Thomas Cup 2014: Kempunan Lagi (^_^)

4:30:00 pm Yana Yani 18 Comments

Malaysia tidak meletakkan sebarang harapan yang tinggi untuk Piala Thomas 2014. Target paling tinggi diletakkan hanya pada peringkat separuh akhir.

Harapan kembali disandarkan apabila Malaysia berjaya memasuki ke peringkat akhir menentang Jepun. Kali terakhir Malaysia memasuki ke peringkat akhir adalah pada tahun 2002.

Perlawanan akhir yang penuh sengit antara pasukan Malaysia dan Jepun semalam menyaksikan terkuburnya harapan Malaysia selepas 22 tahun yang kali terakhir dimenangi pada 1992.

Image from Astro Awani
Tumpuan sudah pastinya terarah kepada perlawanan perseorangan lelaki terakhir antara Liew Daren dan Takuma Ueda.

Liew Daren ketika set pertama kelihatan tidak bersemangat. Beliau kalah dengan mudah 12-21.

Aku yang menyaksikan teramat kecewa dengan aksi permulaan Liew Daren yang hambar ketika itu. Kalau aku ada dekat, mahu aku dah kick dia punya !@#$

Hanya pada set kedua, Liew Daren mula menunujukkan semangat juang yang tinggi walau ketinggalan agak jauh. Harapan kembali diletakkan. Daren menang pada set kedua dengan 21-18.

Tapi apa kan daya, Piala Thomas 2014 bukan milik Malaysia. Kita kempunan lagi. One thing for sure, kita kalah dengan bermaruah!

Tahniah pada pasukan negara yang diketuai oleh Datuk Lee Chong Wei yang menang mudah ke atas Kenichi Tago bagi acara perseorangan pertama 21-12 dan 21-16

Tahniah juga buat Tan Boon Heong dan Hoon Thien How yang merupakan beregu lelaki pertama. Perseorangan lelaki kedua, Chong Wei Feng.

Beregu lelaki kedua, Goh V Shem dan Tan Wee Kiong. Pemain perseorangan terakhir Liew Daren yang berjuang bermati-matian untuk sampai ke pentas akhir yang tiada siapa ramalkan.

Persoalannya sekarang, adakah kita terpaksa menanti selama 25 tahun lagi seperti pada tahun 1992? Kalau benar, mungkinkah pada kempen Piala Thomas 2018?

--------------------------------   

Piala Thomas adalah kejohanan badminton yang berprestij di peringkat antarabangsa bagi pasukan lelaki yang mula diperkenalkan pada tahun 1949 dengan Malaysia menjadi juara sulung.

Acara ini diadakan setiap dua tahun sekali.

Dalam pusingan kalah mati untuk menentukan juara dan layak membawa pulang Piala Thomas, lima perlawanan akan diadakan. Iaitu tiga kali perseorangan dan dua kali perlawanan beregu.  

Malaysia yang ketika itu dikenali sebagai Tanah Melayu memenenangi acara ini sebanyak tiga kali berturut-turut iaitu pada 1949, 1952 dan 1955.

Piala Thomas sekali lagi kembali dalam genggaman Malaysia pada tahun 1967. Selepas itu Malaysia gagal menyerlah dan ketinggalan dengan Indonesia dan China bergilir-gilir menjuarai acara ini.

Pada tahun 1992, selepas 25 tahun penantian Malaysia kembali memenangi Piala Thomas selepas
menundukkan Indonesia dalam pusingan kalah mati dengan 3-2.

Image from Utusan.com
Kemenangan itu amat manis kerana ia diperolehi selepas 25 tahun lamanya penantian.

Kemenangan itu disaksikan dalam negara sendiri di mana Malaysia menjadi tuan rumah untuk kempen Piala Thomas 1992

Malaysia ketika itu dibarisi Rashid Sidek, Jailani/Razif Sidek, Foo Kok Keong, Cheah Soon Kit/Soo Beng Kiang dan Kwan Yoke Meng.

Ia kemenangan yang tak akan mungkin boleh dilupakan oleh setiap rakyat Malaysia terutamanya peminat permainan badminton tanahair.

Selepas kemenangan itu, Malaysia hanya berjaya menakluki takhta naib juara sebanyak empat kali dengan kempen 2014 adalah yang terbaru.

Malaysia pernah memenangi Piala Thomas sebanyak lima kali dan diikuti Indonesia dengan sembilan kali. Negara terbanyak yang memenenangi acara ini sebanyak 13 kali adalah China.

Jepun pula memenangi Piala Thomas buat pertama kalinya pada 2014.

Yang pasti harapan akan sentiasa disandarkan setiap kali pasukan badminton lelaki Malaysia melangkah ke peringkat akhir. Malaysia BOLEH!

18 comments:

  1. Tapi saya menaruh harapan yang tinggi agar Malaysia menang perlawanan akhir tersebut. Namun apa nak dikata, Allah jua penentu segalanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betullah Pak Mail, ALLAH menentukan segalanya.
      Tapi kita kalah dengan bermaruah, tu yang pasti!

      Delete
  2. Pada mulanya saya yakin Malaysia boleh menang.. tp baru saya sedar yg Jepun ada ultraman..
    Apa pun syabas buat Malaysia atas persaingan yg mantap... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak nampak pula kelibat ultraman tu encik khir,
      mungkin sebab saya tak ada sixth sense macam encik khir =)

      p/s-saya juga amat yakin kita menang.
      tapi bila ueda mendahului, saya dah tahu jawapannya

      Delete
  3. Nak buat macamana dah bukan rezeki kita nak bercuti hehe.....
    Tapi tulah....terkilan rasanya tak menang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...itu memang setuju sangat
      kalau tak dapat custi dah =)

      Delete
  4. mana pi ? lama tak muncui? bizi yeh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...rindu ye okje =)
      ade ajelah, kesibukan tahap melampau ni =)

      Delete
  5. Masa tgk tuh jantung mcm nak tercabut...x seng duduk dibuatnya...xpela kite kalah bermaruah

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan mimi, senak napas ni
      macam kita pula yang main...hehe
      betul tu, maksudnya kita tetap cuba kan =)

      Delete
  6. Tetap bangga dgn malaysia walau hampa sikit dgn bergu pertama :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya paling hampa dengan perseorang kedua
      senang-senang aje dia kena tenyeh

      Delete
  7. Sudah mencuba yang termampu, kalau dah bukan rezeki... reda jer lah. Tahniah buat skuad Piala Thomas kali ini...cuba lagi akan datang!

    ReplyDelete
  8. Bukan rezeki... Kna usaha lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan, tak ape
      janji diorang dah cuba =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...