Pengurusan Beg Plastik Terpakai
Pengurusan Beg Plastik Terpakai | Menyebut pengurusan beg plastik terpakai, kesedaran kita rakyat Malaysia tak kira apa jua bangsa masih pada tahap yang belum boleh dibanggakan untuk negara yang dikategorikan MAJU. Sama ada kita sedar ataupun tidak, beg plastik yang biasa digunakan mengambil masa ratusan tahun untuk lupus sepenuhnya sekiranya ditanam yang sekaligus menyebabkan pencemaran toksin.Kalau dah tanam tak boleh, bakarlah! Apa lagi dak? Eh, tak boleh! Bakar pun akan menyebabkan pembebasan bahan yang dikenali sebagai karsinogen. Menatang tu merupakan bahan penyebab kanser kepada manusia! Takutkan?
Jadi bagaimanakah cara pengurusan beg plastik terpakai yang murah dan mudah? Jawapan paling mudah adalah menggunakan semula atau bahasa mudahnya reuse! Nak dijadikan cerita, YY ni mempunyai habit menyimpan semua beg plastik yang YY perolehi dari mana sahaja. Kedai, pasaraya, pasar tani even beg plastik dari kenduri kahwin pun YY simpan.
Of course bukan semua YY simpan. Mana yang koyak pastu hak yang guna bungkus ayam ke ikan ke, memang for sure lah jadi makanan tong sampah. Hehe! So bila dah terlalu banyak menyimpan tanpa cara yang betul, ia menyebabkan laci tempat di mana YY biasa menyimpan beg plastik tersebut macam nak meletup.
Gerun juga dengan fenomena "nak meletup" tu.
Satu hari tu YY blog walking dekat blog Farrah MF. YY memang suka pergi blog dia sebab dia ni sangat kreatif! Semua benda dia buat nampak cantik aje pada pandangan mata YY. Belek punya belek, YY terjumpa Cara Mengurus Beg Plastik di Rumah dekat blog dia. YY pun teruja bila dok baca title tu tapi down sikit bila tengok cara dia melakukan.
Mak ai! Nak kena lipat! Susahnya! Masa tu dok fikir, "Tak boleh bagi cara hak lagi senang ke?"
Tapi bila memikirkan betapa perlunya YY menguruskan beg plastik yang dah menanti untuk meletup tu, YY tak ada pilihan kecuali terpaksa mengikut cara yang disyorkan. Desperated okay! Bertemankan Afif, YY buat mengikut steps yang diajar oleh Farrah.
Oh, projek melipat beg plastik ni sebenarnya dah agak lama. In fact sebelum Afif memulakan sesi persekolahan 2015 lagi sebab masa tu YY melakukan operasi mengemas (^_^)
Baru ni ada peluang untuk diceritakan. Hehe!
Anyway, benda yang pada mulanya terasa susah, menjadi begitu seronok. Of course melayan cerita Afif menjadikan ianya bertambah seronok. Sambil lipat plastik, sambil dengar cerita Afif (^_^)
Bila layan cerita Afif ni, macam-macam cerita keluar. Dari dinosaur pergi ke cerita Ultraman sehinggalah ke cerita betapa dia tak fahamnya orang yang suka tengok "bumi tak cantik". Bumi tak cantik di sini merujuk kepada sampah yang dibuang merata-rata (^_^)
Akhirnya kami berjaya melipat ratusan beg plastik dan diasingkan mengikut size bagi memudahkan kami mengenal pasti mana-mana plastik yang sesuai digunakan dikemudian hari. Bangga jugalah sebab berjaya siapkan walau pada mulanya YY merasakan ianya satu pekerjaan yang sia-sia sebab banyak juga plastik YY lipat pada malam tu.
Where there's a will there's a way (^_^)
Sekarang ni mana ada aje beg plastik baru yang dalam kategori "elok" YY memang akan terus lipat dan disimpan dalam laci berdasarkan size yang dah ditetapkan sebelum ni. Walaupun ia mungkin belum mampu mengubah apa-apa, at least YY dan Afif dah maju setapak dalam menangani cara pengurusan beg plastik.
Lagipun kesedaran untuk menjadikan "bumi cantik" perlu bermula dari sekarang walau hanya dengan sekecil-kecil sumbangan seperti membuang sampah ke dalam bekas yang disediakan. Kalau Afif yang saiz badannya lebih kecil dari kita dan insya ALLAH bakal menjadi pemimpim ini boleh melakukan, kenapa tidak kita yang sememangnya sudah pun bergelar pemimpin?
Renung-renungkan dan sentiasa ingat untuk REUSE, REDUCE and RECYCLE (^_^)
Wah..bagusnya..boleh cuba juga..
ReplyDeletecubalah =)
Deletekemas
ReplyDelete=)
Deletekemas...kalau akak pun main sumbat je,takde lipat2 pun hehehe
ReplyDeletedulu saya sumbat juga kak
Deletetapi laci tak muat dah
tu yang terpkasa juga lipat nak jimatkan ruang =)
heheeh...sy pun suka pakai semula plastik yg ada...terutama utk bungkus sampah...tak yah beli dah plastik sampah..jimat kan hihih
ReplyDeletetulah, memang jimat banyak! hehe
DeleteI punya lipat lain sikit.. tergulong2.. belambak beg plastik ni.. ada yg guna balik kat tesco ngan aeon bila p shopping.. bila lipat comel2, nak bawak dlm hendbag pun boleh..:)
ReplyDeletedah penah cuba gulung, dia still tak solve problem
Deleteso cara farrah ni lebih praktikal n mudah walau mulanya nampak susah =)
owh , sama lah kita . beg plastik tu selalunya masuk je dalam laci kabinet .guna untuk isi sampah . dah penuh baru masuk kat plastik besar . kat umah ni byk sampah . maklumlah ada 5 bilik + dapur + 3 bilik air + ruang tamu . masing2 ada tempat sampah sendiri . sekejap je habis beg plastik . tu belum lagi sampah kat mini kebuh depan n belakang umah ... beg kertas lak , saya simpan dlm bilik . lipat molek mcm belum guna . bila nak bagi org benda , baru guna ... beg plastik tu klu simpan lama pun boleh mereput yy .
ReplyDeletetu yang kena lipat sebab laci tu tak beso mana...hehe
Deletesaya tau bab mereput tu, tapi bukan semua plastik
hanya plastik tertentu sahaja yang mempunyai bahan yang buat dia mereput tu
Plastik yang mereput tu jenis biodegradable. Selalu akak guna untuk bungkus sisa-sisa makanan sebelum masuk plastik sampah besar. Kalau simpan, memang berderai menyemak dalam laci :)
Deletetu yang saya nak cakap tu, tapi tak tahu nak cakap...hehe
Deletecam rumah saya jarang jumpa plastik jenis gitu =)
Mmg sy lipat plastik ni.. Dh jadi habit..sbb kalau tak lipat semak mata tgk.. Tgk dia mengelembung dkt situ bnyak2.. Haha.. Jadi kita buat dia hide baru sdp mata tgk..
ReplyDeleteBlogwalking sini..
saya baru ni mula melipat plastik
Deletehabit baru...hehe
dulu kerjanya mengumpul aje, sekarang melipat plak =)
wah ! bagus gak lipat2 mcm ni, lg tersusun ;)
ReplyDeletep/s : Jemput join segmen bloglist Julai-Ogos CN ye di sini : http://www.cekgunorazimah.com/2015/06/Segmen-Bloglist-Julai-Ogos-2015.html
lagi satu jimat ruang =)
Deleteinsya allah ada kelapangan saya join ye
Wahh kreatif tu.. mmg sgt2 bermanfaat.. menarik.. :)
ReplyDeleteidaklah kreatif mana, nak jimatkan ruang aje
DeleteTabiat yang baik... Sy main masuk je dlm plastik... Sbb recycle jdi plastik smpah je plastik tu semua..
ReplyDeletemasalahnya terlalu banyak maria
Deletetu yang terpaksa juga lipat sebab nak bagi mudah menyimpan
Yeayyyyy! Let's go green! Lipat2 plastik ni memang sengsara kalau buat sorang2. Tapi, kalau berteman, sambil berborak atau tengok TV, memang seronok! Tahu2 dah siap dah :)
ReplyDeletehehe...dah lama dah ada tabiat menyimpan tu
Deletecuma bab melipat tu baru mula sekarang
tulah pasalnya, memang azab kalau buat sorang...hehe
mujur ada afif =)
Masa ni si little princess tak join sama ke, YY?
ReplyDeletekebetulan dia dah tidur kak
Deletekalau tak memang tak boleh nak melipat =)
Hehehee. Dah rapi pun ..
ReplyDeletehehe...rapilah sangat =)
Deleteterbaik!
ReplyDeletesgt mudah.
kemas...
memula susah juga
Deletetapi lelama tu, alhamdulillah =)
saya drpd berlambak lammbak dh hbs stok tau yy sbb buat plastik buang sampah
ReplyDeletekalau sblm ni saya just simpul j sbb nk ambil sng.
selepas tu saya lipat.tp x la sekemas yy anak beranak buat tu.hihi
betul tu.kalau kita x mulakan macam nak dpt hasilnya..
hehe...ni pun semata nak bagi buat laci aje ciksu
Deleteidak, mungkin nak simpul pun tak mampu
yup, dah cuba baru tahu =)
boleh contoh ni
ReplyDeleteboleh sesangat
DeleteOh, saya dah lama amalkan ni! Dari mak mertua kakak saya ke kakak saya dan terus ke sayalah pelajaran ni. Maka bila ada masa terluang, saya pun lipatlah elok-elok beg plastik yang ada. Selalunya bila nampak beg plastik rasa nak buang, bila tengok elok lagi sayang pulak. Maka kenalah cari jalan nak meminimakan ruang untuk beg plastik macam ni.
ReplyDeleteyeke? emm...cam tak percaya aje =)
Deletetapi betullah kan, bila kita lipat beg plastik tu,
memang sekaligus meminimakan tempat penyimpanan beg plastik
idaklah penuh laci dak?
Kalau tak percaya, datanglah rumah raya ni! Saya bawa tour sampai ke dapur tempat plastik terlipat elok. Kita raya kat KL jerk, singgahlah ~_^
Deletesekarang juga bagi alamat rumah
Deletesat lagi saya sampai
teringin juga berkenalan dengan MIL u tu MD
sambil membayangkan buku posa makan sardin hasil air tangan u =)
Kihkih.
ReplyDeletesama macam sy.
kadang sayang nak buang plastik yg elok lg.
lipat2 then simpan dlm laci. Nnti bleh guna balik
dulu sumbat aje ana, tak rajin melipat
Deletesekaranga je lepas tengok laci cam nak meletup =)