Cuti Hari Pekerja (^_^)

11:28:00 pm Yana Yani 26 Comments

Cuti hari pekerja baru ni kan, sehari suntuk kitorang berjalan aje! Bahagia aku rasa! Hehe!

Pagi kami dimulakan dengan bersarapan di Restoran Sri Has yang terletak berhadapan dengan Pasar Besar Klang. Kami memang selalu juga makan dekat sini.

Nasi lemak ayam goreng dia memang terbaik!

Lepas dah kekenyangan tu, kami ke Giant Seksyen 13, Shah Alam. Disebabkan masih awal pagi, trolley yang macam kereta tu masih lagi banyak.

Aisy dengan Afif apa lagi, macam orang kesawanan dah nampak benda tu. Selama ni aku ingatkan benda tu kena bayar, rupanya tak! Kita kena tinggalkan lesen memandu aje.

Seronok Afif dan Aisy (^_^)


Asalnya aku ke sini hanya nak cari susu UHT untuk Afif. Tapi-tapi macam juga aku beli. Elok aku budget dalam RM10 aje, lingkup RM50!

Mak aku pun tak terkecuali terjebak sama. Hehe!


Lepas dah penat shopping, Afif dan Aisy nak main dekat playground pula. Aku benarkan tapi dengan bersyarat. Dah setuju dengan perjanjian, baru aku lepaskan.

Lepas tu belanja diorang makan aiskrim! Aku pun tumpang sekaki! Hehe!


Time ni Mak dah tak keruan sebab lama dok tinggalkan Abah dekat rumah. Habis aje aiskrim yang budak-budak makan, kami bergerak balik.


Petang pula tak lama lepas Encik suami balik dari kerja OT, kami keluar lagi. Encik suami pakaikan Afif seluar boxer pada Afif.

Afif mati-mati tak mahu pakai seluar tu. Malu dia kata. Muncung sikit punya panjang time ni. Puas dok pujuk, dia tetap kata tak handsome.

Ambil gambar pun sorok muka. Biasa dialah orang pertama yang akan posing tiap kali nampak kamera.


Tapi tak lama dia merajuk especially bila Acu dia dok kata dia handsome pakai seluar tu. Payah budak dah pandai nak handsome ni (^_^)


Tempat pertama kami pergi adalah ke rumah baru kami! Tapi time pergi ni aku terkejut tengok rumah. Rupanya Encik suami dah arahkan orang buat kerja renovation.

Dia malas nak tunggu pemaju betulkan katanya. Adeh, camne lagi aku nak cakap ni (^_^)


Dok tengok kejab kontrator buat renovation, lepas tu kami bergerak ke Shah Alam. Kami ke Kompleks PKNS. Dulu time belajar dekat UiTM, dekat sinilah port yang aku biasa lepak.

Tambang teksi pun hanya RM3 time tu dari Seksyen 7 ke Kompleks PKNS. Tak banyak perubahan dekat sini. Masih macam dulu.


Lepas tu kami ke Plaza Alam Sentral yang terletak tak jauh dari Kompleks PKNS. Time dekat sini, aku sebenarnya dah tak larat nak berjalan. Tapi gagahkan juga!

Senyum pun macam terpaksa. Hehe! Tapi bebudak seronok!

Lagilah dapat makan Mexican bun!


Lepas tu kami ke Uptown Shah Alam untuk ke sekian kalinya! Encik suami nak urut kaki dekat situ.


Sementara menunggu Encik suami berurut, kami meronda sekitar Uptown.


Tapi sekejab aje pun meronda. Skru kaki aku dah longgar sangat, tak larat sungguh nak jelajah ke semua kedai yang ada. Ada lebih 400 kedai korang wei!

Aku suruh bebudak duduk berdekatan dengan tempat Encik suami berurut. Berpeluh juga menunggu dia, tapi tak apalah. Aku rela dari berjalan jauh. Hehe!


Lepas Encik suami settle, kami ke Restoran Pelita di Padang Jawa. Afif awal-awal dah pesan nak makan roti tisu. Entah apa yang buat dia suka sangat dengan roti ni.


Lepas masing-masing dah kekenyangan, kami berangkat pulang!

Letih berjalan hari tu, tapi sebenarnya seronok sebab dapat menghabiskan masa berkualiti dengan family tersayang! Bukan selalu pun dapat peluang camtu kan.

Eh, dah nak masuk pukul 12 malam ni. 6 May adalah harijadi orang yang paling aku sanjung dan sayang selain dari Mak dan Abah. Siapa?

Besok aku cerita. Tungggguuu! (^_^)

26 comments:

  1. Wah seronok.. penuh jadual jenjalan santai seharian ye.. :) :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe, memang seronok saudara khir =)

      Delete
    2. Assalam... saya tag Yana dlm segmen The Liebster. Terpulanglah nak join atau tak.. No problem. T kasih.. :)
      http://www.khirkhalid.com/2014/05/the-liebster-award-by-hunyeda.html

      Delete
    3. walaikumsalam saudara khir
      yeke? nanti saya p tengok =)

      Delete
  2. Hai Yana...
    Waa, berjalan sakan seharian tu sampai ke malam... walaupun penat tapi berbaloi dapat spend time sepenuhnya ngan family kan... Amboi, Afif... kemain no malu bila pakai boxer, encem je Acik tengok... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai kak
      hehe...memang sakan kak berjalan hari tu
      tu memang betul, bukan selalu lagipun esok belum tentu ada untuk kita kan
      ha'a kak, puas dok pujuk
      papa dia lah tu, dah tahu anak tak suka, dia nak pakaikan juga =)

      Delete
  3. mesti befday encik hubby ni..heheheheh...sis,boleh la nanti belanja kathy makan nasi lemak ayam goreng tu ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah, hebatlah akak dapat guess dengan tepat...hehe
      insya ALLAH, kalau akak datang klang saya bawa akak makan dekat situ
      memang pada saya nasi lemak ayam goreng dia sedap
      BM pun kata camtu....tak caya tanya dia =)

      Delete
    2. sis dah bagi klu,tu yg leh nak agak...hehehe..wah,BM pun puji yer?memang wajib try nanti ni..adik pun asyik ajak jer datang klang..tapi tu la..terbantut jer tambah lagi dengan kes catuan air hari tu..hehehe..

      Delete
    3. saya penah buat entry pasal restoran ni
      pastu BM ada kata dia penah dok klang dulu
      dia pun suka nasi lemak ayam dia
      sekarang dah tak ada catuan, line clear! hehe

      Delete
  4. Pandai afif makan roti tisu tu...ni mesti dah biasa kan...seronoknya jalan2...makan2, cuci mata..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak juga bunda
      baru kali kedua dia makan
      mungkin sebab dia suka rasa dia
      dia susah sikit bab makan, doktor suruh bagi apa dia suka aje =)

      Delete
  5. amboih... kemain seronok jenjalan yea... bestnya...

    ReplyDelete
  6. Tu dia....biasalah, dah dapat rumah baru, mana sabo nak ubah dan renovate. Lagipun elok dibuat sebelum pindah...akhirnya, bab warranty, tolak tepi...hhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tu la pasalnya BM
      tak dan saya nak kata apa-apa
      lupa kan ajelah pasal warranty tu...hehe

      Delete
  7. Lambat saya ke sini. Selamat hari pekerja kepada yang bekerja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. entry ni akak terbitkan 5 hari lepas hari pekerja =)

      Delete
  8. Kalau gitu gayanya....dari pagi sampai petang berjalan mmg betul betul longgar skru tu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah pasalnya okje
      memang longgar giler rasa sampai cam nak tercabut =)

      Delete
  9. Wah puas btl la seharian jenjalan n makan2 dgn family yer...=D

    ReplyDelete
  10. seronok betol seharian dpt berjalan kan.. hahaahaha..

    kalau dah masuk pasaraya tu, mmg tk mungkin beli satu barang...ada saje la yg nk dibeli. Lenkali kena bawak duit ngam2 je br la tgn tk gatal amik brg lain.. hahahaa

    dulu masa study kt uitm, PKNS & PAS la port lepak zura..

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok plus letih zura tapi berbaloi-baloi...hehe
      tu saya setuju, saya pun tak bawa duit lebih
      kalau tak semua benda nak beli...hehe

      samalah kita, alumni UiTM
      sep sikit =)

      Delete
  11. Bila keluar berjalan dgn family memg seronok kan...tp bab dh xlarat jalan tuh sy memahami...huhhhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tulah mimi
      kalau dah seharian berjalan, maunya tak penat =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...