Dari Hipertiroid Ke Hipotiroid
Dari Hipertiroid Ke Hipotiroid | Untuk makluman, hipertiroid mahupun hipotiroid bukan nama tempat atau kawasan peranginan yang cukup gah untuk diterokai. Nama yang disebutkan di atas adalah keadaan di mana berlakunya lebihan pengeluaran hormon atau kekurangan pengeluaran hormon pada kalenjar tiroid yang memang ada pada semua orang.Bagi yang mengikuti blog YY sejak dari mula pastinya mengetahui bahawa YY adalah salah seorang penghidap hyperthyroid sejak hampir dua dekad lalu. Sepanjang tempoh itu YY sudah melalui episod on off pengambilan Carbimazole mahupun Propylthiouracil (PTU) dan juga Propanolol.
Disebabkan pengambilan Carbimazole yang terlalu lama yang boleh memudaratkan fungsi dalam badan seperti jantung dan buah pinggang, YY disarankan membuat rawatan radioaktif iodin (ROI). Dos pertama rawatan ROI sekitar September 2014 tidak mencukupi di mana YY masih mengalami gejala hipertiroid berdasarkan keputusan ujian darah.
Atas saranan doktor dan juga demi memikirkan masa depan bersama anak-anak, YY bersetuju mengambil dos kedua ROI pada penghujung Januari 2015. Selepas pengambilan dos kedua, YY tidak merasai sebarang kesan perubahan pada awalnya. Tapi YY perasan YY kerap mengalami muscle cramps secara tiba-tiba.
Keadaan itu sudah memberikan YY gerak rasa bahawa YY sudah pun mempunyai symptom hipotiroid sepertimana yang diterangkan oleh pakar perubatan sebelum rawatan ROI diberikan. Awal bulan May 2015, keadaan kesihatan YY merudum secara mengejut. YY mula mengalami muscle ache. Kesakitan yang cukup sukar digambarkan dengan perkataan.
YY tak mampu berjalan atau bergerak disebabkan kesakitan itu. Tuhan sahaja yang tahu betapa sakitnya YY sepanjang tempoh menanti temujanji seterusnya dengan doktor.
Semuanya terjawab baru-baru ini apabila keputusan ujian darah mengesahkan bahawa dos ROI yang diberikan berlebihan mengakibatkan YY mengalami keadaan atau gejala terbalik hyperthyroid. YY tak boleh tolerate dengan keadaan sejuk, berat badan yang naik secara mendadak walau YY tidak mempunyai selera makan dan paling ketara adalah muscle ache.
YY secara rasminya disahkan menghidap hipotiroid. Malahan ia juga merupakan sasaran pakar perubatan kerana ianya lebih mudah dan ubatan yang lebih selamat. YY perlu mengambil Levothyroxine sejenis ubat yang digunakan secara meluas diseluruh dunia bagi mengalakkan pengeluaran hormon di dalam kalenjar tiroid.
Bagi memastikan ubat ini di absorb sepenuhnya, YY perlu mengelakkan mengambil supplement ataupun makanan tertentu seperti soy based food, kalsium, ataupun zat besi pada masa yang sama. Temujanji seterusnya adalah pada bulan Oktober nanti. Buat masa sekarang masih terlalu awal untuk YY rumuskan kesan pengambilan Levothyroxine.
Ini adalah sebab atau faktor utama kenapa blog ni terabai semenjak kebelakangan ini. YY juga tak pasti samaada mampu mengekalkan rentak sepertimana dulu. Kita tunggu dan lihatlah nanti (^_^)
--------------------------------------------
Dalam entry YY yang bertajuk Pengalaman Minum Radioactive Iodine, blogger Aryan Azra dan Fara Fadzil bertanyakan bagaimana YY mahupun anak-anak terpaksa berjauhan demi rawatan ROI. Untuk seorang yang tak pernah berjauhan dengan anak-anak kecuali ketika bekerja, ianya sangat sukar. Malahan rawatan kedua yang YY rasakan pastinya mudah sebenarnya lebih sukar.
YY agak depressed sepanjang tempoh pertapaan. Sebab tu kalau perasaan, YY sudah mula kurang mengeluarkan entry sepanjang mahupun selepas tempoh pertapaan untuk dos rawatan kedua. Entahlah. Nak luahkan secara terperinci kadang tak terluah. YY pasti Afif dan Aisyah juga begitu. Mungkin juga MyChintaHati. Emosi mereka terganggu sepanjang ketiadaan YY.
YY tak minta sebarang simpati sebab YY sedar ada yang lebih teruk dari YY. Sekurang-kurangnya YY masih mampu melalui kehidupan seperti biasa bersama anak-anak dan keluarga tersayang. Cumanya, jangan menilai. Jangan kata YY tidak berusaha. Jangan kata YY tak tahan sakit. Lebih mudah, jangan bercakap sekiranya korang tidak memahami apa-apa.
Itu aje YY minta. Jangan menilai. Kadang rasa sebak bila ditebak dengan persoalan yang kadang hanya bertujuan untuk menyakitkan hati. Mungkin individu terbabit tidak berniat. Mungkin dia tak tahu bahawa daya tahan sakit setiap individu itu adalah berbeza walau kita mungkin mengalami masalah atau kondisi kesihatan yang sama.
Paling penting aturan ALLAH adalah yang TERBAIK untuk kita.
Kesimpulannya mudah. Adalah lebih molek sekiranya kita kurang bercakap kalau ianya bukan untuk tujuan kebaikan. Silent is always the best solution.
Entri lain yang berkaitan:
1. Aku dan Hipertiroid
2. Kehidupan Seorang Pesakit Hipertiroid
3. Dari Hipertiroid Ke Hipotiroid
4. Hanya Pesakit Tiroid Memahami Pesakit Tiroid
5. Pesakit Tiroid Harus Sertai Grup Ini
6. Makanan Yang Pesakit Tiroid Perlu Elak
7. Rawatan Untuk Penyakit Hipertirod
8. Pesakit Tiroid Tak Suka Dengar Perkataan Awak Tak Kelihatan Sakit
Assalam yana...moga yana terus diberikan kesihatan yang baik. akak tak pernah tahu pasal sakit ni,baca dekat blog ni baru akak tahu.. ye lah yang tak mengalaminya tidak akan tahu apa yg kita rasakan..pedulikan apa yang orang kata dan maaf anadai ada pertanyaan dan komen2 akak yang menyinggung hati yana ye
ReplyDeleteoh, hyper boleh jadi hypo jugak..
ReplyDeleteSis YY, tabah dan kuat ye menghadapi ujian ni..
Semoga Sis cepat sihat dan kembali senyum seperti selalu..:)
YY..touching lah...saya doakan moga kesihatan YY sentiasa baik-baik..
ReplyDeleteKathy sentiasa doa yg terbaik utk sis..
ReplyDeletekuat kan semangat.
ReplyDeletesetiap sakit ada ubatnya...
sentiasa minta pada Allah ye utk sihat sepenuhnya...
and aida setujukata YY ~ jgn menilai if kita tak faham or tak pernah alami...
Ya Allah! Ini ke puncanya YY 'membisu' sejak kebelakangan ini? Ingatkan YY terlalu sibuk menguruskan Afif sampai blog pun terabai. Jarang dah nampak YY datang menyinggah! Tak tahu cerita rupanya...
ReplyDeleteSaya ingat lagi kisah kali pertama yang YY terpaksa berjauhan dengan anak-anak. Kali kedua tu rasanya macam takda baca dengan lebih terperinci. Ingatkan ianya lebih mudah kerana pernah melaluinya sebelum ini.
Ya Allah! YY, saya ni baru kena cramps yang biasa-biasa pun dah menangis tersedu-sedu. Saya dapatkan bayangkan bagaimana siksanya YY menahan sakit. Tapi kalau tak rasa, memanglah mulut mudah mengata kata kita tak kuatlah, kita macam budak-budaklah tak tahan sakit, sakit sikit pun nak mengeluh tapi yang sebenarnya kalau tak rasa, masakan boleh tahu erti sakit tu yang sebenarnya!
Moga Allah berikan YY kesihatan yang lebih baik dan cepat sihat kembali. Miss youlah sebenarnya, YY!
Tak dapat saya bayangkan bagaimana rasanya berada dlm keadaan kak Yana; maka tiada apa yg saya mampu saya katakan. Saya cuma dpt berdoa utk kesihatan kak Yana & inshaAllah suatu hari nanti, akan ada yg baik menyusul baik utk kak Yana dan utk sekeluarga kak Yana. Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Maaf sekiranya ada komen-komen saya yg melukai hati kak Yana. Dan jika ada mereka yg melukai perasaan kak Yana, pedulikanlah mereka. Mungkin suatu hari nanti, mereka akan rasa sendiri. HUHU
ReplyDeleteSemoga segalanya dipermudahkan buat YY.. mudah2an kesihatan bertambah baik dan cepat sembuh hendaknya... aamiin.
ReplyDeleteMoga YY sembuh juga dr penyakit ni suatu hari nanti.. Tiada yg mustahil dgn izin Allah. Ssguhnya Allah beri penyakit dan Dia juga penyembuh.. Allah tahu YY kuat, kerana itu YY terpilih utk diuji sebegini.. Insha Allah.. Segala perancangan Allah terbaik untuk kita.. Keep strong and always positive.. Moga dipermudahkan urusan..
ReplyDeleteYa Allah..besar betul dugaan kak YY.lumrah manusia bila sakit perlukan sokongan dan nak orang-orang tersayang ada kat sisi tapi kes kak YY terpaksa menjauhkan diri pulak.semoga akak sabar menempuh dugaan kali ni dan dikurniakan kesihatan yang baik
ReplyDeleteHyper ngan hypo lain ke YY?.....
ReplyDeleteOrang lain hanya mampu membaca dan memandang, paling kuat bersimpati dgn segala kesakitan awak YY tp yg menanggungnya hanya diri awak sendiri. Paling respect okje dengan awak , awak redho menerima dengan hati yang sangat tabah.....
Tak perlah YY dah bahagian kita, nak buat macamana. Percayalah orang lain juga ada bhg yg Allah dah tentukan, kalau bukan ujian kesakitan mungkin ujian yg berbentuk lain. Tp yg pasti Allah sentiasa menyayangi setiap hamba hambanya....
Assalamualaikum kak..saya salah sorang silent reader akak..utk pengetahuan akak saya pon penghidap hyperthyroid jgk.kena buat rawatan RAI bln 2 td..saya byk baca pengalaman akak minum RAI semua.malah saya
ReplyDeleterasa kurang takut nk buat rawatan tu bila baca komen2 akak yg positif
saya br follow up result RAI sy..juga di HTAR pd hari first ramadhan..n result sy juga sprti akak..hipo dr normal..cumanya mungkin x setinggi akak bila T4 sy =10.9..saya rasa hilang motivasi jgk
boleh x kita brkongsi maklumat n semangat..kalau akak x keberatan boleh email sy no wasap akak ke..
misseida86@gmail.com