Resepi dan Cara Membuat Lemang
Resepi dan Cara Membuat Lemang | Lemang merupakan makanan tradisi masyarakat Melayu sejak berabad lamanya. Rasanya tak sah Hari Raya tanpa hidangan tradisi ini. So dikesempatan ini YY nak berkongsi resepi dan cara membuat lemang berdasarkan apa yang telah diajar oleh Atuk YY. Sebenarnya kami dah pernah buat sekali kira-kira tiga tahun dulu. Tapi masih kurang mengingati langkahnya. So kali ni kita tulis dalam blog buat rujukan di kemudian hari.Keistimewaan lemang Atuk adalah penggunaan daun lerek. Daun lerek merupakan daun yang tumbuh liar di hutan. Menurut cerita Atuk, daun lerek digunakan secara meluas satu ketika dulu untuk membungkus makanan. Ini kerana sifat semulajadi daun tersebut yang agak lasak. Malahan rasa lemang yang menggunakan daun lerek lebih wangi dan sedap berbanding daun pisang.
Inilah daun lerek yang digunakan untuk membuat lemang |
Atuk kata proses untuk memasukkan daun lerek ke dalam batang buluh adalah lebih mudah jika dibandingkan dengan daun pisang. Bagi yang kurang mahir, memasukkan daun pisang ke dalam batang buluh adalah proses yang sangat mencabar kerana daun pisang agak mudah koyak. Berbeza sekali dengan laun lerek di mana ianya lebih lasak berbanding daun pisang.
Boleh tengok langkah memasukkan daun lerek yang dilakukan oleh Atuk YY dalam gambar di bawah. Nampak senang dan sememangnya senang (^_^)
Proses memasukkan daun lerek ke dalam buluh |
Resepi yang akan YY kongsikan ini dapat menyediakan lebih kurang 11 batang lemang bersaiz sederhana. Antara bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:
- Tiga (3) kilo beras pulut yang perlu direndam selama dua jam
- Santan daripada enam (6) biji kelapa bersaiz besar. Jangan buang air daripada kelapa kerana ianya perlu digunakan ketika memerah santan kelak.
- Garam secukup rasa.
Atuk YY menasihatkan menggunakan batang buluh yang muda untuk membuat lemang. Ini kerana buluh muda mengandungi lebih banyak kandungan air dan ianya membantu dalam proses memasak lemang.
Beras pulut yang telah ditoskan |
Toskan beras pulut yang telah direndam selama dua jam tadi sebelum dimasukkan ke dalam buluh yang telah diletakkan daun lerek. Masukkan beras pulut sedikit demi sedikit dan jangan masukkan terlalu penuh. Tinggalkan sedikit ruang. Ulangi proses ini sehingga beras pulut habis.
Ketika memasukkan beras pulut ke dalam buluh, lakukan sedikit hentakkan bagi memastikan beras pulut masuk sepenuhnya. Tapi jangan telalu kerap melakukannya kerana ia akan menyebabkan beras pulut menjadi mampat.
Proses memasukkan beras pulut ke dalam buluh |
Air kelapa daripada enam biji kelapa tadi perlu digunakan untuk memerah santan. Tambahkan sedikit sahaja air biasa. Perahan pertama santan adalah paling penting kerana ianya akan melambangkan keenakkan lemang itu kelak. Tapiskan santan dan jangan ambil bahagian bawah santan seperti gambar di bawah. Atuk kata ia akan menyebab lemang berwarna kehitaman.
Masukkan garam ke dalam tapisan santan tadi mengikut citarasa. Tuangkan perahan pertama santan ini ke dalam kesemua 11 batang lemang tadi sedikit demi sedikit. Lakukan perahan santan lagi mengikut keperluan.
Proses memerah santan dan memasukkan santan ke dalam buluh |
Nak masak lemang yang cantik dan masak sepenuhnya memerlukan penjagaan api. Api perlu sederhana dan buluh perlu sentiasa di pusingkan bagi memastikan ianya masak sama rata. Penggunaan api yang sederhana akan menyebabkan tempoh memasak yang agak panjang. Tapi hasil daripada penjagaan api yang sempurna adalah sangat memuaskan. Tak percaya, boleh tengok gambar di bawah.
Lemang yang sudah siap dimasak |
Pengalaman kali kedua membuat lemang ini adalah sangat memuaskan hati. Kali ini ianya masak sempurna berbanding sebelumnya. Jelas pengalaman banyak memainkan peranan. Hehe! Next time dah boleh dah buat sendiri berdasarkan pengalaman dan guidelines yang telah Atuk berikan.
Dah cerita pasal lemang ni, so cerita raya akan up tak lama lagi. Tercabar pula rasanya bila ada orang tinggal komen suruh up cerita Raya Puasa masa Raya Haji nanti. Bukan main lagi ye kau +padin no. Kau tunggu! Mau muntah hijau kau baca cerita raya kitorang nanti. Hehe!
Rasanya cukuplah sampai di sini bebelan YY untuk hari ini. Semoga kita bertemu lagi di lain entri. Assalamualaikum (^_^)
Cuba resepi ini juga:
1. Resepi dan Cara Membuat Lemang
2. Resepi Kari Ayam Mudah
3. Resepi Asam Pedas Ayam Mudah dan Ringkas
4. Resepi Ikan Kerisi Masak Taucu
bagusnyaaaaaaaaaaaaa
ReplyDeletepart mana yang bagus tu anum
Deletepenting ni..generasi muda macam kita (muda ke?) memang tak pandai buat lemang ni..thanks share kak YY! Saya selagi duduk KL ni memang takdelah masak lemang ni..tunggu raya kat kampung nanti
ReplyDeleteeh muda! muda lagi kita ni...haha
Deletetulah kan, nasib ada atuk tolong ajar
ni kalau buat sendiri, tak tahu jadi apa..hehe
betul tu..bab jaga api paling penting.
ReplyDeleteye. lemang part paling mencabar adalah jaga api
Deletesedap tak sedap lemang bergantung pada si penjaga api..haha
Ohh FIL akak guna daun pisang jer YY..
ReplyDeleteMacam best lah pulak guna daun lerek ni ye..
Senang nak masukan dalam buluh tu..
ramai guna daun pisang sebab senang dapat
Deletedaun lerek ni kena masuk hutan cari
dia kuat sikit kalau bandingkan dengan daun pisang
tu yang senang masukkan dalam buluh tu
nice sharing
ReplyDelete=)
DeleteWahh bestnya buat lemang sendiri.. kita raya ni lemang makan yg beli je hehee.. :)
ReplyDeletepenat tapi puas hati tau
Deletepastu kos buat sendiri dengan beli, banyak beza
jimat banyak. tapi tulah, penat
Teringat masa menyertai kem perkhemahan..
ReplyDeletesemasa jungle trekking, kami memasak megi + telur dalam buluh yang diisi dengan daun lerek niih.. heheheee
mesti best kan sebab pengalaman tu susah dapat
Deletedaun lerek ni pun saya jumpa kt kampung je
tu pun puas nk ingat nama lerek tu ;)
Macam tu rupanya nak masak lemang. Famili saya memang tak pernah buat lemang sebab bukan tradisi keluarga, bila ada pakcik saya yang kahwin dengan orang Perak balik ke kampung, barulah saya dapat merasa makan lemang tu. =)
ReplyDeleteakak ni klau balik pahang je merasa
Deletekalau beraya kat selangor tak merasalah
seronok tau faarihin buat lemang
penat tu memanglah, tak nafikan
tapi pengalan tu, priceless =)
bestnyaaa kak YY , dapat rasa pengalaman tengok lemang di buat dan dimasak ...nadia tak ada rumah kampung , jadi tak tahu bila nak dapat pengalaman tue...hihihi , pengalaman buat ketupat dann masak ketupat je pernah =) ... nway tq for sharing this kak =) ... nak bca jugak cerita Raya Akak YY .
ReplyDeleteakak dah biasa yunk tengok atuk buat lemang
Deletedari kecik lagi, tapi baru ni nak belajar
manalah tahu lepas ni buat sendiri pulak kan
ketupat akak faillah!
9 thn akak cuba belajar, tak pandai-pandai =)
ermmm boleh cuba nie
ReplyDeletecuba jangan tak cuba =)
DeleteBetul ke senang aje nak masak lemang ni? Saya baca macam tak senang jerk! Tapi saya biasalah, memang semua pun saya bantai kata susah siap-siap dulu ^_^
ReplyDeleteOh, saya pun pernah dapat komen macam ni suruh up entri raya lepas raya haji nanti. Hahaha!
Thank you sebab kongsikan cara buat lemang daun lerek ni. Saya dokumentasikan cara buat lemang ini ke dalam buku cerita kanak-kanak .
ReplyDeleteMoga ianya memberi buat generasi akan datang.
Terima kasih Yana Yani.
Thank you.
ReplyDeletePakai daun ni...xyah belah pon lemang bile dah masak....blh tarik keluar jer...blh panggil lemang tarik
ReplyDeleteDau lerek susah nk cari...nk try gak guna lerek...asik daun pisang je...
ReplyDeleteLemang dh blh bt jum
ReplyDeletesalam.. kalau untuk 10 btg lemang..agaknya berapa kilo santan guna.. nk beli sntan siap terus je.. 1st ni nk try buat
ReplyDelete