Terima Kasih Cikgu (^_^)
Hari ni hampir melabuhkan tirai, tapi belum terlambat untuk aku ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang bergelar pendidik tak kira di mana sahaja mereka berada.Kita semua sedia maklum bahawa warga pendidik memainkan peranan penting dalam membina kejayaan sesebuah negara.
Disebabkan golongan pendidik inilah, kita berjaya berada di mana tenpat kita berada sekarang. So amat wajar penghargaan diberikan kepada mereka.
Tak dinafikan bahawa kita semua adalah pendidik yang mendidik antara satu sama lain dalam segala sudut atau cabang kehidupan. Even pengalaman sendiri merupakan pendidik paling baik.
Tapi bukan semua di antara kita mampu mendidik lebih daripada 40 orang pada sesuatu masa. Tak mungkin juga kita mampu mendidik lebih daripada 100 orang pada setiap hari.
Semua tanggungjawab tu mampu digalas dengan baik oleh mereka yang bergelar pendidik.
Dengan rendah diri aku ucapkan ribuan TERIMA KASIH untuk semua guru dan pensyarah yang pernah mendidik aku sejak aku berusia enam tahun.
Tak lupa juga kepada guru di kelas memandu. Hehe!
TERIMA KASIH juga buat semua guru yang mengajar Afif sejak dari dia berusia lima tahun. Kagum dengan perkembangan dia sekarang.
Hanya ALLAH yang boleh membalas segala usaha murni yang dilakukan oleh mereka yang bergelar pendidik. Semoga ALLAH mempermudahkan usaha anda.
Dikesempatan ni aku nak ucapkan SELAMAT HARI GURU kepada kakak ipar aku, Kak Mala yang merupakan seorang warga pendidik di salah sebuah sekolah di Banting.
SELAMAT HARI GURU juga kepada dua orang blogger yang aku kenali, Tetamu Istimewa dan Abe Kie yang merupakan warga pendidik.
Last but not least, kepada semua pendidik di seluruh bumi bertuah ni, Malaysia dan di seluruh pelusuk dunia. TERIMA KASIH CIKGU! (^_^)
Guru umpama lilin.. saya sayang cikgu2 saya.. :)
ReplyDeletesaya juga sayangkan mereka =)
Deleteselamat hari guru buat semua golongan pendidik,blogger2 yang merupakan guru lebih2 lg..
ReplyDeletebetul tu =)
DeleteGuru juga manusia ada yang ikhlas mendidik.. ada yang mengajar asal siap kerja jer.. apapun Guru adalah insan hebat yang menghasilkan banyak manusia yg berjaya di dunia & akhirat
ReplyDeletesaya teramat setuju dengan statement cik lekit ni
Deletetanpa mereka, siapalah kita hari ni kan
Terima kasih cikgu... Kita semua juga cikgu..
ReplyDeletebetul juga kan, kita juga guru =)
DeleteTerima kasih cikgu...
ReplyDeleteSelamat Hari Guru...
=)
DeletePengorbanan cikgu tidak terhungga nilainya
ReplyDeletetersangatlah betul mimi
DeleteJasa guru memang x terbalas... Tanpa guru, siapalah diri kita hari ini... :)
ReplyDeletetulah kan, nak balas camne semua
Deleteilmu yang mereka dah curahkan
selamat hari guru pada semua . semua org adalah guru cuma rasmi dgn tidaknya sahaja .
ReplyDeleteye, teramatlah setuju! =)
Deleteselamat hari guru..kita pun guru juga sis,guru tak bertauliah kepada anak²..hehehehehe..
ReplyDeletehehe..suka statement ni
Deletewalau tak bertauliah, kita mampu mendidik mereka kan kak =)
ye..alhamdulillah.. :)
DeleteSelamat hari guru buat semua... :)
ReplyDeleteselamat hari guru untuk BM juga =)
Deleteselamat hari guru =)
ReplyDeleteLupa pulak Okje nak ucapkan hari guru buat rakan bloggers...Terlepas sudah!
ReplyDeletehehe..tak mengapa
Deletemereka faham =)
terima kasih cikgu sbb ajar mcm2 ilmu dan sabar melayan kerenah saya yang tak semengah ni... hahahaaha
ReplyDeletehehe...samalah kita
Deletesep sikit =)
tak dapat nak dibalas jasa guru2 ni kan...
ReplyDeleteish dah lama akak tak jenguk blog yana ni & baca cerita2 yana, sorry sgt2 sbb bz sikit skrg ni
betul tu kan kak =)
Deletetak apalah kak, saya faham
semoga dipermudahkan urusan akak ye
selamat hari guru semua.. mama keciciran entri ni laaa.. :(
ReplyDeletehehe...tak mengapa mama =)
Delete