Hormati Etika Pakaian

9:28:00 am Yana Yani 42 Comments

Kebelakangan ini makin kerap pula isu mengenai etika pemakaian ditimbulkan dengan niat-niat tertentu. Lagi parah apabila ianya dikaitkan dengan isu keagamaan.

Politicians yang kurang bijak pula hanya mencurahkan minyak ke dalam api. Bukannya cuba menerangkan, tapi make it even worse. Politicians kategori ini kebiasaanya hanya gilakan populariti.

Percaya atau tidak ke mana sahaja kita pergi kita terikat dengan etika pakaian tertentu. Secara tak langsung etika pakaian merupakan asas kepada keharmonian masyarakat majmuk.

YY sebenarnya agak curious, apa yang susah sangat nak faham benda yang semudah itu? YY yang tak sekolah bertingkat-tingkat ni pun boleh faham sebab benda itu sememangnya MUDAH!

Kalau mata rajin memerhati, pastinya perasan kewujudan notis mengenai etika pemakaian ditampal di papan tanda khususnya di tempat yang mempunyai peraturan pemakaian sejak berzaman lagi.

Notis menggariskan apa yang boleh dipakai dan tak boleh dipakai diperlihatkan secara jelas dan terang. Disertakan sekali contoh pakaian bagi memudahkan mesej mudah dihadam.

Even majlis rasmi juga most of the time ada meletakkan dress code pada kad jemputan yang kebiasaannya bertujuan untuk menghormati majlis.

So bila ada manusia yang mengatakan dihalau ketika mahu menghadiri majlis konvokesyen anak dia pada YY adalah tuduhan yang berniat jahat atau mungkin sengaja mencipta havoc.

Begitu juga isu yang sengaja ditimbulkan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan juga Hospital Sungai Buloh walau kedua tempat tersebut sudah pun mengeluarkan pemohonan maaf.

Mungkin juga permohonan maaf itu dilalukan atas dasar TERPAKSA bagi mengurangkan perbalahan para keyboard warriors yang cukup ramai.

Anyway, harus difahami bahawa etika pemakaian di institusi kerajaan TIADA kaitan dengan agama sesiapa. Etika berpakaian diwujudkan lebih kepada cuba mewujudkan aura positif.

Maksudnya, bila kita berpakaian sopan dan kemas sesuai dengan peruntukkan etika pemakaian, ianya sekaligus memberikan aura positif baik bagi diri sendiri mahupun orang lain di sekeliling kita.

Bukankah pemakaian yang sopan dan kemas mencerminkan keperibadian seseorang?

Kesimpulannya, adalah tidak wajar menunding kesalahan kepada orang lain sedangkan kesalahan itu datangnya dari diri kita sendiri yang sangat jelas kurang peka dengan kehendak suasana.

Jadi, marilah kita bersama menghormati garis panduan etika pemakaian yang ditetapkan dalam mana-mana agensi kerajaan mahupun bukan demi kesejahteraan bersama.

Bak peribahasa Melayu yang berbunyi, masuk kandang kambing mengembik, masuk kandang kerbau menguak. Mudah bukan? (^_^)

P/S - Bulan puasa ni YY agak kurang mengeluarkan entry. Maklumlah, puasa. Tak larat nak publish entry bebanyak. Hehe! Blog walking akan dilakukan mengikut kesempatan masa (^_^)

42 comments:

  1. Yg sedihnya, last last pihak berkuasa/ berwajib pula yg kena mintak maaf! Atas desakan pihak2 yg menangguk di air keruh

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah pasalnya, nak buat camne
      inilah MALAYSIA

      Delete
  2. berpakaian ni sesuatu yg basic la kan YY.
    kemas. sopan. apatah lagi nak berurusan dgn org.
    yg islam menutup aurat tu wajib.
    selain dari hormat, kena faham etika berpakaian...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, tak semestinya apa yang kita selesa
      adalah sesuai dengan suasana tempat atau majlis
      kena peka, bukan pekak =)

      Delete
    2. Betul. Kalau sesuatu tempat/event ada dress code, kena akurlah. Tak bolehlah ikut tekak.

      Delete
    3. exactly! masuk kandang kambing mengembik, masuk kandang kerbau menguak
      kan ke mudah? =)

      Delete
  3. pemikiran masih mundur.. macam mana nak capai negara maju.. ehh ada kaitan x? hehe..
    suka sangat meletakkan salah pada pihak lain sedangkan kita tak teliti diri. bahana keburukan media sosial.. keyboard warior yang otak sempit, melihat sebelah pihak.. ginilah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. perkara biasa dalam dunia tanpa sempadan hari ni
      meletakkan kesalahan di bahu orang lain dilihat sebagai cara
      paling mudah untuk menagih simpati orang lain
      sedangkan secara terang diri sendiri yang salah

      Delete
    2. Yang tak faham tu masyarakat kita suka besarkan perkara yang remeh. Berasap-asap! Berapi-api! Padahal banyak lagi isu besar yang perlu kita beri perhatian :)

      Delete
    3. saya sangat setuju!
      malahan ia adalah sebab kenapa kita gagal
      melaksanakan pemikiran kreatif sebab sibuk dengan hal remeh temeh =)

      Delete
  4. Hmmm.. tak tau la nak komen apa..Isu tak habis-habis kat Malaysia ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya benda mudah, tak perlu jadi isu pun
      hanya orang yang berfikiran sempit menganggap mereka ditindas

      Delete
  5. orang yang tak bersalah plak yang tak memasal kena mintak maaf..betul tu kak YY, benda ni dah lama, kenapa baru sekarang nak kecoh..saja nak timbulkan perbalahan.hormat tu penting,tak kisahlah kau agama apa pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulahkan, memang obviously sengaja mencipta havoc
      mana-mana tempat di dunia ada etika pemakaian
      hidup perlu ada peraturan

      Delete
  6. betul tu..etika pemakaian sudah dimaklumkan di mana-mana

    ReplyDelete
  7. berpakaian dengan sopan dimana sahaja itu lebih elokkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, cuma masalahnya ada yang kurang faham bab ni

      Delete
  8. Benda mudah macam ni pun masih ramai tak faham. Kalau rasa ragu-ragu, setiap masa keluar rumah tu pakai ajelah pakaian yang bersopan, tak menjolok mata. Habis cerita. Setakat menangguk di air keruh tu memang perkara biasa di Malaysia. Asal jadi viral je semua sepakat nak join sekaki mengutuk mengumpat.

    Bayangkan ajelah tengah lega lepas swimming sekali perasan baju ganti dah basah jatuh atas lantai. Kereta dah kena saman parking merata. Buatnya jenis orang yang tak suka bertangguh, terus pergi bayar saman pakai swimming suits, tak ke semua orang terbeliak tak tahan sakit mata! Sebab itulah mesti ada kod berpakaian yang sepatutnya. Hihihi.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah masalahnya, kadang bercakap tanpa berlandaskan fakta
      tu yang timbul, i bukan muslim...kenapa nak pakai macam muslim
      masalahnya bukan isu kau muslim ke idak, pakaian sopan dan kemas...tu pun tak faham

      wah...dahsyat imaginasi u ni MD
      dah boleh buat skrip filem seram dah...boleh kuar drama raya tu =)

      Delete
    2. Boleh buat skrip drama ke? Ingat boleh buat skrip filem..... Kalau macam tu, bulan puasa ni juga nak keluarkan; nak menguji iman masing-masing. Muslim tak muslim. Hehehe....

      Delete
    3. hehe...boleh sesangat! seram ayat tu
      tapi for sure i tak sanggup tonton
      suh suria lekatlekit review nanti ye =)

      Delete
  9. yang penting sopan dan elok dipandang...

    p/s: tahniah... http://www.mialiana.com/2015/06/pemenang-bertuah-url-blog-15.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah tu kan =)

      p/s: wah terima kasih! terharu saya dibuatnya =)

      Delete
  10. kadang tak paham dengan org kita ni...even masuk kasino tu pun ada dress code...ni kan pulak bila berurusan dengan kerajaan....benda simple xleh paham...pastu nak kaitkan dengan agama....bukan suruh bertudung pun...cukupla tutup apa yang patut.....suka nak carik benda kontroversi....padahal memang terang2 dia yg tak mematuhi dress code....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah pasalnya. sebenarnya banyak tempat ada dress code
      kalau rasa susah nak patuhi, tak payah p la kan
      bukan susah...saja nak mengada tu

      Delete
  11. ada dapat gambar org tu dalam whatsapp ketika pergi berurusan ke JPJ..mmg sgt x sopan mcm nk ke kelab malam iskk

    ReplyDelete
    Replies
    1. salah sendiri kan, patut tak payah salahkan orang lain

      Delete
  12. Bagi saya kebanyakkan org kita ni ada yg masih blur huhu. bila sesuatu kesalahan berkaitan pakaian berlaku dan ditegur, masalahnya yang backing pun ada diantaranya org kita juga.. susah mcm tu. Kita kena firm dan kene lebih bijaksana dalam berhujah.. in shaa Allah, tak akan ada yg berani lawan klu setiap hujah mereka mampu kita patahkan satu persatu dgn intelek..wallahualam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. apabila pakar bersuara..hehe
      saya setuju dengan pendapat saudara KK
      kadang yang bercakap atau yang menyokong tu
      adalah mereka yang sebenarnya tak tahu apa-apa =)

      Delete
  13. bila manusia merasakan dirinya sahaja yg betul , begitulah jadinya ...

    ReplyDelete
  14. Isu yang cukup hebat didebatkan di sek saya suatu masa dulu.. bila pentadbir ketatkan etika berpakaian ni ramai yg membantah.. mcm2 alasan.. mungkin tak semua org yang tak ikut etika berpakaian ni sengaja nk buat hal.. ada yang mmg terpaksa

    ReplyDelete
  15. Dah tak ikut peraturan kan.. Memang la salah.. Hmm.. Ntah pape la isu sekarang ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah pasalnya. obviously sendiri salah
      tak perlulah menunding jari kan?

      Delete
  16. saja nk membangkitkan isu
    bukan susah pon nk paham. melainkan saja buat buat tak paham.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah. memang sengaja
      isu tu pun sengaja dicipta sebab mereka ni
      gamaknya jenis attention seeker

      Delete
  17. Takde isu yang lebih penting gamaknya diaorang ni.
    kita boleh fikir baik buruk sesuatu benda.
    Follow je la peraturan.
    gatai diaorang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau benda salah, nak bangkang, takpe
      ni benda yang menjurus ke arah kebaikan
      tak perlu jadi isu pun...mengada aje tu

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...