Bila Afif Memilih (^_^)

11:06:00 pm Yana Yani 24 Comments

Besok hari guru (^_^)

Sebenarnya aku yang terlebih excited berbanding Afif. Tahun lepas aku tak buat apa-apa. Disebabkan tahun ni tahun terakhir Afif di sini, aku nak bagi something pada cikgu Afif.

Ianya sebagai sebagai tanda penghargaan kepada mereka kerana bersusah payah mengajar Afif hingga ke tahap dia sekarang. Banyak perubahan yang dapat dilihat pada Afif sekarang.

Aku dah dok survey daripada hari Isnin. Mujur dekat tempat kerja aku ni ada pelbagai pilihan, so tak susah aku nak survey. Tapi kena keluar masuk banyak kedai.

Daripada banyak benda yang aku dok tengok, aku dah short listed tiga benda untuk Afif pilih. Terasa excited nak beritahu Afif.

"Afif, hari Jumaat ni hari guru tau" kata aku sebagai memulakan perbicaraan.

"Hari guru tu apa?" tanya Afif.

"Hari guru tu sama macam hari ibu dengan hari bapa. Kita hargai guru kita" jawab aku pula ringkas.

"Tapi kenapa nak sambut hari guru?" tanya Afif lagi.

"Sebagai penghargaan. Cikgu Afif dah susah-susah ajar Afif sampai Afif dah pandai. Afif dah boleh hafal surah, dah kenal huruf, kenal nombor, semua tu sebab cikgu. Betul tak betul?"

Afif mengangguk dan terukir sedikit senyuman menandakan dia faham.

"Mama nak belikan cikgu Afif hadiah. Mama dah pilih tiga barang tapi Afif kena pilih satu aje. Afif nak buku ke, cawan hiasan ke atau bunga?" tanya aku pula.

"Afif nak buku dengan bunga!" jawab dia dengan penuh yakin.

"Eh tak boleh dua. Satu aje! Buku ke bunga?" tanya aku lagi.

"Tapi Afif nak buku dengan bunga. Kenapa tak boleh bagi dua-dua?" tanya dia dengan muncung yang sedikit panjang.

"Sebab Afif kena pilih satu aje" jawab aku dengan sedikit ton suara yang tegas.

"Okaylah, bukulah" jawab dia dalam keterpaksaan.

Aku yang senyum lebar dengar pilihan dia. Bagus juga pilihan dia tu sebab buku tu dah mempunyai kulit yang cantik. So aku tak perlu fikirkan bila masa nak wrapping.

Tadi Afif dan Aisy sibuk menampal sticker untuk buku tu.


Time dok tampal sticker buatan sendiri ni, Afif dah mula rasa bahang excited. Sibuk dok kata yang dia tak sabar nak bagi pada cikgu-cikgu dia besok.

Aku rasa bahagia bila Afif dan Aisy gembira. Jujurnya aku juga tak sabar menanti hari esok (^_^)

24 comments:

  1. mesti teruja habis afif nak bagi hadiah tu kat cikgunya...tapi memang besar jasa guru ni..merekalah yang membantu kita menjadikan anak² celik ilmu selain dari ibu bapa itu sendiri..tinggi jasa guru² ni..bagus tindakan sis ni mengajar afif lebih menghargai guru yang mendidiknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kak, tidur pun nak tidur sebelah buku tu
      saya teramat setuju kak! besar sangat jasa mereka
      rasa tak terbalas dengan segala harta di dunia ni
      appreciate sangat!

      saya mengajar dia untuk menghargai semua yang ada disekeliling dia =)

      Delete
  2. sebab esok hari gurulah my anak buah buat muka comel nak minta mak usunya buat kek ... alhamdulillah , siap juga wpun sedikit hitam diatasnya ... heheheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun bercadang nak beli kek, buat tak boleh sebab tak ada oven
      tapi ada halangan lain pula
      tak mengapalah, nak buat camne kan

      tak kisah rupa, yang penting rasa =)

      Delete
  3. seronok afif dapat abgi hadiah untuk cikgu dia..selamat hari guru buat semua pendidik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia memang seronok sangat =)
      yup, selamat hari guru

      Delete
  4. Dah jadi satu kewajiban pula memberi hadiah kepada guru pada hari guru. Dulu2 tak de pula...cuma selalunya buat jamuan. Seronok jadi cikgu...dapat banyak hadiah! Kalau murid ada 30 orang...30 hadiah tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukanlah satu kewajiban BM
      lagipun bukan selalu, saya rasa wajar juga kita menghargai
      tiada paksaan pun dalam pemberian tu
      saya ikhlas memberi =)

      Delete
  5. Wahh.. hadiah hari guru eh.. pasti bertambah seronok dpt bagi kat cikgu hari ni.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok! hari ni lah cikgu bawa balik banyak hadiah!
      tak mengapa, setahun sekali aje
      lagupun afif dah tak jumpa semua cikgu tu tahun depan

      Delete
  6. Guru2 sekarang sangat beruntung... kalau dalam kelas ada 40 orang, hampir kesemua akan bagi hadiah... x macam dulu-dulu, yang rasa mampu je akan bagi hadiah... Cam Damia & Sofia, malam tadi x lena tido dok kenang hadiah nak bagi kat cikgu... hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk semua yang mereka lakukan tu, wajar dihargai =)
      lagipun dulu lain, sekarang lain
      zaman sekarang berunsurkan materialistic =)
      samalah afif pun kak =)

      Delete
  7. Guru adalah Pahlawan Tanpa Tanda Jasa.

    Salam dari blogger Indon

    ReplyDelete
  8. Memg cantik kulit buku tuh xpyh wrap pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah sebab mengapa ia adalah pilihan berbaloi...hehe

      Delete
  9. Tahun ni nampaknya anak anak OKje senyap je Yan D tak mintak suh beli hadiah pun....hehe selamat duit mak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...anak okje dah besar
      dah pandai collect duit
      ni kecil lagi, ye pau mama dengan papa dia...hehe

      Delete
  10. jimat dah tu tk yah beli kertas pembalut dh, cuma lekatkan sticker sendiri jerk... excited betol mama nye mcm dia pulak yg jdk murid... hahaahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tu yang best
      zaman sekolah saya dulu tak pernah bagi cikgu hadiah
      tu yang terlebih excited bila afif nak bagi hadiah...hehe

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...