Perlunya Peralatan Asas Menjahit (^_^)

7:11:00 am Yana Yani 62 Comments

Setiap isi rumah memerlukan peralatan asas untuk menjahit tak kira apa sahaja status korang. Malahan sebahagian kawan YY mempunyai peralatan tersebut dalam handbag diorang.

Pernah terjadi, kawan YY jahitan pada kain dia tertetas. Sekembali dia dari toilet, YY perasan tetasan tu dah tak ada. Apa dia ni main magic ke? Kejab ada, kejab tak ada.

Bila ditanya dia hanya menunjukkan satu beg kecil yang mengandungi peralatan asas menjahit. Tapi dia ni jenis manusia critical thinking. Kalau YY tak terfikir begitu. Hehe!

Anyway, apa dia peralatan asas menjahit? Mudah dan murah. Malahan tak perlukan ruang yang besar untuk menyimpan. Korang hanya perlu ada gunting, benang dan jarum. Itu sahaja!

Yang lelain tu hanya peralatan tambahan lain untuk memudahkan kerja menjahit korang. Tak usah risau kalau tak tahu menjahit. The moment korang pegang aje jarum, confirm pandai jahit! Hehe!

Dulu YY dah ada complete set jahitan. Tapi bila berpindah rumah, entah ke mana dia lari. Terpaksa beli baru. Sekarang YY dah ada set yang boleh dikategorikan lengkap jugalah (^_^)


Ni kalau nak dibandingkan dengan Mak Mentua YY, memang jauh panggang dari api. Mana tak nya, YY punya Mak Mentua seorang tukang jahit.

Dari sekecil-kecil bahan sehingga ke besar-besar bahan dia ada. In fact dia ada satu bilik khas untuk menjahit. Tapi setakat ni belum ada seorang pun anak atau menantu yang mengikut jejak dia.

What a waste! Nak buat camne, masing-masing tak minat (^_^)


Kami anak-beranak pun dah jenuh merasa baju yang dia buat. Baju sekolah agama Afif pun dia yang beria nak buat walau sedia maklum kami dah belikan.

Sudahnya Afif ada baju sekolah agama lima pasang!


Berbalik kepada perlunya peralatan menjahit ni, kita tak tahu pada waktu bila kita perlukan dia. Akan ada situasi seperti kawan YY tadi, butang tertanggal dan sebagainya.

Sebab tu sangat perlu bebenda ni dalam rumah kita.

Contoh paling mudah lencana sekolah Afif dah tak pakai lekat macam zaman YY sekolah dulu. Semuanya perlu dijahit bagi mengelakkan lencana tertanggal.

Ni kalau upah orang, YY dengar cerita ada yang charge sehingga RM10 untuk satu lencana! Mahal sungguh! Baik jahit sendiri walau tak sesempurna mana.

Janji lekat dah lah kan (^_^)


Ilmu menjahit pernah dipelajari ketika Tingkatan Tiga dulu. Kalau tak silap subjek Ekonomi Rumah Tangga. Belajar masak, belajar menjahit, macam-macam lagilah. Tapi seronok!

Walau tak ingat secara terperinci apa yang dipelajari, tapi boleh jugalah rasa bangga dengan diri sendiri sebab mampu menjahit walau hanya asas.


Masa YY tengah leka menjahit lencana sekolah Afif, MyChintaHati tetiba datang dan gelakkan cara jahitan YY. Terbakar juga dengar padahal selama ni seluar dia koyak jahitan yang sama YY guna.

Ni mesti nak tunjuk kehebatan dia sebagai anak tukang jahit. Okay! Tak apa! Since dia kata dia lagi pandai menjahit, YY suruh dia buktikan kehebatan dia.

Dia tanpa teragak-agak menyahut cabaran YY. Eksyen!


Tengoklah gambar dekat atas betapa khusyuknya dia menjahit. Tak pandang langsung kiri kanan. Fokus dok menjahit lencana pada baju anak bujang dia.

Tak lama lepas tu dia berikan baju Afif yang dah siap dijahit lencananya. Tengok aje jahitan MyChintaHati, YY tak boleh nak elak dok ketawa terguling-guling.

Dia pula tetap senyum bangga walau bini dia dah macam orang kena sampuk bila tengok jahitan dia. Malahan dia tetap mengatakan jahitan dia lebih cantik berbanding YY.

Macam ni dia kata jahitan dia hebat? Cis!


Hebat lagi jahitan YY sebab dah sama macam jahit guna mesin!

Silalah puji juga korang wei! Hehe!

Tapi sebenarnya kalau dinilai dengan teliti memang sama buruk aje jahitan kami. Tapi YY punya cantik sikitlah. Sikit aje! Hehe!


So apakah moral yang korang boleh perolehi dari cerita ni? Yang pertama, peralatan dan pengetahuan asas menjahit memang perlu sepertimananya perlunya kita menulis.

Yang kedua, selagi ada orang tua, pelajari dan kaut segala ilmu dari mereka sebaik mungkin sebab sayang kalau ilmu itu hilang begitu sahaja. Dah tak ada pengganti!

Moral yang ketiga dan terakhir untuk cerita hari ini adalah, jangan bagi laki korang menjahit kalau korang tak nak kena sawan gelak. Hehe!

Itu ajelah bebelan merapu meraban YY untuk hari ni. Terima kasih kerana membaca. Till we meet again korang! Assalamualaikum (^_^)

62 comments:

  1. tahun ni boleh hantar tempah baju raya tak? hahaha..
    mmg kagum tgk orang yg reti menjahit ni. sangat jeles.. nak belajar kemahiran,tak ada rezeki/masa lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu perli ke apa....hehe
      baju sendiri pun tak terjahit, nak buatkan
      memang jadi kain buruklah jawabnya...hehe

      kalau tengok MIL buat, cam senang aje
      kejab aje nampak dia potong kain, jahit, lepas tu dah jadi baju

      Delete
    2. Cantik plak jahitan tangan YY. Lagi cantik drpd jahitan tangan saya yg dh selalu menjahit ni. Amboi suami YY boleh gelakkan YY ye. Pdhal jahitan YY lg kemas drpd jahitan dia. Tapi kira okay la dia nak juga membantu.

      Delete
    3. yeke? eh ramai yang puji ni
      mulalah semua nak kembang ni...hehe
      dia dengki dekat saya, tu pasal gelakkan, konon dia hebat
      tulah kan, lain kali kalau malas menjahit, suh dia ajelah
      kata dia lagi hebat kan =)

      Delete
    4. hahaha..la kak perli apanya..betul la..sya kalau raya kalau ada beli kain hantar kat nyonya cina ja kak..sya nak cr baju memang cerewet sikit..hohoho.. untung jga MIL buat banya2 bagi kat anak menantu..untung tau..!

      Delete
    5. kalau dah cerewet lagilah seram akak dibuatnya...hehe
      MIL akak pun dah stop ambil tempahan
      dia banyak buat untuk kegunaan diri sendiri dan anak cucu aje
      lagipun insya ALLAH tahun ni dia dapat tunaikan haji =)

      alhamdulillah memang beruntung dapat MIL gitu
      baju dalam almari tu memang penuh sebab dia...hehe

      Delete
  2. Hihi...xnk kalah ye...memang perlu ada di setiap rumah...kalau apa2, xyahla nk anta orang je...jimat pon jimat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..tulah pasalnya
      memasing nak tunjuk hebat =)
      tulah, basic pun jadilah

      Delete
  3. betul tu yy.
    mak saya walaupon bkn tukang jahit tapi jahitannya kemas.mmg org dulu dulu walau suri rumah segala macam pandai buat kan. mak saya jahit sarung bantal pon guna tangan j.cntik kemas terletak j.

    saya pernah bljar mnjhit langsir, skali mak suruh buka semula x kemas katanya.
    kalau dri mula x kemas kalau dibiarkan nti lama lama terbiasa.

    kena blk kg lama lama la kalau nk bljar.hihi.dlu masa zmn sklah saya x amik ert tp kmt.huhu

    tp hajat dihati mcm teringin nk blajar jga.snng blh jhit bju kurung sndiri kan.skrg tempah pon mahal dah. dh la beli kain pon mahal. huahua

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya setujulah cik su, sebab mak saya pun menjahit
      tapi dia pun bukan tukang jahit, menjahit hanya pada masa lapang
      saya tak pandai sebenarnya, hanya basic sahaja
      tapi kalau saya bersungguh, mungkin boleh juga =)

      betul, tempah memang mahal esp dekat bandar

      Delete
  4. Kak YY, mak Nur dulu pun tukang jahit juga, tapi lepas mak tak berapa sihat, doktor nasihatkan supaya mak tak menjahit guna mesin lagi..sekarang ni di rumah Nur pula ada semua alatan menjahit tu..mudah sebenarnya bila kita ada kit alatan jahitan macam gambar Kak YY tu. Hal-hal kecemasan di luar jangkaan akan mudah diuruskan..

    p/s: ok la tu suami Kak YY boleh menjahit..heheheh...^___^

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke. kesian mar nur ye
      MIL akak pun atk sihat dah. dia pun dah berhenti ambil tempahan
      hanya menjahit baju anak, cucu aje. itupun dia yang nak buat
      tak ada sape suruh pun

      betullah tu, memang perlu sebenarnya
      cam nur cakaplah kan, tak tahu bila kita akan perlukannya

      p/s-hehe...dia saje nak berlagak aje tu

      Delete
  5. mak saya pon tukang jahit..memang ada tempat khas untuk mesin2 & ruang untuk dia menjahit..
    tapi anak dia ni tak pandai menjahit sangat..pemalas pon iye..setakat jahit langsir tu boleh la.
    peralatan menjahit memang perlu..yela nak jahit sikit2

    ReplyDelete
    Replies
    1. cam mak saya menjahit juga, dia tak mabil tempahan cam MIL
      dia buat suka-suka aje
      tapi anak dia saya nampak adalah dua tiga orang yang mengikut
      saya ni hanya terpaksa aje...hehe

      tapi kena juga tahu walau asas kan, senang sikit

      Delete
  6. Haha.. aduh, ingat cik abg nak jahit guna mesin jahit mak dia.. hahaa.. saya tengah belajar menjahit.. baru dapat siapkan 3 baju.. kelas tak habis2 lagi(sebab tak pergi dah).. huhu.. kelas weekend ja, weekend tu semua benda nak wat.. best tau klu dpt buat baju sendiri.. perempuan ni kena tahu asas menjahit.

    http://syidamenulis.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke? hebatlah QA
      memang banggalah kalau dapat jahit baju sendiri
      bukan semua mampu lakukannya
      bab menjahit, bukan perempuan aje, lelaki pun perlu
      senang sikit, tak perlulah bergantung pada anak or bini =)

      mesin jahit MIL memang tak ada sape berani sentuh
      kan ada yang kena TELAN...hehe

      Delete
  7. yelah.. orang perempuan even tak mampu jahit sepasang baju pun kena tahu jugak jahit seluar baju koyak kan? tapi rasanya skill menjahit simple2 ni kebanyakkan perempuan ada.. kat rumah benda macam tu memang wajib ada... apapun sweet cik asben YY jahit kekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah suria
      itulah yang saya cuba sampaikan
      bebenda ni perlu sebenarnya

      hehe...dia sengaja nak berlagak dengan bini dia =)

      Delete
  8. kena belajar jahit2...jahitan penting untuk sebuah keluarga....

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah MKL
      walau tak tahu menjahit sepasang baju
      at least jahitan asas tahu, senang kalau kes-kes kecemasan =)

      Delete
  9. Betul tue yana.. kita nie sekurang2nya memang kena tahu basic menjahit.. farah pun skills menjahit tak berapa terror tapi boleh la setakat nak jahit yang simple2.. =D

    psst:- Yana...jom lah join Farah sertai Bengkel Dutch Lady! more details kat blog na.. >_<

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan farah, at least kita boleh gunakan
      bila melibatkan kes-kes kecemasan...hehe

      p/s-terima kaish jemput farah, tengok tarikh clash lah! sori

      Delete
  10. Okje mmg tak minat menjahit tp setakat jahit lencana, jahit kain batik, kain pelikat tu bolehlah.... betul kata awak YY , walau yg tak pandai menjahit tu kalau dah pegang jarum, insyaallah automatik boleh.....

    Cantik jahitan MIL tu YY tu nampaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun tak minat OKje
      kalau minta memang dah lama belajar dengan MIL
      tapi at least benda basic pasal menjahit ni saya tahulah,
      ni pun lebih kepada terpaksa...hehe

      MIL saya memang biasa ambil tempahan
      tu yang cantik aje, maklumlah...expert =)

      Delete
  11. Saya pun dalam beg tangan ada satu beg kecil ada jarum ,benang dengan gunting kecil.saya bubuh dalam dompet kecik yang budak2 punya tu.ada je dalam beg tangan sebab takut kalau kat luar sesuatu yang tak di ingini terjadi..saya tak pandai menjahit.tak pernah sekali pun belajar menjahit.tapi keinginan tu ada la..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau saya tak ada diana
      kalau jadi benda camtu memang tunggu balik rumahlah jawabnya..hehe
      saya pun tak pandai, tapi tak ada keinginan untuk belajar pun
      lagilah teruk dak...hehe

      Delete
  12. Dulu hubby saya memang ada satu beg kecil yang isi peralatan jahit... Dia lagi pandai jahit dari saya... huhuhu

    Saya baru jer duk usha nak beli mesin jahit satu.... senang nak jahit langsir sebab rasanya kos upah jahit langsir lagi mahal dari harga mesin jahit (pengalaman saya sebelum ni... itu lah, pandai sgt buat rumah byk tingkap,,. huhuhu).

    Ya, saya pun rasa jahitan YY lagi cantik... Serius, sikit lagi nak sama dengan mesin jahit... Jenis teliti sgt YY ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke? hebatlah hubby akak ye
      saya ni tak ada keinginan nak belajar menjahit
      lebih kepada terpaksa aje...hehe

      jahit langsir kalau betul-betul belajar lagi untung tau
      dia punya keuntungan lagi mahal dari jahit baju
      MIL sayalah yang kata

      hehe...tu puji ke perli tu...hehe

      Delete
  13. Batul lah kak.. Memang kena ada, untuk kecemasan, kan. Kena cari satu set ni.

    untung akak ada mak mentua pandai menjahit, akak belajarlah dengan mak mentua akak, mana tahu nanti leh buka butik sendiri. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah, sebab tu akak kata benda ni kena ada
      at least kita tahu hak yang basic
      senang sikit dak

      akak tak minatlah faarihin
      kalau akak minat, dah lama dah akak belajar =)

      Delete
  14. OKe lettewww cintahati nak tunjuk skill menjahit jugak...
    tapi ternyata YY lebih hebat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tulah pasalnya cikgu
      sahaja nak eksyen lebih dengan isteri dia
      of course bab ni dia tak boleh challenge saya...hehe

      Delete
  15. Jahitan sis cantiklah..serius cakap..

    ReplyDelete
  16. elaki pn kene blajar menjahit cmni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. perlu! untuk kelangsungan kehidupan...hehe

      Delete
  17. mesin jahit kat rumah akak ada...tp tak pernah digunakan hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok juga tu kak
      kiranya bolehlah kata kat orang kita ada mesin jahit
      tak payahlah cite tak penah gunakan tu..hehe

      Delete
  18. peralatan asas jahit tu mmg ada je... tapi moral tak bg suami jahit tu blh pakai bg sy... hehe... suami sy jahit lagi cntik dan kemas... dan dia senidir pndai jahit baju... hehe... bini dia mmg x pas bab2 jahit ni... hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke? untunglah cikgu maria ni
      semua suami dia pandai buat =)
      saya ni pun malas juga, tapi nak buat camne, terpaksa =)

      Delete
  19. rumah sy standby benang kaler hitam...lpas nih nak kena cari kaler putih pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya sekarang dah ada macam color
      entah bila nak guna...hehe

      Delete
  20. Ya! Peralatan asas menjahit memang mesti ada dalam rumah! Wajib tu!
    Untunglah dapat MIL yg pandai menjahit... cucu2nya yg paling bahagia, disamping mak bapanya yang tersenyum ajer. Bertuah YY!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan BM, memang perlu ada untuk kes kecemasan
      alhamdulillah memang beruntung
      tapi kami idaklah sampai mengambil kesempatan okay
      tempah baju pun bukan dekat dia, oramg lain
      kecuali dia nak buatkan, tu lain cite...hehe

      Delete
  21. YY, jangan bagi MyChintaHati YY tu tau ya komen saya ni :) Buruk gila jahitan dia. Huahaha....

    Takdalah, sebenarnya okeylah tu boleh juga dia menjahit. Sebenarnya lagi elok daripada jahitan saya. Saya ni buta menjahit okey. Kalau setakat peralatan menjahit tu, memang complete saya ada. Tin jahit macam YY ni, saya punya lagi jauh complete. Yang spare pun dalam handbag ada, kat locker pejabat pun ada. Cuma cubalah tanya bila masa saya gunakan? Jawapannya tak pernah pun! Saya memang jahit butang baju pun fail. Sekarang ni dah rabun dekat, lagilah nak cucuk jarum kat benang pun makan masa suku abad! Tapikan saya teringin nak beli mesin jahit canggih, buat hiasan kat rumah :)

    Erkkk.. saya dah tiga tahun hantar lencana dan name tag ke kedai jahit. Mereka charge RM5 satu baju. Kalau saya jahit sendiri, saya takut si Bubbly Abang malu nak ngaku itu jahitan tercantik Mommynya. Kesian anak-anak saya dapat Mak kaki bangku. Eh, apa ke kaitannya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...dia memang dah tahu jahitan dia buruk sebab saya
      dah gelakkan dia cam orang kena sampuk aritu...hehe

      tapi okay juga walau buruk pun jahitan dia
      senang kalau saya rasa malas nanti, saya suh dia aje yang jahit
      sambil bagi ayat manis, puji berlebih sampai dia kembang tak ingat...hehe

      murah tempat kak ton ye, sini saya dengar RM10
      tapi saya boleh jahit sendiri, saya tetap jahit jugalah
      kalau orang rabun tua tu, tak boleh kata apalah, terpaksalah jawabnya =)
      eh belilah mesin tu, nanti boleh bagi dekat saya...hehe

      Delete
  22. Ok, moral of the story semua dah dapat setelah akak terkekeh-kekeh gelak baca entri YY ni. Hehe yg pasti bakat tukang jahit memang tidak diwarisi oleh husband YY. Tang fokus tu je ada DNA tukang jahit ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...definitely dia tak mewarisi bakal mak dia
      tapi part fokus tu yang buat saya gelak guling-guling untuk ke sekian kalinya =)

      Delete
  23. Nampaknya memang kena ada satu set alatan menjahit ya.. saya ni malas bab jahit2 , rasa rugi pulak hantar jahit nametag anak ke kedai.. mhal tu kena caj.. benda tak susah pun.

    Suami YY tu tak nak tunjuk bakat lagi tu.. ai.. orang lelaki biasa kalau bertekad buat sesuatu memang menjadi kemas bendanya tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. perlu cikgu AN! tak payah banyak
      sikit aje diperlukan pun, simpan aje. nanti pasti ada kegunaanya

      hehe...selama ni memang tak pernah tahu dia boleh menjahit
      sekali dia tunjuk, baru tahu walau gelak tak ingat dunia...hehe

      Delete
  24. Boleh dikatakan setiap perempuan terutama ibu2 mmg perlukan peralatan asas menjahit ni.. tapi saya tak pernah sentuh pun sbb isteri saya tak bagi huhu.. takut bersepah katanya.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah tu sebab diorang yang biasa gunakan =)
      kalau saya tak ada hal, janji tahu simpan =)

      Delete
  25. Saya pun dulu pandai jahit tapi sekarang ni dah lupa dah..lama tak menjahit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tak mungkin lupa
      nanti pegang jarum confirm ingat balik =)

      Delete
  26. Parents, abang2, nenek, pakcik, makcik semua pro menjahit. Sy je kurang mahir. Boleh jahit sikit2 tapi kurang minat.kihkih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setakat sebagai pengetahuan asas ok aje farhana
      kita bukan perlu jahit sehelai baju =)
      nanti dah berkeluarga senang =)

      Delete
  27. lya kalo bab menjahit mmg lemoh semangat sokmo..
    time nk jahit lencana bru2 ni pon lebih drp 5x jahit & tetas semula..stresss sgt.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...saya pun sama
      tapi saya fikir tak ada orang nak tolong kecuali diri sendiri
      tu yang paksa diri buat juga walau tak kemas =)

      Delete
  28. saya juga ada peralatan asas menjahit yg lengkap . maklumlah , bila beli baju terutama baju kurung , mesti ada yg kena pendekkan sana dan sini ... ok lah tu yana bagi cinta hati yg jarang guna mesin jahit . nasib baik dia senyum je wpun isterinya dah gelak sakan ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...kami memang sentiasa bergurau senda gitu vee
      nama pun suami isteri dak =)
      tapi peralatan asas jahit memang perlu
      kita tak tahu bila kita akan perlukan dia terutama dalam kes kecemasan =)

      Delete
  29. betul tu..selagi orang tua masih ada,kutiplah ilmu yg ada sebanyak mungkin jgn jadi macam akak adik beradik, tak sempat nak amik ilmu buat lemang dari arwah ayah & mak..sudahnya tiap kali raya memang tak berlemang la kitorang sob3

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai, sedihnya cite akak
      tulah kan kak, benda camni kena ambil tahu
      kalau tak, tak ada pelapis. kite sndiri yang rugi

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...