Tak Logik Betul!

7:01:00 am Yana Yani 26 Comments

Panjang cuti hujung minggu ni kan? Seronok dapat bercuti panjang ni. Tak kisahlah apa sahaja aktiviti yang dilakukan, janji kita dan family seronok. Betul dak? YY dan family pun tak ke mana cuti panjang ni. Pergerakan kami agak terbatas untuk beberapa ketika ni atas sebab-sebab tertentu. Tapi tak kisahlah sebab boleh habiskan masa dengan anak-anak dengan melayan karenah diorang yang pelbagai ragam.

YY suka berborak dengan anak-anak dan YY pasti korang juga melakukan benda yang sama. Walau kita acap kali terkena balik dengan kepintaran mereka bila berkata-kata. Tapi itulah yang menyeronokkan. Suatu waktu nanti pasti kita akan teringat kembali moment tu. Sebab tu waktu seperti sekarang ni memang YY akan layan "kepetahan" diorang semampu boleh.

Afif paling banyak mendominasi kalau bab bercerita berbanding Aisyah. Mungkin disebabkan masih kecil, Aisyah kurang bercakap. Afif pada usia ni memang sangat talkative. Seriously! Kadang tak terlayan. Semua benda yang ada di sekeliling dia mampu dijadikan subjek untuk dia mulakan bicara. Dari situ akan timbul persoalan demi persoalan. Kadang YY pun terpaksa berfikir ratusan kali untuk berikan jawapan yang memuaskan hati dia. Selagi tak puas hati, selagi tu lah dia akan tanya lagi dan lagi.

Macam semalam ketika kami tiga beranak sedang rancak bercerita tentang pelbagai topik, suasana yang riuh dengan bunyi gelak ketawa tiba-tiba sunyi sepi. "Eh, kenapa semua senyap ni?" tanya Afif memecah suasana.

Tak Logik Betul!
Gambar tiada kena mengena dengan cerita.

YY tergelak kecil mendengar persoalan Afif tu. Terus otak yang tak berapa muda ni memutarkan kembali memori zaman sekolah rendah ketika persoalan sama pernah diajukan. "Masa Mama kecik-kecik dulu kan, kawan Mama kata kalau kita tiba-tiba senyap macam tadi, diorang kata malaikat lalu!" jelas YY.

"Malaikat lalu?" tanya Afif.

YY terdiam seketika sebelum YY kata, "Yelah. Tadikan kita bising kan? Bila tiba-tiba senyap, kawan Mama dulu kata Malaikat lalu. Sebab tu kita senyap"

"Tak logik betul! Kita senyap sebab takde idea. Takde kena mengena dengan malaikat!" kata Afif dengan nada tegas.

"Betullah tu" jawab YY ringkas. Sebenarnya tak tahu bagaimana harus jelaskan antara mitos dan kebenaran.

"Ustazah Afif kata, malaikat selalu ada. Kalau sebab malaikat, mesti kita dah selalu senyap kan Mama? Kita senyap tadi sebab takde idea aje!" jelas Afif menegaskan apa yang dia percaya.

Adui! Ligat kepala otak ni dok memikirkan apa yang harus diperkatakan, Terlajak perahu boleh diundur, terlajak bercerita kena hadap ajelah wei! Seriously YY stuck ketika itu. YY hanya mampu katakan, "Wah! Pandainya anak Mama ni bercakap! Ni yang buat Mama bangga ni. Dah macam Ustaz bercakap"

Kata-kata YY itu disambut dengan senyuman meleret Afif.

Siapa sangka anak si kecil Afif boleh mengatakan ianya tidak logik. YY secara jujurnya tidak pernah memikirkan bahawa keadaan senyap seketika itu sebagai tiada idea. Memang idea malaikat lalu tu sering digunakan sehinggalah Afif muncul dengan memberikan idea dia yang tersendiri.

Benarlah proses pembelajaran itu tidak pernah mati walau ianya diperolehi dari seseorang bernama anak (^_^)

26 comments:

  1. Melayan.anak2 ni memang seronok walau terkadang kita takde idea nak membalas cakap.dorangkan..

    Wah pandai afif, acik pun tak terfikir jawapan tu sbb acik pun sama dgn mama afif hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan kak
      melayan diorang macam satu keseronokkan walau kita pasti "kena"

      hehe...samalah kita kak

      Delete
  2. eheeeh sampai skarang pun kalo bising2 ttb senyap semua ingat Malaikat lalu..

    ReplyDelete
  3. anak2 kecil skrg sudah semakin bijak...

    ReplyDelete
  4. Waktu mcm nilah anak2 ni bnyk peekara yg dia nk tau. Macam soalan yg perlukan penjelasan... kdg2 saya pun tak terkecuali terperangkap dgn soalan2 cepu emas mereka... peelu lebih bijak tangani hehee... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak bijak tangani tu yang kadang lost
      tak tahu talian hayat mana nak guna...hehe

      Delete
  5. Betul lah Afif dan Ustazah Afif cakap tu...pandai Afif...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...kadang kepetahan diorang berkata-kata
      buat kita terkesima

      Delete
  6. budak baya Afif ni memang tengah ligat berfikir..layankan jelah kan..tapi logik jugak apa dia cakap tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tulah
      pasal logik yang dia cakap tu buat akak terkesima

      Delete
  7. Replies
    1. cara dia berfikir dah luahkan tu buat terkesima...hehe

      Delete
  8. heheheh...bijak betul afif ni..kdg kita pun terpikir mcm diorg pikir...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan...entah mana semua soalan tu muncul
      kadang diroang dah ada jawapan
      saje aje tanya nak kepastian
      tu yang jadi soal jawab pastu =)

      Delete
  9. Bijak betul Afif ni kan kak. Saya tersenyum baca jawapan dia. Saya masa kecik dulu percaya jea bulat2 bila senyap maknanya ada malaikat lalu. Huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? samalah kita
      boleh pula dia fikir sampai jauh gitu
      budak zaman sekarang jah wei =)

      Delete
  10. Yup.. ayat 'malaikat lalu' memang femes kalau ada kejadian macam tu. hehehe. bising tetiba senyap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kak...hehe
      saya pun biasa guna sampailah anak dok tegur =)

      Delete
  11. Umur baya gini memang jenuhlah kita di'ajar' oleh anak-anak semula. Walau apa pun, perbualan jadi menarik sebenarnya bila meluangkan masa berborak dengan anak-anak. Idea mereka tu kadangkala kita sendiri pun tak terfikir!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...tepat sekali MD
      banyak dok belajar bila dah ada anak sendiri
      dulu dok hadap adik sendiri, tapi tak begitu beria
      bila anak sendiri, memang naik poning dibuatnya =)

      Delete
  12. Pandainya Afif.. tapi betul la... kita dah jafi ibu ni sbnrnya byk juga belajar dgn anak2....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kak
      banyak benda kita belajar daripada diorang sebenarnya

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...