Kebahagian Tujuh Tahun (^_^)

6:45:00 am Yana Yani 36 Comments

Hari ni bila dikenang detik tujuh tahun dulu buat YY tersenyum sendiri. Terutama apabila teringat kembali perasan yang bercampur baur pada ketika tu. Takut teramat sebenarnya.

Tapi apabila terpacul keluarnya perkataan, "Aku terima nikahnya..." disulami dengan doa oleh para hadirin selepas tu buat YY kembali mampu bernafas dengan tenang.

Alhamdulillah. Tak sangka status anak dara yang dipegang beberapa minit sebelum tu telah bertukar kepada isteri orang dengan hanya sekali lafaz.

Status baru itu juga dengan bangganya digenggam sehingga ke saat ini.

Kebahagian dan kegembiraan menjadi raja sehari ketika itu masih diingat sehingga ke saat ini dan bertambah manis apabila dikongsi bersama dengan wajah-wajah yang disayangi (^_^)


YY dan Encik suami kemudiannya melalui fasa baru dalam kehidupan. Berdebar tapi kami rasakan kami sudah bersedia untuk mengharungi segalanya bersama.

Frankly speaking, tahun pertama mengorak langkah ke fasa baru ternyata begitu sukar kerana ianya completely berbeza dengan fasa sebelum itu yang segalanya manis dan wangi.

Fasa baru itu mengajar kami mengenali diri masing-masing sepenuhnya. Tak ada tapisan! Fasa baru itu juga buat kami sedar bahawa kami sebenarnya melengkapi antara satu sama lain.

Jatuh dan bangun dalam fasa baru itu menguatkan lagi ikatan yang dibina atas nama cinta ni. Bah kan ianya merupakan satu pelajaran yang amat berguna untuk bekalan perjalanan kami.


Walaupun usia fasa baru ni masih baru peringkat mengeluarkan bunga berbanding orang lain yang telah menjadi sepohon pokok yang rendang, kami bangga mengatakan yang kami BAHAGIA.

Tiap duka dan tangisan telah kami tangani bersama. Tiap tawa dan gembira telah kami kecapi bersama. Malahan tiap sakit dan pening kami baluti bersama.

Tak dinafikan alam berumahtangga tidak semudah menyebut perkataannya, tapi ianya mudah kalau dilakukan bersama. Hari ni apabila menoleh kebelakang, kami mampu tersenyum.

Kebahagian masih segar dirasai sehingga ke hari ini tanpa perubahan walau episod melangkah ke fasa baru telah ditempuhi sejak tujuh tahun yang lalu.


Yes, I can't deny memang ada banyak benda yang berubah terutama dari segi fizikal. Tapi bukankah itu tandanya YY ni seorang tukang masak yang hebat? (^_^)

Cuma yang jelas sekali merubah dan mengeratkan lagi genggaman tangan kami untuk terus melalui fasa ini adalah dengan kehadiran little price dan princess kami.

Afif dan Aisyah merupakan pelengkap perjalanan fasa ni. (^_^)


Sebagai seorang isteri, tiada lain yang YY harapkan agar kebahagian ini akan terus dinikmati sehingga ke akhir hayat disulami dengan kesetian dan kejujuran.

Happy 7th Anniversary Sayang! (^_^)


Tajuk Lagu: Sedetik Lebih
OST: Hikayat Merong Mahawangsa
Penyanyi/Artis: Anuar Zain

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih
Selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu


P/S -Doakan kebahagian kami ini berkekalan sehingga ke JANNAH ye (^_^)

36 comments:

  1. Suami isteri saling melengkapi - saya urai sikit ikut contoh... dua helai kertas yg banyak bocor dan lubang bila dilekatkan sebelah menyebelah akan menutupi lubang satu sama lain... begitu lah suami isteri saling melengkapi...

    semoga rumahtangga kekal dan bahagia selama2nya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. contoh tu buat saya rasa terharu,
      benar, suami isteri sememangnya saling melengkapi
      dari segala segi, pengalaman tujuh tahun sudah mengajar saya =)

      terima kasih NA, terima kasih untuk komen yang buat saya seronok
      melalui hari ni =)
      aminnnn

      Delete
  2. selamat hari ulang perkahwinan buat YY dan suami yang berkaca mata hitam selalu..
    semoga korang bahagia hingga ke akhirnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...mar ni sempat lagi tu =)
      terima kasih mar, terima kasih sesangat =)
      aminnn

      Delete
  3. selamat pagi... singgah pagi isnin

    ReplyDelete
  4. Semoga kekal bahagai selamanya..Untung2 Afif dapat adik lagi tahun depan..hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. niat di hati memang ada diana
      tapi kena hold dulu sebab treatment untuk hyperthyroid tu belum settle lagi
      insya ALLAH kalau doktor approve, adalah adik afif dan aisyah...hehe

      Delete
  5. Happy anniversarry sis.. Wah,alhamdulillah. Moga kekal bersama selamanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak ye
      alhamdulillah, tujuh tahun sudah =)
      aminnn

      Delete
    2. Seri pengantin dalam gambo atas sekali lain macam.. Sweet betul pngantin pempuan tu..

      Delete
    3. hehe...gambo lama tu kak
      sekarang idak lagi...wahaha

      Delete
  6. happy anniversary kak..semoga kekal sampai ke Jannah.Amin...

    ReplyDelete
  7. Semoga bahagia itu kekal sehingga ke jannah ... aaamin ... happy anniversary

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih vee ye
      itulah yang diharapkan, aminnnn

      Delete
  8. Moga kekal hingga ke syurga...

    ReplyDelete
  9. Selamat ulang tahun... Bersyukurlah kerana anda berdua memiliki kebahagiaan, semoga kekal hingga ke jannah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih BM
      aminnnn....itulah harapannya

      Delete
  10. Alhamdulillah, selamat ulang tahun....semoga kekal harmoni saling cintai mencintai sesama kalian dan semoga berbahgia hingga ke Jannah....aamiin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih untuk ucapan dan doa tu
      aminnnn
      sememangnya itulah harapan kami =)

      Delete
  11. Alhamdulillah. 7 tahun sudah. Happy wedding anniversary utk YY & hubby, Soga kekal bahagia till jannah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah
      terima kasih fiza ye, itulah harapannya
      amin =)

      Delete
  12. Happy anniversary yana..semoga kebahagian sentiasa menjadi milik yana..=D

    ReplyDelete
  13. amin amin.. moga kekal keakhirnya..

    ReplyDelete
  14. Selamat menyambut ulangtahun buat YY & suami.. semoga sentiasa diberkati kehidupan dgn sepenuh keceriaan hingga ke syurga... aamiin.
    Maaf lambat wish.. waktu berblogging agak huru hara musim cuti sekolah ni.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih KK, terharu ucapan KK
      aminnnn
      tak mengapalah, saya faham
      saya juga kadang hadapi masalah yang sama =)

      Delete
  15. Happy 7th Anniversary, YY! Semoga kebahagiaan yang dikecapi dan rumahtangga yang didirikan 7 tahun yan lalu berkekalan hingga ke jannah. Orang kata, 5 tahun pertama tu percubaan yang hebat dalam perkahwinan. Kalau dah melepasinya, alhamdulillah. Insya Allah, tak sukar untuk saling memahami kalau dah memang itu takdir hidup kita. Cuma jangan berhenti berusaha untuk menjadi isteri dan ibu yang baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih MD
      betullah agaknya, sekarang ni dah dalam proses kenal sepenuhnya =)
      apapun saya akan ingat pesanan tu sampai bebiler =)
      terima kasih sekali lagi ye

      Delete
  16. selamat ulangtahun yana..moga terus berbahagia hingga ke syurga

    ReplyDelete
  17. Happy anniversary kak yana.
    semoga rumahtangga akak terus disinari sakinah mawaddah wa rahmah. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih farah
      amin ya rabbal alamin =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...