan keyakinan hamba-Nya yang besandar pada-Nya ~ sumber


Tajuk Lagu: Rapuh
Penyanyi/Artis: Opick

Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan

Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Kupersembahkan kepada-Mu
Yang terindah dalam hidupku

Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepada-Mu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah pada-Mu

Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintai-Mu
Dalam dadaku harap
Hanya Diri-Mu yang bertahta

Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir Pada-Mu

----------------------------------------------------

YY rasa YY seorang yang baik tapi pandangan orang terhadap diri YY mungkin berbeza. Bantulah YY menjadi seorang yang baik. Tegurlah YY sekiranya YY melakukan kesilapan.

YY ibarat sedang memakai persalinan yang kelihatan cantik di hadapan cermin. Malangnya YY tak nampak apa yang berada di bahagian belakang persalinan.

Korang yang berada di belakang yang nampak kecacatan itu. Jadi tegurlah sekiranya ia boleh membawa kebaikan. Bimbinglah YY bersama korang ke Syurga (^_^)

P/S - Hari ini dah 17 Syaaban, tak lama lagi kita jumpa Ramadhan (^_^)

Imej daripada Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah's Page

31 comments:

  1. dah nak hampir ramadhan..tak sabar nak tunggu ianya kembali

    ReplyDelete
  2. kawan yang baik mampu menjadi cermin kepada kawannya, bukan sahaja diperlihatkan yang cantik sahaja,malah yang kurang pun dapat ditunjukkan... bersamalah kita menjadi cermin buat kawan2 kita, menunjukkan kelebihan dan kekurangan kawan, bukan untuk dihina tetapi untuk diperbaiki..

    tak sabar tunggu ramadhan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sejuknya rasa hati baca komen akak ni
      yelah, sama-sama kita jadi kawan yang baik

      kan? tak lama aje lagi

      Delete
  3. Sama lah.. saling nasihat menasihati...

    ReplyDelete
  4. InshaAllah akan sentiasa tegur menegur. Begitu jg yg kathy harapkan dr kawan terhadap kathy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau orang tak tegur, kita tak tahu dak
      kita sentiasa ingat kita betul aje
      so menegur tu perlu untuk kebaikan =)
      meh kita sama-sama jadi kawan yang baik buat kawan kita ye

      Delete
  5. letak pergantungan,harapan,kepercayaan pada Allah.. Insya Allah kita akan semakin kuat

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul suria, ALLAH memang sepatutnya kita bergantung harap
      terima kasih =)

      Delete
  6. .... kerana sesungguhnya sebagai umat Islam kita sama-sama ada tanggungjawab utk saling ingat-mengingatkan. Tidak ada siapa pun di dunia ini yg sempurna. Kita tak punya apa pun tanpa rohman dan rohimNya YY. Nak kelip mata pun tak mampu kalau bukan DIA yg bagi usah kata yg besar-besar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni lagi satu komen yang buat saya rasa touching
      terima kasih tuk peringatan tu kak. terima kasih untuk segalanya ye
      saya masih dalam peringkat memperbaiki diri

      Delete
  7. hehe...selalu time posa lagu ni rancak kuarkan =)

    ReplyDelete
  8. selalunya kita merasakan apa yg kita buat , tindakan dan pendapat kita sudah betul tapi bagi org yg melihat masih ada kekurangan dan keburukannya ... tiada manusia yg sempurna YY .

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan vee
      kadang kita tak boleh puaskan hati semua orang
      apapun, terima kasih ye

      Delete
  9. InshaAllah, selagi masih bernafas rahmat Allah itu luas pada kita.
    Setiap saat yg berlalu adalah detik taubat buat kita.
    Cuma kadang2 kita alpa & leka, mungkin kerana itu umur kita masih panjang hingga ke saat ini.
    Kerana Allah sentiasa memberi kita peluang, kan kak Yana.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. touching plak baca komen kamu ni gee
      tulah kan...cuma kita ni asyik lupa aje
      tak sedar-sedar yang peluang sebenarnya banyak diberikan
      moh sesama mburu syurga

      Delete
  10. Sentiasalah kita bermohon agar Allah sentiasa berikan kekuatan kpd hati dan diri kita semua... aamiin.

    ReplyDelete
  11. Suka lagu2 opick. Moga kita jadi insan yg apabila ada dihargai & disenangi, apabila tiada akan sentiasa dikenangi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kita
      kan kak...saya teringin sangat jadi orang tu

      Delete
  12. in shaa Allah saling nasihat menasihati ingat mengingati
    kan x lama dah kejap je rasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, lagipun tiada sesiapa yang sempurna kan
      cik su cakap pasal ramadhan kan? yelah...mggu depan
      kejab aje kan =)

      Delete
  13. InsyaAllah.. kalau kita berniat baik pasti yang baik2 jadi teman kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. exactly. moga kita juga menjadi kawan yang baik =)

      Delete
  14. Sudah tugas seorang kawan yang baik untuk saling ingat mengingati bila kita 'terlajak' dari landasan. Kalau YY silap, saya tolong tegur. Kalau saya silap, YYlah yang bertanggungjawab menegur ya sebagai sesama bangsa dan agama! Harapnya ukhuwah kita pun bukan sekadar di alam maya sahaja walaupun tak pernah berjumpa ya, YY.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sweetnya komen ni, rasa touching plak
      terima kasih kerana sudi jadi kawan saya
      emm, nak pinjam 10 ringgit boleh dak? nak makan chicken chop =)

      Delete
  15. sgt suka lagu ni !!!
    apapun YY, berserah kpd Allah adalah jalan terbaik.
    Allah planner terAgung :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya juga suka lagu ni
      maksud dia sanggat mendalam kalau benar2 dihayati =)

      ye, saya sedar hakikat tu =)

      Delete
  16. YY mmg baik...marilah kita sama-sama menjadi insan yg baik di sisi Allah...kita semua melakukan kesilapan tanpa sedar..marilah kita sentiasa muhasabah diri

    ReplyDelete
    Replies
    1. terharu baca komen ni =)
      betullah tu, sebenarnya tak perlu fikirkan sangat pandangan orang
      kita perlu fikirkan pandangan PENCIPTA
      sebab pada DIA juga kita akan kembali

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...