Menjelajah Pasar Karat Shah Alam

7:33:00 am Yana Yani 32 Comments

Menjelajah Pasar Karat Shah Alam | Pernah dengar tak Pasar Karat di Shah Alam? YY sebenarnya baru tahu yang nama lain untuk Pasar Tani Mega ini adalah Pasar Karat setelah membaca coretan blogger Aryan Azra.

Pasar Karat ini terletak di kawasan letak kereta Stadium Melawati di Seksyen 13, Shah Alam. Dibuka setiap hari Ahad bermula seawal pagi sehingga ke lewat tengahari. Pasar ni tersangatlah besar dan terdapat macam-macam barang yang diniagakan. Cakap ajelah korang nak apapun, mesti boleh jumpa punya! (^_^)

Korang hanya perlu pastikan korang mempunyai duit yang mencukupi dan juga yang paling penting adalah stamina untuk menjelajah ke setiap pelusuk pasar. Nak dijadikan cerita, parent in law YY teringin sangat nak ke situ. Sebelum tu kami dah bagi reminder tentang keluasan tempat tu. Bukan apa, takut penat berjalan jauh.

Tapi diorang sanggupkan aje sebab bukan selalu katanya. Lagipun diorang nak membeli beberapa barangan keperluan diorang ketika di Tanah Suci nanti.

Menjelajah Pasar Karat Shah Alam

Yang best tentang pasar ini adalah ianya dibahagikan dengan agak terperinci memudahkan sesiapa sahaja untuk membeli-belah. Barangan makanan, barang basah dan kering terletak berasingan. So sangat mudah kalau nak fokus untuk beli barangan tertentu aje. Tapi kalau pertama kali ke sini, sangat berbaloi kalau menjelajah ke setiap penjuru. Memang macam-macam ada!

Menjelajah Pasar Karat Shah Alam

Mata pun seronok aje tengok macam-macam bentuk dan warna. Kalau nafsu membeli kuat, memang bawa beribu ringgit pun tak cukup disebabkan rambang mata. Disebabkan YY ni boleh kategorikan sebagai big spender, maka YY tak bawa duit banyak. Kalau tak semua barang nak diborong. So jamu mata ajelah hari tu (^_^)

Buat jugalah muka comel dengan harapan tinggi menggunung pada MyChintaHati. Manalah tahu kan, untung-untung dapat sepasang dua. So YY pun kata, "Cantikkan baju tu sayang?"

Dia pun belek baju yang sama lepas tu kata, "Emm, cantik". Lepas tu dia berlalu pergi ke kedai seterusnya. Hampeh! Dia tak faham bahasa kiasan bini dia rupanya. Takpelah, kita cuba lain kali (^_^)

Menjelajah Pasar Karat Shah Alam

Bila penat berjalan sambil dok tunggu parent in law YY shopping, kami anak-beranak dok dekat tepi kaki lima. Sempat jugalah bergambar. Trademark katanya. Hehe! Gambar bawah ni nak snap sekali dengan MyChintaHati, tapi bebudak terlebih excited pula. Diorang goyangkan tangan YY menyebabkan YY hanya dapat snap gambar kami bertiga.

Disebabkan itu MyChintaHati tidak kelihatan di dalam gambar kecuali lengan baju dia. Oh, telinga nampak sikitlah! Hehe!

Menjelajah Pasar Karat Shah Alam

Afif dan Aisyah pun hari tu jadi rambang mata. Hampir di setiap gerai yang menjual mainan diorang berhenti. Kadang-kadang tu keluarlah ayat-ayat cinta semata-mata nak kan mainan yang dijual. Mujur dah terbiasa dari kecil, maka senang sikit nak kawal budak berdua ni. Atuk Nenek sampai puji sebab cucu mereka sangat behave. Siap kata lain kali nak ajak lagi (^_^)

Menjelajah Pasar Karat Shah Alam
Menjelajah Pasar Karat Shah Alam

Tapi kalau dah namanya budak, sesabar mana pun diorang, kalau dah semua benda dikatakan tak boleh ditambah dengan kepenatan, maka mereka tetap merenggek. Mungkin disebabkan kesiankan cucu, maka Atuk dan Nenek tetap membelikan mainan untuk Afif dan Aisyah. Ianya terus menggubah mood mereka yang mulanya macam layu.

Macam tenaga dah kena recharge!

Menjelajah Pasar Karat Shah Alam

Kami kemudiannya ke bahagian barangan basah. Masa tu dah tak berapa larat nak angkat kaki. Mak mentua YY dah surrender. Dia suruh kami aje yang pergi sementara dia duduk menunggu. Asalnya malas juga nak pergi ke bahagian basah sebab tak ada pun nak dibeli. Tapi Abah mentua YY teringin nak makan kari ikan. Maka kami pun ikutkan aje.

Menjelajah Pasar Karat Shah Alam
Menjelajah Pasar Karat Shah Alam

Lepas dah dapat barangan yang dihajati, kami berangkat pulang, Walaupun kepenatan sebab dok jelajah keliling Pasar Karat a.k.a Pasar Tani, kami sangat puas hati. Memang rasa seronok sangat! YY sangat galakkan korang ke sini pada sesiapa sahaja yang belum pernah sampai. Even dah biasa pergi pun, pasti ingin pergi lagi.

Lagipun ianya salah satu sebab untuk bangun awal pagi ketika cuti hujung minggu (^_^)

32 comments:

  1. memang bestlah pergi pasar karat ni,rambang mata tu jangan cakaplah...taktau apa nak dibeli... kalau dengan anak-anak akak nak menjelajah semuanya memang tak dapatlah...mereka lagi laju berjalan,mama terpaksa berlari takut anak hilang..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan kak, memang syok mata dibuatnya! hehe
      tapi yelah kalau bawa budak, memang jenuhlah
      sebab tempat tu besarkan nak pusing,
      anak-anak saya pun lepas tu tidur dalam kereta. kepenatan =)

      Delete
  2. wah... besnya... kalau ispun rambang mata bila banyak macam tu (^___^)

    ReplyDelete
  3. Wah..dah lama saya tak ke pasar ni.. syokkan ramai orang dan banyak barang tu.. wah, baiknya menantu ni bawa mentua jalan2 cari barang kat pasar karat ni ya.. mujur Aisyah nak jalan sendiri ya.. kalau tak, maunya YY pun teman mak tu.. bg je orang lain jalan2 dulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok ke sini, lagipun memang kami muka berjalan =)
      sekali sekala cikgu AN, lagipun diorang teringin
      keluarga kami ni memang hantu juga bab berjalan
      sebab tu aisyah okay aje, kalau dia baby lagi atau memang tak nak berjalan
      memang dah angkut sekali stroller =)

      Delete
  4. Hai, statement last tu macam mengumpat face to face jerk ^_^ Konpius kejap!

    Hahaha...kesian alahai YY! Dah bagi klu pun ayang tak faham ke! Patutnya YY diri tegak aje macam patung, kelip-kelip mata penuh gedik sambil pegang baju tu! Barulah cik abang perasan....

    Saya baru tau kat Shah Alam ada Pasar Karat. Setahu saya, Pasar Karat yang famous saya dengar dari mulut kakak dan abang ipar saya hanyalah di JB nun. Sikit-sikit dia orang dok sibuk bercerita pasal Pasar Karat sampai saya pun nak pitam dok fikir kenapa pasar ni sinonim dengan perkataan karat sangat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. alo cik kak, kalau dah face to face bukan mengumpat okay!
      tu namanya confession! hehe

      tulah kan, menci tau. dia buat tak paham aje
      saya nak melebih pun maleh juga sebab depan mak mentua kan
      kenalah berlakon jadi menantu mithali gitu! =)

      ada! tapi saya tak tahu nama dia pasar karat
      saya tahu nama dia pasar tadi aje. baru ni tahu nama lain dia pasar karat
      yelah kan, kenapa nama dia karat huh? pening juga tu
      apa ingat JB aje ke ada pasra karat? ishhh...tak patut betul tau!
      buang negeri kang, tau la =)

      Delete
  5. I gurang gemar p pasar tani camni.. rimas belaga montot ngan org lain.. hahaha.. tapi klu nak shopping murah seronok jgk pergi sana..
    budak2 mmg macam tu kan.. behave camna pun klu dah letih pastu xdapat brg kegemaran, monyok lee muka.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya suka aje...janji berjalan! hehe
      yelah, dah namanya budak. mesti merenggek kalau dah penat
      mujur atuk nenek ada, kalau saya buat tak tahu aje! hehe

      Delete
  6. ikan pun ada jual rupanya ye...ingtkan barang2 biasa je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua ada diana! cakap ajelah nak apa pun
      insya ALLAH jumpa punya! =)

      Delete
  7. Seronok jalan2 tempat macam ni. Kathy pun suka...

    ReplyDelete
  8. aida da lama teringin nak pegi.
    adik & asben dia selalu pegi sini.
    but kami naik umah kakak di KL sesekali.
    and sesekali tu ada aje hal yg lain kan...
    nampak sgt best la YY pasar karat ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekali sekala singgah la aida, memang seronok
      cuma mungkin letih kaki lah sebab tempat dia luas tau
      rasa kalau dah pergi sekali, nak pergi lagi =)

      Delete
  9. pasar karat shah ALam? pertama kali dgr..kalau masuk area SA mmg sesat huhuh....

    ahahaha..lawak! x faham bahasa kiasan bini eh...lain kali ckp straigth to the point je YY

    ReplyDelete
    Replies
    1. masuk shah alam sesat? kecik aje SA tu JM wei
      camne leh sesat ni =)

      nak cakap straight to the point tak cukup kekuatan...hehe =)

      Delete
  10. Ooooo....yang pernah dengar car boot sale je kat pasar malam ni..hehehe....mesti rambang mata dibuatnya kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun baru tahu cikgu
      tapi seriously seronok tau

      Delete
  11. oo..baru tahu nama pasar karat...
    sbnarnya lya pnh ke sini msa zaman tgu result spm dlu.. smentara tu lya ambik course kat ptpl, nk isi masa sblm dpt result.. selalu la ke pasar pagi ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nama dia sebenarnya pasar tani
      tapi mungkin sebab dah macam-macam jualan ada, orang panggil pasar karat
      yeke lya? saya dah kawin baru tahu kewujudan tempat ni...hehe

      Delete
  12. Mmg nampak meriah pasar tu... mcm2 ada tu... kalau akak ke sana pun sure rambang mata... hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti rambang mata punya
      silap haribulan semua nak angkut...hehe

      Delete
  13. Meriah dan bsar tgk gaya pasar nih... Sy pun bukan jnis membeli... Skdar cuci mata boleh la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ni jenis tak boleh pegang duit banyak, boros
      sebab tau kekurangan diri lah yang tak penah bawa duit banyak =)
      tengok macam-macam barang pun dah buat rasa happy =)

      Delete
  14. mmg rambang mata kalau pergi sana..
    fening nak pilih yg mana satu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah pasalnya!
      hehe...kalau boleh semua nak angkut

      Delete
  15. Meriahnya kak!
    X pernah jejak kaki lg kat sini. Selalu dengar abg duk sebut pasar karat shah alam

    ReplyDelete
    Replies
    1. meriah ana! kalau ada masa, yok singgah
      macam-macam ada dekat sini

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...