Terima Kasih Mak Abah (^_^)

11:56:00 pm Yana Yani 26 Comments

Mak yang ku sayang,

Waktu sekarang ketika entry ni mula di taip menunjukkan pukul 10:15 malam. 31 tahun yang lepas, pada waktu yang sama Mak mungkin masih lagi berada dalam keadaan lesu.

Penat memerah keringat untuk membawa seorang lagi makhluk ALLAH di atas muka bumi ni dan kesakitan yang amat sangat tak akan mungkin dilupa sepanjang hayat.

Mak yang ku sayang,

Pasti hari tu masih lagi jelas dalam ingatan Mak. Hari di mana bermulanya gelaran Mak digunakan sebagai kata ganti diri. Hari itu mengubah kehidupan Mak.

Ye hari tu Mak melahirkan seorang puteri yang kehadirannya dinanti sejak sembilan bulan sebelumnya. Puteri tersebut juga merupakan cucu sulung buat keluarga Mohd Ali Hanapiah.

Dia juga merupakan cicit sulung dalam keluarga arwah Imam Awang Ngah. Disebabkan rasa syukur dan gembira, Atuk menembak beberapa das tembakan di udara.

Mungkin disebabkan itu juga orang tak putus-putus berkunjung datang. Seluruh penduduk kampung tumpang bergembira, persis cerita dongeng. Tapi itu hakikat.

Hari itu iaitu pada hari ni, 31 tahun yang lepas lahirnya seorang bayi perempuan yang diberi nama Nor Ilyana Mohamad Saruli.

Mak yang ku sayang,

Tanpa kesakitan dan kesengsaraan itu, tak akan mungkin mampu Along bernafas di atas muka bumi ALLAH ini. TERIMA KASIH untuk itu.

Untuk setiap tidur malam yang tak pernah lena dan juga untuk setiap suapan makanan yang tak pernah dirasakan kenyang. TERIMA KASIH

Untuk setiap kerahan tenaga, titisan air mata atau mungkin juga darah yang tak akan mungkin mampu dibayar hutangnya, TERIMA KASIH.

Untuk setiap doa yang tak pernah putus dipanjatkan mendoakan kesejahteraan Along sekeluarga. TERIMA KASIH.

Untuk setiap kebahagian dan kecerian yang telah ALONG kutip dan perolehi sepanjang tempoh 31 tahun ni, TERIMA KASIH.

Mak dan Abah yang ku sayang,

Ketahuilah bahawa segala harta di dunia ni tak akan mampu membalas setiap jerih payah Mak dan Abah membesarkan Along selama ni.

Mak dan Abah tiada galang gantinya. Along teramat berbangga menjadi zuriat Mak dan Abah.

Dengan rendah diri Along mengucapakan ribuan TERIMA KASIH kerana membawa Along ke atas muka bumi ALLAH ni.

TERIMA KASIH (^_^)

26 comments:

  1. selamat hari ulang tahun yana..18 mei sama dengan mak saya..
    semoga kebahagiaan y dikecapi berkekalan hingga ke Jannah..
    semoga ukhwah y terjalin terus perpanjangan..
    sebak baca entri ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke? hehe...selamat hari jadi untuk mak mar juga ye =)
      terima kasih mar ye
      aminnnn...
      awatlah sebak nya? =)

      Delete
  2. Bila dah menjadi Mak...lebih terasa akan betapa besarnya kasih sayang dan pengorbanan Mak sendiri. Betul tak?
    Alhamdulillah...nampak sihat lagi ibu bapa Yana, semoga mereka sentiasa sihat dan bahagia serta diberkati. Walaupun Yana dah ada suami yg menjadi no 1. Sesekali minta izin suami utk menjenguk mereka ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah BM, dulu ada rasa juga
      tapi bila dah jadi mak juga, rasa apa yang dia rasa
      perasaan tu lain sikit. sayangkan dia lebih lagi
      malahan saya jadikan dia sumber inspirasi, tanpa mak dan abah saya
      siapalah saya

      by the way mak abah saya tinggal dekat aje BM
      kategori jiran dengan saya, nanti dah pindah baru jauh
      memang selalu minta izin dia walau rumah mak dekat aje
      saya dah faham sikit bab tanggungjawab isteri =)

      Delete
  3. Selamat Hari Lahir Yana...
    Semoga panjang umur & murah rezeki...
    Semoga berbahagia disamping keluarga tercinta... kekal hingga ke jannah...
    Semoga jalinan antara kita walau hanya bertemu di blog sahaja akan berpanjangan...
    Amiin... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak
      semalam birthday nyer pun, hari ni dah kira belated...hehe
      aminnn..........
      bila kita boleh jumpa ni? dekat aje kan

      Delete
  4. siap tembakan tu yeak yana...fuhhh sgt2 grand gitu.....terharu bace entry ni...

    hepi belated besdey yana...may Allah bless u .... moga sentiasa dimurahkan rezeki dan bahagia dlm kehidupan.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'a lieya, memang ada tembakan
      mak saya cite, atuk terlalu gembira dapat cucu sulung
      so tembakan tu sebagai tanda kegembiraan

      terima kasih untuk doa dan ucapan tu =)

      Delete
  5. selamat hari lahir ye sis,moga panjang umur,murah rezeki dan menjadi isteri dan ibu yang baik dan solehah...maaf sebab terlambat wish,kathy baru on9 hari ni..semalaman kathy sakit dada dan sesak nafas akibat pengambilan ubat antibiotik kedua tu..tu yg xlrat nak on9. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. aminnnn...terima kasih kak
      tak mengapa, saya pun dah tua
      birthday pada usia sekarang ni macam satu peringkatan je dah =)
      akak tak sihat lagi ke? cuba jumpa doktor
      risau pula mendengarnya

      Delete
    2. Dah 2 antibiotik tak leh ambik..klu ambik juga tak sempat la nak sambut befday kathy ke 37 tahun depan sis..hehe..

      Delete
    3. maksudnya akak memang alergik dengan antibiotik apa ke
      sama macam adik saya yang no 3
      sampai penah masuk icu sebab antibiotik

      Delete
  6. Hepy Bezday Yan D.... Moga panjang umur murah rezeki dan hidup bahagia bersama pilihan hati dan anak anak.... Ustaz Kazim pun suruh buat cenggini, bila hari lahir kita kena ucap terima kasih buat emak..... Muda lagi mak pak Yand Dkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih okje
      aminnnn....itulah harapan saya
      ustaz kazim suruh buat gitu ye? tak tahu pula
      memang dahpasang niat nak buat gini
      abah saya dah 58, mak saya 51 dah

      Delete
  7. Selamat menyambut hari lahir Yana.. Skrng bila dah menjadi ibu bapa mmg dpt kita bayangkan bagaimana mereka bila kita ni dilahirkan. Segala perasan yg kita rasa terhadap anak kita itulah yg mereka rasa bertahun2 yg dahulu.. sayu pulak kan.
    Didoakan semoga Yana sentiasa sihat & diberkati kehidupan sekeluarga di dunia & akhirat.. aamiin.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih en khir
      tulah en khir, bila dah jadi parent ni
      sikit sebanyak memahami bebanan rasa mereka selama ni
      kepayahan membesarkan anak-anak, tak terungkap susahnya

      terima kasih sekali lagi ye en khir =)

      Delete
  8. happy belated birthday semoga panjang umur dan di murahkan rezeki ^_^

    ReplyDelete
  9. alahai yana...sedih lak akak baca entri ni...

    inshaAllah nanti akak akan menulis lagi tentang anak2,cuma tgh berfikir nak teruskan di blog itu atau buat yg baru je...terima kasih kerana sudi membaca cerita2 akak ye, kebelakangan ni kesabaran akak ni mcm dah hilang pulak...apapun syukur masih ada kawan2 yg sudi memberikan kata2 semangat buat akak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. janganlah sedih-sedih kak, luahan rasa saya aje ni =)

      sabar ye akak ye, harap akak sabar dan tabah menghadapinya
      saya memang suka baca kak, terasa dekat
      biasa siapa saje cite pasal anak diorang memang saya melekat terus
      tak tahulah, mungkin sebab teringat anak sendiri =)

      Delete
  10. selamat hari lahir, semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezekinya. Sedih pulak mama baca entri ni,..

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...