Julung Kali ke Pertandingan Memancing

7:11:00 am Yana Yani 28 Comments

Tempat kerja MyChintaHati ni selalu melakukan aktiviti outdoor untuk pekerja mereka yang membuat YY berfikir ianya sebuah tempat yang best untuk berkhidmat.

Malangnya MyChintaHati berfikir sebaliknya. Lagipun mana ada tempat kerja atau majikan yang sempurna dalam dunia ni. Pasti ada yang tak kena dipandangan mata kita sebagai pekerja (^_^)

Anyway, seperti tahun sebelumnya, tempat kerja MyChintaHati sekali lagi menganjurkan pertandingan memancing. Menariknya, YY dan anak-anak turut serta pada kali ini!

Ini merupakan kali pertama kami turut serta. Sebelum ni bebudak kecil lagi, susah nak angkut ke acara yang biasanya perlu berpanas dan berhujan ni.

Memandang kali ni mereka berdua sudah besar dan boleh dikawal, maka rasanya tiada salahnya memberikan mereka pengalaman seperti ini.

Pagi tu hujan sangat lebat di kawasan tempat tinggal YY, Tapi ia sedikit pun tidak mematahkan semangat Afif dan Aisyah yang sangat teruja sejak dikhabarkan tentang rancangan kami.

Tempat yang kami tuju ni berhampiran dengan Pantai Remis, Jeram. YY pun nak explain tak berapa tahu sebab pertama kali juga ke sini (^_^)


Masa kami sampai, rakan sekerja MyChintaHati sudah ramai memenuhi ruangan kolam memancing tersebut. Terasa teruja juga melihat kemeriahan itu.

Lebih mengujakan apabila kami dikhabarkan pertandingan itu ditambah setengah jam disebabkan hujan lebat sebelumnya. Ia bermula pada jam 9:30 pagi dan tamat pada 1:00 tengahari.


YY nak describe apa yang MyChintaHati buat sebelum mencampakkan mata kail ke dalam kolam tu, YY tak berapa tahu. Kang kena gelak pula. Naya aje! (^_^)

Lagipun kami kan follower aje. Yang YY tahu, lepas dah buat apa yang dirasakan perlu, kami hanya menunggu dan terus menunggu.


Gambar dekat bawah ni agak kelakar terutama bila melihat respond Aisyah.

YY suruh MyChintaHati, Afif dan Aisyah berikan post yang menarik tapi MyChintaHati buat muka menyebabkan Aisyah ketawa besar. Honestly terasa bahagia dengan moment tu (^_^)


Lama juga kami menunggu. Bermacam umpan yang digunakan. Tapi rezeki masih belum berpihak kepada kami. Orang keliling dah naik lebih dari seekor ikan. Entah ilmu apa mereka pakai.

Gambar bawah ni ketika MyChintaHati baru aje menukar umpan mengunakan ikan hidup. Aisyah berulang kali mengatakan, "Cian dia ya Papa" - Kesian dia lah Papa.


Gambar di bawah ni adalah antara aksi MyChintaHati yang sempat YY rakamkan ketika memancing. Seronok juga ikut dia ke pertandingan memancing ni walau ada orang kata bosan.

Mungkin juga sebab pertandingan ini dilakukan di tempat terbuka menjadikan ianya lebih menyeronokkan. Moment tak boleh lupa apabila ada sahaja ikan dinaikkan.

Masing-masing bersorak kepada yang berjaya tanda ucapan tahniah. Seronok!


Afif yang mula bosan menunggu mula menawarkan diri untuk memegang joran. Untuk makluman Afif dah biasa memancing sebab dia selalunya mengikut Aki dia memancing.

Tengoklah aksi hero kecil YY memancing, dah macam professional (^_^)


Daripada hujan ke panas, kemudian hujan lagi dan kemudian panas lagi, kami masih gagal menaikkan barang seekor ikan pun! Inilah adat memancing kata MyChintaHati.

Afif yang mulanya senyum sepanjang pertandingan sudah mula mempamerkan muka kebosanan. Dia kata Papa dia salah guna umpan sebab tu ikan tak naik. Hehe!


Aisyah pula pantang kena tegur sikit apa yang dia lakukan, mulalah dia pura-pura menangis. Kononnya sedih. Obviously dia dah kepenatan.


Sehingga ke jam terakhir pertandingan, kami hanya dapat melihat orang keliling berjaya menaikkan ikan. Pula tu diorang dapat tangkap lebih dari seekor!


Gambar bawah ni adalah pemenang pertandingan tersebut. Cuba tengok berapa ekor ikan dia berjaya dapat tangkap. Tiga ekor okay! Jealous I tau!


Walau tak berjaya dalam pertandingan ini, kami tetap berasa seronok. Lagipun bukan selalu dapat melakukan aktiviti santai seperti ini.  

Memang pengalaman yang tak boleh dilupakan. Hopefully Afif dan Aisyah juga merasakan sedemikian kerana ini adalah sebab utama kami membawa mereka ke sini (^_^)

Anyway, pejam celik tak sangka lagi beberapa hari kita akan menyambut Ramadhan. So dikesempatan ini YY njalok ngapuro. Kita kosong-kosonglah yo (^_^)

28 comments:

  1. bestnya mancing, lama x mancing ngan hubby

    ReplyDelete
  2. Baru berangan-angan nak bawa budak berdua tu pergi memancing tapi tak tahu nak mula kat mana. Maklumlah, tak pernah-pernah pun pergi memancing! HD kata dia minat memancing tapi seingat saya yang dah lama kahwin ni, tak pernah pulak saya dibawa pergi memancing. Itu memang autalah nampaknya....

    Kesian YY sekeluarga tak dapat seekor ikan pun. Mungkin betullah kata Afif, papanya salah guna umpan. Bagilah umpan ikan vogue sikit *_* Tapi takpalah, at least ada pengalaman ikut orang memancingkan. Kalau tak bosan, seronok. Kalau tak seronok, of courselah bosan pi memancing nih ~_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekali sekala elok juga bawa MD
      bagi pengalaman baru pada diorang. saya ni kalau balik lipis,
      mancing juga dekat sana...tapi jaranglah =)

      bukan rezeki, nak kata apa
      cuma yang pastinya kami seronok juga dapat luangkan masa sesama =)

      Delete
  3. seronoknye memancing :)

    http://juliajamaludin.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. rajin yana....kalo lieya mmg mintak hampun mintak maap...memancing, tgk bola kat stadium...lieya takkan pergi haahahahahah...bosan kottttttt.....tapi tu laa yg penting anak2 hepi kan....pengalaman terbaik utk proses pembelajaran mereka tu.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...saya tengok bola kat stadium tu yang teringin nak p!
      tak penah hayat ke sana, nak bawa anak-anak risau plak sebab suasana tu macam tak sesuai
      tapi tetap akan pergi juga satu hari nanti =)

      lieya tak minat pula ye. rugilah...hehe
      tapi betullah tu, satu pengalaman baru tuk diorang

      Delete
  5. Bestnya... Lama tak pgg joran... Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. minat juga ye maria
      saya pun dah lama, tapi biasanya jadi tukang tengok aje =)

      Delete
  6. saya x pernah teman org pergi memancing tetapi my anak buah dan abang2 suka memancing . selalunya mereka gunakan cacing , belacan , sejenis umpan yg dicari di pantai berlumpur , udang ... memancing ni kata org ikut luck . next time kena baca ayat seribu dinar kot ... heeee ... aku pun njalok ngapuro nae seng akeh2 yo ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronoklah vee walau saya pun just teman aje tak buat apapun.
      rasa macam best aje suasana tu
      wah...wong jowo yo? hehe
      podo podo yo =)

      Delete
  7. seronoknyer...
    aida x pernah gi memancing or ikut asben memancing.
    dia x minat aktiviti dok setempat ni.
    takde peluang la aida jadi follower memancing :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok aida
      takpe, aida boleh follow dia buat aktiviti lain
      ikut apa suami kita buat ni boleh eratkan hubungan
      kata pakarlah, bukan kata saya...hehe

      Delete
  8. akak tak pernah memancing macam nih sebab kurang penyabar,kalau tunggu ikan tak dapat2 hahaha.

    tapi sebenarnya bagus juga aktiviti macam ni,semua dapat bergembira dan beriada bersama, eratkan silaturrahim

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...saya ni sebab ada anak-anak sekali
      kalau seseorang aje mungkin juga bosan...hehe
      betullah kan, sebab sama-sama seronok =)

      Delete
  9. sy masa kecik2 dulu mmg suka memancing...pergi pulak dengan geng2 lelaki...hahahhaha....sonok sesekali memancing bersama keluarga...cuma kena perlu byk bersabar...terutama bila tgk org sebelah dpt ikan....tergugat iman hahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak penah memancing, selalu jadi tukang tengok aje
      tapi seronok walau hanya tukang tengok =)
      yelah, setuju tu! rasa macam diorang ada pakai ilmu aje
      padahal guna umpan sama! hehe

      Delete
  10. Lama dah tak join aktiviti2 atau pertandingan memancing ni.. seronok.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun dah lama tak join
      ni pula pertama kali join pertandingan memancing
      tak dinafikan memang seronok =)

      Delete
  11. Akak masa kecil suka ikut arwah abah gi mancing tapi tension bab menunggu ikan hihhi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...kalau tempat tu sunyi mungkinlah
      ini tak terasa sangat sebab layan anak-anak yang macam-macam perangai =)

      Delete
  12. Wah...meriahnyer.. Seronok mcm ni..

    ReplyDelete
  13. bertuah tul 2 orang budak tecik tu...aisyah2...so cute buat muka cam tu...sis JM x boleh g mancing jenis x sabar

    ReplyDelete
    Replies
    1. sape JM cakap bertuah tu, hak yang menang tu ke?
      hehe...aisyah dah kebosanan tahap gaban dah tu
      saya ok aje kalau berteman =)

      Delete
  14. Memancing.
    haaaa.
    tak suka.
    hahaha
    klu dapat ikannya memang la syokkan kak?
    Cuba klu tak dapat hasil, memang stress mak. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak secara jujurnya tak suka
      tapi bila dah reramai kan. sonok juga
      tak ingat pun pasal bosan
      seronok =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...