Jalan-Jalan Cari Pasal!
Hari pertama cuti sekolah, Afif dah mula bising yang dia kebosanan sebab hanya duduk di rumah tanpa sebarang aktiviti yang dia rasakan seronok."Mama, jomlah kita jalan-jalan cari pasal" kata dia sambil buat muka seposen.
"Tak ada pasal, nak cari pasal, pasal apa?" tanya YY dengan membalas wajah seposen dia.
Afif ketawa besar dengan pertanyaan YY. Lepas tu dia kata, "Mama ni buat Afif lagi pening tanya soalan macam tu. Afif baru darjah satu tau!"
YY pula yang pening sebab tak dapat relate darjah satu dengan pasal apa dia nak cari pasal. Hehe!
Tapi persoalan di atas tak berhenti dekat situ aje bersambung dengan persoalan dijawab dengan persoalan. Mana boleh dilayan, YY layan. Mana tak boleh, YY buat tak tahu aje (^_^)
Kami hanya berjalan-jalan cari pasal pada keesokkan harinya iaitu Ahad bermula pada tengahari dengan menghadiri kenduri kahwin kawan MyChintaHati.
Lepas tu kami meneruskan agenda jalan-jalan cari pasal yang seterusnya. Rancangan asal nak ke Putrajaya, Tapi cuaca pula macam tak berapa nak meriah. So kami decided ke GM Klang.
Lagipun MyChintaHati nak cari barang untuk dia punya online business di sana.
Umat manusia sikit punya ramai! Sampai nak berjalan pun terpaksa berlaga dada dengan dada. Sungguh tak selesa! Entah dari mana manusia yang ramai-ramai ni datang.
Terus tak ada mood nak berjalan mengeliling GM hari tu. Tapi disebabkan melayan MyChintaHati bershopping, maka kami terpaksa menurutkan aje.
Bak kata Afif, "Kita kena ikut cakap ketua!" (^_^)
Despite terpaksa mengikut kata ketua, Afif dan Aisyah dah mula buat muka seposen. Lebih-lebih lagi apabila permintaan mereka untuk membeli permainan tidak diperkenankan. Hehe!
Lepas tu kami bergerak ke Shah Alam pula. Rancangannya nak ke Food Festival di Shah Alam. Seriously YY tak tahu apa yang menyeronokkan di sini.
Berdasarkan cerita orang, macam best. Sebab tu yang YY beria ajak MyChintaHati ke sana. Mujur dia menurut aje walau dia ada kata yang mesti sesak dengan lautan manusia.
Seperti yang diramalkan oleh MyChintaHati, manusia memang ramai! Dah macam bazar Ramadhan bila dok tengok orang seramai tu dan terjah hampir ke setiap gerai yang ada.
Time tu hujan renyai pun orang tak putus-putus.
Tu yang gerai orang berbaris panjang tu khabarnya gerai milik pelakon bernama Elfira Loy. Korang nampak dia tak? Tak nampak? YY pun tak nampak. Hehe!
Time berjalan tu, berhenti kejab bila terpandang orang melukis gravity. Macam menarik pula bila dok tengok dia hanya menggunakan spray boleh membentuk sebuah lukisan yang menarik.
Kalau YY paling kreatif yang boleh buat pun polka dot (^_^)
Kami berhenti lagi apabila Afif dan Aisyah teruja melihat buih-buih sabun yang dihasilkan melalui ......... (Actually YY tak tahu nak sebut apa benda ni. Sila isi tempat kosong pada sape yang tahu)
Lama kami di sini. In fact YY dapat snap berpuluh keping gambar pelbagai aksi Afif dan Aisyah. Tapi hanya beberapa keping aje yang jadi sebab shaking. Hehe!
Seronok dok tengok Afif dan Aisyah bermain buih dengan bebudak lain yang diorang tak kenal pun antara satu sama lain. Yang diorang tahu hanya seronok.
Jenuh juga nak memujuk bebudak ni balik. Yelah, diorang dah seronok dapat main buih walau hanya berkejaran pada buih yang berterbangan.
Benda sebegitu pun sesuatu yang mengujakan bagi diorang.
Disebabkan keadaan cuaca yang macam bertambah tak meriah, kami paksa juga bebudak ni balik walau memasing buat muka seposen.
Satu yang YY nak tegur pihak penganjur adalah penggunaan live band. Umum sedia maklum yang Dataran Kemerdekaan Shah Alam terletak betul-betul bersebelahan masjid.
Macam sesuatu tak kena apabila di masjid kedengaran ayat suci Al-Quran dibacakan tapi di Dataran pula kedengaran live band terpekik terlolong. Tak betul pada YY.
Jenuh YY nak jawab persoalan anak bujang sebab YY mengajar dia supaya diam bila orang mengaji, tapi di tempat terbuka seperti ini, dia dapati perkara yang berbeza.
So mungkin penganjur boleh mengubah ke tempat yang lebih sesuai pada lain kali. Kalau tak nak pun, tak payah live band! Still seronok juga kami apa!
Anyway dekat sini kami tak beli apa-apa pun kecuali ABC yang tak berapa nak kena pada tekak YY. Cuma keseronokkan tu tetap ada sebab anak-anak seronok.
Lagipun bukan selalu dapat jalan-jalan cari pasal kan (^_^)
baru ada senyum itu muka aisy sama afif.. hehe
ReplyDeletemain buih, ye seronok! =)
DeleteWah... Best. Meriah betul la sis..
ReplyDeletemeriah kak
Deleteseronok jugalah sebab bebudak seronok
sbb nak raya kot byk sgt org kat mall ... terhibur juga aisyah afif dapat main buih2 tu ...
ReplyDeletemungkinlah vee
Deletesebab situ jual borongkan, so mungkin
ada peniaga nak ambil stok ke apa ke
ye...at last...hehe
Live band sekarang ni wajib ada hatta kat kenduri kahwin sekalipun.
ReplyDeleteLebih kurang situasinya, bila dah azan baru nak berenti memekak.
Habis azan terus sambung.. Betapa laghanya di situ. Huhu
Huntonglah dapat beramas mesra di Food Festival, ini kalau bawak Jebat confirm tak jumpa jalan balik dah. Hihi!
tak salah kalau ada sedikit kepekaan tu
Deletesangat tak molek orang tengah mendendangkan ayat al-quran
ko terkinja-kinja menyanyi lagu lagha...kan kita negara islam
jebat! dah tergoda dengan kehandsomeman dia =)
Belum bulan puasa ni baiklah jln puas2 kan.. penat pun tak pe. Nanti bulan puasa lagi jem.. nak jalan kat pasar ramadan pun boleh jem.. patut kena ada polis trafik letak kat situ hahaa.. Barulah jln2 pun tak leh nak cari pasal.. :D :D
ReplyDeletetulah kan, nanti dah posa mungkin kurang dah aktiviti gini =)
Deletetapi tak tahulah kan, suami saya suka juga bab berjalan ni
tu yang anak-anak mengikut =)
Bestnya main buihhhh! Excited si Afif ngan Aisyah.
ReplyDeletebudak kan kak...memang benda ni buat diorang excited =)
DeleteAkak teringin nak ke GM Klang, tapi belum ada kesempatan :)
ReplyDeleteakak dok mana? singgahlah kalau kelapangan
Deletebawa duit lebih ye
takut terambang mata...hehe
mmg x sesuai la kan.kena lebih prihatin sikit
ReplyDeletesy tak pernah ke sana.
besarnya giant bubble tu..puas membentuk.
alahai gm kalng teringin bennor nk ke sana
gm kl sempit sesak dgn barang dorng nk jlan pon x puas
tulah sebab masjid tu memang bersebelahan
Deletekena prihatain sikit bab gini, kata negara islam kan
tu yang bebudak seronok sangat tu cik gu
bukan selalu tengok benda gitu =)
sekali sekala singgah cik gu
cuma kalau bawa baby leceh sikit kot
sebab besar tempat ni, takut baby tak selesa aje
Lamanya saya tak ke GM ni..
ReplyDeleteHaha.. sian ya..kalau budak bedua tu buat muka seposen je ok lagi tu.. kalau naim nak barang dan tak kami beli, terus dia keluarkan air mata.. lepas tu ikut keadaan ada masanya setengah jam mood tak ok lagi..adoi..
Syoknya bab main buih tuh.. tengok ni teringin pula.. tahun ni tak pernah lagi bawa ank main buih mcm ni.
saya pun dah lama
Deletetu kebetulan aje, selalu suami saya aje yang pergi
hehe...kepenatan pun satu hal diorang tu
lepas tu kena belanja benda lain, baru nampak seronok =)
tapi memang seronok pun cikgu
saya pun join juga...hehe
meriahnya!kalau dekat, dah lama turun sekali cari pasal..hehe
ReplyDeletehehe...
Deletesyok juga tau cari pasal =)
Jalan-jalan cari pasal? First time dengar ni, hebat juga Afif ni. Macam aunty jugalah, rajin guna vocab atau ayat baru ~_^
ReplyDeleteYY tu gambar gigil bukan apa sebab dia pun teruja sama nak main belon-belon berterbangan di udara. Sure dah tergeliat-geliat sengih tak sabar nak join Afif dan Aisyah juga!
Ya tak ya jugalah... penganjur ni tak sensitif langsung. Kalau dah tau dekat dengan masjid, tak payahlah buat live band. Entah siapa yang berminat nak dengar pun tak tahu. Dahlah penuh sesak macam ni, kalau ada live band, rasa nak gugur je jantung terkejut. Hilang mood orang nak bershopping tau!
yeke first time dengar? saya dah hari-hari dengar...hehe
Deletesampai dah terbiasa dok sebut kalau tiap kali nak berjalan
ish...mana u tau MD! jangan cakap kuat-kuatlah
malulah i kalau orang lain tahu
i cite dengan u aje tau MD, memang i pun dok join sama
melompat dok cucuk buih tu, seronok u tau! hehe
rasa cam jadi budak balik plak...hehe
eh..ada orang datang...ada orang datang
emm...where are we tadi ye, ooo pasal tak sensitif
tulah kan, tak paham saya juga
entah apa kejadahnya dok terpekit terlolong time orang tengah dok sibuk
beli makanan plak tu. makanan tau bukan benda apa pun
boleh terbantut selera dengan suara yang macam nyanyi lagu rock
tapi bukan lagu rock...ish...tak paham betul
aida x pernah gi gm klang.
ReplyDeletefrens kata best. jual kain murah ekk?
wow! fantastik la main belon tu...
kalau anak2 aida lalu situ pun sure diorang happy giler...
kain murah ke idak saya kurang pasti aida
Deletesaya tak pernah buat perbandingan harga bab kain
biasa tuju benda lain =)
budak kan, memang suka punya benda gini
kita dah tua pun akan rasa seronok juga =)
best tu jalan-jalan cari pasal... kalau suami akak tempat2 yg ramai macam tu dia taknak pergi sangat dah sekarang,dulu masa anak sorang kitorang pergi juga,anak dua pun pergi,sebab boleh jaga sorang satu,tapi bila bertiga ni dah susah sikit,bukan apa susah nak kawal dengan orang ramai macam tu.
ReplyDeletekalau suami saya ikut mood dia
Deletetapi kebiasaannya kami ni kalau berjalan, ok aje =)
yelah kan, anak kecil-kecil memang susah nak berjalan
jadi seriau takut diorang hilang dalam reramai tu
saya ni, memasing pegang sorang satu tangan anak =)
pernah sekali ke GM klang tu...pastu dah x egi lagi..why? bak kata YY dari mana ntah datangnya orang ramai tu x selesa nk memilih.astu kalau beli borong mmg murah..sesuai utk yg buat business
ReplyDeletesaya banyak kali juga ke sana
Deletecuma tak berapa suka sebab orang terlalu ramai
terutama kalau hari cutilah, pastu tempat dia agak sempit
memang biasa orang yang berniaga ke sana macam suami saya
teringin sgt nk ke GM Klang,,,
ReplyDeletewahh..mmg meriah lah....
sekali sekala meh lah singgah lya =)
DeleteLama dah tak main buih sabun tu.
ReplyDeletesyok pulak tgk.
btw, cantik gambar tu kak.
Penuh dgn bubles
bebudak main nampak comel juga ana
Deleteni kalau dah nak jadi mak budak...kurang sikit =)
akak kembang hidung dibuatnya ana
pujilah lagi...bagi kembang lagi =)