Part 2: Cuti Hari Pekerja di Kuala Lipis

7:06:00 am Yana Yani 39 Comments

Dah sebulan selepas cuti hari pekerja berlalu, baru sekarang YY berkesempatan nak sambung cerita. Hehe! Lantaklah ye, nak buat macamana bukan disengajakan (^_^)

Sambungan dari cerita Part 1: Cuti Hari Pekerja di Kuala Lipis

Selepas aje balik dari kenduri kahwin saudara Mak YY dengan perut yang masih lagi kekenyangan, kami semua decided nak mandi sungai. Yeah!

Rancangan ini dilakukan khusus untuk anak YY sebagai salah satu kenangan terindah buat mereka apabila mengingati semula zaman kanak-kanak suatu hari nanti.

Kalau boleh YY nak mereka melalui sepertimana YY dahulu. Anyway, zaman kanak-kanak YY was awesome dan YY nak mereka merasai benda yang sama!

Semestinya Afif dan Aisyah tersangat seronok bila dikhabarkan. Bukan selalu pun dapat peluang mandi sungai kan. Kalau anak-anak seronok, YY apalah lagi (^_^)

Di belakang kedai Atuk YY memang ada sungai, tapi tak ada tempat yang sesuai untuk anak-anak YY turun bermain. So atas cadangan Atuk, kami bergerak agak jauh sikit dari kedai Atuk.

Kampung kelahiran YY di Kuala Lipis ni masih lagi dikelilingi hutan tebal. Kalau bernasib "baik" boleh berjumpa haiwan berbelang yang kebiasaannya hanya boleh dilihat di zoo.


Sampai sahaja ke destinasi yang dimaksudkan, Afif adalah yang paling excited!

Dia macam nak lompat terus aje dalam air sungai tu. YY pula yang agak geli nak turun ke dalam sungai yang suatu ketika dulu sangat jernih. Mujur ada Syafie yang menjadi "hero"

Sungai yang satu ketika dahulu boleh melihat ikan berenang kelihatan sangat keruh disebabkan kerakusan manusia. Ini sahajalah tinggalan untuk anak-anak YY. What a waste.

Apa pula yang tinggal untuk generasi seterusnya?


Mak YY pula hanya dari kejauhan tersenyum melihat gelagat anak dan cucu kesayangan yang riang bermain air sungai. Sekali sekala terdengar suara dia menegur.


Agak lama juga kami di sini. Afif dan Aisyah sampai kecut badan dan mereka sendiri yang mengajak balik. Memang bagi diorang main puas-puas hari tu (^_^)

Bawah ni adalah gambar Aisyah yang kepuasan bermain air sungai. Riak wajah dia menggambarkan betapa dia seronok dan puas bermain hari tu (^_^)


Lepas tu kami bergerak pulang ke kedai Atuk. Berehat seketika sebelum Atuk mengajak kami empat beranak ke Padang Tengku untuk membeli beberapa barangan untuk diniagakan di kedai Atuk.

Beli juga ulam-ulaman untuk dijadikan lauk pada malam tu. Malam tu kami semua dapat makan ikan patin masak tempoyak yang tersangat marvelous hasil air tangan Mak tercinta (^_^)


Keesokkan paginya, kami ke Padang Tengku sekali lagi. Kali ni untuk bersarapan dan of course membeli lagi barangan basah untuk dibawa pulang ke Klang.

Bukan tak ada barangan yang Mak nak beli di Klang. Tapi kata Mak, di sini barangan seperti tempoyak lebih fresh berbanding di Klang. Layankan aje (^_^)


Gambar di bawah ni sebenarnya Afif dan Aisyah sedang berperang. Nak dijadikan cerita, aiskrim tu pula hanya dibelikan satu oleh Pak Teh diorang a.k.a Syafie.

Yes, berebut! Tapi YY kata kalau tak nak kongsi YY buang aje dalam longkang aiskrim tu. Demi kerana takutkan kena buang, dalam bergaduh pun sanggup berkongsi (^_^)


Hari tu pula merupakan hari terakhir kami di Kuala Lipis. Berat juga rasa hati nak meninggalkan kampung kelahiran dan of course Atuk yang semakin uzur.

Insya ALLAH kalau panjang umur, kami akan pulang lagi ke sini pada hari raya nanti. Sebelum menempuh perjalanan pulang ke Klang, kami beli dahulu kudapan di kedai Atuk.

Kedai Atuk nampak aje kecil, tapi ada macam-macam dekat sini (^_^)


Sempat juga curi snap gambar Anis yang sedang "menakal"

Anis! Along nampak apa kau buat ye! Nanti Along report pada Atuk yang kau cuba melakukan "pembunuhan" ayam dia! Bukti ada okay!


Selepas itu kami mula bergerak pulang. Takut juga sangkut di dalam kesesakan lalu lintas disebabkan ramai yang mengambil peluang cuti panjang untuk balik ke kampung.


Kami pulang ke kampung kali ni dengan dua buah kereta. Dalam kereta kami ada Anis dan Annur. Sepanjang perjalanan balik dok sibuk berselfie aje diroang berdua tu!

Menci tau sebab diorang tak ajak YY sekali! Mujur masih berfikiran waras, kalau tak dah tendang keluar dari kereta dah diorang berdua tu!

Lepas tu keluar Metro dengan tajuk panas... KAKAK DURJANA TENDANG ADIK DARI KERETA! Hehe! Nauzubillah!


Gambar di bawah adalah gambar yang terakhir yang YY sempat snap. Anak-anak YY cukup suka dan teruja tiap kali melalui terowong ni. Melalui terowong menandakan akan ke rumah Tok Yang.

Ironinya YY juga pernah berfikiran serupa satu ketika dahulu. Bezanya dahulu hanya ada satu terowong berbanding sekarang yang sudah ada dua terowong (^_^)


So begitulah cara kami menghabiskan cuti hari pekerja baru-baru ni. Insya ALLAH panjang umur akan kembali lagi ke sini ketika hari raya nanti.

Rasanya, cukuplah sampai di sini sahaja coretan YY. Insya ALLAH kita ketemu di lain kali. Jaga diri elok-elok dan lakukan apa sahaja kebaikan hari ini tanpa sebarang tangguhan.

Mungkin tiada esok untuk kita (^_^)

39 comments:

  1. Assalam yana..seronoknya anak2 kalau dapt mandi sungai macam tu kan.. tapi dekat kg akak,sungai yang akak biasa terjun kecik2 dulu dah takde,semuanya dah cetek,nak bawa anak2 mandi pun dah tak sesuai,air tanah je...

    wahhh...terowong tu...masa kecik2 dulu suka masuk terowong tu sebab kaler baju boleh bertukar hahaha...sekarang dah tak lagi,mungkin lampu tu memainkan peranankan, anak2 akak pun suka setiap kali masuk terowong ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumussalam kak
      bebudak kak, jumpa air memang seronok sangatlah diorang
      tapi sungai kat lipis memang kebanyakkannya gitu dah sekarang ni kan
      mujur kampung saya ada lagi kawasan yang sesuai, boleh jugalah
      diorang main buat lepas gian =)

      kan...saya pun suka sangat
      even anak-anak saya pun tiap kali mausk terowong saya suh pandang baju
      tu yang diorang excited tiap kali masuk terowong =)

      Delete
  2. Riang-ria dari nenek-mak-anak-cucu semuanya ada buat percutian tambah indah terasa. Anak-anak akan terus bercerita hal ini berhari-hari selagi ianya masih ingat dlm minda mereka YY.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah pasalnya kak
      percutian seperti ni yang biasanya meninggalkan seribu satu memori =)

      Delete
  3. assalamualaikum
    singgah pagi

    ReplyDelete
  4. seronoknya kak YY..mesti sungai tu jernih je suatu masa dulu tapi dah banyak berubah kan..cuti memang seronok kalau semua ahli keluarga dapat kumpul bersama.tak semestinya tempat mahal kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang jernih sal, sayang sekarang dah keruh
      atuk kata dulu orang melombong emas di hujung kampung
      banyak juga perubahan disebabkan pembangunan
      tapi tak jauh beza sangat dengan apa yang akak pernah alami dulu
      bab berkumpul sekeluarga tu memang tepat sekali! =)

      Delete
  5. Jauh renungan mak awak tu YY.....
    Ohhh.....ada lagi air sungai belakang kg tu YY....okje pun tetiba teringat Parit Besar hujung kg okje yg satu masa dulu okje pernah mandi. Sekarang kalau tengok balik dah penuh kiambang dah....

    Bestnya kalau atuk ada kedai.....boleh ambik jajan .....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...dia dok renung anak cucu dia main air sungai tu
      ada lagi OKje, tapi air keruh lah.
      kalau hujan lebat tak boleh main langsung. ni rezeki bebudaklah
      memang best, tapi idaklah main ambik gitu aje
      sumber pendapatan atuk tu =)

      Delete
    2. tapi mesti atuk akan cakap 'tak payahla bayar'..hehe

      Delete
    3. hehe..pepandai aje kamu ni tau sal

      Delete
  6. Suka tengok gambar dua beradik tu share aiskrim. Santai-santai ngan family best kan,..

    ReplyDelete
    Replies
    1. time tu tengah berperang besar tu kak! hehe
      tapi tak dinafikan, santai begini memang best =)

      Delete
    2. Ya Allah, baiknya perangai anak2 YY! Tgh berperang pun leh share aiskrim lagi!

      Delete
    3. sebab berperanglah boleh share
      cer kalau tak berperang, takdenya nak makan serentak gitu =)
      aminnn...moga-moga berterusan kebaikan mereka tu =)

      Delete
  7. betul tu yana...kalo ade peluang gi sungai mmg kene bawak...bagi anak2 kite kenal sungai...kalo tak balik2 kenal swimming pool jek heheeheheh...lieya sendiri rindu nak mandi sungai...air sejuk.... pastu tak le melekit mcm air pantai tu ..... yg syoknye mandi sungai ni sejuk2 pastu sure perut cepat lapoo hehehehehe...

    kedai atuk tu mmg nostalgia betul laaa..dgn meja mcm tu...betul2 mcm kedai org dulu2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan lieya, selagi ada sungai ni
      kasi tunjuk sikit, nanti dah tak ada, tak ada peluang dah
      saya geli plak nak mandi, tengok anak-anak aje =)

      hehe...kedai kampung lieya =)

      Delete
  8. Seronoknya dapat mandi sungai :D ! Kalau ain , ain pun excited . Wehuuu.
    P/s : Sweet pulak anak2 akak makan ice cream hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. bebudak seronoklah, mak budak dah kurang sikit
      kalau seronok pun sebab anak-anak happy aje =)
      hehe...depa tengah gaduh tu =)

      Delete
  9. Tak cukup umpph tajuk berita Metro tu - Kakak durjana menendang adik-adik keluar kereta kerana tidak dipelawa berselfie bersama! Barulah nampak kedurjanaan seorang bernama Kak Long ni ~_^

    Si Anis tu tengah offer Mamee kat ayam Atuk ke apa tu? Nak suruh ayam tu pendek umurlah yerk...

    YY, ni nak tumpang cerita sikit (maklumlah saya ni ada share kat blog ni - antara pengomen tegar punya share katanya...) Kali pertama saya ke Padang Tengku ketika menghantar abang saya yang baru habis belajar di maktab dan dihantar bertugas di Sekolah Menengah Padang Tengku tak silap. Masa tu saya masih belajar di sekolah rendah. Sampai je depan sekolah kami disambut dengan tahi lembu merata-rata! Saya pulak yang susah hati dok fikir macamana nak survive dok kat Padang Lipis ni padahal bukan saya pun yang kena duk mengajar kat situ. Makpak saya pun sayu jerk hati tengok keadaan sekeliling. Maklumlah kampung kita orang kat BP tu lagi 'mewah' tau dari Padang Tengku. Hihihi....

    Sekarang ni tak tahulah macamana gaya. Bertahun sudah tak pernah datang Kuala Lipis ni. Entah bila yerk kali terakhir ke sana....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok lah tu, panjang sangat tak muat paper! hehe
      bos diorang suh berjimat hatta penggunaan perkataan sekali pun =)

      tulah pasalnya, dia kata ayam tu suka makan
      kesian katanya, nak beli sendiri tak ada duit...hehe

      eehh...boleh pula ada share ye. entah bila masa entah
      takpe...kasi can, kasi can...

      hehe...fenomena tu masih lagi boleh kelihatan
      sana lembu susah jumpalah MD, tahi kerbau tu =)
      fenomena biasa tu. badminton court pun diorang "melabur"
      ada share katanya...hehe

      ala maju sangat ke kampung u tu MD?
      tapi semaju manapun kampung u tu, boleh tengok rimau kat logo aje
      kami boleh tengok live tau! tinggal cukup tanah dengan tak aje nak lari! hehe

      Delete
    2. Oh, tahi kerbaulah tu ya? Ingatkan lembu... sama jerk tengoknya. Maklumlah bila nampak je terus pusing kepala, buat iklan rambut katanya...

      Sampai sekarang ke kerbau-kerbau tu tak dididik dengan ada sopan ketika membuang? Habis court orang semua dibantainya. Tak tahu malu betullah! Dekat Courts Mammoth kerbau pandai tak membuang?

      Ish, I punya kampung maju youuuu..... Depan rumah ada tiga lanes lagi buat merempit. Malam-malam hingar-bingar tutup kepala dengan bantal sebab tak tahan havocnya bunyi mat rempit merempit *_* Setakat sungai tu, kita orang siap ada tongkang pecah lagi....

      Eh, rimau tak payah tengok livelah! Dapat tengok pun lepas tu kena telan nak buat apa :)

      Delete
    3. ish..ish...MD ni, taik saya dengan MD pun kalau letak sebelah sama aje kan
      nasib blog sendiri...kalau nak kena sensor dah...hehe

      dekat kawasan kampung aje diorang kurang sopan sikit MD wei
      lagipun padang tengku takde courts mammont, orang kampung kaya sangat
      semua nak beli pakai cash aje! tu yang maleh diorang buka cawangan =)

      mak ai, canggih ye kampung u MD
      kampung kami senyap aje, kalau dengar pun bunyi cengkerik aje

      malam kitorang tak payah pakai kipas pun, sejuk sangat
      mungkin sebab belum cukup maju kot
      tu yang nak jumpa aircond sikit punya susah kat sini

      i ada mentioned tak nak makan petai ke, durian ke, rambutan ke
      kena panjat pokok aje, tak payah kuar duit? ada tak?
      emm, never mind. definitely tak boleh lawan kecanggihan kampung u =)

      Delete
    4. Wah, tak sangka orang Padang Tengku kaya-raya semuanya! Tak main bayaran ansuran yerk. Cash terus kalau nak membeli. Ni mesti bank loan pun kalau jaja tak laku kat sini....

      Ofkoslah kampung MDkan.... mestilah canggih *giggletutupmulutdenganduajari* Kampung I memang penuh dengan pembangunan. Macam-macam ada sebab itulah I tak hairan kalau tak balik kampung. I rasa macam duk kat KL je kalau balik ke BP tu tau....

      Oh, rumah kampung I memang pasang aircond setiap bilik. Maklumlah kita orang ni tinggal kat kawasan Khatulistiwa, panas membahang sepanjang tahun. I ingat kampung you ada salji, that's whylah kipas pun tak laku kalau buat MLM kat situ *_*

      Oh, so sorry... I lupa nak mention pulak! I tak makan petai, yang.... I kalau makan pun dragonfruit, anggur, peach, orange sunkist gitu *gigglekuatsikittutupmulut* Kat kampung you banyak ke orang tanam buah-buahan ni?

      Ekekekeh... takpalah! Tak payah jawab. At least you dah tau pun macamana canggihnya kampung I kannnnnnnn...... *_*

      Delete
    5. ishhh...kaya sangat! actually padang tengku tu kira macam klang
      i punya kampung lagi dalam...kapung beletik nama dia

      masuk aje hutan keliling
      nak jumpa rumah pun belum tentu jumpa...kena belek disebalik semak
      bab pembangunan memang obviously tak boleh lawanlah kan
      kalau dah rasa dok macam KL, bukan kampunglah namanya tu
      bandarlah kategorinya...ishhh MD ni

      wah...kampung u pasang aircond tiap bilik? kira cam hotellah ye
      kaya juga tu, sebab letrik mahal la ni kan...
      mujur kami duit buat bayar aircond tu, kami boleh save buat beli perabot
      kami bab salji tak heran, lagipun dah sejuk...peduli apa salji

      tu bukan buahan oversea ke? apa malaysia ada tanam buah gitu
      ke you petik pakai duit? emm

      Delete
  10. nampak sangat baik budak2 tu share ais krim sama2.. siap gigit serentak tu..
    bercuti ramai2 macamni mmg best kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bergaduh tu QA
      kalau tak bergaduh, mana makan serentak...bergilir
      ni sebab kes, kalau ko makan habis! baik makan sama...hehe

      Delete
  11. best kan diana
    lagilah kalau dipelihara, untung juga boleh share dengan anak cucu =)

    ReplyDelete
  12. Sayang jugak tengok sungai tu dah agak kekuningan airnya kan? Best nyer sis jalan² satu family. Kathy takda kemana² sepanjang cuti. Hehehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah, nak buat camne
      ini ajelah warisan yang tinggal
      yup...memang best, bukan selalu pun =)

      Delete
  13. Raya ni raya pertama saya bersama keluarga mentua di Kuala Lipis.. Ehem ehem ehem... ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. phewitt...hehe
      akak teringat akak pula masa mula-mula kawin dulu
      malam raya menangis tak ingat sebab first time beraya jauh dari keluarga
      diorang kat lipis, akak kat kapar...sedih bila teringat, tapi kelakar pun ye =)

      Delete
  14. wah bestnya dapat luangkan masa bersama..
    walaupon air sungai tu nmpak mcm keruh sedikit
    saya hari tu selepas suami discharge terus balik kedah dan perak hingga hari hbs hari wesak

    jauh tak dengan kg dato siti ? hihi
    saya tak prnah sampai ke sana lagi

    adik beradik kena la belajar berkongsi kan.
    nanti saling tolonh menolong.in shaa Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best cik su, bukan selalu kan dapat peluang gini
      jauh juga dengan kampung siti nurhaliza tu =)
      kuala lipis ni agak besar juga sebenarnya

      hehe...betul-betul =)

      Delete
  15. seronok nyer la dpt mandi sungai.
    aida x pernah mandi sungai sejak da besar panjang ni.
    termasuk la anak-anak aida bertiga tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun dah lama juga aida
      saya geli sebenarnya, tapi demi anak, layankan aje =)
      bagi diorang merasa nikmat mandi sungai =)

      Delete
  16. mmg susah nak cari air sungai yg jernih sekarang...bak kata YY..yes sikap kerakusan manusia yg tidak berbudi kepada alam

    ReplyDelete
    Replies
    1. susah sangat kan JM
      rata-rata air dah keruh sebab kerakusan manusia tu sendiri

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...