Antara Not Satisfied dan Satisfied (^_^)
Semalam kalau ikutkan aku tak bercuti. Entah apa mimpi bos besar kelmarin dok bagi kitorang cuti walau hakikatnya kerja menimbun.Aku memang suka sangat kalau bab cuti ni. Hehe! Kerja yang menimbun memang tak pernah dok fikir. The moment aku keluar aje dari office, aku let it go semua!
Anyway semalam aku and the gang pergi melawat adik Encik suami yang sakit di Hospital Serdang. Geng yang aku maksudkan adalah Abang ipar aku sekeluarga dan Mak mentua aku.
Kami ke sana dengan menaiki satu kereta aje. Save sikit energy dak? (^_^)
Dari rumah aku ke Hospital Serdang terasa amat jauh walau hakikatnya bukan kali pertama kami ke sana. Terasa letih pun ye juga walau aku hanya dok goyang kaki aje kat belakang. Hehe!
Tengok si Rayna ni pun tengah kebosanan.
Time kami sampai di Hospital Serdang memang tengah waktu melawat. Tambahan cuti public, memang ramailah orang yang datang melawat saudara atau kenalan masing-masing di hospital tu.
Hospital Serdang ni pada aku teramatlah besar mungkin sebab aku dah terbiasa ke Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah (HTAR). Perbezaan pada mata aku, agak ketara.
Waktu melawat untuk hospital kerajaan lebih kurang sama. Bezanya dekat Hospital Serdang waktu melawat lebih panjang ketika cuti hujung minggu dan public.
Lagi satu dekat sini budak bawah 12 tahun tidak dibenarkan naik ke wad. Beza sangat dengan HTAR! Ada rasional juga bila diorang tak benarkan budak melawat pesakit.
Budakkan antibody tak kuat, so virus memang mudah berjangkit.
Cuma yang tak bestnya, pihak pengurusan Hospital Serdang tak memikirkan kemudahan untuk parent yang terpaksa menjaga budak-budak yang tak dibenarkan naik.
Aku tengok ramai parents dan budak-budak yang duduk di tepi koridor sebab tiada kerusi disediakan. Letih duduk macam tu tau.
Tiada juga kemudahan bilik untuk penyusuan sedangkan jelas terpampang yang hospital tu adalah mesra bayi bagi menggalakkan penyusuan susu badan.
Tapi kalau dah tak ada bilik penyusuan, agak tak selesa bagi si ibu untuk menyusukan bayi mereka. Nak tak nak, terpaksa mencari tempat yang tersorok.
Pada ketika tu, kalau ada sesiapa suruh aku jawab soalan kaji selidik tentang pandangan aku mengenai kemudahan di Hospital Serdang, definitely aku akan menjawab not satisfied.
Afif, Rayyan dan Aisy pun main duduk aje atas lantai tu sebab dah penat berlari ke sana dan ke mari. Nasib baik Atuk belanja jajan. Senyap kejab (^_^)
Kami berangkat pulang lepas dah mengisi perut di kafeteria yang disediakan. Anyway, Faiz dah discharged selepas hampir dua minggu berumah di sana.
------------------------------------
Hari yang sama selepas melawat Faiz, Abang ipar aku nak tengok rumah kami yang masih dalam proses renovate. Yang lain semua balik sebab masing-masing dah kepenatan.
Time tengok tu semua dah hampir siap. Rasa puas hati sangat tengok keadaan rumah tu. Cuba korang tengok dua gambar dekat bawah ni. Ada nak komen apa-apa tak?
Yang ni gambar dinding di bahagian ruang makan.
Yang ni pula gambar lantai antara dapur dan ruang makan.
-------------------------------------
Last but not least, aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada pengomen yang setia meninggalkan komen sepanjang bulan April yang lalu. Sayang korang sangat-sangat!
Silalah berkunjung ke blog mereka yang telah aku senaraikan dalam blog list aku di bahagian side bar blog ni. Tak rugi mengenali mereka tau (^_^)
Terima kasih juga kepada semua yang sudi berkunjung ke sini walau hanya menjadi silent reader. Appreciate sangat kunjungan korang.
Thank you..tahniah semua.
ReplyDeleteterima kasih kembali MKL =)
Deletecantik dinding umah tu..tak sabar nak tengok bila dah siap..he3
ReplyDeletetahniah buat top komentor tu..
cantik ye? sabar...
Deletedah siap nanti saya pasti post punya! =)
Hospital Selayang nie kena upgrade lagi service depa..baru la mesra pelawat tak gitu..hehehe
ReplyDeleteEh nama blog kita ada la...heeeeee
betul, kalau tak susah
Deletedah lah pelawat ada dari seluruh negara
hehe...ada! terima kasih =)
Eh eh ada eh nama sy dlm top komenter tuh
ReplyDeletemestilah ada, pengunjung setia =)
DeleteTU LE...kalo spital gomen ni...kene la naik gilir2 tuk melawat...sbb budak2 takleh masukkan....agak payah juga sebenarnye tuh....
ReplyDeletekalau naik gilir-gilir tu tak apa lagi lieya
Deletemasalahnya tak ada kemudahan untuk yang menunggu
susah! dah lah ada anak kecik
Mmg sepatutnya ada penambahbaikkan terhadap Hospital tu agar lebih mesra pelanggan sesuai dgn matlamat yg hendak dicapai..
ReplyDeleteT kasih Yana & tahniah juga kpd lain2 yg tersenarai.. :)
tulah kan en khir
Deletesusah juga kalau perkara yang mungkin remeh ni
tak dipertimbangkan
terima kasih kembali en khir =)
sama juga hospital kota..banyak perlu di perbaiki lagi..belum lagi layanan staf yang menjerit² macam tarzan dan kasar terutama di bilik bersalin. kat kota ni pun memang budak bawah 12 tak boleh masuk ke wad..tak sabar nak tengok gambar keseluruhan rumah sis bila dah siap renovate..
ReplyDeletebab dalam wad saya tak tahu lah pula...hehe
Deletebiasa hospital kerajaan, budak memang tak boleh masuk
akak pula yang tak sabar ye...hehe
nanti dah siap renovate, saya post lagi ok =)
suka tengok org renovate rumah..mesti best,terutama bahagian dapur..hehehehe..
Deletesaya pun suka tengok
Deletetapi bila diri sendiri tak tahu camne finishing dia
entah cantik ke idak
Haaa, tersenarai juga kat no. 8...
ReplyDeleteMesti dah tak sabar kan nak duduk rumah sendiri... ;D
hehe, terima kasih kak ye sebab selalu jengah sini =)
Deletememang dah tak sabar kak oi!
target nak beraya di rumah baru =)
Tahniah buat mereka yg tersenarai...
ReplyDelete=)
DeleteJarang sangatlah melawat orang kat Hospital Selayang.....Okje pun baru melawat mak sedara kat Serdang....Rasanya lebih kurang je kot.... Dari segi ward pesakit, mmg cantik dah.....selesa pun selesa... tapi biasalah dah namanya hospital kerajaan....
ReplyDeletesaya baru-baru ni juga sebab adik ipar kat sana
Deletetapi yelah, hospital kerajaan
cuma sampailah kita nak kata servis tak baik tu hospital kerajaan?
hospital serdang ke hospital selayang?
ReplyDeleteentry ni saya keluarkan lebih setahun
Deletebaru sekarang ada yang menegur...terima kasih kerana menegur
memang kesilapan saya.
hospital serdang sebenarnya, bukan hospital selayang