Lupakah Aku? Dia Milik ALLAH (^_^)
Entry ni autopublishedAku jumpa posting ni di Facebook tak lama dulu. Tiada nama penulis disertakan tapi ianya menjadi viral disebabkan message yang cuba disampaikan.
Tiap kali baca, ada manik jernih jatuh ke pipi aku. Sebak.
Walau isi kandungan tak merujuk kepada kehidupan aku, tapi ianya amat terkesan pada diri aku yang juga merupakan seorang Mama. Aku juga sering alpa.
Besar amanah yang aku dan Encik suami perlu pikul untuk mereka berdua ni.
Aku copy message tu sebagai renungan buat diri aku sendiri. Oh, aku ada ubah sikit ayat yang mungkin tak kena pada mata aku. Tapi ianya tak lari dari coretan asal (^_^)
--------------------------------
Memang aku yang kandungkan anak ini. Sembilan bulan, lama.
Memang aku yang lahirkan dia 15 bulan lepas. Sakit.
Tetapi anak aku bukan milik aku.
Dia adalah amanah dari-NYA. Dia milik ALLAH.
Bila-bila masa ALLAH boleh ambil semula.
Jadi mengapa aku mengeluh untuk melayan dia tak tidur malam dan mahu bermain?
Sedangkan aku selamba melayan kawan-kawan di kedai mamak sampai ke pagi.
Jangan aku lupa, anak ini milik ALLAH.
Bila-bila masa DIA boleh ambil balik.
Mengapa pula aku mengeluh resah bajunya perlu dibeli lagi sedangkan baru sahaja dibeli.
Ramai lagi ibubapa lain teringin hendak beli saiz lebih besar lagi.
Apa kan daya anak mereka lambat membesar.
Jadi mengapa aku tak bersyukur dan gembira anak aku mengembang sihat?
Mengapa aku mengeluh? Lupakah aku?
Anak ini milik ALLAH, bila-bila masa DIA boleh ambil balik.
Aku mengeluh lagi tidak mampu menyimpan wang di bank.
Setiap bulan ada sahaja kehendak dan keperluan anak ini. Matilah macam ni.
Ya ALLAH, sedarkan aku.
Ramai lagi yang berhabis berpuluh ribu namun masih tidak diberikan oleh ALLAH
rezeki yang dipanggil anak
Lupakan aku ALLAH itu pemberi rezeki?
DIA pemilik kesemua di langit dan di bumi, termasuklah anak ini
Ingatlah, bila-bila masa dia boleh diambil kembali.
Aku terus mengeluh.
Tengah sedap bersembang di FB, si anak merengek mahu diangkat dan diagah pula
Arghh, mana boleh! Nanti jadi manjalah dia!
Nah, ambil ni, dan mainlah sendiri!
Mengapa aku mengabaikan pinjaman ALLAH ni?
Entah berapa ramai yang menangis merayu dalam sujudnya diberikan anak penyeri hidup
Tetapi ALLAH tak bagi, ALLAH berikan pada aku
Tetapi mengapa aku mengeluh?
Inikan milik ALLAH?
Bila-bila masa ALLAH boleh ambil kembali.
Ya ALLAH
Telah KAU berikan aku anak sebaik, sesihat dan secantik ni
Tetapi masih aku banyak bunyi
Ampunkan aku ya ALLAH
KAU panjangkanlah jodoh aku dan dia hingga ke jannah-MU
KAU berikan aku petunjuk dalam melaksanakan amanah-MU
Sesungguhnya aku sering terlupa anak ini bukan milik aku
Dia milik-MU, bila-bila masa KAU boleh ambil kembali.
sedih sangat membacanya..kadangkala kathy mengeluh juga dengan karenah anak²,rupanya kathy sedang mengeluh dengan amanah yang Allah bagi ini...muhasabah diri..:(
ReplyDeletetulah kita manusia ni kan kak
Deletekadang kita tak sedar anugerah yang ALLAH kurniakan
masih lagi tak bersyukur
saya pun muhasabah diri baca cite tu
Mendalam maksud bila baca ayat2 tu... muhasabah diri juga... t kasih atas perkongsian Yana..
ReplyDeletetu lah kan, ayat dia tu buat saya touching!
Deletesama-sama kasih, moga memberi manfaat =)
pernah baca & penuh makna coretan ni..membuat kita sedar apabila kita melakukan kesalahan
ReplyDeletetulah kan, moga ianya bermanfaat buat kita semua
Deletetersentuh bace entry yana....
ReplyDeleteya Allah moga kite menjadi penjaga amanah yg baik.... berjaya memberi yg terbaik tuk zuriat kite....
in sha Allah...
saya copy cite orang aje lieya
Deletesaya pun tersentuh, tu yang pakat share dekat sini
moga bermanfaat buat semua
Saya masih tidak punya penyeri dalam kehidupan berumahtangga walaupun hampir mencecah 10 tahun... bersyukurlah buat anda semua yg telah memilikinya...
ReplyDeletesabarlah BM, adalah hikmah yang tersembunyi =)
DeleteMendalam maksudnya.. :(
ReplyDeletememang dalam, hingga menusuk kalbu
DeleteAda baca...memg sedih
ReplyDeletekan...
Deletesaya baca banyak kali pun tak bosan
Sedih pulak bila baca ni... nak menitis airmata.. lagi buat teringat pada anak2 kat rumah... :)
ReplyDeletetulah pasalnya
Deletemungkin sebab naluri kita sebagai ibu
Kadang kadang kita lupa amanah yg ada didepan mata ni selalu kita abaikan.....namanya pun manusia Yan D. Sebab tulah kita perlu sentiasa di tegur untuk mengingatkan. Moga selepas ini, amanah ini kita junjung dan kita tak sia siakan...
ReplyDeletehehe...rasa klakau okje guna nama Yan D tu
Deletenama glamer satu masa dulu...hehe
yup betul tu okje
kita manusia memang tak boleh lari dari melakukan kesilapan
tapi kita sentiasa diberi peluang untuk perbetulkan kesilapan tu
aduhai, terus rasa rindu yang amat sangat kat anak2... kadang2 terlupa gak, marah anak2 bila tk tahan dgn karenah diorang tuh...
ReplyDeletekan zura,
Deletekita manusia biasa zura