Tahniah Iwan dan Hasmah! (^_^)

5:25:00 pm Yana Yani 21 Comments

Bermula Sabtu lepas merupakan hujung minggu yang sibuk memenuhi undangan perkahwinan kenalan rapat dan saudara-mara sehinggalah pertengahan bulan Jun nanti.

Ianya dimulakan dengan perkahwinan sepupu Encik suami, Iwan dengan pasangan pilihannya iaitu Hasmah. Peliknya belah perempuan tak buat majlis secara besaran.

Hanya ada acara nikah dengan sedikit jamuan. Mungkin juga itu lebih afdal (^_^)


Part paling best bila kami kena bawa balik barang hantaran. Kami memang suka bila pihak perempuan bagi banyak makanan. Tak cukup poket nak isi segala macam coklat dan candy.

Aisy adalah contoh mudah. Tengoklah betapa penuh tangan dia dengan segala macam jenis coklat! Bukan bagi aku pegang tu.

Nampak sangat takut Mama dia makan. Hehe!


Minggu ni pula sebelah pihak lelaki iaitu sepupu Encik suami, Iwan. Meriah habis korang wei! Tak tahulah kot sebab dia anak sulung.

Biasanya belah lelaki jarang ada malam berinai kan? Tapi diorang ada buat tau! Tetamu tak usah cakaplah, penuh! Memang meriah!

Gambar dekat bawah ni time malam berinai. Aku dapat ambil tepi aje sebab ramai sangat orang nak ambil gambar. Itupun kamera bergegar sikit sebab ada orang tolak.

Sejak bila ko jadi artis Iwan wei! Hehe!


Besoknya pula acara kemuncak. Lagilah ramai orang!

Semasa pengantin berarak, aku hanya dapat ambil beberapa keping gambar. Yang dekat bawah ni paling menarik pada pandangan mata aku.

Time bersanding aku tak sempat snap sebab orang terlalu ramai. Tak mampu nak bersesak-sesak.


Flower girls yang comel-comel tu adalah sepupu dan dua pupu Encik suami. Cantik baju diorang! Lagipun time kecik ni pakai apapun nampak cantik aje. Hehe!

By the way, Mak andam bagi acara ni adalah juga sepupu Encik suami. Aku suka solekan dan baju pengantin perempuan tu. Buat aku rasa nak jadi pengantin juga!

Tapi baju tu semestinya bukan size aku! Hehe!

Disebabkan orang terlalu ramai, kami duduk di bawah rumah arwah Atuk dan Nenek Encik suami. Sejuk aje dekat sini. Macam kena air-cond bila angin bertiup!

Gambar bawah ni pula biras aku dan anak dia. Dia adalah suami kepada kakak ipar aku, Kak Mala. Kami menggelar diri dia Ustaz disebabkan perwatakan dia.


Kami banyak menghabiskan masa di bawah rumah ni disebabkan keadaan cuaca. Lagipun nak rewang susah sikit sebab ada anak kecil. Hehe! Alasan!


Lepas tu aku masuk kejab ke rumah arwah Atuk dan Nenek Encik suami. Berborak sekejab dengan saudara-mara Encik suami yang ada.

Time nak bangun dari duduk, aku baru perasan baju aku koyak dibahagian bawah. Besar pula tu! Entah dah berapa lama koyak baru aku perasan! Adeh, malunya! 

Tapi lepas tu aku buat tak tahu aje walau ada mata-mata yang memandang penuh sindiran. Ada juga yang menegur selepas tu, tapi aku hanya tergelak untuk hilangkan malu. Hehe!

Yang pasti ada alasan untuk minta baju baru dengan Encik suami. Horee!


Agak lama juga kami dekat situ. Aku tetap juga mundar-mandir walau baju dah koyak. Nak buat macamana lagikan? Tebalkan muka ajelah! Hehe!

Sampai ke satu tahap, masing-masing dah kepenatan. Aisy paling kesian. Mula-mula dia baring aje atas riba aku, sesar-sedar dia dah terlelap. Penat sangat agaknya.


Afif pula tak habis-habis dengan hobi menggondolkan bunga mangar pengantin. Gambar dekat bawah ni pula dia dah kepenatan juga.

Asyik tanya bila nak balik aje. Kesian!


Lepas dah tengok keadaan anak-anak yang dah keletihan, aku ajak Encik suami yang ketika itu sibuk membantu keluarga pengantin apa yang patut.

Dia laju aje mengiakan. Nampak sangat aku digunakan sebagai alasan untuk lari. Naughty tau! Sampai aje rumah, semua pengsan tak ingat dunia!

Aku aje yang setia menonton Piala Thomas! (^_^)

P/S - Entry ni auto-published! Tuan empunya menghadapi kesibukan yang melampau disamping kesihatan yang tak mengizinkan. Sorry ye (^_^)

21 comments:

  1. wah... meriahnya...!!! baju2 pengantin sekarang ni mmg cantik2... mmg kadang tu rasa nak juga nak buat photoshot pakai baju kawin lagi... hehehe

    la...guane boleh koyak baju tu?! khusyuk sgt dalam majlis... smpi tak perasan koyak :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang meriah kak! anak sulung kan =)
      kan kak, tu yang buat saya pun rasa nak jadi pengantin lagi

      hehe...tu lah pasalnya kak
      tak perasan langsung, saya rasa tersangkut dekat pokok bunga
      sebab dok ulang alik masuk bawah rumah tu arwah atuk n nenek encik suami tu
      nasib bahagian bawah sekali, boleh potong buang =)

      Delete
  2. Meriahnye....

    Adehhh,mcm.mne bileh tak perasan baju koyak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang meriah!

      hehe, tulah nasib badan mimi oi!
      bahagian belakang, tu yang tak perasan =)

      Delete
  3. Sabtu ni bunda pun ada jemputan majlis bertunang anak kawan bunda...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya punya schedule penuh sampai pertengahan bulan 6 ni bunda =)

      Delete
  4. Selamat pengantin baru buat kedua mempelai....

    Seronok baca entri sis yg pnjg..kathy pula semakin kering idea.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...moga mereka berdua berbahagia
      dan sering berkasih sayang hingga ke jannah kan kak =)

      saya memang gini kak, trademark...hehe

      Delete
  5. yup, tahniah buat kedua mempelai =)

    ReplyDelete
  6. cantik baju pengantin tu..green mint..

    ReplyDelete
  7. Wahh meriahnya.. mmg lena sgt2 nampak tidur tu.. Tahniah kpd pasangan pengantin. Semoga sentiasa diberkati kehidupan dgn sepenuh keceriaan di dunia & akhirat... aamiin.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah en khir, anak sulung agaknya
      bila masing-masing dah penat, tu yang lena aje tidur =)

      itulah harapannya kan =)

      Delete
  8. Seronok punya pasal...entah bila masa baju terkoyak pun xperasan, hehe...
    Seminggu dua ni memang penuh dgn jemputan kahwin. Hujung minggu jer...xpayah masak dirumah le.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak kata seronok sangat tak juga, penat wei!
      kena rewang bagai...hehe

      hujung minggu memang saya tak masak

      Delete
  9. salam yana...nak bgtau ni blog baru akak aryanazra.blogspot.com

    ReplyDelete
  10. Tahniah buat pengantin baru..... yelah biasanya tempat pompuan yg lebey hehe....apa pun yg penting dah jadi suami isteri hehe ...lepas ni boleh honeymoon yahoooo bagi pihak hehe.....
    Baju koyak pun tak pe bukan pengantin hairan pun haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan, tapi terbalik pula kali ni..hehe
      amboi okje...lain macam bunyinya tu...hehe
      pengantin memang tak hairan, orang lain yang hairan =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...