Membeli Kelengkapan Sekolah (^_^)

6:52:00 am Yana Yani 50 Comments

Klik untuk TIPS MEMBELI KELENGKAPAN PERSEKOLAHAN

Cerita ni dah basi, tapi tak apalah YY cerita aje walau dah basi. Lagipun nak curi masa lately untuk update blog dah payah sikit kecuali kalau YY buat auto published.

So bertabahlah kerana seperti biasa entry ni panjang berjela. Kalau malas nak baca, layan gambar pun tak apa. Jangan lupa tinggal komen dan klik mana-mana banner yang patut.

Hehe! Sempat lagi tu! (^_^)

--------------------------------------

Ahad minggu lepas tak ada angin, tak ada ribut, tetiba MyChintaHati (nama baru untuk Encik suami) suruh kami semua bersiap. Dia kata nak pergi beli kelengkapan sekolah Afif.

Afif yang mendengar apa lagi, bersorak bagai nak runtuh rumah!

Kami bertolak agak awal sebab memang pasti orang ramai. Maklumlah rakyat Malaysia kan terkenal dengan melakukan perkara pada saat akhir. Tak terkecuali kami (^_^)

Sebelum bertolak pagi tu kami bersarapan dulu seperti biasa. Korang tau, anak-anak YY sekarang tengah dok kemaruk dengan Nutella yang hazelnut spread with cocoa tu especially Afif.

Lepas dah bersarapan, barulah kami bergerak.


Kalau masa Afif tadika dulu kami membeli belah di departmental store. Maklumlah anak sulung, tak ada pengalaman. Banyak jugalah kami berhabis. Boleh klik sini untuk baca kisah tu.

So berkat dari pengalaman dulu, kali ni kami ke kedai biasa. Lagipun kali ni kami dah buat perbandingan harga dan ternyata kedai biasa ni jauh lebih murah! Berganda!

Destinasi yang kami tuju untuk membeli kelengkapan sekolah Afif adalah di Jalan Taiping, Klang. Siapa orang Klang mesti tahu tempat ni yang begitu popular dengan pelbagai aktiviti jual beli.

Tempat ni kebiasaannya sibuk ketika musim perayaan terutamanya ketika Hari Raya dan juga ketika sekarang. Time student nak kembali ke sekolah. Terasa happening dok tengok keadaan gitu (^_^)


Kedai pertama yang kami tuju adalah Pusat Pakaian Hari-Hari. Uniknya kedai ni, pekerja dia memakai pakaian budak sekolah sebagai satu promosi untuk menarik pelanggan.

So untuk pakaian ni YY memang serahkan pada MyChintaHati sebab YY tak berapa nak tahu sangat bab fitting untuk budak lelaki ni.

Lagipun citarasa MyChintaHati lebih tinggi berbanding YY. Kalau YY yang in charge, memang asal boleh aje! (^_^)


Masa dok tengok Afif dok mencuba pakaian ni terasa macam tak percayalah pula. Macam tak sangka anak YY ni dah nak masuk sekolah. Cepat betul masa berlalu.

Dia pula excited semacam dok beli barangan sekolah. Malahan rela aje bila kami suami isteri dok suruh dia mencuba beberapa helai baju dan seluar.

Badan dia pula agak kecil, susah juga nak mencari saiz yang sesuai dengan badan dia tu. Alhamdulillah, jumpa juga walau bukanlah canggih mana. Hehe!

YY paling suka gambar candid yang YY snap di bawah ni. Nampak sangat keterujaan Afif (^_^)


Masa gambar bawah ni, budak Afif tetiba bising lapar. Padahal tu baru kedai pertama yang kami pergi. Siap kata dia dah tak larat nak angkat kaki. Pandai betul berlakon.

Dia sebenarnya bukan apa tau, dia nampak restoran KFC. Tu yang tiba-tiba lapar. Mujur juga Hari-Hari bagi belon. Bolehlah buat "gula-gula" dia kejab


Aisyah pula, ALLAH! Tuhan ajelah yang tahu betapa ligatnya dia. Naik pening melayan dia yang ke sana sini macam kambing lepas kandang.

Disebabkan pening dengan keligatan dia, YY dudukkan dia sebelah patung pakai baju sekolah. YY kata kalau dia bergerak nanti patung tu tangkap dia lepas tu buat lauk tengahari.

Hehe! Jahat Mama sorang ni kan. Tapi kejab aje pun dia takut. Lepas tu dia siap sepak patung tu sebab dok pelik benda tu tak bergerak


Tengah dok pening dengan keligatan Aisyah tu, terpandang pula iklan yang buat YY tersenyum. Macamana boleh tak perasan kesilapan besar tu?

Dalam hati dok kata, "Oh! My English!" sambil tepuk dahi (^_^)


Manusia hari tu seperti yang kami duga memang ramai sungguh! Nak bergerak pun susah. Buktinya adalah gambar bawah ni di gerai kedua yang kami pergi.

Oh ya, mereka yang tak berkenaan dalam cerita YY ni, YY kasi topeng muka dia. Bukan apa, YY tak nak diorang terlebih glamer berbanding YY. Hehe! Dasar pendengki! (^_^)

Tapi YY puji kedai ni yang memastikan setiap customer di jaga oleh seorang promoter. No wonder kedai dia penuh gitu. Servis excellent!

Dalam reramai manusia tu, cer cari MyChintaHati. Nampak dak? Ala, Man In Black (^_^)


Kami beli barang kelengkapan sekolah Afif kali ni bukan semua pada kedai yang sama. Baju sekolah kebangsaan, baju sekolah agama, kasut dan beg semua di beberapa kedai berbeza.

Kenapa? Entahlah. MyChintaHati tak puas hati banyak benda. YY ikut aje. Hehe!

Masa belikan beg untuk Afif, budak Aisyah pun sibuk nak beg juga. Belikan jugalah sebab kesian dia dok kata, "Adik nak cetolah gak - Adik nak sekolah juga"

Tapi sebenarnya keimanan dia tergugat dok tengok banyak barang baru Abang dia dapat (^_^)


Lepas dah settled melaburkan duit untuk bakal pemimpin negara ni, kami tunaikan keinginan dia nak makan KFC. Lama dah tak makan KFC, rupanya naik harga juga KFC ye.

Afif tanya, "Kenapa Mama dengan Papa tak makan sekali?"

"Mama dengan Papa nak makan nasi. Afif dengan Adik makanlah. Nanti kita pergi kedai lain cari nasi" jawab YY kasi cover line.

Sebenarnya dompet dah clean and clear. Hehe!


Lepas kami pun dah mengisi tuntutan perut kami, kami ke rumah parent MyChintaHati. Diorang ajak kami Pantai Remis sebab Mak MyChintaHati nak beli kepah.

Cuaca time tu nampak elok aje. Ku sangkakan, panas berpanjangan. Rupanya gerimis, rupanya gerimis, mengundang wa wa wa.........

Baru sempat pergi satu gerai, dah gerimis. Tak sempat menjelajah Pantai Remis yang YY dah lama tak jejak. Banyak nampak perubahan. Lain kali ajelah ke sini lagi.

Gambar bawah ni Afif sedang berusaha "ketuk" YY untuk beli ikan laga. YY seperti kebiasaan buat tak tahu aje walau dalam hati ada rasa kesian.

Abaikan budak di sebelah Afif. Dia tiada kena mengena dengan cerita ni (^_^)


Malam tu Afif excited suruh Mama ambil gambar beg dia suruh letak dalam blog. Padahal dia dah mengantuk tahap dewa tu! Layankan ajelah (^_^)


Besok paginya barulah kami suruh dia cuba baju yang telah dibeli. Masa dok cuba tu lah buat hati YY ni bertambah syahdu. Tak sangka boleh lalui moment ni.

Pada masa yang sama macam tak sangka anak yang dikandung selama sembilan bulan dah besar. Kejab betul masa berlalu. Tau-tau nanti dia kata nak kahwin pula. Hehe!


So begitulah pengalaman kami dok shopping barangan kelengkapan sekolah Afif. Nanti kalau berkesempatan, YY akan ceritakan kos untuk rujukan parents lain tapi ni sebelum GST lah ye (^_^)

Okay korang ye, take a really good care terutama di musim cuaca yang tak menentu ni. Moga kita semua berada di dalam lindungan ALLAH SWT. Assalamualaikum (^_^)

----------------------------------------

UPDATE:  

Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan penangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu berikutan banjir yang melanda.

Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor akan bermula pada 11 Januari 2015, Ahad. Manakala bagi negeri-negeri lain adalah pada 12 Januari 2015, Isnin. - Sumber

50 comments:

  1. sekarang ni musim orang membeli barang sekolah sebab tu ramai orang :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau awal beli, tak ramai camni nur
      ni last minute punya cite

      Delete
    2. Huhh, sebak plak baca pasal alasan mak dgn ayah tak makan KFC tu sbb nak makan nasi.

      YY, kenapa dgn org yg YY tutup muka dgn katun tu? Derang buat onar ke dgn YY?

      Delete
    3. hehe...tulah nama pengorbanan dak lyd
      tak lah mereka tak buat onar
      saya saje aje tak kasi diorang glamer di blog saya...hehe

      Delete
  2. dah nak naik sekolah kan..mana2 ada jualan murah untuk peralatan sekolah..dah besar dah afif ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan mar, kejab aje rasanya masa berlalu
      tak juga mar, kena rajin survey
      ada tempat yang lebih murah =)

      Delete
  3. Kadang walau dah beli semuanya tapi sebab baru gaji apa lagi nampak offer sana-sini itu yg tambah ramai yg berkunjung YY - kejar barang offerlah tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bab gaji tu saya setuju
      tapi bab kejar barang offer tu tak juga
      saya menjunjung perintah MyChintaHati aje kak
      dia kata jadi, maka jadilah =)

      Delete
  4. Yuhuuu...kita datang walaupun cuti nih *_*

    Apa hal ni dengki sangat habis orang yang tidak berkenaan ditopengkan muka? Hahaha....I know, I know! MyChintaHati awak tu yang pakai spek mata kat belakang tukan. Macam tau je isterinya tengah snap foto kat tepi nun tu ^_^

    Saya ni kan sangat teringin nak beli ikan-ikan segar, seafood yang fresh dari laut. Kat Pantai Remis ada ya? Saya rasa memang tak pernah sampailah kat sini.

    Serius YY, masa tengok anak pakai baju sekolah ni hati syahdu sungguh. Bila hantar pergi sekolah nanti lagilah syahdu bangat. Oh, ya....sekolah naik 12hb Jankan, tangguh seminggu sebab banjir.

    Anak saya Adik tu dulu takut sungguh dengan mannequin. Tak payah nak takut-takutkan, dah semulajadi takut. Sekarang ni macam biasalah, mannequin tu yang takut kalau dia masuk kedai!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...rindulah tu kan =)
      memang dengki sangat pasal tu kasi topeng semua yang tak berkenaan
      tahniah MD, anda telah berjaya meneka dengan tepat sekali
      malangnya tiada hadiah disediakan...hehe

      eh kalau pergi pengkalan pun boleh dapat ikan segarlah MD, lagi murah tau
      nak kata segar tu idaklah dekat panati remis ni, tapi bolehlah
      my MIL suka ke situ, tak tahu pasal apa =)

      kan MD, rasa macam, ooo...dah besar anak aku ni
      memang syahdu bangat! yesss...saya pun baru dapat tahu
      sambung cutilah camni...hehe

      anak saya tak takut sangat pun
      dia siap boleh shake hand =)

      Delete
  5. Kathy memang syahdu tiap kali anak² da mula bersekolah. 4 orang anak,4 kali rasa syahdu. Paling syahdu time diorg sarungkan baju tadika,uniform tahun 1 dan form1. Hehehehe. Macam masih kecil je anak yg kita kandung. 2015 alia dah masuk pra pulak... Uwaa.. Anak² da besar rupanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya baru pengalaman pertama kak
      rasa susah nak gambarkan, memang cam tak percaya aje
      rasa cam kecik lagi anak kita kan =)

      Delete
    2. Betul sis.. Anak² besar mana pun teta macam baby lagi untuk ibu. Tak tau lah perasaan bila anak² nak kahwin pulak.

      Delete
    3. saya rasa kalau anak kita dah kahwin pun
      kita masih anggap anak kita kecik lagi
      ni berdasarkan karakter mak dan mak mentua saya
      anak dah ada keluarga sendiri pun layanan macam anak tak besar lagi
      tapi tulah tandanya sayangkan =)

      Delete
  6. shahdu tau bila tengok anak nak masuk darjah satu..risau pun ada..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah tu diana, kerisauan tu memang ada
      camne dia dengan kawan-kawan, duit, banyak benda dok pikir! =)

      Delete
  7. Kami pun dah beli semuanya.. awal2 cuti siap2 beli takut2 nanti stok yg sesuai habis hehee... Alhamdulillah, naik sekolah ditangguhkan.. sekurang2nya ada juga tempoh bertenang dlm menghadapi kesibukan awal tahun nanti.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami baru aje beli KK...hehe
      memang jenis manusia last minute, tulah yang mendapat
      alhamdulillah sekolah ditangguhkan, lagipun banjir memang teruk kan kali ni

      Delete
  8. gambar candid tu comel kak YY.posing gaya Ben10 ke tu?huhu..ala, comel beg sekolah Aisya,mesti esok dia yang excited bila abang gi sekolah.selamat bersekolah untuk abang Afif!belajar rajin-rajin tau ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan sal? akak pun suka
      tak tahulah gaya apa, dia pun spontan aje tu
      beg murah. jadilah buat tutup mulut dia...hehe
      nanti akak sampaikan pada afif ye

      Delete
  9. Alhamdulillah dah settle bab kelengkapan semua afif.. sesi persekolah tangguh pulak.. mesti lagi tak sabar la afif nk pi school kan yana.. smart dah tengok anak teruna yana berposing dengan baju2 sekolah dia.. =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah settled, alhamdulillah
      penangguhan tu pun wajar sebab ramai yang terjejas
      ada yang masih lagi sangkut dekat sana
      dia biasa aje, yang lebih teruja ni mama dia...hehe
      masa suruh test pakai baju tu, dia perasan dia handsome sangat...hehe

      Delete
  10. Bila dapat baju baru, peralatan baru, beg baru jer, mesti semangat nak ke sekolah secara automatik membara! Bukan main lagi bergayanya! Aku dulu2 pun macam tu jugak! haha!
    Melihat telatah anak2....menggambarkan apa yg kita semua pernah alami suatu masa dulu... Manis utk dikenang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tulah kan. nak tahu dia okay ke tak masa masuk sekolah nanti
      dia punya posing tu memang mengalah retis...hehe
      betullah BM, saya pun teringat zaman saya sekolah dulu
      seronok zaman tu bila diimbas kembali kan? =)

      Delete
  11. kenapa posing tangan sama ja hhehehe..lawak la gelagat afif ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, tak tahulah pasal apa
      style dia kot =)

      Delete
  12. serook bila tgk anak anak suka beli peralatan sekolah kan??beg skola aina auni sy dah siap beli..uniforn pun dh mik kat tadika...nak buat entry ntah bile..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah, ada macam-macam perangai
      saya ni pun baru ni berkesempatan buat entry mimi

      Delete
  13. Excited dua beradik ni shopping keperluan sekolah ye... :)
    Dah siap beli semua, lega sikit kan...tinggal tunggu sekolah buka je lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah dah selesai dah kak
      memang tunggu sekolah buka dan tengok respond afif di sekolah nanti

      Delete
  14. wah,orang klang jga ke? saya pun sama..! hahaha.. lambai tangan.. :)
    situ mmg hot spot utk shopping brg2 sekolah..dah tu ja dekat
    tahun ni tinggal 2 org ja adik sekolah..
    untung la budk2 sekolah cuti tambah lg seminggu lebih.tp sekolah agama kat selangor ttp sekolah kan..bagus la tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama ke kita, klang dekat mana?
      kira orang sekampunglah kita ye...hehe
      akak dah pergi orientasi, sekolah agama ditunda sama seperti sekolah kebangsaan

      Delete
  15. Wah... Seronok... Bersemngt nk ke sekolah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...memang
      benda baru ni yang buat bersemangat

      Delete
  16. Saya pon beli baju sekolah kat Hari hari jer. Kualiti pon bagus.

    ReplyDelete
  17. Amboi bergaya dah ye dengan baju sekolah baru. Banyaknye beg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti! kalau tak cuba tak tahu okay ke idak
      beg tu sebab ada dua sesi
      senang tak payah tukar buku...hehe

      Delete
  18. my kakak dalam pada berjimat dan beli apa yg ptg dulu sblm bonus keluar , sempat gak rembat rice cooker dan casing phone dia ... mana kasut aisy , nampak lak saya heee ... my anak buah si kecik tu dah x sabar nak masuk thn satu ... excited je kan bebudak ni ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...pandai dia planning ye
      perasan ye vee, dia ligat sangat sampai melecet kaki
      tak mahu dah pakai kasut sebab sakit kata dia =)
      samalah dengan afif yang ari-ari dok tanya bila nak sekolah =)

      Delete
  19. seronok ye beli persiapan sekolah anak,akak belum lagi yg ada pun cuma beli kasut je hehehe..beg sekolah mak sedara adam dah hadiahkan masa besday hari tu..haii jimatlah mama dia ni hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok kak! maklumlah pengalaman pertama
      alhamdulillah lah kak, rezeki anak-anak akak tu
      memang jimat sangat! hehe

      Delete
  20. lya smpai sekarang beg sekolah x beli lg,..sbb x jumpa y berkenan..semua frozen aje ni.. gamaknya satu sekolahlah beg frozen klo student pompuan.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah lya, bebudak perempuan dekat sekolah YY tengok semua frozen
      anak dara YY pun sibuk nak barangan frozen
      dah tu tak beli lagi camne nak ke sekolah nanti

      Delete
  21. Salam YY....salam perkenalan.Afif badan kecil pun ssh gak ye cr baju.ank sy badan besar lg susah cr bj.lau beli seluar cnfrm bwh kene potong.alhamdulillah semua dh siap sedia tinggal nk sekolah je nanti. Sy doakan semoga Afif berlajar rerajin dan jd anak yg soleh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam norliza, salam kenal =)
      susah sebab dia kecil sangat orangnya
      tapi pada masa yang sama tinggi, so banyak potongan tak berapa sesuai
      yup, alhamdulillah dah selesai
      tinggal menanti the moment of truth aje...hehe

      Delete
  22. la ye ke.x perasan pulak kfc naik harga
    baru mkn mlm kelmarin.beli yg bucket mkn dgn fmily in law

    semangat aisyah ye..

    betul tu yy kedai biasa pon blh bli klengkapan skolah. lg murah.. lgpon bju sklh sntiasa btukar nnti.. plg kurng pakai setahun j kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. naik cik su
      selalu snack plate dalam RM12 aje sekarang dah cecah RM14 lebih
      dia yang terlebih sebenarnya =)
      yelah cik su, lagipun memang bercadang nak beli setahun dua kali

      Delete
  23. Aah kak
    kfc dah naik harga. Itu belum start gst lagi.hehe
    sekarang afif dah sekolah.
    Akan datang pula "mama, afif nak kahwin".
    Cepatnya masa berlalu

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak baru perasan farhana kfc naik harga
      tulah kan, memang tak sangka cepat masa berlalu
      cam baru semalam aje bersalinkan dia =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...