Lawatan Ke Farm In The City! (^_^)
Lawatan Ke Farm In The City! | Lawatan yang seterusnya selepas ke Kilang coklat Beryl's adalah kami ke Farm In The City yang terletak di Seri Kembangan, Selangor. Sebelum ni tak pernah tahu kewujudan tempat ni. Aku membayangkan ianya mungkin kelihatan sama seperti zoo yang lain. Nama pun farm, mungkin hanya haiwan jinak sahaja yang ada.Harga tiket untuk masuk ke sini aku tak berapa pasti. Tapi pihak Pasti Al-Hikmah mengenakan bayaran RM50 termasuk makanan untuk parent yang mengikuti lawatan. Aku percaya separuh dari harga itu adalah untuk tujuan ni. Aisy tidak dikenakan sebarang bayaran.
Sebelum nak masuk, sekali lagi murid-murid Pasti Al-Hikmah berbaris berpasangan. Masing-masing excited lebih-lebih lagi tenaga pengajar menjelaskan yang mereka akan memasuki zoo.
Perjalanan dari kawasan parking ke bahagian kawasan zoo, tak berapa jauh. Tapi agak tak convenience untuk parents yang menggunakan stroller. Aku pun ada bawa stroller selepas mendapat kebenaran dari pihak pengurusan Pasti Al-Hikmah. Kalau tak mahu menangis aku mendukung Aisy sepanjang perjalanan.
Selepas beberapa ketika berjalan, kami disambut dengan signboard di bawah yang agak unik bagi pandangan mata aku.
Dari sini dah ada tangga yang setia menanti untuk kami turun ke bawah. Aku langsung tak menyedari adanya laluan untuk mereka yang berkerusi roda disediakan. Kemudahan tu hanya aku sedari ketika mahu pulang. Bayangkan aku terpaksa mendukung Aisy sebelah tangan dan sebelah tangan lagi menarik stroller untuk menuruni tangga. Yang lain hanya menolong dalam senyuman. Sedih aku rasa.
Selepas tu kami disambut dengan pekerja yang bagi aku teramat friendly. Mereka bergilir-gilir menjadi tour guide kami di dalam zoo mini ini. Beberapa peraturan diterangkan kepada murid-murid sebelum kami dibenarkan masuk. Masuk sahaja ada bau najis binatang yang tak menyenangkan deria bau kami. Mungkin sesuatu perlu dilakukan oleh pihak Farm In The City untuk bauan seperti tu. Loya tekak.
Tempat pertama yang kami pergi adalah Kampong Mahmood. Tak tahu apa tujuan nama itu diberikan. Tapi di sini ada show burung kakak tua yang amat menghiburkan
Selepas tu kami ke Turtle and Tortoise Farm. Uniknya semua haiwan yang ada di sini amat jinak dan kami semua dibenarkan memberi makanan yang disediakan. Haiwan tersebut juga bebas bergerak ke mana sahaja yang mereka mahu. Hanya ada sesetengah haiwan yang diletakkan di dalam kandang.
Dekat sini baru nampak Aisy "hidup"
Afif pula agak susah aku nak nampak dekat sini. Hilang aje! Entah ke mana perginya. Mungkin terlalu seronok melihat kelibat binatang yang cukup jinak.
Keadaan dalam zoo ni agak menarik kerana mempunyai landskap yang menarik selain mempunyai pelbagai tumbuhan tempatan yang dilabelkan dengan jelas. Sekali lagi ianya amat tak sesuai untuk mereka yang membawa stroller atau berkerusi roda. Bukan semua tempat mempunyai laluan khas.
Sukar untuk mengangkat stroller dan Aisy pada masa yang sama. Paling menyedihkan ketika berada di dalam Bird Aviary. Sekitarnya penuh dengan landskap yang menarik tapi tu lah, aku susah.
Paling menyeronokkan adalah di Savannah. Bukan senang dapat bagi makan rusa yang cukup jinak. Dekat sini aku agak sukar mengambil gambar. Maklumlah untuk seketika jadi single parent. Hehe! Kami berhenti lama di Pet Village. Dekat sini juga baru korang akan jumpa gerai minuman dan makanan.
Air mineral kecil dijual pada harga RM2 dan air tin dijual pada harga RM3. Tu belum cerita air jus dan makanan lain yang ada dijual. Koyak poket!
Paling menarik adalah Longkang Fishing. Di sini budak-budak dibenarkan menangkap ikan yang ada di dalam longkang. Menarik kan? Malahan segala kelengkapan seperti baldi dan net ada disediakan. Lepas dan puas tangkap, ikan perlu dilepaskan balik
Afif tentulah antara yang paling seronok!
Lepas tu kami ke Rabbit Farm. Kesemua arnab boleh dipegang dan diberi makanan. First time aku pegang arnab, seronok juga! Lepas tu terasa geli pula. Hehe!
Mujur ada banyak tempat basuh tangan disediakan.
Kemudian kami ke Moon's Lake di mana terdapat pelbagai jenis ikan dan setiap murid-murid diberikan bekas yang mengandungi makanan ikan. Seronok aje aku nampak diorang. Tapi aku dah tak larat nak ambil gambar. Mata melilau mencari kerusi untuk melepaskan lelah. Pinggang dah mula terasa sakit time ni.
Tempat terakhir kami jejak adalah ke Reptile Cavern. Dekat sini lagi kuat bau yang tak menyenangkan. Pening aku dibuatnya, rasa nak cepat aje balik. Lepas tu kami berangkat pulang.
Aku difahamkan setiap murid-murid mendapat sijil pengesahan daripada pihak Farm In The City untuk membuktikan bahawa mereka pernah menjejakkan kaki di situ. Tapi sijil tu hanya akan diperolehi selepas cuti sekolah. Lama sangat nak tunggu, so aku post cerita ni dulu. Nanti kalau dah dapat, aku cerita lagi ye.
Yang pasti lawatan kami pada hari tu memang memberi pengalaman yang cukup manis walau kepenatan yang melampau! Hehe!
P/S - Entry ni auto-published! (^_^)
hehehehhehe...best juga kan sis..anak² punya aktiviti tapi ibu bapa pun dapat pengalaman dan ilmu baru juga.petut di teruskan aktiviti sebegini..
ReplyDeletebest sangat kak wei! tapi penat! hehe
Deleteyang pasti budak-budak happy, tu je yang penting =)
budak2 memang suka tempat macam ni..arnab memang comel..suka3
ReplyDeletebudak mana yang tak suka pd binatang kan?
Deletememang masing-masing seronok aje aritu =)
Tak boleh bayang kalau saya kena jadi single parent even anak baru sorang. Tak pernah kemana2 tanpa asben. Lagipun bapak budak memang tak izinkan apa2 aktiviti tanpa dia tak tau la kalau anak dah besar esok maybe dia confident nak bagi kami berdikari.
ReplyDeleteKesian.. orang lain tolong senyum je. Boleh bayangkan dukung anak sambil bawak stroller naik turun tangga.
tulah cik lekit, ari tu encik suami bekerja
Deletelagipun tahun ni saya nak bagi afif merasa semua aktiviti di sekolah
tahun depan dia dah masuk primary school
rezeki saya aritu, nak kata apa lagi
mungkin ada rasa nak tolong, tak terucap aje =)
Seronoknya... besarnya kura2 tu.. bnyk ilmu yg dpt dlm lawatan mcm ni kan... best... :)
ReplyDeleteseronok sangat!
Deletekalau saya tahu, tahun lepas pun saya bagi afif pergi
time tu saya pikir afif kecil lagi =)
wrong decision!
Alahai siannya kena angkat stroller sesorang.....Tak ingat cik abe ke masa tu? Huhu....
ReplyDeleteRasanya kalau okje kalaulah tak kerana ikut lawatan sekolah, mmg tak sampai le situ....
nak buat camne okje...nasib badan ler
Deletekalau ingat pun dia tak dapat tolong...hehe
hehe...memang betul. saya pun tak akan sampai
kalau tak disebabkan lawatan ni =)
teruja pula nk bawa anak-anak ke sini..
ReplyDeletecubalah bawa...best juga tau =)
DeleteMcm best tpt nih nti leh bwk anak anak dtg sini
ReplyDeletecubalah bawa mimi, seronok =)
Deletehari tu ada tgk kat tv farm in the city mcm best je, tp takut lak nak bawa anak2 pegi lps adelya demam hari tu, puncanya sbb akak bawa dia pergi taman buaya ngn taman burung...masa dia demam..huhuhu lepas ni kena berhati2 dgn kesihatan anak, kena tunggu besar sikit baru boleh pergi nampaknya..
ReplyDeletesaya tak pernah tahu kewujudan tempat ni
Deletearitu pergi barulah tahu
kenapa adelya alergik ke? mungkin sebab kecik lagilah kak
antibodi tak kuat
best..bgus untuk perkmbangan otak kanak2..
ReplyDeletesy pun enjoy pergi sini..
pergi juga ye? tapi memang seronok
Deletebukan semua tempat camni kan