Menonton Filem Goosebumps
Sabtu baru ni YY bawa anak-anak menonton filem Goosebumps lakonan hebat Jack Black di Aeon Bukit Tinggi, Klang. Kebetulan MyChintaHati berada di luar kawasan. Makanya hanya ada Afif dan Aisyah dan ditemani Acu mereka, Anis. Hari itu juga sejarah tercipta sebab YY buat pertama kalinya memandu sejauh itu sejak perolehi lesen P. Hehe!Bila dapat tahu MyChintaHati tak ada ketika cuti hujung minggu, YY terus decided nak tengok wayang. Perancangan asal nak pergi tiga beranak aje, tapi last minute tak ada keberanian. Bimbang pula tak boleh kawal anak-anak berseorangan. So, kehadiran Anis adalah amat diperlukan sebagai penguat semangat katanya. Hehe!
Afif dan Aisyah yang sangat excited nak tengok wayang |
Filem Goosebumps ni merupakan filem pilihan Afif. Lagipun hanya filem tu aje yang dirasakan sesuai untuk tonton diorang pada waktu tu. Cerita dia agak santai dan penuh dengan unsur komedi. Tapi based pada pemerhatian, hanya Afif yang begitu terhibur sebab dia dah mula faham jalan cerita ditambah dengan sudah boleh membaca subtitle. Aisyah pula banyak menganggu tumpuan YY.
Pergi awal semata-mata nak dapatkan harga early-bird. Hehe! |
Kejab dia nak duduk atas riba, kejab kang nak duduk dekat kerusi sendiri. Kasut dia entah berapa kali buka lepas tu nak pakai balik. Sabar ajelah! Nasib baik dia buat perangai tu dekat public area. Nak tak nak, Mama dia terpaksa cover jelita. Senyum memanjang walau dalam hati rasa nak makan orang aje. Cuba kalau dekat rumah kau buat mengada macam tu, alamat kena cepuklah kau!
Konon comellah buat muka camtu |
Habis aje cerita, Afif dan Anis dok bercerita keseronokkan cerita Goosebumps. Siap ulang beberapa babak yang diorang rasa menghibur. Aisyah pun tak nak kalah! Sibuk dok join kata cerita tu best. Bestlah sangat Aisyah wei!
Selesai menonton wayang, YY bawa diorang pergi Molly Fantasy. Kebiasaan tempat ni adalah satu-satunya tempat yang YY dan MyChintaHati akan elak tiap kali ke Aeon. Tapi kali ni kita kasi can! Bagi diorang bebas selama setengah jam dekat situ. Memang nampak diorang sangat seronok walau hanya dapat main seketika.
Punya seronok main, sampai tak peduli Mama dok jerit suruh pandang kamera. |
Afif sepanjang berada di dalam tu sangat protective. Title sebagai seorang Abang memang digalas dengan baik sekali. Aisyah tak boleh langsung hilang daripada pandangan mata dia. Ke mana dia pergi, tangan Aisyah sentiasa dipimpin. Tak dapat pegang tangan, kolar baju dia tarik. Hehe!
Afif sambil lompat, sambil pegang kolar baju Aisyah. So protective! |
Tapi itulah, Aisyah agak sukar dikawal. Dia lebih banyak ikut kepala dia. Nampak Afif yang agak kecewa dengan keligatan Aisyah. YY terdengar dia bebelkan Adik dia, "Aisy ni tak boleh buat baik-baik ke? Papa tak ada tahu tak!"
Aisyah pula hanya mendengar tanpa perasaan. Dia tetap buat hal dia sendiri. So nak elakkan diorang buat adegan tak diingini dekat situ, YY terpaksa step in. "Afif pergilah main. Biar Mama yang tengok Adik"
Buat muka tak bersalah walau kena bebel kaw-kaw dengan Abang dia |
Even though Aisyah agak ligat tapi dialah yang berjaya mencairkan hati YY pada hari itu. Masa kami semua sedang menikmati hidangan tengahari, Aisyah tiba-tiba bersuara, "Tima kacih Mama bawa Adik jayan, nok wayang, pastu main. Adik conok!"
Aaahh! Sweetnya Adik! Cair Mama dibuatnya! Lupa terus rasa marah! Hehe!
Yang pasti kami memang agak seronok pada hari itu walau terasa agak lompong. Mana tidaknya, sejak berkahwin, itulah pertama kali hujung minggu tanpa kelibat MyChintaHati. Walau tak nafikan keseronokkan yang wujud dengan keceriaan anak-anak. Tapi YY juga tak boleh nafikan perasaan kosong tu.
Eh! Tetiba terjiwang pula. Hehe! (^_^)
Untuk makluman, blog ni memang akan nampak kurang berupdate sebab masalah laptop yang masih belum selesai. Kalau ada masa terluang, YY akan cuba update ye. Setakat nak tulis entry biasa tanpa gambar Afif dan Aisyah tu boleh sangat. Tapi macam tak best pula. Lagipun bukan Diari Seorang Mama lah kalau menulis entry tanpa gambar! Hehe!
Sebelum mengundur diri, YY nak minta korang semua untuk LIKE video di bawah. Untuk makluman, Suria KLCC akan menderma sebanyak RM50,000 kepada National Autism Society Of Malaysia (NASOM) dan ini semua bergantung kepada jumlah LIKE yang diterima. Setakat entry ni ditulis, baru mencecah 30k LIKE. Meh pakat LIKE video ni ye
We have a new target – 50,000 LIKES for RM50,000!Give Umar Hafizal’s video below a LIKE because each LIKE is worth...
Posted by LiteFM on Thursday, 3 September 2015
Okaylah, rasanya sampai sini ajelah bebelan YY. Insya ALLAH panjang umur kita ketemu lagi di lain waktu. Till we meet again, Assalamualaikum (^_^)
alaaa...cutenyer baju dua beradik nihhhh....
ReplyDeletesonok nye leh tgk movie ngn anak2....sesekali kan...tgk diorg gumbira...hati pun rasa gumbira kan.....hihihi
baju aje ye cute? hehe
Deletememang seronok deanna, melayan macam-macam ragam
entah bila lagi boleh lalui semua ni kan =)
hahahhaha...kalau baju dh cute...org nye pe tah lagi kannnnnnnn....
Deletealamak! mama diorang yang kembang lebih ni
Deletehehe
best sangat! =)
ReplyDeletebagus Afif ni jaga adik.. macam tu la abang... thumb up skit..
ReplyDeletealhamdulillah syida...
Deleteboleh diharap dah anak bujang sorang =)
Aisy ni saja nak uji sabar abang dia tu.. hehe... Bila ucap terima kasih macam tu terubat balik hati ye mama...
ReplyDeletebukan abang dia aje, mama dia sekali...hehe
Deletetulah pasalnya syida. cair terus dibuatnya!
kitorang yang baca ni tumpang cair seround..
Deleteseround aje ke? hehe
Deletewahh sonoknyer tenok movie goosebump tuuu ., ;p
ReplyDeletehehe...bolehlah tahan
Deletepuas hati juga walau agak terganggu =)
cite goosebump tu memang best.
ReplyDeletenot badlah sal...
Deletescene air liur werewolf nyaris masuk mulut jack black paling ngeri!
sampai sekarang teringat nak termuntah! eeee!
time scene tu saya tutup mata
Deleteeee...akak pun sama
Deletehabis satu wayang dok eeee...
eeee...geli!
Waaaaa...baiknya abg Afiff..pandai jaga Aisyah..nanti bolehlah mama dia rileks je pas ni hihihih
ReplyDeletetime dia baik...cer time bergaduh
Deleteseram juga orang keliling...hehe
Seronok kan dapat bawak anak jalan-jalan..tapi kena extra careful, tambah2 bila husband takder.
ReplyDeletememang seronok anum, nak pula bukan selalu
Deleteof course semua tu dititik beratkan =)
anak pun dok sibuk nak minta bawa ke pawagam lagi...Goosebump memang teringin sgt dia nk tgk...
ReplyDeletegood boy betul Afif..pandai jaga adik... :):)
bawalah kalau berkelapangan
Deletememang sesuai bebudak usia dia dok tengok
afif pun suka tengok =)
goosebumps !!!
ReplyDeletebest...
weekend ni pun rasa nyer nak bwk anak2 gi panggung :)
best kan...afif suka sangat tengok
Deletetak tahu bila lagi boleh tengok wayang ni...hehe
Hari tu pun okje tengok gak cite ni YY....Si kecik yg nak tengok sangat....ikut kan jelah.... Best jugak duk lepak dlm panggung tu hihi...
ReplyDeleteWah seronoklah sangatlah mereka dpt main kat situ....Bagus Afif, mmg abg yg baik
bebudak memang rerata suka tengok cite ni
Deletemak budak pun terlayan sama...hehe
bukan selalu dapat peluang OKje...tu yang seronok semacam
sekarang dia memang dah boleh diharap
Lama dah tak nonton wayang. Teringin jugak. Tapi sejak anak2 dah besar taste pilihan filem pun dah tak sama.
ReplyDeletesaya ni pun baru ini aje nengok wayang kak
Deletelama juga tak tengok
Oh, dah berjaya ya bawa Aisyah tengok wayang! Biasalah tu, kalau budak sebaya Aisyah berperangai macam tu. Kalau tak dia buat bising dalam panggung, keamanan kita diganggu gugatnya gitu. Saya masih lagi tak pernah bawa Adik Cute tengok wayang. Dari pemerhatian saya, anak bujang saya ni memang tak minat tengok movie berlama-lama. Saya buka movie minions kat rumah tu pun dia buat derk aje selepas 5 minit!
ReplyDeleteProtective sungguh si Afif ni. Senanglah YY kalau macam tu. Agak-agak adik tu degil sikit, tarik ajelah leher baju! Habis cerita...
Samalah anak-anak kita, YY. Anak-anak bujang saya pun kalau kita bawa ke mana-mana, dapat apa-apa, mesti ucapan terimakasih tak terhingga kelecop-kelecop pipi kiri kanan diciumnya!
masuk yang ni dah kali kedua dia nengok wayang
Deletetapi dia memang tak betah duduk lelama kat situ
cuma better sikit berbanding yang first time dulu
alhamdulillah memang dia boleh diharap
mungkin sebab dia yang sulung kot
tanggungjawab tu lain
anak dara saya aje yang suka buat gitu
anak bujang bila nampak adik buat, baru dia pun buat...hehe
bagus afif, seorang abang yang baik.
ReplyDeleteAkak dah lama tak bawa anak-anak tengok wayang.
saya pun dah lama kak
Deletebaru ni ajelah pergi selepas beberapa lama
ahaakss...ye lah Aisyah x pandai baca lg kan...aisyah mkn pop corn je lah heeee
ReplyDeletehehe...bukan takat makan popcorn aje
Deletedia tumpahkan sekali! sabo ajelah