Membeli Serunding Sambil Beramal

7:47:00 am Yana Yani 38 Comments

Membeli Serunding Sambil Beramal | Bulan Ramadhan seperti yang kita ketahui penuh dengan keberkatan. Setiap amalan kebaikan yang dilakukan pada bulan ini dilipat gandakan pahalanya di sisi ALLAH. So moh kita membeli serunding hasil air tangan Puan Alia Haryanie. Sambil membeli tu, kita secara tak langsung dapat membantu meringankan bebanan yang ditanggung oleh beliau.

Untuk makluman, Puan Alia ni merupakan seorang ibu tunggal dan penghidap kanser. Kisah hidup beliau ada dicatatkan di dalam blog beliau yang boleh dibaca di sini. YY sangat kagum dengan kecekalan dia despite dengan dugaan demi dugaan yang terpaksa ditempuh atas ketentuan DIA, beliau tetap cekal menghadapi hari mendatang demi anak-anak.

Demi menampung perbelanjaan keluarga dan kos rawatan, beliau menjual pelbagai produk makanan antaranya serunding, mini popia dan mini karipap dengan harga berpatutan. Berikut adalah gambar dan harga jualan produk makanan beliau

Membeli Serunding Sambil Beramal
Serunding Ayam 250g, RM18.00
Membeli Serunding Sambil Beramal
Serunding Daging Tempatan 250g, RM18.00
Membeli Serunding Sambil Beramal
Serunding Ikan 250g, RM12.00
Membeli Serunding Sambil Beramal
Mini Karipap 1kg, RM32.00
Membeli Serunding Sambil Beramal
Mini Popia 1kg, RM32.00

Berminat membeli sambil beramal terutama di dalam bulan yang mulia ini? Silalah berhubung sendiri dengan Puan Alia Haryanie di Facebook atau blog beliau. Beliau juga boleh dihubungi melalui nombor telefon, 012 921 8016. Sekiranya korang nak membantu dengan cara lain seperti menerbitkan entry ini, korang boleh hubungi Suria LekatLekit melalui Facebook beliau untuk maklumat lanjut.

Sekecil-kecil amalan yang kita buat pada bulan yang mulia ni, ingatlah bahawa pahala dia berlipat kali ganda seperti mana yang dicatatkan dalam Hadis Riwayat Muslim:-

“Sesungguhnya Allah mencatat setiap amal kebaikan dan amal keburukan.” Kemudian Rasulullah menjelaskan: “Orang yang meniatkan sebuah kebaikan, namun tidak mengamalkannya, Allah mencatat baginya satu pahala kebaikan sempurna. Orang yang meniatkan sebuah kebaikan, lalu mengamalkannya, Allah mencatat pahala baginya 10 sampai 700 kali lipat banyaknya.”

P/S - Kadang apabila kita memandang ke bawah, kita akan nampak ada yang lebih susah berbanding diri kita. Sebab tu bila berjalan, jangan sentiasa mendongak (^_^)

38 comments:

  1. semoga dipermudahkan dan Allah melimpahkan rezeki kepadanya ...

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..setuju sangat2 dengan entry yana..bantu membantu sesama kita..inshaAllah..Allah merahmati amalan kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan salmiah
      time ni dia susah, kita tak tahu time kita plak =)

      Delete
  3. wah sedap nie makan dengan nasi panas2...:-))

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...buat lapo plak
      oops, lupa plak posa =)

      Delete
  4. aha...semua nampak menyelerakan..sis JM mmg suka serunding..boleh order nih

    ReplyDelete
  5. Bagusnya ni.. thanks sharing info ni YY.. :)

    ReplyDelete
  6. Jgn asyik mendongak,nnt tersandung. Hehehhe..

    ReplyDelete
  7. Gigih orangnya ya.. tengah menanggung kanser sempat lagi meniaga ya.. moga ramai yang membeli sambil beramal

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah cikgu AN
      saya pun kagum dengan dia
      semangat dia sangat kuat

      Delete
  8. semoga bertambah rezekinya....aminnnnn hihih

    ReplyDelete
  9. Thanks atas hebahan, YY. Moga Allah memberi kelapangan buat beliau.

    ReplyDelete
  10. Semoga dengan bantuan blogger yang menghebahkan ceritanya ni, murahlah rezeki hendaknya. Saya pun dah dua, tiga kali terbaca kisahnya.

    ReplyDelete
  11. semoga Allah bantu beliau dan dimurahkan rezeki..

    ReplyDelete
  12. Semoga ramai yang order serunding ni :)

    ReplyDelete
  13. semoga segala urusan alia haryanie ini dipermudahkan oleh Allah swt..gigih orangnya, bersama kita membantu apa yg termampu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan kak
      kita doakan semoga urusan dia dipermudahkan =)

      Delete
  14. Serunding daging rm18?
    Wahhh. Murah dh tu.
    daging tempatan pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. murah kan? tulah
      try beli...sambil menderma =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...