Lesen P Berjaya Dimiliki! (^_^)

5:27:00 pm Yana Yani 37 Comments

Semalam aku bercuti semata-mata nak mengambil ujian JPJ. Excited tapi dalam masa yang sama wujud rasa takut yang hanya ALLAH aje tahu.

Dari malam sebelumnya aku tak sedap perut membayangkan test yang bakal aku duduki. Kali terakhir aku ada perasaan macam tu adalah masa aku nikah, tujuh tahun yang dulu.

Pagi masa nak keluar rumah dah start menggeletar lutut. Serba tak kena aje aku rasa. Takut! Sepanjang perjalanan pula aku dok rasa cam ada butterfly in stomach.

Jejak aje tanah kat Pusat Memandu Kenderaan Klang, peluh mula menitik sampai habis basah baju! Belum test lagi tu! Punyalah takut!


Time checked nama baru tahu yang sessi aku adalah pada sebelah petang. Aku pun baliklah dulu, malas nak duduk situ lama-lama. Boleh pengsan dibuatnya! Hehe!

Sempat juga pergi dating dengan Encik suami. Hehe!

Biasanya ke mana aje kami pergi, anak-anak pasti akan diheret sama. Tak pernah tinggal kecuali bekerja. Hari ni dapat peluang, so apa lagi kan? Hehe!

Sampai masa yang sepatutnya, perasaan tak sedap tu automatik wujud balik. Takut betul rasanya. Aku tak tahu camne nak hilangkan perasaan tu.

Sana sini nampak signboard dekat bawah yang buat aku bertambah rasa tak sedap badan!


Time dok melilau tu terpandang pula signboard dekat bawah ni.

Aku kerap juga ke sini sejak beberapa bulan kebelakangan ni tapi tak pernah perasaan kewujudan signboard ni. Apalah aku ni kan? Hehe!


Sementara menunggu nombor giliran dipanggil, nak tak nak terpaksa menonton calon yang terdahulu menduduki ujian. Bila tengok ada yang gagal, lagi laju jantung aku dibuatnya!

Mula-mula sekali kami dikehendaki mendaki bukit. Aku memang time belajar pun, part bukitlah aku selalu kecundang! Berpuluh kali belajar pun masih tak boleh.

Kalau masa atas bukit ni korang dah gagal, lain-lain ujian seperti parking dan tiga penjuru tak boleh diteruskan. Mau tak kecut perut dibuatnya!

Teringat pula cikgu yang pernah mengajar aku dok kata, "Alahai Yana, saya dah tak tahu camne nak ajar kamu lagi!"

Tapi Alhamdulillah, boleh pula time test lepas! Hehe!


Lepas dah selamat dok naik dan turun bukit, kena buat parking pula. Part ni paling kacang pada aku! Hehe! Steady aje dok parking!

Lulus!


Settle part parking, kena buat tiga penjuru pula. Dekat sini JPJ kata paling senang sekali tapi paling ramai yang gagal. Mungkin sebab terlalu senang. Hehe!

Alhamdulillah syukur, aku lulus juga dekat sini.


Lepas tu kena pula buat test atas jalan raya. Part ni pun aku agak gemuruh sebab terasa susah nak tukar gear. Confuse!

Especially daripada gear tinggi ke gear rendah. Beria dok menghafal steps!

Lepaskan minyak, tekan clutch, tukar gear, tekar minyak lepas tu perlahan-lahan lepas clutch. Tapi kantoi juga! Tak pasal-pasal kena bebel pasal ni masa dalam kereta dengan JPJ.

Lepas tu dia kata,"Ni mesti lepas lulus bawa kereta auto kan? Dah agak dah!"

Tak kisahlah dia nak agak apapun, janji aku dah lulus walau cukup-cukup makan aje. Hehe!


Akhirnya lesen D dah berjaya aku milik! Terasa hebat pula. Hehe!

Ni kalau tak kerana nak pindah rumah, aku tak akan pergi ambil lesen. Tapi tu lah, takdir penetu segala. Yang pasti langkah lepas ni pasti lebih panjang! (^_^)

----------------------------------

Entry ni pun auto-published! Time korang baca ni, aku mungkin tengah dok sibuk rewang kenduri sepupu Encik suami dekat kampung dia. Kononnyalah kan. Hehe!

Insya-ALLAH kita jumpa lagi di lain entry (^_^)

37 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Lawatan Ke Farm In The City! (^_^)

5:49:00 pm Yana Yani 18 Comments

Lawatan Ke Farm In The City! | Lawatan yang seterusnya selepas ke Kilang coklat Beryl's adalah kami ke Farm In The City yang terletak di Seri Kembangan, Selangor. Sebelum ni tak pernah tahu kewujudan tempat ni. Aku membayangkan ianya mungkin kelihatan sama seperti zoo yang lain. Nama pun farm, mungkin hanya haiwan jinak sahaja yang ada.

Harga tiket untuk masuk ke sini aku tak berapa pasti. Tapi pihak Pasti Al-Hikmah mengenakan bayaran RM50 termasuk makanan untuk parent yang mengikuti lawatan. Aku percaya separuh dari harga itu adalah untuk tujuan ni. Aisy tidak dikenakan sebarang bayaran.

Sebelum nak masuk, sekali lagi murid-murid Pasti Al-Hikmah berbaris berpasangan. Masing-masing excited lebih-lebih lagi tenaga pengajar menjelaskan yang mereka akan memasuki zoo.

Lawatan Ke Farm In The City!

Perjalanan dari kawasan parking ke bahagian kawasan zoo, tak berapa jauh. Tapi agak tak convenience untuk parents yang menggunakan stroller. Aku pun ada bawa stroller selepas mendapat kebenaran dari pihak pengurusan Pasti Al-Hikmah. Kalau tak mahu menangis aku mendukung Aisy sepanjang perjalanan.

Selepas beberapa ketika berjalan, kami disambut dengan signboard di bawah yang agak unik bagi pandangan mata aku.

Lawatan Ke Farm In The City!

Dari sini dah ada tangga yang setia menanti untuk kami turun ke bawah. Aku langsung tak menyedari adanya laluan untuk mereka yang berkerusi roda disediakan. Kemudahan tu hanya aku sedari ketika mahu pulang. Bayangkan aku terpaksa mendukung Aisy sebelah tangan dan sebelah tangan lagi menarik stroller untuk menuruni tangga. Yang lain hanya menolong dalam senyuman. Sedih aku rasa.

Selepas tu kami disambut dengan pekerja yang bagi aku teramat friendly. Mereka bergilir-gilir menjadi tour guide kami di dalam zoo mini ini. Beberapa peraturan diterangkan kepada murid-murid sebelum kami dibenarkan masuk. Masuk sahaja ada bau najis binatang yang tak menyenangkan deria bau kami. Mungkin sesuatu perlu dilakukan oleh pihak Farm In The City untuk bauan seperti tu. Loya tekak.

Tempat pertama yang kami pergi adalah Kampong Mahmood. Tak tahu apa tujuan nama itu diberikan. Tapi di sini ada show burung kakak tua yang amat menghiburkan

Lawatan Ke Farm In The City!

Selepas tu kami ke Turtle and Tortoise Farm. Uniknya semua haiwan yang ada di sini amat jinak dan kami semua dibenarkan memberi makanan yang disediakan. Haiwan tersebut juga bebas bergerak ke mana sahaja yang mereka mahu. Hanya ada sesetengah haiwan yang diletakkan di dalam kandang.

Dekat sini baru nampak Aisy "hidup"

Lawatan Ke Farm In The City!

Afif pula agak susah aku nak nampak dekat sini. Hilang aje! Entah ke mana perginya. Mungkin terlalu seronok melihat kelibat binatang yang cukup jinak.

Lawatan Ke Farm In The City!

Keadaan dalam zoo ni agak menarik kerana mempunyai landskap yang menarik selain mempunyai pelbagai tumbuhan tempatan yang dilabelkan dengan jelas. Sekali lagi ianya amat tak sesuai untuk mereka yang membawa stroller atau berkerusi roda. Bukan semua tempat mempunyai laluan khas.

Sukar untuk mengangkat stroller dan Aisy pada masa yang sama. Paling menyedihkan ketika berada di dalam Bird Aviary. Sekitarnya penuh dengan landskap yang menarik tapi tu lah, aku susah.

Lawatan Ke Farm In The City!
Lawatan Ke Farm In The City!

Paling menyeronokkan adalah di Savannah. Bukan senang dapat bagi makan rusa yang cukup jinak. Dekat sini aku agak sukar mengambil gambar. Maklumlah untuk seketika jadi single parent. Hehe! Kami berhenti lama di Pet Village. Dekat sini juga baru korang akan jumpa gerai minuman dan makanan.

Air mineral kecil dijual pada harga RM2 dan air tin dijual pada harga RM3. Tu belum cerita air jus dan makanan lain yang ada dijual. Koyak poket!

Lawatan Ke Farm In The City!

Paling menarik adalah Longkang Fishing. Di sini budak-budak dibenarkan menangkap ikan yang ada di dalam longkang. Menarik kan? Malahan segala kelengkapan seperti baldi dan net ada disediakan. Lepas dan puas tangkap, ikan perlu dilepaskan balik

Afif tentulah antara yang paling seronok!

Lawatan Ke Farm In The City!

Lepas tu kami ke Rabbit Farm. Kesemua arnab boleh dipegang dan diberi makanan. First time aku pegang arnab, seronok juga! Lepas tu terasa geli pula. Hehe!

Mujur ada banyak tempat basuh tangan disediakan.

Lawatan Ke Farm In The City!

Kemudian kami ke Moon's Lake di mana terdapat pelbagai jenis ikan dan setiap murid-murid diberikan bekas yang mengandungi makanan ikan. Seronok aje aku nampak diorang. Tapi aku dah tak larat nak ambil gambar. Mata melilau mencari kerusi untuk melepaskan lelah. Pinggang dah mula terasa sakit time ni.

Tempat terakhir kami jejak adalah ke Reptile Cavern. Dekat sini lagi kuat bau yang tak menyenangkan. Pening aku dibuatnya, rasa nak cepat aje balik. Lepas tu kami berangkat pulang.

Aku difahamkan setiap murid-murid mendapat sijil pengesahan daripada pihak Farm In The City untuk membuktikan bahawa mereka pernah menjejakkan kaki di situ. Tapi sijil tu hanya akan diperolehi selepas cuti sekolah. Lama sangat nak tunggu, so aku post cerita ni dulu. Nanti kalau dah dapat, aku cerita lagi ye.

Yang pasti lawatan kami pada hari tu memang memberi pengalaman yang cukup manis walau kepenatan yang melampau! Hehe!

P/S - Entry ni auto-published! (^_^)

18 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Rumahku: Painting Time! (^_^)

5:09:00 pm Yana Yani 32 Comments

Rumahku: Painting Time! | Semangat memasuki rumah baru semakin mula terasa apabila proses renovation yang pernah diceritakan di sini sudah hampir 90 peratus siap! Yeah!

Hari ni aku nak cerita stage seterusnya iaitu mengecat! Kami memilih jenama Nippon Paint untuk mengecat setiap sudut dan ruang dalam rumah kami. Kos untuk membeli cat sahaja mencecah RM1300 itupun ada plus minus lah.

Aku tak ingat harga sebenarnya sebab bukan duit aku pun. Hehe! Tapi aku difahamkan ada promosi time beli tu. So kami dapat jimat lebih kurang RM300. Anyway, rumah kami dari jauh pun dah nampak! Terang gitu! Hehe!

Rumahku: Painting Time!

Rumah kami adalah satu-satunya rumah di kawasan kejiranan ni yang dicat di bahagian luar menggunakan Weatherbond 7042T Rock Alyssum dan 7043D Marsh Marigold. Ruang tamu pula kami mengunakan jenis Momento MP 049 Lemon Peel dan sebahagian besar yang lain menggunakan Q Glo OW20 1P Snow White.

Rumahku: Painting Time!

Aku suka betul hasil mengguna Momento ni. Memang buat aku senyum sampai ke telinga! Ianya kelihatan seperti menggunakan wallpaper! Tapi kos wallpaper lebih mahal berbanding cat sebenarnya. Untuk bahagian dinding yang sama, kami perlu membelanjakan hampir RM800 hanya untuk wallpaper jenis 3D.

Baik guna cat kan? Jimat banyak!

Untuk jenis Momento ni, harga untuk 1 liter lebih kurang RM160. Tapi time beli tengah promosi, RM90 aje tu untuk 1 liter! Cukup untuk satu bahagian dinding. Warna cat jenis Momento yang paling aku suka adalah dekat bawah ni. Ianya antara ruang tamu dan ruang makan.

Rumahku: Painting Time!

Kami menggunakan Momento MG 162 Glowing Amber untuk bahagian ni. Nampak mewah kan?

Untuk bilik utama pula, kami menggunakan cat yang sama dengan bahagian depan iaitu Weatherbond 7043D Marsh Marigold. Kami tambah juga Weatherbond 7032T Gold Shadow. Angah kata tak romantik, tapi lantaklah kan! Hehe!

Rumahku: Painting Time!

Gambar bawah ni bilik Afif. Untuk bilik dia ni kami cat berdasarkan warna permintaan Afif sendiri. Kami menggunakan Q Glo 6182P Pale Pansy. Tapi bila dia tengok, dia kurang berpuas hati. Dia kata lagi cantik kalau warna dia lagi gelap sama macam baju rumah sukan dia.

Tu lah kalau anak dah pandai memilih. Tapi kami buat tak tahu aje! Hehe!

Rumahku: Painting Time!

Minta maaflah ye kalau kurang jelas sebab kamera aku ni jenis murah. Sebab tu tak nampak sangat dia punya exact warna. Bawah ni pula bilik Aisy. Dah nama pun perempuan, warna bilik dia semestinya perlu bertemakan girlish juga! Hehe!

Untuk bilik Aisy pula kami menggunakan Q Glo 3601 Pink Overlay. Cantik warna dia tau!

Rumahku: Painting Time!

Untuk keseluruhan bahagian ruang makan dan dapur pula, kami mengunakan Q Glo OW20 1P Snow White. Malas dah nak fikir warna lain (^_^)

Rumahku: Painting Time!
Rumahku: Painting Time!

Untuk pintu bilik dan pintu bahagian belakang rumah pula kami menggunakan 9000 Gloss Finish 7033D Golden Dome. Bingkai dia pula kami menggunakan Weatherbond 7032T Gold Shadow, sama dengan bilik utama. Settle!

Sekarang ni rumah kami masih dalam proses akhir mengecat. Lepas tu dah boleh dibersihkan dan pasang pula kabinet di bahagian dapur tuEh, korang perasan tak lampu yang tergantung dekat dapur tu?

Terasa kelakar asalnya, tapi lepas tu terasa cantik pula especially bila ada yang memuji! Siap ada yang tanya sama ada Encik suami pernah berkecimpung dalam interior design sebelum ni. Lagipun memang hampir kesemua idea untuk rumah ni adalah dari dia.

Tumpang bangga kejab aku ni. Hehe! (^_^)

-------------------------------

Sebelum ni aku pernah cerita yang Encik suami beria mengatakan yang dia akan mengecat sendiri rumah kami. Tapi kita kan hanya mampu merancang! Hehe! Dengan segala macam kesibukan, maka kerja mengecat terpaksa diserahkan oleh mereka yang lebih pro. Sekurang-kurangnya mudah sikit kerja dia walau terpaksa berhabis.

Apa sahaja yang terkandung dalam S&P buat tak nampak aje dah.Memang balun habis dari ruang depan hingga ke belakang! Dahsyat kau! Hehe!

Tapi jujurnya kami teramat puas hati! (^_^)

Entri lain yang berkaitan:
Rumahku: Proses Renovation
Dekorasi Simple Rumah Aku

32 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Lawatan Ke Kilang Coklat Beryl's (^_^)

5:29:00 pm Yana Yani 28 Comments

Lawatan Ke Kilang Coklat Beryl's | Sabtu baru ni aku mengikut lawatan sekolah Afif ke dua tempat yang tak pernah aku jejaki seumur hidup aku. Seronok walau penat yang teramat.

Malam sebelum bertolak aku dah pesan pada Afif kena bangun pukul 6:30 pagi. Kami dikehendaki berkumpul di padang letak kereta surau Al-Masyhur di kawasan perumahan kami pada pukul 7:30 pagi. Tapi Afif terlalu excited!

Pukul 6 pagi ketika Papa dia bersiap untuk ke tempat kerja, dia bangun tanpa perlu dikejutkan seperti biasa. "Mama Afif dah bangun!" kata dia dengan senyuman terukir. Bersiap pun tanpa sebarang masalah seperti kebiasaannya. Aisy pula sebenarnya tak berapa sihat. Mak suruh aku tinggalkan aje, tapi aku tak sampai hati.

Kalau tinggalkan untuk bekerja tak jadi masalah. Tapi tinggalkan dia untuk aku dan Abang dia berseronok buat aku tak rasa selesa. Maka dia tetap aku heret sama dengan bekalan ubat. Gambar dekat bawah ni kami menunggu ketibaan bas. Nampak tak kecerian Afif?

Lawatan Ke Kilang Coklat Beryl's

Perjalanan untuk ke Kilang coklat Beryl's terasa teramat jauh! Aku beberapa kali terlelap disebabkan terlalu letih berjaga malam sebelumnya untuk menjaga Aisy. Hilang penat bila sampai dengan selamat tempat yang hendak dituju. Ketika kami sampai ada banyak lagi rombongan dari sekolah lain yang turut melawat kilang ni.

Lawatan Ke Kilang Coklat Beryl's

Sedikit nasihat diberikan oleh tenaga pengajar Pasti Al-Hikmah sebelum melepaskan murid-murid mereka di dalam kawasan kilang. Sebelum tu ibubapa yang turut serta diminta turun dahulu.

Kami menanti anak-anak masing dengan penuh kesabaran walau cuaca teramat panas ketika itu. Padahal jam baru sahaja menunjukkan pukul 11 pagi. Gambar dekat bawah ni paling kelakar bagi aku. Nampak tak macamana Afif pakai ketayap tu? Dia main sarung aje! Dah nampak macam pakai serban!

Lawatan Ke Kilang Coklat Beryl's

Kemudian budak-budak tersebut disuruh berbaris perpasangan. Setiap seorang harus mengingati nama pasangan masing-masing dan pegangan tak boleh dilepaskan. Tapi dah namanya budak kan! Macam peribahasa seperti pahat dan penukullah! Diketuk baru bergerak. Macam kes ni pula, disuruh baru buat! Hehe!

Lawatan Ke Kilang Coklat Beryl's

Sesampai aje kami di bahagian dalam kilang, budak-budak tu disuruh berposing di bahagian penyambut tetamu di kilang tersebut. Seronok aje budak-budak tersebut bila disuruh posing.

Lawatan Ke Kilang Coklat Beryl's

Selepas tu ada seorang jurucakap kilang membawa kami ke bahagian production. Jujurnya masuk ke kilang tersebut terasa seperti berlakon dalam cerita Charlie and The Chocolate Factory.

Dibahagian luar production penuh dengan pelbagai jenis lukisan yang penuh dengan kecerian. Even dari bahagian luar kilang terasa macam masuk istana bukan kilang! Seni bina dan interior design yang penuh kecerian! Lukisan dekat bawah ni paling aku minat!

Lawatan Ke Kilang Coklat Beryl's

Dari luar bau harum coklat menusuk deria bau kami.

Memasuki bahagian production dan melihat sendiri bagaimana coklat dibuat, memang pengalaman yang tak boleh dilupakan. Segala seksyen dijelaskan dengan terperinci. Kami melihat bagaimana ianya dihancurkan dari biji koko sehingga ianya menjadi coklat yang bermacam bentuk dan perisa.

Untuk pengetahuan korang, 90% pembuatan coklat dalam kilang ini adalah dari mesin. Mereka tidak menggunakan tenaga pekerja yang ramai. Lepas tu kami di bawa ke bilik tayangan persis mini panggung. Sayangnya cerita itu di dalam bahasa Inggeris. Bukan semua kanak-kanak tersebut faham apa yang diceritakan.

Tapi mereka tetap bersorak kegembiraan walau hanya melihat gambar yang mungkin menarik dan menyelerakan bagi diorang.

Lawatan Ke Kilang Coklat Beryl's

Kemudian kami di bawa pula memasuki ke dalam mini muzium kilang terbabit. Jurucakap kilang tersebut ada menceritakan puak yang mula-mula menjumpai coklat di dunia ni. Tapi aku lupa, yang pasti bukan Oompa-Loompas (^_^)

Gambar dekat bawah ni, murid-murid diterangkan mengenai acuan yang digunakan pada zaman dahulu sehingga sekarang. Zaman sekarang dah gunakan acuan daripada plastik yang lebih ringan dan bersih.

Lawatan Ke Kilang Coklat Beryl's

Gambar dekat bawah ni pula adalah sebahagian bungkusan coklat dari ianya mula dipasarkan sehingga ke zaman sekarang. Ianya melibatkan pelbagai jenama.

Lawatan Ke Kilang Coklat Beryl's

Selepas tu kami turun pula ke bahagian bawah untuk membeli coklat. Time nak pergi beli coklat ni, elok pula budak-budak ni berbaris berpasangan. Hehe!

Lawatan Ke Kilang Coklat Beryl's

Gambar dekat bawah ni adalah gambar sebahagian coklat yang ada dijual di kedai yang terdapat di dalam kilang tersebut. Gambar tak berapa clear sebab Aisy tarik tangan aku time ni. Harga yang dijual lebih kurang sama dengan harga pasaran. So aku decided untuk tak beli banyak. Tapi hakikat sebenarnya, tak cukup budget pun! Hehe!

Lawatan Ke Kilang Coklat Beryl's

Time ni Aisy dah mula buat perangai. Sepanjang perjalanan di production aku dukung aje dia sebab tak mahu berjalan. Nak tercabut pinggang aku dibuatnya. Mula membayangkan yang backache aku akan kembali menyerang. Bila dah macam tu, mula teringat kepentingan Encik suami. Kalau dia ada, mesti Aisy dia yang dukung.

Mulut Aisy ketika itu penuh dengan ulser. Bila dia makan coklat, terasa pedih yang amat. Tapi tetap nak makan juga! Bila aku larang, dia mengamuk! Malam sebelumnya aku bawa dia jumpa doktor. Takut dia kena jangkitan HFMD. Tapi doktor tak nampak sebarang tanda selain ulser dan demam.

Lawatan Ke Kilang Coklat Beryl's

Anyway berbalik kepada cerita tadi, boleh bayangkan yang Aisy berpusing 360 darjah sambil menjerit tak ingat dunia? Aku biarkan dia dalam keadaan macam tu. Bagi bertenang dahulu baru aku dukung kembali.

Ini sahaja cara nak menunjukkan ketegasan. Kalau tak dia naik lemak walau secara jujurnya aku malu bila parents lain menegur dia menangis. Tapi taktik aku berjaya. Dia senyap lepas tu. Dalam bas aku bagi dia ubat demam, terus tidur sehingga ke destinasi seterusnya.

Destinasi seterusnya klik [Lawatan Ke Farm In The City!] (^_^)

28 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Tahniah Iwan dan Hasmah! (^_^)

5:25:00 pm Yana Yani 22 Comments

Bermula Sabtu lepas merupakan hujung minggu yang sibuk memenuhi undangan perkahwinan kenalan rapat dan saudara-mara sehinggalah pertengahan bulan Jun nanti.

Ianya dimulakan dengan perkahwinan sepupu Encik suami, Iwan dengan pasangan pilihannya iaitu Hasmah. Peliknya belah perempuan tak buat majlis secara besaran.

Hanya ada acara nikah dengan sedikit jamuan. Mungkin juga itu lebih afdal (^_^)


Part paling best bila kami kena bawa balik barang hantaran. Kami memang suka bila pihak perempuan bagi banyak makanan. Tak cukup poket nak isi segala macam coklat dan candy.

Aisy adalah contoh mudah. Tengoklah betapa penuh tangan dia dengan segala macam jenis coklat! Bukan bagi aku pegang tu.

Nampak sangat takut Mama dia makan. Hehe!


Minggu ni pula sebelah pihak lelaki iaitu sepupu Encik suami, Iwan. Meriah habis korang wei! Tak tahulah kot sebab dia anak sulung.

Biasanya belah lelaki jarang ada malam berinai kan? Tapi diorang ada buat tau! Tetamu tak usah cakaplah, penuh! Memang meriah!

Gambar dekat bawah ni time malam berinai. Aku dapat ambil tepi aje sebab ramai sangat orang nak ambil gambar. Itupun kamera bergegar sikit sebab ada orang tolak.

Sejak bila ko jadi artis Iwan wei! Hehe!


Besoknya pula acara kemuncak. Lagilah ramai orang!

Semasa pengantin berarak, aku hanya dapat ambil beberapa keping gambar. Yang dekat bawah ni paling menarik pada pandangan mata aku.

Time bersanding aku tak sempat snap sebab orang terlalu ramai. Tak mampu nak bersesak-sesak.


Flower girls yang comel-comel tu adalah sepupu dan dua pupu Encik suami. Cantik baju diorang! Lagipun time kecik ni pakai apapun nampak cantik aje. Hehe!

By the way, Mak andam bagi acara ni adalah juga sepupu Encik suami. Aku suka solekan dan baju pengantin perempuan tu. Buat aku rasa nak jadi pengantin juga!

Tapi baju tu semestinya bukan size aku! Hehe!

Disebabkan orang terlalu ramai, kami duduk di bawah rumah arwah Atuk dan Nenek Encik suami. Sejuk aje dekat sini. Macam kena air-cond bila angin bertiup!

Gambar bawah ni pula biras aku dan anak dia. Dia adalah suami kepada kakak ipar aku, Kak Mala. Kami menggelar diri dia Ustaz disebabkan perwatakan dia.


Kami banyak menghabiskan masa di bawah rumah ni disebabkan keadaan cuaca. Lagipun nak rewang susah sikit sebab ada anak kecil. Hehe! Alasan!


Lepas tu aku masuk kejab ke rumah arwah Atuk dan Nenek Encik suami. Berborak sekejab dengan saudara-mara Encik suami yang ada.

Time nak bangun dari duduk, aku baru perasan baju aku koyak dibahagian bawah. Besar pula tu! Entah dah berapa lama koyak baru aku perasan! Adeh, malunya! 

Tapi lepas tu aku buat tak tahu aje walau ada mata-mata yang memandang penuh sindiran. Ada juga yang menegur selepas tu, tapi aku hanya tergelak untuk hilangkan malu. Hehe!

Yang pasti ada alasan untuk minta baju baru dengan Encik suami. Horee!


Agak lama juga kami dekat situ. Aku tetap juga mundar-mandir walau baju dah koyak. Nak buat macamana lagikan? Tebalkan muka ajelah! Hehe!

Sampai ke satu tahap, masing-masing dah kepenatan. Aisy paling kesian. Mula-mula dia baring aje atas riba aku, sesar-sedar dia dah terlelap. Penat sangat agaknya.


Afif pula tak habis-habis dengan hobi menggondolkan bunga mangar pengantin. Gambar dekat bawah ni pula dia dah kepenatan juga.

Asyik tanya bila nak balik aje. Kesian!


Lepas dah tengok keadaan anak-anak yang dah keletihan, aku ajak Encik suami yang ketika itu sibuk membantu keluarga pengantin apa yang patut.

Dia laju aje mengiakan. Nampak sangat aku digunakan sebagai alasan untuk lari. Naughty tau! Sampai aje rumah, semua pengsan tak ingat dunia!

Aku aje yang setia menonton Piala Thomas! (^_^)

P/S - Entry ni auto-published! Tuan empunya menghadapi kesibukan yang melampau disamping kesihatan yang tak mengizinkan. Sorry ye (^_^)

22 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Thomas Cup 2014: Kempunan Lagi (^_^)

4:30:00 pm Yana Yani 18 Comments

Malaysia tidak meletakkan sebarang harapan yang tinggi untuk Piala Thomas 2014. Target paling tinggi diletakkan hanya pada peringkat separuh akhir.

Harapan kembali disandarkan apabila Malaysia berjaya memasuki ke peringkat akhir menentang Jepun. Kali terakhir Malaysia memasuki ke peringkat akhir adalah pada tahun 2002.

Perlawanan akhir yang penuh sengit antara pasukan Malaysia dan Jepun semalam menyaksikan terkuburnya harapan Malaysia selepas 22 tahun yang kali terakhir dimenangi pada 1992.

Image from Astro Awani
Tumpuan sudah pastinya terarah kepada perlawanan perseorangan lelaki terakhir antara Liew Daren dan Takuma Ueda.

Liew Daren ketika set pertama kelihatan tidak bersemangat. Beliau kalah dengan mudah 12-21.

Aku yang menyaksikan teramat kecewa dengan aksi permulaan Liew Daren yang hambar ketika itu. Kalau aku ada dekat, mahu aku dah kick dia punya !@#$

Hanya pada set kedua, Liew Daren mula menunujukkan semangat juang yang tinggi walau ketinggalan agak jauh. Harapan kembali diletakkan. Daren menang pada set kedua dengan 21-18.

Tapi apa kan daya, Piala Thomas 2014 bukan milik Malaysia. Kita kempunan lagi. One thing for sure, kita kalah dengan bermaruah!

Tahniah pada pasukan negara yang diketuai oleh Datuk Lee Chong Wei yang menang mudah ke atas Kenichi Tago bagi acara perseorangan pertama 21-12 dan 21-16

Tahniah juga buat Tan Boon Heong dan Hoon Thien How yang merupakan beregu lelaki pertama. Perseorangan lelaki kedua, Chong Wei Feng.

Beregu lelaki kedua, Goh V Shem dan Tan Wee Kiong. Pemain perseorangan terakhir Liew Daren yang berjuang bermati-matian untuk sampai ke pentas akhir yang tiada siapa ramalkan.

Persoalannya sekarang, adakah kita terpaksa menanti selama 25 tahun lagi seperti pada tahun 1992? Kalau benar, mungkinkah pada kempen Piala Thomas 2018?

--------------------------------   

Piala Thomas adalah kejohanan badminton yang berprestij di peringkat antarabangsa bagi pasukan lelaki yang mula diperkenalkan pada tahun 1949 dengan Malaysia menjadi juara sulung.

Acara ini diadakan setiap dua tahun sekali.

Dalam pusingan kalah mati untuk menentukan juara dan layak membawa pulang Piala Thomas, lima perlawanan akan diadakan. Iaitu tiga kali perseorangan dan dua kali perlawanan beregu.  

Malaysia yang ketika itu dikenali sebagai Tanah Melayu memenenangi acara ini sebanyak tiga kali berturut-turut iaitu pada 1949, 1952 dan 1955.

Piala Thomas sekali lagi kembali dalam genggaman Malaysia pada tahun 1967. Selepas itu Malaysia gagal menyerlah dan ketinggalan dengan Indonesia dan China bergilir-gilir menjuarai acara ini.

Pada tahun 1992, selepas 25 tahun penantian Malaysia kembali memenangi Piala Thomas selepas
menundukkan Indonesia dalam pusingan kalah mati dengan 3-2.

Image from Utusan.com
Kemenangan itu amat manis kerana ia diperolehi selepas 25 tahun lamanya penantian.

Kemenangan itu disaksikan dalam negara sendiri di mana Malaysia menjadi tuan rumah untuk kempen Piala Thomas 1992

Malaysia ketika itu dibarisi Rashid Sidek, Jailani/Razif Sidek, Foo Kok Keong, Cheah Soon Kit/Soo Beng Kiang dan Kwan Yoke Meng.

Ia kemenangan yang tak akan mungkin boleh dilupakan oleh setiap rakyat Malaysia terutamanya peminat permainan badminton tanahair.

Selepas kemenangan itu, Malaysia hanya berjaya menakluki takhta naib juara sebanyak empat kali dengan kempen 2014 adalah yang terbaru.

Malaysia pernah memenangi Piala Thomas sebanyak lima kali dan diikuti Indonesia dengan sembilan kali. Negara terbanyak yang memenenangi acara ini sebanyak 13 kali adalah China.

Jepun pula memenangi Piala Thomas buat pertama kalinya pada 2014.

Yang pasti harapan akan sentiasa disandarkan setiap kali pasukan badminton lelaki Malaysia melangkah ke peringkat akhir. Malaysia BOLEH!

18 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Terima Kasih Mak Abah (^_^)

11:56:00 pm Yana Yani 26 Comments

Mak yang ku sayang,

Waktu sekarang ketika entry ni mula di taip menunjukkan pukul 10:15 malam. 31 tahun yang lepas, pada waktu yang sama Mak mungkin masih lagi berada dalam keadaan lesu.

Penat memerah keringat untuk membawa seorang lagi makhluk ALLAH di atas muka bumi ni dan kesakitan yang amat sangat tak akan mungkin dilupa sepanjang hayat.

Mak yang ku sayang,

Pasti hari tu masih lagi jelas dalam ingatan Mak. Hari di mana bermulanya gelaran Mak digunakan sebagai kata ganti diri. Hari itu mengubah kehidupan Mak.

Ye hari tu Mak melahirkan seorang puteri yang kehadirannya dinanti sejak sembilan bulan sebelumnya. Puteri tersebut juga merupakan cucu sulung buat keluarga Mohd Ali Hanapiah.

Dia juga merupakan cicit sulung dalam keluarga arwah Imam Awang Ngah. Disebabkan rasa syukur dan gembira, Atuk menembak beberapa das tembakan di udara.

Mungkin disebabkan itu juga orang tak putus-putus berkunjung datang. Seluruh penduduk kampung tumpang bergembira, persis cerita dongeng. Tapi itu hakikat.

Hari itu iaitu pada hari ni, 31 tahun yang lepas lahirnya seorang bayi perempuan yang diberi nama Nor Ilyana Mohamad Saruli.

Mak yang ku sayang,

Tanpa kesakitan dan kesengsaraan itu, tak akan mungkin mampu Along bernafas di atas muka bumi ALLAH ini. TERIMA KASIH untuk itu.

Untuk setiap tidur malam yang tak pernah lena dan juga untuk setiap suapan makanan yang tak pernah dirasakan kenyang. TERIMA KASIH

Untuk setiap kerahan tenaga, titisan air mata atau mungkin juga darah yang tak akan mungkin mampu dibayar hutangnya, TERIMA KASIH.

Untuk setiap doa yang tak pernah putus dipanjatkan mendoakan kesejahteraan Along sekeluarga. TERIMA KASIH.

Untuk setiap kebahagian dan kecerian yang telah ALONG kutip dan perolehi sepanjang tempoh 31 tahun ni, TERIMA KASIH.

Mak dan Abah yang ku sayang,

Ketahuilah bahawa segala harta di dunia ni tak akan mampu membalas setiap jerih payah Mak dan Abah membesarkan Along selama ni.

Mak dan Abah tiada galang gantinya. Along teramat berbangga menjadi zuriat Mak dan Abah.

Dengan rendah diri Along mengucapakan ribuan TERIMA KASIH kerana membawa Along ke atas muka bumi ALLAH ni.

TERIMA KASIH (^_^)

26 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...