Zamri Baba Kritikal Terlibat Kemalangan

11:37:00 am Yana Yani 50 Comments

Semalam ketika YY sedang khusyuk menonton berita kerana ingin mengikuti perkembangan terkini gempa bumi di Sabah, YY terpandang caption, "Zamri Baba kritikal terlibat kemalangan".

Allahuakhbar! Perkataan pertama terpacul dari mulut YY sambil terus mencapai handphone melihat sekiranya cerita tersebut sahih. Ternyata ianya sahih.

Klik gambar untuk sumber

Bagi yang tidak mengenali, Mohd Zamri Baba merupakan pelumba terbaik negara bagi SuperSport 600cc bersama pasukan Musashi Bon Siew Honda Racing.

Kejadian malang itu berlaku di Kejuaraan Motosikal Asia (ARCC) di Litar Antarabangsa Sentul , Indonesia pada pusingan kedua (ada yang mengatakan pusingan keempat).

Ketika berita ini ditulis, beliau masih lagi dilaporkan kritikal.

YY tak tahu nak cakap apa. I was so shocked. Definitely. Baru aje nampak dia dan anak sulung dia di gerai milik keluarga mentua dia yang juga terletak tak jauh dari rumah Mak YY.

Untuk makluman, Zamri dan juga isteri beliau merupakan rakan sepersekolahan YY di Sekolah Menengah Kebangsaan Rantau Panjang, Klang, Selangor.

Kami bertiga bukan dari kelas yang sama tapi yang pastinya kami berkongsi kenangan zaman persekolahan yang sama ketika sama-sama menuntut di sana satu ketika dahulu.

Ramai rakan sekolah YY terutama dari batch yang sama melahirkan rasa terkejut dan simpati di atas kejadian yang menimpa beliau. Semua mendoakan yang terbaik untuk beliau dan keluarga.


YY dapat membayangkan keadaan isteri dan anak beliau yang pastinya tak keruan pada ketika ini menanti berita terkini perkembangan beliau.

Sedih sebenarnya. Tapi sebagai seorang yang beragama Islam, apa yang kita boleh buat pada masa sekarang adalah berdoa dan terus berdoa.

Moga-moga Zamri sedar dan sembuh seperti sedia kala. Boleh pulang bertemu anak-anak dan juga isteri yang pastinya sedang kerisauan.

YY  harapkan korang juga boleh doakan yang baik-baik buat Zamri dan keluarga. Tolonglah juga berhenti menyebarkan berita yang tidak sahih. Ianya melukakan hati keluarga beliau.

Sumber gambar dari Facebook isteri Zamri Baba. Klik gambar untuk ke fanpage Zamri Baba

Maklumat terkini yang diperolehi setakat malam tadi, satu kenyataan akhbar telah dikeluarkan oleh pasukan naungan Zamri Baba, beliau masih lagi di dalam ICU.

Marilah kita sama-sama mendoakan yang terbaik buat beliau. #PrayForZamriBaba



-----------------------------------------

Ingatlah bahawa ALLAH tidak membebani seseorang manusia melainkan apa yang terdaya olehnya. Ianya dinyatakan jelas di dalam Al-Quran iaitu di dalam surah Al-Baqarah, ayat 286.

Tejemahannya adalah seperti berikut:

"ALLAH tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan ia mendapat dosa kejahatan yang diusahkannya. (Mereka berdoa dan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami salah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Wahai Tuhan Kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir"

50 comments:

  1. ooo rakan skolah YY rupanya... anak kecik2 lagi...aduhai beratnya dugaan utk isteri dan family beliau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye mila. tulah yang sebak
      terkejut bila dapat tahu
      moga semuanya baik-baik belaka

      Delete
  2. Oh tumpang simpati dengan kejadian ni. Saya baru kenal beliau drp entry YY ni.. bagus ada kawan2 sama sekolah yang prihatin mcm korang ni. Moga beliau cepat sembuh ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya juga tidak mengikuti sangat kerjaya dia
      tapi beliau adalah kebanggaan sekolah atas kejayaan dia
      kita doakan yang baik-baik sahaja buat dia

      Delete
  3. Oh, saya tak tahu pun siapa Zamri Baba ni! Walau apa pun, sebagai saudara sesama Islam, saya doakan semoga segalanya dipermudahkan dalam perjalanan beliau dan keluarga menghadapi dugaan ini. Semoga beliau kembali dari koma dan sembuh seperti sedia kala.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita orang perempuan MD =)
      pastinya tak berapa mengikuti benda begini, kalau lelaki mungkin tahu
      ye...itulah harapannya. kita doakan yang terbaik aje buat dia

      Delete
  4. Semoga keluarganya tabah..turut berasa simpati :-((

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya jua mengharapkan yang sama
      terima kasih

      Delete
  5. ada jugak baca pasal ni semalam.. Semoga Allah beri yang terbaik untuk beliau

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah suria
      saya tak berapa follow perkembangan kerjaya dia
      tapi dapat tahu kemalangan tu, memang terkejut
      moga semuanya baik-baik aje

      Delete
  6. Inilah first time saya dengar nama beliau, mungkin sebab saya tak pernah ambil tahu hal sukan permotoran negara? Saya doakan yg terbaik utk beliau dan semoga beliau cepat sembuh serta sedar dari koma. Tak dapat bayangkan perasaan keluarganya. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasalah tu orang perempuan kan =)
      tulah kan, takde keluarga yang nak benda camni jadi pada keluarga mereka
      kita doakan yang terbaik ajelah buat dia

      Delete
  7. first time ni haa dengar nama dia.. Al-Fatihah.. semoga aman disana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kamu salah faham entry ni dik wei
      dia kritikal, kita doakan dia dalam keadaan baik-baik aje ye
      semoga panjang umur kawan akak tu!

      Delete
    2. eh ye ke.. Ya Allah.. maaf ye.. camna keadaan dia sekarang..

      Delete
    3. takpe =)
      akak tak berapa pasti, akak difahamkan dia masih di ICU

      Delete
  8. baru tengok video kemalangan nih kat handphone member tadi.. apapun semoga dia cepat sembuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada tengok juga, kawan share dekat group
      kita doakan yang baik-baik aje ye

      Delete
  9. Sha pon terkejut gak dengan khabar ni..kita sama-sama doakan keselamatan beliau..

    ReplyDelete
  10. Saya doakan kecederaan nya cepat pulih..
    Sibuk dgn berita gempa bumi, saya terlepas pandang berita ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak berapa tahu betapa teruk kecederaan dia
      melihat video, ianya kelihatan teruk
      kita doakan yang baik-baik aje

      Delete
  11. Kita doakan sama-sama moga beliau cepat sembuh dan kembali kepangkuan keluarga tersayang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan cikgu
      kita doakan yang baik-baik aje untuk dia
      aminnn

      Delete
  12. Moga zamri baba dan seluruh keluarganya diberikan jalan yang baik dan dipermudahkan Allah. Saya kenal zamri baba hanya dlm tv sbg rider petronas bermula dr cubprix. Mmg kelibatnya berlumba sgt bersaing hebat.. sya x pasti sama kecederaan hingga kakinya putus. Yg pasti t3am matenya m. Fadhli imamuddin dr indonesia dirempuh dr belakang sejurus meraikan kmngn dihadpn penonton. Kwcederaan sgt teruk hingga putis kakinya. Moga kedua2nya selamat. Allahurabbi.. sedih sgt dgr kmlgn ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kerana meninggalkan komen dan doa yang diberikan
      tapi tiada kesahihan mengenai kecederaan yang dialami oleh zamri
      setakat ini dia masih dilaporkan dirawat di ICU. keluarga beliau sudah berada di sana
      doakan yang terbaik buat dia

      Delete
  13. salam. hee semoga keluarga bertabah.

    ReplyDelete
  14. semoga zamri kembali pulih dan semoga keluarganya tabah dgn ujian ini ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin...itulah harapan kesemua peminat sukan pemotoran
      saya sebagai rakan juga mendoakan hal yang sama

      Delete
  15. owh... rakan sekolah... moga dia dalam pemeliharaan Allah... insha Allah.. sama-sama kita doakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, kami pernah sekolah bersama
      aminnn...
      terima kasih ye maria

      Delete
  16. tulah diana. takdir ALLAH sebenarnya
    kalau kita juga pasti kerisauan. sekarang dia dah berada di samping suami dia
    terima kasih untuk doa itu. amin

    ReplyDelete
  17. Pasti sgt2 terkesan dgn berita ni apatah lagi sbb rakan sekolah.. semoga Allah memeliharanya dan mudah2an segera pulih spt sediakala.. aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat terkesan KK walau tak kenal dia secara personal
      bila kawan-kawan update cite dia, rasa sedih sebab memang selalu juga nampak dia
      tulah harapannya. aminn

      Delete
  18. sama2 la kita doakan dia agar sihat pulih spt sedia kala...
    in shaa Allah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aminnn...
      itulah harapan semua orang yang mengenali beliau =)

      Delete
  19. bersamalah kita doakan moga beliau diberi kesembuhan dan pulih seperti sediakala...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aminnn...
      memang itulah harapan kami semua =)

      Delete
  20. Moga zamri di lindungi Allah dan keluarganya tabah.

    ReplyDelete
  21. Zamri Baba? ahaaa..mmg x kenal mabye sbb x minat sukan permotoran tetapi apa apa pun, doakan yg terbaik dan cepat sembuh amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...yelah orang perempuan ye
      manalah nak kenal. lagilah kalau bukan minat dalam bidang tu kan
      insya ALLAH, memang itukah harapan kami

      Delete
  22. insyallah..smoga beliau cpt sedar n sembuh..
    lya ada tgk video semasa kejuaraan tu..mmg tkejut la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aminnn
      memang setakat yang tahu dia belum sedar lagi
      hopefully dia sihat seperti sediakala

      Delete
  23. Innalillah.
    syafakallah.
    mcm mna keadaan dia skrg ni kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang ni dia nak ada dekat malaysia
      dia dekat hkl, masih belum sedar
      tapi keadaan dia stabil

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...