Rumahku: Proses Renovation (^_^)

11:30:00 pm Yana Yani 16 Comments

Mungkin korang sedia maklum yang rumah yang aku dan Encik suami berjaya miliki dengan hasil titik peluh sendiri, sedang dalam proses renovation.

Semua cerita pasal warranty dan sebagainya sebelum ni, habis ditolak ketepi. Encik suami tak mahu menunggu pihak pemaju. Lagipun ianya time consuming kata dia.

Untuk pengetahuan, semua bahan untuk renovation dibeli sendiri oleh Encik suami. Kiranya dia hanya membayar kos upah. In fact kerja mengecat nanti akan dilakukan sendiri oleh dia.

Semua bahan tu dia dah mula beli sedikit demi sedikit semenjak enam bulan yang lalu. Contohnya bulan ni dia beli down-light dan kipas. Bulan depan dia beli benda lain pula.

Aku tak terlibat langsung dari awal sehingga stage renovation yang sekarang ni. Cuma bahagian dapur dia tanya pendapat aku. Aku kata tak kisah janji ada bunga. Hehe!

Sabtu baru ni aku pergi melihat proses renovation yang sedang dijalankan.


Sebelum masuk dalam kawasan rumah aku tengok wall dah siap dibina dibahagian depan rumah. Aku tak pernah tahu pula dia nak buat wall. Bila ditanya dia kata sekali jalan.

Tanya juga kot dia ada minta izin jiran sebelah rumah nak buat semua benda ni. Dia jawab semuanya dah ditanggung beres! Mereka tak kisah kata dia.

Masuk bahagian ruang tamu, aku senyum sikit. Aku suka corak pada ceiling dan lampu hiasan yang pada aku comel aje saiz dia. Nampak mewah walau sebenarnya tak mewah! Hehe!


Rupanya setiap bahagian dalam rumah ni diubah rupa bentuk ceilingnya. Satu rumah dia pasang down light. Cantik walau ada bentuk yang tak serupa. Hehe!

Siapa yang nak pandang rupa bentuk down light tu yedak? So aku tak kisahlah sangat!


Masuk bahagia ruang makan aku urut dada sikit. Aku tak berapa suka campuran color yang pelbagai. Tapi dia dah beli dan dah pasang pun. Nak kata apa lagi kan?

Lantai bahagian ruang makan separuh hitam separuh lagi kuning cair. Dinding pula berwarna seakan kelabu atau mungkin juga pink.

Bahagian atas dinding tu ada mozek kecil berwarna merah, hitam dan kelabu. Tak masuk pada mata aku! Rasa macam hodoh sangat!

Tapi tengok dalam gambar nampak cantik pula! Tiba-tiba aku tukar statement, aku cakap CANTIKKK! Hehe! Boleh pula gitu ye? (^_^)


Bahagian dapur tempat aku memasak nampak besar pula selepas renovated. Sebelum ni tempat tu bilik stor. Encik suami pecahkan bagi besar sikit bahagian dapur.

Tengok dapur tu, tiba-tiba aku boleh bayangkan nak letak pasu bunga dekat mana. Susah kalau dah berjiwa bunga macam aku niHehe!

Semua tempat aku nak letak bunga!


Overall aku berpuas hati. Mungkin apa yang tak kena pada mata aku sebelum tu nanti boleh ditutup dengan perabot atau kabinet. Not a big deal kan?

Time aku ke sini aku bawa Afif dan Aisy. Bukan main seronok diorang. Ada banyak kerja masa tu yang diorang boleh buat. Mau tak suka!

Tengoklah senyuman penuh makna Aisy tu.


Aku pula yang tak keruan. Kang kalau tercedera, aku juga yang susah. Berhasrat nak lama sikit, tapi ditangguhkan. Besoknya aku pergi lagi dengan Encik suami.

Tapi tak bawa kamera (^_^)

Lain kali kalau pergi lagi, aku akan ceritakan lagi ye. Encik suami memang setiap hari datang jadi pemerhati. Sebab dia kata semua tu perlu untuk memastikan hasil yang memuaskan hati.

Okaylah korang, selamat bercuti kepada yang bercuti! (^_^)

Entri lain yang berkaitan:
Rumahku: Painting Time!
Dekorasi Simple Rumah Aku

16 comments:

  1. Semoga segala2nya berjalan dengan lancar dan terbaik.. :)

    ReplyDelete
  2. wah memang renovate betul2 nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah, ingat dapur aje
      satu rumah rupanya =)

      Delete
  3. seronoknyer....bilalah kathy ada peluang nak ada rumah sendiri..teringinnyer....

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya ALLAH kak
      adalah rezeki anak-anak tu nanti =)

      Delete
  4. Sebab tu kebanyakan orang sanggup langgar jer warranty tu...lihatlah sendiri! Kalau dah duduk baru nak renovate, tak ke susah! Memang rumah macam tongkang pecahlah jadinya...
    Nanti bila dah siap...lagi terserlah cantiknya rumah tu! Bijak suami anda menguruskan perbelanjaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...betul juga BM
      ni dah melalui baru faham =)
      alhamdulillah dia begitu, kalau saya habis!

      Delete
  5. cantik design plaster ceiling rumah yana.. =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. paling simple tu farah =)
      yang penting, murah sikit...hehe

      Delete
  6. Tak sabar tunggu dh siap mesti cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...dia pula yang tak sabar ye
      insya ALLAH siap nanti saya bagitau ye =)

      Delete
  7. K nrl nak tengok yang dah siap nanti...hehe :)

    ReplyDelete
  8. Cantik kalau ada plaster ceiling yek.... rumah ni pun tak de plaster ceiling lagi....teringin mak weyh...hehe Wah sure tak sabar nak masuk rumah baru nikan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...nampak mewah ye dak
      memang dah tak sabar...tunggu green light aje =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...