Berita Hujung Tahun Yang Menggembirakan

2:27:00 pm Yana Yani 40 Comments

Berita Hujung Tahun Yang Menggembirakan
Beberapa jam lagi, Insya ALLAH kita semua akan melangkah ke 2016. Sebenarnya tak sempat YY nak hadap blog hari ni sebab kena settlekan beberapa urusan sebelum melangkah ke tahun baru.

Tapi disebabkan teruja, YY nak share berita hujung tahun yang sangat sangat menggembirakan bagi diri YY dengan korang semua.

Blog YY, Diari Seorang Mama yang dibina sejak tiga tahun dulu ni, tersenarai antara 15 Blogger Terbaik Malaysia 2015 berdasarkan kaca mata blogger tersohor +Bin Muhammad! Wahhh! Rasa nak nangis dibuatnya! Terharu beb!

Walau pun gelaran itu diberikan kerana menghargai komen-komen yang ditinggalkan di blog beliau, ia tetap memberi makna yang sangat besar pada YY. Terasa macam berdiri atas stage sambil pegang award pastu dapat standing ovation gitu! Nampak tak betapa tinggi angan-angan? Hehe!

"Ianya adalah pengiktirafan buat blogger-blogger yang sangat hebat dan ramah sehingga menjadikan mereka terbaik dalam memberikan nilai jalinan ukhuwah melalui kunjungan dan komen-komen di blog ini. Bukan sahaja menilai dari sudut jumlah komen tetapi juga sememangnya mereka mempunyai blog yang hebat dan antara yang terbaik untuk dikunjungi" +Bin Muhammad

Terima kasih saudara BM. Terima kasih sangat-sangat! YY sangat hargai penghormatan yang diberikan ni. Harap ianya menjadi pencetus untuk YY meneruskan apa yang YY sudah usahakan selama ini. Tanpa sokongan saudara BM dan rakan blogger yang lain, tak ke mana YY ni. Apalah guna menulis tanpa pembaca. Betul tak? (^_^)

Untuk makluman, aktiviti blog walking nampak gayanya terpaksa ditunda. Minta maaf. Tak dapat nak elak. Mana sempat nanti YY singgah ye.

Dikesempatan ini YY nak ucapkan;

Selamat bercuti kepada yang bercuti
Selamat menempuh alam persekolahan buat yang pertama kali menjadi pelajar
Selamat kembali ke sekolah buat pelajar seperti Afif
Selamat kembali sibuk untuk parent especially para ibu macam YY
Selamat tahun baru 2016

Insya ALLAH, panjang umur kita akan bertemu kembali di 2016. Have a very nice long weekend! Till we meet again, Assalamualaikum

40 comments:

  1. Wah..hebatnya blog YY ni.. tahniah teruskan usaha.. moga utk 2016 akan lebih berjaya blog ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...takdelah hebat mana
      tapi bila dinobatkan begitu, serius rasa terharu...hehe
      terima kaish atas sokongan ye cikgu AN

      Delete
  2. Tahniah akak. Happy for you! ^_^
    Semoga terus semangat untuk ber'blog.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih yunk
      terima kasih atas sokongan =)

      Delete
  3. Wahh terbaiklah. Memang setiap blogger ada kekuatannya masing-masing.
    Tahniah kerana dipilih menjadi blogger terbaik Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih saudara Hassan
      saudara juga antara yang banyak menyokong blogger kecil seperti saya
      seriously tanpa sokongan dan tunjur ajar saudara HH dan BM, tak kemana sangat blog saya ni =)

      Delete
  4. saya seorang blogger yang pemalas memang jarang untuk di anugerahkan apa2 hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh suria rajinlah update blog
      cam saya tak sempat nak buat semua tu
      saya perasan kalau dalam dunia blog
      kita tak boleh grap dua2...kecuali kita dah ada nama sendiri

      Delete
  5. Tahniah sis.. you deserved it.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kak...akak pun banyak sokong saya selama ni

      Delete
    2. salam tahun baru 2016 sis Yana yani sekeluarga...

      Delete
    3. salam tahun baru kak
      maaf belum sempat blog walking lagi

      Delete
  6. waahhhhh....tahniah YY....mmg betul2 perkhabaran yg menggembirakan ni.....sy tumpang gembira hehhehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih deanna
      nama tu aje yang gah. tapi dari segi marketing startegy, awesome tu
      tak pasal2 buat orang ingat kita yang terbaik...huhu

      Delete
  7. Alhamdulillah..tahniah kak YY.semoga lebih maju jaya lagi lepas ni.all the best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...terima kasih
      ramai pula yang wish ni...takut salah paham pula
      sebenarnya akak rajin komen aje
      pastu BM kategorikan gitu
      tapi bagus tuk marketing strategy =)

      Delete
  8. Wahh.. Tahniah ye YY. Semoga lebih sukses di tahun 2016 nanti. Happy New Year sis. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...mekacik acik idah
      aaminn. mudah-mudahan =)

      Delete
  9. Salam 2016 buat YY sekeluarga. Semoga tahun 2016 ini membawa lebih kejayaan dan keberkatan Nya... aamiin.
    Salam ukhwah, lama saya tak berblogging hihii.. :) :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam 2016 KK
      lama tak dengar khabar. maaf. saya juga sibuk =)
      apapun terima kasih. aaminn =)

      Delete
  10. tahniah sis.. semoga terus maju lagi..

    ReplyDelete
  11. terasa senorok berblog kalau ada yg sudi baca dan support..

    ReplyDelete
  12. akak, syida ada tag akak join GA.. klu sempat join lah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai...yeke?
      sorrylah yunk...baru ni buka blog
      entah bila pula nak update ni
      nanti sempat akak join ye
      terima kasih tag tau =)

      Delete
  13. wah,tahniah ye.memang pun YY suka tinggalkan komen.;) ramah gitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...terima kasih
      dalam blog ramah kot
      dunia nyata saya pemalu orangnya...hehe

      Delete
  14. wahhh tahniahh ! semoga lebih maju.
    ain singgah sini dan follow awak.
    salam perkenalan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih!
      nanti ada masa saya balas kunjungan ye =)

      Delete
  15. Tahniah, YY. Kalau dapat penghargaan di alam maya ni, memang rasa macam dapat award atas stage aje kekdahnya. Kita faham, kita faham. Takpalah kalau berangan lebih sikit ^_^

    Hendaknya lepas ni akan beri inspirasi untuk YY terus berblogging. Seronokkan berblogging ni, boleh kenal orang macam SAYA. Hahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...saje bikin gempak je pun
      berangan mengalahkan retis...haha
      tapi serius MD, memang seronok
      macam-macam orang saya jumpa, lifestyle, profession,
      banyak benda belajar sejak terjebak dalam dunia blogging
      ya...ya...no doubt. mengenali MD memang added advantage =)

      Delete
  16. Tahniah ye YY..... moga bertambah gemilang dan terbilang di masa akan datang...Teruskan berkarya! Pergh mcm bagus jer ucapan mak hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang bagus mak. terharu saya dibuatnya. haha
      terima kasih ye. terima kasih sebab selalu nyokong

      Delete
  17. tahniah Yana teruskan menulis ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya allah kak
      selagi ada kemampuan dan ruang untuk menulis =)

      Delete
  18. Tahniah sis, you really deserve the recognition! :D Semoga bertambah sukses ya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih zurainny. masa lapang boleh, kalau sibuk tak dapat juga buat semua tu =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...