Lesen P Berjaya Dimiliki! (^_^)

5:27:00 pm Yana Yani 36 Comments

Semalam aku bercuti semata-mata nak mengambil ujian JPJ. Excited tapi dalam masa yang sama wujud rasa takut yang hanya ALLAH aje tahu.

Dari malam sebelumnya aku tak sedap perut membayangkan test yang bakal aku duduki. Kali terakhir aku ada perasaan macam tu adalah masa aku nikah, tujuh tahun yang dulu.

Pagi masa nak keluar rumah dah start menggeletar lutut. Serba tak kena aje aku rasa. Takut! Sepanjang perjalanan pula aku dok rasa cam ada butterfly in stomach.

Jejak aje tanah kat Pusat Memandu Kenderaan Klang, peluh mula menitik sampai habis basah baju! Belum test lagi tu! Punyalah takut!


Time checked nama baru tahu yang sessi aku adalah pada sebelah petang. Aku pun baliklah dulu, malas nak duduk situ lama-lama. Boleh pengsan dibuatnya! Hehe!

Sempat juga pergi dating dengan Encik suami. Hehe!

Biasanya ke mana aje kami pergi, anak-anak pasti akan diheret sama. Tak pernah tinggal kecuali bekerja. Hari ni dapat peluang, so apa lagi kan? Hehe!

Sampai masa yang sepatutnya, perasaan tak sedap tu automatik wujud balik. Takut betul rasanya. Aku tak tahu camne nak hilangkan perasaan tu.

Sana sini nampak signboard dekat bawah yang buat aku bertambah rasa tak sedap badan!


Time dok melilau tu terpandang pula signboard dekat bawah ni.

Aku kerap juga ke sini sejak beberapa bulan kebelakangan ni tapi tak pernah perasaan kewujudan signboard ni. Apalah aku ni kan? Hehe!


Sementara menunggu nombor giliran dipanggil, nak tak nak terpaksa menonton calon yang terdahulu menduduki ujian. Bila tengok ada yang gagal, lagi laju jantung aku dibuatnya!

Mula-mula sekali kami dikehendaki mendaki bukit. Aku memang time belajar pun, part bukitlah aku selalu kecundang! Berpuluh kali belajar pun masih tak boleh.

Kalau masa atas bukit ni korang dah gagal, lain-lain ujian seperti parking dan tiga penjuru tak boleh diteruskan. Mau tak kecut perut dibuatnya!

Teringat pula cikgu yang pernah mengajar aku dok kata, "Alahai Yana, saya dah tak tahu camne nak ajar kamu lagi!"

Tapi Alhamdulillah, boleh pula time test lepas! Hehe!


Lepas dah selamat dok naik dan turun bukit, kena buat parking pula. Part ni paling kacang pada aku! Hehe! Steady aje dok parking!

Lulus!


Settle part parking, kena buat tiga penjuru pula. Dekat sini JPJ kata paling senang sekali tapi paling ramai yang gagal. Mungkin sebab terlalu senang. Hehe!

Alhamdulillah syukur, aku lulus juga dekat sini.


Lepas tu kena pula buat test atas jalan raya. Part ni pun aku agak gemuruh sebab terasa susah nak tukar gear. Confuse!

Especially daripada gear tinggi ke gear rendah. Beria dok menghafal steps!

Lepaskan minyak, tekan clutch, tukar gear, tekar minyak lepas tu perlahan-lahan lepas clutch. Tapi kantoi juga! Tak pasal-pasal kena bebel pasal ni masa dalam kereta dengan JPJ.

Lepas tu dia kata,"Ni mesti lepas lulus bawa kereta auto kan? Dah agak dah!"

Tak kisahlah dia nak agak apapun, janji aku dah lulus walau cukup-cukup makan aje. Hehe!


Akhirnya lesen D dah berjaya aku milik! Terasa hebat pula. Hehe!

Ni kalau tak kerana nak pindah rumah, aku tak akan pergi ambil lesen. Tapi tu lah, takdir penetu segala. Yang pasti langkah lepas ni pasti lebih panjang! (^_^)

----------------------------------

Entry ni pun auto-published! Time korang baca ni, aku mungkin tengah dok sibuk rewang kenduri sepupu Encik suami dekat kampung dia. Kononnyalah kan. Hehe!

Insya-ALLAH kita jumpa lagi di lain entry (^_^)

36 comments:

  1. Replies
    1. hehe...terima kasih menjemput
      insya ALLAH sampai =)

      Delete
  2. tahniah ye sis..hebatlah..akak kathy pun hari tu asyik gagal masa bukit ni la..hehehe..all the best..proud of you..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak
      ke situ kena balancing antara minyak dan clutch
      payah sungguh rasanya
      tapi tulah, alhamdulillah =)

      Delete
  3. Wahh tahniah.. driving ni org tak tanya grade berapa pun.. janji lulus dah ok sgt2 lah tu kan.. alhamdulillah.. Tahniah sekali lagi Yana & salam ceria hujung minggu buat Yana sekeluarga.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...alhamdulillah encik khir
      terima kasih =)

      Delete
  4. Orang lelaki pun sama juga Yana yani, gabra, nervous. Apa pun tahniah.

    Link cerita tentang saya mengambil ujian memandu http://pak-mail.blogspot.com/2011/03/lesen-memandu-lama.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul juga tu pak mail
      masa saya test, ramai juga lelaki gagal especially
      yang part tiga penjuru tu
      namapun manausiakan pak mail, nobody perfect =)

      Delete
  5. tiada kata selain tahniah. tak sia2 peluh menitik.. akhirnya terbalas dengan lesen kekekeke

    ReplyDelete
  6. tahniah ye..
    masa saya dlu, 1st test parking tau..lulus dgn cemerlang siap kena puji dgn jpj..cam dah biasa bwk kete..y penting kena rileks & steady..masa amik lesen,umor dah 25 kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. umur 25 ambil lesen kira okay lagi mar
      saya dah masuk 3 dekad kehidupan baru ni ambil
      bukan takat lesen aje, 1st time pegang streng keta tau =)
      tapi ada juga yang lagi berusia baru ambil lesen
      tiada yang mustahil kan? =)

      Delete
  7. Alhamdulillah...dah lulus pun....Tahniah

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah bunda, alhamdulillah
      syukur sangat =)

      Delete
  8. Tahniah Yan D....syukur lepas.kalau tak sure kena bayar lagi hehe...Biasalah apa 0un ujian yg kita ambik, jantung mesti rasa nk .gugur....itu biasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...mekacih okje
      tu lah pasalnya, tak sangka boleh lepas tu
      padahal jantung rasa cam nak meletup time tu =)

      Delete
  9. tahniah..moga jadi pemandu berhemah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...terima kasih
      akan sentiasa ingat nasihat tu =)

      Delete
  10. Hehehe time ambik lesen keta nih memg srmacam je rase...mse sy mik dlu incik hubby temankan..awal awal die dh warning kalo gagal lpas nih byr sndri...hahaha...alhamdulillah sekali buat lulus...mse anta result keputusan tuh kat slh seorg jpj die tgk paatu die snyum smbil ckp nih msti dh biase bwk keta nih...hehehe...sy snyum jela

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..kelakar lah cite awk ni mimi
      mujur suami saya tak gitu, dia suruh saya chill aje kata nyer..hehe
      tapi saya first time drive, camne tak ketar lutut? hehe

      Delete
  11. zura dulu pun time blaja drive yang kena naik bukit tu yg paling menyakitkan hati.. hahahaa..tahniah yana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. seram kan zura
      teringat sekarang ni pun rasa takut lagi...hehe

      Delete
  12. tahniah...akak amik lesen dah lama, waktu bujang drive sdiri, skrg suami yg drive akak jd mem je...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya baru ni nak belajar kak
      hehe...dah tua baru nak belajar

      Delete
  13. Tahniah sbb dah dpt Lesen L. Saya ni dah 40 thn baru nak bljr... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah lesen P kak, hehe
      tak mengapa, faktor umur tak menghalang tuk belajar
      all the best ye =)

      Delete
  14. Apa-apa test praktikal mmg mendebarkan, kan? Apa2 pun, tahniah atas kejayaan. Lps ni, blhlah Yana bawa suami jln2 ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang takut giler! tapi alhamdulillah lulus dah! =)
      dah panjang langkah dah en ismail! hehe

      Delete
  15. Saya baru aje berjaya dapat lesen D pada 30 disember yang lepas.. Memang rasa gemuruh aje nak amik test.. Alhamdulillah.. akhirnya lulus.. =)

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...