Mood Dah Ke Laut! (^_^)

12:02:00 pm Yana Yani 22 Comments

Entry hari ni ada berbau negatif. Mood YY memang totally ke laut hari ni. Kalau korang tengah melalui hari yang positif, tak perlu teruskan pembacaan sebab takut terjejas sama (^_^)

Masuk kerja lepas bercuti panjang, ambik kau dia punya timbunan kerja. Rasanya lagi best dok lipat kain baju dekat rumah walau lipat kain bukan kegemaran YY (^_^)

Dua tiga hari ni, I've had bad days! YY ni jenis manusia yang get the jobs done and on time.

So bila terpaksa berurusan dengan orang yang bekerja ikut suka kepala sendiri, memang buat YY yang jarang marah ni jadi hangin satu badan.

Come on lah! We work as a team. Sebab kau sorang kang habis satu team kena. Silalah bertanggungjawab sikit!

Yang nak kena menjawab kang sape? YY yang comel ni juga yang kena! Bersimpatilah sikit weiTak minta banyak, sikit pun jadilah!

Tu yang terasa nak bertukar jadi singa betina pula ni pastu makan semua orang kat opis ni. Mau besok masuk paper Metro tajuk utama, "Gara-gara Tension, Rakan Sekerja Dimakan"

Baru terasa puas ditambah dengan glamour kejab sebab masuk paper (^_^)

Nasib baik time dok pandang orang kecik besar aje tadi ni teringat anak-anak dekat rumah. Istighfar kejab, Astaghfirullah hal azim! Bahana terikut sangat perasan amarah.

Apa yang pasti YY manusia biasa yang tak boleh lari dari perasan marah.

Lagipun semua aura negatif tu memang ada dalam setiap diri manusia sama ada kita sedari atau pun tidak. Apa yang membezakannya adalah sejauh mana kita mampu mengawalnya. Itu sahaja.

YY juga percaya sekiranya kita permudahkan urusan orang lain, maka mudahlah juga urusan kita. Apa yang berlaku ni YY anggap ianya adalah satu ujian untuk memantapkan lagi diri ni (^_^)

Harap-harapnya mampulah bertahan until the end of the day. Apa? Baru pukul 12 tengahari? Mak ai, jauh lagi perjalanan hari ni. Bertabahlah wahai hati! (^_^)

Anyway minggu ni YY langsung tak scheduled kan sebarang entry kecuali GA untuk weekend nanti. Siapa yang baca cerita semalam mungkin tahulah sebabnya kenapa.

Kemungkinan besar blog ntak akan ada entry untuk beberapa hari ni nanti. Maka sunyi sepilah blog ni. Maklumlah empunya blog tengah tension katanya (^_^)

Lagipun malam bila weekdays memang YY tak mengadap laptop. Perlu peruntukkan masa bersama family tersayang. Kita tak tahu itu mungkin minit-minit terakhir bersama mereka (^_^)

Eh, entry tension pun boleh tahan juga panjangnya ye. HeheOkaylah korang, take care care. Ingat, perudahkan urusan orang lain dan Insya ALLAH urusan kita juga akan dipermudahkan (^_^)

P/S - Jom sertai "Simple Giveaway by Licha" dan rebut hadiah wang tunai bernilai RM120 dan lain-lain hadiah menarik! Cepat! Amboi, sempat promote lagi tu (^_^)

22 comments:

  1. ok.. istighfar...istighfar ok... tarik nafas dedalam... moga dipermudahkn urusan... YY

    ReplyDelete
    Replies
    1. emmmm...fuhhhhh
      berapa lama kena tarik nafas tu cikgu? =)
      apapun terima kasih ye

      Delete
  2. yelah.. kita manusia biasa je kan? kadang2 perasaan marah tu menguasai diri perlu jugak meluahkan perasaan. Ni kira luahan perasaan jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...lebih kurang gitulah cik lekit
      dulu mengadu kat diari berbentuk buku
      sekarang ada diari alam maya, apa lagi...hehe

      Delete
  3. Serius ni! Sungguhpun marah macam nak makan orang, pelik arr kalau wartawan masuk paper company sendiri, jadi tajuk utama lagi *__* Rileks, YY! Sebelum terasa nak makan orang, lebih baik ambil wuduk baca AlQuran lagi bagus. Masuk paper glamor-glamor ni sekejap je feeling retisnya!

    Siapalah si durjana yang buat YY yang comel dan jarang marah ni naik angin? Meh sini hantar kat saya biar saya sekolahkan dia tertib-tertib bekerjasama ala-ala wonderpets!

    ReplyDelete
  4. Saya ni dah lama tak bersiaran jadi malas pulak nak up entri.
    * Nanti saya singgah BW lagi tau, YY.
    Banyak sangat hutang ngan sumeorang ni xD.

    ReplyDelete
  5. Pernah jugak alami keadaan yang sama..memang rasa nak meletup je sepanjang minggu. haha.

    ReplyDelete
  6. tulah kan..ada masanya akan jadi camni..

    ReplyDelete
  7. taraik nafas panjang2...lepas!!!hehhe..banyak kan bersabar ye...

    ReplyDelete
  8. Biasalah mood turun naik tu. Take a time sis.:)

    ReplyDelete
  9. Manusia normal lah tu... Mana ada kehidupan yg akan sentiasa ceria dan perfect jer.
    Semoga dipermudahkan segala urusan.

    ReplyDelete
  10. Perasaan marah tu normal....terlebih marah hingga mencedera kan orang dan diri sendiri tu tak normal...

    ReplyDelete
  11. Kalau terlaluuuuuuu tensi, kita perlu nanges dik. So, sila nangis puas2, dan tenangkan diri. Ikutlah nak buat macam mana pun. Semoga kembali tenang yer.

    ReplyDelete
  12. Tak pe sesekali mood tu ke laut... untung2 dapat ikan besar kat laut tu hehee.. Salam ceria selalu.. :)

    ReplyDelete
  13. sabola la yy... selagi namanye kite keje dengan ORANG, maka selagi tu lah kite kene bersabo tahap maksima.

    ok, nanti dah publish entry pasal Ga www.mystorymory.com tu, jgn lupe tinggal linknye ohkay.. :)

    ReplyDelete
  14. mama pun kekadang lemau gak.. haha..

    ReplyDelete
  15. Ai? Wartawan Utusan dah naik hangin? Takut ni hihi......
    Yelah hari minggu mmg hari bersama keluarga so enjoy !!!

    ReplyDelete
  16. mcm tulah keje yana . suka x suka , kena hadap juga . lainlah klu company tu sendiri punya ... semoga dipermudahkan segala urusannya ...

    ReplyDelete
  17. Sabar k..jgn tension nnti cepat tua..so chill ok..kih..kih. kih...

    ReplyDelete
  18. Huhhh
    first time ni tengok akak bad mood.
    Risiko yang perlu ditanggung bila bekerja dengan mereka2 yang kurang bertanggungjawab. Dulu time belajar, sy tak suka bila kena buat assignment group. Macam2 ragam. Benda senang akan jadi susah

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...