Lawatan Ke Kilang Coklat Beryl's (^_^)
Lawatan Ke Kilang Coklat Beryl's | Sabtu baru ni aku mengikut lawatan sekolah Afif ke dua tempat yang tak pernah aku jejaki seumur hidup aku. Seronok walau penat yang teramat.Malam sebelum bertolak aku dah pesan pada Afif kena bangun pukul 6:30 pagi. Kami dikehendaki berkumpul di padang letak kereta surau Al-Masyhur di kawasan perumahan kami pada pukul 7:30 pagi. Tapi Afif terlalu excited!
Pukul 6 pagi ketika Papa dia bersiap untuk ke tempat kerja, dia bangun tanpa perlu dikejutkan seperti biasa. "Mama Afif dah bangun!" kata dia dengan senyuman terukir. Bersiap pun tanpa sebarang masalah seperti kebiasaannya. Aisy pula sebenarnya tak berapa sihat. Mak suruh aku tinggalkan aje, tapi aku tak sampai hati.
Kalau tinggalkan untuk bekerja tak jadi masalah. Tapi tinggalkan dia untuk aku dan Abang dia berseronok buat aku tak rasa selesa. Maka dia tetap aku heret sama dengan bekalan ubat. Gambar dekat bawah ni kami menunggu ketibaan bas. Nampak tak kecerian Afif?
Perjalanan untuk ke Kilang coklat Beryl's terasa teramat jauh! Aku beberapa kali terlelap disebabkan terlalu letih berjaga malam sebelumnya untuk menjaga Aisy. Hilang penat bila sampai dengan selamat tempat yang hendak dituju. Ketika kami sampai ada banyak lagi rombongan dari sekolah lain yang turut melawat kilang ni.
Sedikit nasihat diberikan oleh tenaga pengajar Pasti Al-Hikmah sebelum melepaskan murid-murid mereka di dalam kawasan kilang. Sebelum tu ibubapa yang turut serta diminta turun dahulu.
Kami menanti anak-anak masing dengan penuh kesabaran walau cuaca teramat panas ketika itu. Padahal jam baru sahaja menunjukkan pukul 11 pagi. Gambar dekat bawah ni paling kelakar bagi aku. Nampak tak macamana Afif pakai ketayap tu? Dia main sarung aje! Dah nampak macam pakai serban!
Kemudian budak-budak tersebut disuruh berbaris perpasangan. Setiap seorang harus mengingati nama pasangan masing-masing dan pegangan tak boleh dilepaskan. Tapi dah namanya budak kan! Macam peribahasa seperti pahat dan penukullah! Diketuk baru bergerak. Macam kes ni pula, disuruh baru buat! Hehe!
Sesampai aje kami di bahagian dalam kilang, budak-budak tu disuruh berposing di bahagian penyambut tetamu di kilang tersebut. Seronok aje budak-budak tersebut bila disuruh posing.
Selepas tu ada seorang jurucakap kilang membawa kami ke bahagian production. Jujurnya masuk ke kilang tersebut terasa seperti berlakon dalam cerita Charlie and The Chocolate Factory.
Dibahagian luar production penuh dengan pelbagai jenis lukisan yang penuh dengan kecerian. Even dari bahagian luar kilang terasa macam masuk istana bukan kilang! Seni bina dan interior design yang penuh kecerian! Lukisan dekat bawah ni paling aku minat!
Dari luar bau harum coklat menusuk deria bau kami.
Memasuki bahagian production dan melihat sendiri bagaimana coklat dibuat, memang pengalaman yang tak boleh dilupakan. Segala seksyen dijelaskan dengan terperinci. Kami melihat bagaimana ianya dihancurkan dari biji koko sehingga ianya menjadi coklat yang bermacam bentuk dan perisa.
Untuk pengetahuan korang, 90% pembuatan coklat dalam kilang ini adalah dari mesin. Mereka tidak menggunakan tenaga pekerja yang ramai. Lepas tu kami di bawa ke bilik tayangan persis mini panggung. Sayangnya cerita itu di dalam bahasa Inggeris. Bukan semua kanak-kanak tersebut faham apa yang diceritakan.
Tapi mereka tetap bersorak kegembiraan walau hanya melihat gambar yang mungkin menarik dan menyelerakan bagi diorang.
Kemudian kami di bawa pula memasuki ke dalam mini muzium kilang terbabit. Jurucakap kilang tersebut ada menceritakan puak yang mula-mula menjumpai coklat di dunia ni. Tapi aku lupa, yang pasti bukan Oompa-Loompas (^_^)
Gambar dekat bawah ni, murid-murid diterangkan mengenai acuan yang digunakan pada zaman dahulu sehingga sekarang. Zaman sekarang dah gunakan acuan daripada plastik yang lebih ringan dan bersih.
Gambar dekat bawah ni pula adalah sebahagian bungkusan coklat dari ianya mula dipasarkan sehingga ke zaman sekarang. Ianya melibatkan pelbagai jenama.
Selepas tu kami turun pula ke bahagian bawah untuk membeli coklat. Time nak pergi beli coklat ni, elok pula budak-budak ni berbaris berpasangan. Hehe!
Gambar dekat bawah ni adalah gambar sebahagian coklat yang ada dijual di kedai yang terdapat di dalam kilang tersebut. Gambar tak berapa clear sebab Aisy tarik tangan aku time ni. Harga yang dijual lebih kurang sama dengan harga pasaran. So aku decided untuk tak beli banyak. Tapi hakikat sebenarnya, tak cukup budget pun! Hehe!
Time ni Aisy dah mula buat perangai. Sepanjang perjalanan di production aku dukung aje dia sebab tak mahu berjalan. Nak tercabut pinggang aku dibuatnya. Mula membayangkan yang backache aku akan kembali menyerang. Bila dah macam tu, mula teringat kepentingan Encik suami. Kalau dia ada, mesti Aisy dia yang dukung.
Mulut Aisy ketika itu penuh dengan ulser. Bila dia makan coklat, terasa pedih yang amat. Tapi tetap nak makan juga! Bila aku larang, dia mengamuk! Malam sebelumnya aku bawa dia jumpa doktor. Takut dia kena jangkitan HFMD. Tapi doktor tak nampak sebarang tanda selain ulser dan demam.
Anyway berbalik kepada cerita tadi, boleh bayangkan yang Aisy berpusing 360 darjah sambil menjerit tak ingat dunia? Aku biarkan dia dalam keadaan macam tu. Bagi bertenang dahulu baru aku dukung kembali.
Ini sahaja cara nak menunjukkan ketegasan. Kalau tak dia naik lemak walau secara jujurnya aku malu bila parents lain menegur dia menangis. Tapi taktik aku berjaya. Dia senyap lepas tu. Dalam bas aku bagi dia ubat demam, terus tidur sehingga ke destinasi seterusnya.
Destinasi seterusnya klik [Lawatan Ke Farm In The City!] (^_^)
Wah.. Seronoknya...
ReplyDeletememang seronok!
Deleteaisy tak sihat yer?sian....perngorbanan seorang ibu,sanggup bersengkang mata untuk anak yang tak sihat. namun,moga aisy segera sihat sepenuhnya..
ReplyDeleteseronoknya pergi kilang coklat...kathy trak pernah lagi...
alhamdulillah, okay dah sekarang
Deletearitu aje, tetiba dia demam sampai penuh ulser
tak sampai hati nak tinggal lagipun pagi tu nampak dia
dah okay sikit berbanding malam sebelumnya
seronok juga ye melawat kilg coklet..
ReplyDeleteseronok sangat! pengalaman baru =)
DeleteWahh seronoknya. Saya pun suka klu dpt jenjalan ke tmpt2 yg mcm tu... bnyk ilmu yg diperolehi. Apa yg pasti mmg menyeronokkan & menceriakan.. dpt makan coklat juga.. Nice sharing Yana.. :D
ReplyDeletebetullah en khir, memang banyak ilmu belajar
Deleteserba sikit tahu dah pasal coklat ni =)
yang pasti semua seronok termasuk saya! hehe
sian plak tgk aisy tu yana...rasenye mmg patut tinggal die .... bukannye ape, die pun tak selesa kat tempat2 org ramai mcm tu....ni mcm dayyan kene ari tu laaa...sian sgt.... nak makan ape pun tak mo... kite kene ulser sebijik pun pedih ini kan plak budak2 gini kan....hope dah baik n aktif balik aisy yeak....
ReplyDeletesaya tak sampai hati nak tinggal lieya
Deletelagipun dia tiba-tiba kena ulser, padahal dah plan lama nak p
dia sendiri beria nak ikut, so saya tetap bawa
lagipun dah tanya doktor, dia kata boleh bawa
cuma kena bawa bekalan ubat je
alhamdulillah dia dah sihat, yang pasti kembali aktif! =)
Seronoknya lawatan gi kilang coklat..aisy aisy time bjalan die leh mengamuk lak ye...
ReplyDeleteseronok mimi, pengalaman baru!
Deletedia tak berapa sihat time tu, tu yang buat perangai =)
banyak afif bawa bali coklat ? demam x dia?.. tanya ni bkn apa ..selalu bebudak selepas terlalu aktif atau penat jalan-jalan akan demam...
ReplyDeletetak juga PCL =)
Deletedia memang hari biasa pun aktif PCL
anak-anak saya ni agak tak reti diam
alhamdulillah sihat belaka mereka =)
Macam dapat tiket emas jer... Jumpa Jonny Depp tak?...hehe.
ReplyDeleteUntuk Aisy...cuba beri makan aiskrim vanilla sebab vanilla adalah ubat terbaik untuk ulser mulut. Ianya berkesan buat saya...(lagi pun kan sedap!)
hehe...tulah kan
Deletenasib baik tak jumpa willy wonka, idak histeria gamaknya...hehe
ooo...saya baru tahu petua tu
next time saya cuba buat, terima kasih BM =)
Wah bestnya..new experience kan.. =D
ReplyDeletebetul! memang satu pengalaman baru =)
DeleteSeronoklah mama boleh pergi kilang coklat...banyak tak borong coklat?....rasanya rombongan kanak kanak mesti pergi kilang coklat ni...nasib tak pergi kilang cadbury hehe
ReplyDeletetak boraong banyak mana pun
Deletebudget tak ada! hehe
yeke okje? zaman saya pergi zoo je...hehe
PASTI! saya dulu pun dari PASTI jugak :') Kemain seronok la bebudak lawat kilang cekelat..mak budak pon seronok la gini.. :)
ReplyDeletesamalah kita ye...hehe
Deletememang, mak budaklah terutama sekalinya =)
tak pernah ke sini lagi.
ReplyDeleteteringin ke sini setiap ke seri kembangan tapi tu la.. tak terpegi pegi jua
last year joined TADIKA KEMAS pergi lawatan ke kilang coklat di damansara..
harga coklat murah juga la..
saya ni kalau tak kerana rombongan sekolah afif
Deletetak sampai juga ke kilang ni =)
Salam akak, bleh tau x range harga coklat2 tu?..hehe...TQ
ReplyDeletesalam
Deletecer bagi details, no hal boleh aje bagitau =)
minggu lepas rombgan sek anak sy baru ke sni..
ReplyDeletemmg best!!
best kan!
Delete