Bila Perlu Gunakan Multi Cooker? (^_^)

6:48:00 am Yana Yani 64 Comments

Bila Perlu Gunakan Multi Cooker? | Hampir kesemua perkakasan elektrik terutamanya untuk kegunaan dapur YY perolehi dari cabutan bertuah. Tapi bukan YY yang bertuah, MyChintaHati. Tiap kali dia pergi dinner anjuran company dia, mesti dia ada bawa balik barang yang buat bini dia senyum sampai ke telinga. Memang tangan dia ada luck betul (^_^)

Blender, rice cooker, toaster, hair dryer, multi cooker dan paling besar sekali microwave oven. Yang paling jarang YY gunakan adalah multi cooker dan microwave oven. Jujurnya YY tak tahu apa fungsi dua menatang tu. Microwave oven buat julung kalinya YY guna masa nak bakar ayam untuk Nasi Arab. YY pernah cerita di sini. Untuk multi cooker, YY clueless.

Korang rasa bila kita perlu gunakan multi cooker? Anyway bebaru ni YY dah berjaya figure it out! Gunakan multi cooker apabila gas dapur masak korang tiba-tiba habis! (^_^)

Bila Perlu Gunakan Multi Cooker?

Pandai tak Mama Afif dengan Aisyah ni? Hehe!

Hanya apabila berlaku kejadian seperti di atas maka barulah multi cooker di keluarkan. Kalau dalam setahun hanya berlaku dua kali kejadian gas habis, maka dua kali ajelah multi cooker dikeluarkan. Sadis sungguh cerita ni kan? Hehe!

Bila Perlu Gunakan Multi Cooker?

Masa kejadian gas habis ni, YY tengah kelam kabut menyediakan makan malam. MyChintaHati pula kena kerja shift malam time tu. Memang kelam kabut nak kejarkan masa untuk dia makan. Memang bikin hangin betul bila gas tetiba habis! Terus minta MyChintaHati beli gas secepat yang mungkin. Sebab rumah ni baru YY duduki, YY tak ada contact penghantar gas.

Dulu telefon aje, mesti ada orang datang hantar gas. Sekarang terpaksa suruh MyChintaHati beli. So sementara menunggu dia balik, YY masak sambal udang dengan multi cooker. Dia siap pasang gas aje, YY sambung masak menu lain pula.

Automatik YY terus boleh buat multi tasking. Siap sempat snap gambar lagi tu. Punyalah terlebih hebat Mama Afif dengan Aisyah ni (^_^)

Bila Perlu Gunakan Multi Cooker?

Dalam masa setengah jam, semua menu dapat dihidangkan on time! Yeah!

Ada sambal udang, sayur campur, tempe goreng dan udang salut tepung! Memang sedap hidangan malam tu. Eh ni bukan puji diri sendiri tau. Memang sedap sungguh!

Bila Perlu Gunakan Multi Cooker?

Apa? Nak bukti?

Ni yang malas kalau orang nak suruh tunjuk bukti. Nanti orang kata berlagak pula. Tak apa, sebagai tak nak menghampakan, YY tunjuk juga bukti. Ni buktinya! Tadaaaa.......

Bila Perlu Gunakan Multi Cooker?

LICIN okay! Hehe! Nampak sangat memasing kelaparan (^_^)

So apa moral yang boleh diperolehi? Asyik dok tanya moral aje YY ni, tak kerja lain ke? Hehe! Bukan apa, setiap kisah yang dibaca pasti ada teladannya. Untuk kisah ni, moral dia, kita perlu sentiasa bersedia untuk sebarang kemungkinan. Maksudnya perancangan yang teliti tu perlu. Tak adalah berlaku kejadian gas tetiba habis ketika memasak.

Yang kedua pula, masaklah seikhlas mungkin dan penuh kasih sayang. Walau tak pandai masak pun, masakan yang dihasilkan dengan keikhlasan dan kasih sayang, pasti melazatkan! Yang terakhir pula, sila simpan nombor penghantar gas untuk kemudahan korang! You will never know when you need them (^_^)

Okaylah korang, sampai di sini sahaja bebelan YY untuk hari ni. Till we meet again. Assalamualaikum (^_^)

64 comments:

  1. hehe akak simpan 2 tong gas...walaupun kedai runcit tu depan rumah ja tp tetap berwaspada...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak dan MIL saya buat benda yang serupa
      saya ni belum terfikir lagi =)
      lagipun tak tahu nak simpan mana extra tong gas tu

      Delete
    2. Akak pun sekarang ni sentiasa ada spare. Dah banyak kali dah,..gas habis timing tak cantik...hihihi serik :)

      Delete
    3. yeke? ramai dah suggest kan benda serupa ni
      nampak gayanya kena usulkan juga pada big boss ni =)

      Delete
  2. Terbaek lah YY...
    Ada hikmah juga gas habis masa hubby keje..
    Now you know to use multi cooker :)

    Microwave tu saya selalu guna utk defrost dan panaskan lauk pauk....
    Kat sini baru belajar guna microwave sbb lauk/nasi cepat sgt sejuk...
    Nak jimat masa saya letak jer dlm microwave dlm seminit... siap utk dimakan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tu nama semangat nak meneruskan kehidupan kak =)

      masa baca manual untuk microwave oven tu kan
      saya dapat tahu dia boleh bakar juga tau
      cuma tak tahu camne nak guna aje
      kek, daging, ayam
      nak kena study bebetul baru tahu fungsi dia
      sedih betul cite ni...hehe

      Delete
    2. wah, kalau sekali dgn oven lagi untung...
      Boleh guna utk bakar kek..
      Bakar ayam dalam tu pun sodap!
      Cuma kena pandai control suhu jer...

      Delete
    3. tulah pasalnya
      kena study dulu camne nak guna
      idak kang jadi kes lain...hehe

      Delete
  3. heheheh...akhirnya..berjaya digunakan...tahniah...

    ReplyDelete
  4. bertuahnya asben YY selalu dapat hadiah lucky draw.. saya pernah dapat blender jek..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tangan dia memang jenis mudahlah mar
      setakat ni dia tak penah bawa balik tangan kosong

      Delete
  5. fuhh.. mmg supermom nih... hebat2... heeh... mmg bertuah betul tgn dia ek... jimat tak yah beli brg letrik... hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. idaklah kategori supermom cikgu
      ni namanya semangat nak teruskan kehidupan...hehe
      tu lah, memang semua benda tu tak pernah beli
      dia bawa balik aje, saya yang syok...hehe

      Delete
  6. memang berguna multi cooker tu.. terbaikk..!!!

    ReplyDelete
  7. Oh yeahhh...hebat hebat...

    ReplyDelete
  8. Yelah kalau dah jadi mama tak kreatif dan pantas mahu kebulur anak-anak YY:)
    Kakak pulak banyak masak guna multi cooker sebab cepat. Tumis siap masuk mangkuk, Goreng siap masuk piring, lagi satu cepat mendidih dan panas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan kak
      jadi mama ni kenalah kreatif dan pantas =)
      saya tak berapa retilah kak, lain kali nak buat jugalah
      tapi tak dinafikan memang sekejab aje masak guna dia =)

      Delete
  9. Semua menu tu dimasak menggunakan multi cooker la ye? Jadi kena basuh la kan setiap kali nak guna utk masak benda lain? Eh, tp tu nampak mcm api dapur gas je sebelah multi cooker tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. taklah lyd, sambal udang tu aje
      lelain tu pakai gas bila mychintahati dah beli
      memang time tu gas tak ada, saya masak udang aje dulu
      gas dah ada, saya masak semua serentak =)

      Delete
  10. kat rumah saya tak de benda ni..nak beli jugak la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pula kalau tak beli, dapat ni
      bagus jugalah benda ni

      Delete
  11. Memang tangan bertuah suami awak tu :)
    Cuba suruh dia masuk peraduan peraduan yg ada..:)

    Moral lainnya ialah: sediakan tong gas spare kat rumah ..hihihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tulah doktor
      memang ada niat nak beli doktor
      tapi tak tempat nak menyimpannya =)

      Delete
  12. Salam... pesan kat husband tu kalau dapat multi cooker lagi sedekah kat saya... boleh? (hehehehe)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia memang penah dapat lebih
      tapi kami dah berikan kepada orang lain
      bukan rezki NA lah jawabnya

      Delete
  13. Wah..untungnya sis..memang tangan bertuah tu..sedap menu tu sis.. I like..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang lucky tu mychintahati
      tapi sayalah yang untung lebih...hehe
      eh belum rasa dah tahu sedap...hehe

      Delete
    2. Nampak pun dah menyelerakan..itulah orang kata presentation tu penting. Kalerful..

      Delete
    3. akak ni kelakarlah
      saya tak hias pun kak, main letak aje
      tapi mungkin sebab ada colourful cam akak cakap tu =)
      apapun terima kasihlah! bikin saya kembang semacam aje ni =)

      Delete
  14. mmg luck la
    dpt yg mmg diperlukan

    kan berguna tu.hihi
    skali skala x nk guna gas pon ok jga ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah pasalnya kan
      alhamdulillah, rezeki

      tulah kan, saya rasa lain kali saya nak buat jugalah =)

      Delete
  15. senang jugak gune multicooker nih...penyelamat di kala gas abis

    ReplyDelete
  16. Mujurlah kedai dengan rumah dekat...xsampai 100 meter, kalau gas habis boleh jer ke kedai beli. Taklah sampai kena masak dalam rice cooker macam YY...hehe.
    Tapi jika terdesak...memang rice cooker lah jadi mangsa, macam zaman belajar dulu! hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...saya idaklah masak dalam rice cooker tu BM
      tu nasi aje, yang lelain pakai gas dengan multicooker tu
      tapi yelah, zaman saya belajar dulu memang masak pakai rice cooker! hehe

      Delete
  17. Yoh tu dia... heheh menarik. tapi tak tau lak leh goreng goreng selalu masak lauk jer. tu pun masa emergency. hehe memang nampak sedap pun udang tu nanti share ler resepi

    Salam perkenalan Saya Aula blogger di aulawrites.blogspot.com, Semoga perkongsian saya dapat memberi manfaat kepada Yana :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. multicooker boleh buat macam-macam aula
      saya penah goreng nuget dalam tu, okay aje =)

      terima kasih singgah ye, saya dah pun membalas kunjungan =)

      Delete
  18. YY, multi cooker dan microwave oven tu bukan spesies 'menatang'. Dua-dua tu perkakas elektrik. Huahaha.... Jom kita pi ke moral of the story dulu - 1) catat pada kalendar tarikh beli gas barulah tau bila gas habis. Macam saya every 3 bulan (lebih hebat tengah bulan) gas mesti habis :) Kalau tidak, sediakan tong gas spare satu takdalah jadi macam 'orang tu' (aka sayalah tu) tak boleh masak sebab gas habis! 2) Gunakan segala perkakas elektrik tu sebaik mungkin. Jangan disimpan dalam stor. Bila terdesak, baru nak guna (chewah, ngajar orang bukan main lagi Kak Ton nih....) 3) Mulakan memasak dengan Bismillah sambil niat nak gembirakan hati anak-anak dan suami. Confirm masakan yang terlebih garam pun suami dan anak-anak kata sedap :)

    Eh, tak acilah bukti tu. Jangan-jangan dia yang habiskan semua makanan lepas tu snap photo! Tapi takpa, saya percayakan aje apa yang YY tulis demi menjaga hati rakan sebaya *_*

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tu dia cikgu dah datang!
      ala...memainlah kak ton. saya memang suka sebut menatang
      untuk benda yang saya tak tahu camne nak guna...hehe
      eh cepat juga gas kak ton habis ye, saya 6 bulan tau
      ke saya ni kategori jarang masak juga ni...hehe

      masalahnya tak tahu camne nak guna kak ton, tu simpan dalam stor...hehe
      eh...mana kita sebaya! saya muda lagi dari awak ye kak ton
      tengok IC ni, maintain 12 aje tau! =)

      Delete
  19. Seronoknya, YY! Lengkap peralatan dapur. Memang bertuah tu! Bagus juga ada multicooker ni ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah kak
      the best part is, tak beli pun, tup tab ada aje...hehe
      setakat ni kak, saya hanya gunakan time tak ada gas aje...hehe

      Delete
  20. hehehe.tangan hubby akak tu bawa tuah,mmg rezeki anak2 akak kan..
    Micro.oven mmg selalu nya terlantar kesepian ja kan..saya pun jarang guna menatang itu..hahaha.. adda google org kata tak baik pakai m.oven..entahlah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia bertuah mungkin sebab rezeki anak-anak
      tapi yang untung dalam cerita ni adalah akak lah kan
      diorang confirm tak guna pun bebenda tu...hehe
      akak tak tahu camne nak guna aje, ada banyak cara dia
      yeke tak bagus? emm...

      Delete
  21. Banyaknya barangan yang pernah dapat dalam cabutan bertuah, wah ini memang orang bertuah ni. Kalau gini, memang menjadi kejelesan ramai ni..

    Kalau dapat percuma dan tak guna tu ok lagi kan? Tapi eloknya kita belajarla macam mana guna. Masa cuti hari tu, saya minta oven baru sb yg lama rosak.. bila dh dapat xsentuh pun lg.. ai, mujur setakat ni tuan yg beli tu tak tanya apa3 lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rezeki dia murah gamaknya
      memang setakat kahwin dengan dia ni kan, dia tak pernah balik tangan kosong

      hehe..tulah kan cikgu AN
      memang perlu belajar bila nak digunakan peralatan tu, sayang juga terbiar rosak gitu
      saya cadang nak minta oven juga, tapi nantilah
      takut dapat ceramah free..hehe

      Delete
  22. Nasib baik juga ada multi cooker kan.. bolehlah mengadjuskan masakan apa yg patut. Apa pun udang tu mmg hidangan hebat.. menyelerakan. Sedap buat makan malam.. mmg tersandar kat sofa laa lepas makan... kekenyangan hehee.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah, kalau tak, memang tak makanlah mychintahati KK wei
      saya yang masak, of courselah kata sedap
      tapi tak akan boleh lawan isteri KK =)

      Delete
  23. Untungnya takyah keluarkan duit beli perkakas dapur.
    Rumah saya siap ada 2 tong gas. Persediaan rapi.., macam la rajin sangat memasak..heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. rezeki anak-anak kot farhana
      memang takat ni tak beli semua tu, alhamdulillah
      saya bercadang juga, tapi tak de tempat nak simpan =)

      Delete
  24. Kihkih
    Kat rumah ada 3 tong gas. Sekali tiga2 dah habis. Macam mana nak masak.haha. sama macam umi sy. Bila gas habis baru la gigih nak guna dapur elektrik. Tak puas kalau guna dapur elektrik katanya. Stand by 3 tong gas kononnya. Sekali semua habis.haha. haru jap

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...sampai 3 tong gas lepas tu tiga2 habis
      memang kes naya tu farhana..hehe
      akak ada satu tu aje, ada bercadang beli tambahan
      tapi takde tempat nak simpan =)

      Delete
  25. ada jgk kegunaan time mcm ni kan

    rmh lya mmg ada 2 tong gas sokmo.. satu guna..1 spare..bila hbs trus tukar aje dgn y spare tu.. & tabung y kosong tu terus call org gas pickup tukor baru//

    ReplyDelete
    Replies
    1. rata-rata semua ada lebih dari satu ye
      emm...kena juga buat camtu kot
      cuma masalah saya sekarang tak ada stor aje nak menyimpan

      Delete
  26. kat umah ni mmg selalu kehabisan gas wpun ada 2 tong gas . dan peralatan elektrik mmg penyelamatlah . tempe goreng x tinggal tu ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..tulah kan
      dalam kes darurat, peralatan letrik perlu
      mesti vee...favorite katanya =)

      Delete
  27. bertuah betul en suami yana nih..banyak dapat hadiah tu..,dalam keadaan darurat kita boleh guna apa je yg ada depan mata kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kak, kata orang langkah kanan
      memang tiap kali p dinner dia tak penah balik tangan kosing
      setuju dengan akak, benda tak tau pun jadi tau =)

      Delete
  28. salam..
    ermm......ada jugak kegunaan multi cooker ni masa kecemasan erk..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam...haha
      tu nasib ada, kalau takde
      lagi naya =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...