Hadiah Dari Rakan Blogger (^_^)

6:40:00 am Yana Yani 54 Comments

YY nak tutup kisah 2014 dengan hadiah pemberian rakan blogger sama ada melalui segmen atau giveaway yang YY sertai dan juga top komentor.

Kesemua yang YY ceritakan dalam entry kali ni adalah yang YY belum pernah ceritakan lagi sebelum ni. Yang lelain semua dah cerita (^_^)

Kita mulakan dengan hadiah yang YY terima sebagai top komentor bulan Ogos di blog Janji Kita. YY tak jangka pun tersenarai sebagai top komentor sehinggalah terbaca Pengomen Hebat Ogos.


YY sebenarnya dah lama dapat buku Ku Jemput Jodohku hasil nukilan Fadhlan Al-Ikhwani ni. YY bercadang nak baca dulu, barulah nak update dekat blog.

Tapi sampai ke sudah tak baca juga. YY ni jenis manusia tak boleh fokus kalau baca buku. Suka sangat skip baca especially bila melibatkan banyak muka surat. Buruk perangai kan?

Camne nak suruh anak rajin membaca kalau dah camni gayanya.

Satu-satunya buku yang YY habis baca setakat ni adalah Mustafa Kamal Ataturk: Penegak Agenda Yahudi hasil karya penulis novel sejarah nombor satu di Malaysia, Abdul Latip Talib.

Boleh klik sini kalau nak baca review YY (^_^)

Seterusnya YY dapat hadiah sebab participated Simple GA Sempena #FarahEdy Wedding Anniversary. Ni join suka-suka dan lagipun senang aje nak join (^_^)

Tak lama lepas tu terpandang nama YY tersenarai sebagai salah seorang pemenang di sini. Excited bila tahu menang! Alhamdulillah rezeki (^_^)

Yang buat ianya bertambah surprise, Farah a.k.a Mrs. Secretary tak beritahu nak bagi apa sehinggalah YY terima bungkusan di bawah ni.

MyChintaHati nak guna, YY tak bagi sebab sayang! Hehe!


Yang terakhir sekali hadiah yang YY terima untuk tahun ni adalah disebabkan YY participated giveaway anjuran +Diana Rashid. Ni YY tak tahu langsung YY menang.

YY hanya tahu apabila terpandang komen yang ditinggalkan oleh penaja supaya menuntut hadiah. Mula macam tak percaya sehinggalah YY terpandang nombor YY naik di sini.

Hadiah ni adalah yang terbesar yang YY terima sepanjang tahun ni. Sampai anak-anak YY sikit punya teruja nak buka bungkusan bila dok tengok betapa besarnya bungkusan dia.

    
YY dah explained kata yang dalam kotak tu sabun tapi Afif terutamanya tak percaya langsung sebab dia kata mana ada orang letak sabun dalam kotak besar gitu.

So YY pun since dia tak percaya, YY suruh dia dengan Adik dia buka kotak tu. Tengoklah gambar dekat bawah membuktikan betapa terujanya pasangan adik-beradik ni.


Bila dah buka tu tiba-tiba Afif bersuara, "Laaa, sabun!"

Itulah yang Mama korang cuba jelaskan sejak dari awal bebudak oi (^_^)


Gambar dekat bawah ni pula Afif suruh letak dekat blog. Dia siap suggest camne cara nak posing pada Adik dia. Tengoklah tu, dah macam duta produk Shaklee pula cara diorang posing. Hehe!


So itulah antara barangan atau hadiah yang YY terima setakat hari ni dan juga sebagai penutup cerita bagi tahun 2014. Terima kasih buat semua rakan blogger yang sudi memberi.

YY amat hargai pemberian korang walau dalam apa jua size dan nilai. Sekali lagi dengan rendah diri YY ucapkan ribuan terima kasih buat korang semua.

Antara entry yang YY pernah ceritakan mengenai hadiah pemberian rakan blogger sepanjang tahun 2014 adalah seperti berikut:

Persahabatan di Alam Maya
Kad Raya Dari Blogger
Misteri Di Sebalik Bungkusan

Besok insya ALLAH kita akan masuk ke tahun baru masihi. Besok juga ada hari suai kenal untuk sekolah agama Afif. Mama yang sorang ni dah tak sabar nak tengok anak sulung ke sekolah.

Maklumlah pengalaman pertama! (^_^)

Syukur Alhamdulillah YY dan MyChintaHati diberikan peluang untuk merasai nikmat seperti ini yang bukan mampu dimiliki oleh semua orang.

Insya ALLAH, moga kita bertemu lagi di lain entry pada tahun hadapan! Assalamualaikum (^_^)

P/S - Peringatan! Jangan masuk toilet malam ni pada pukul 11:59 malam. Tangguhkan niat korang kalau perlu. Kenapa? Nanti korang keluar tahun depan! Naya tau! (^_^)

54 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Zoo Negara, Kami Datang! (^_^)

7:33:00 am Yana Yani 53 Comments

Cuti sempena public baru-baru ni, YY hanya mengemas rumah sebab tak bercadang nak ke mana. Tapi budak Aisyah sibuk dok ajak jalan. Mungkin dia bosan dekat rumah.

Time dok lipat kain, MyChintaHati tiba-tiba dok suruh kami bersiap. YY dan anak-anak pun menurut perintah lagipun kami tak bajet nak pergi jauh.

Masa tengah bersiap MyChintaHati tiba-tiba bersuara,"Kita nak pergi zoo ni tau"

"Zoo Negara? Sungguh ke?" tanya YY sebab macam tak percaya.

"Sungguhlah" jawab dia ringkas. Pada masa yang sama dia tak benarkan YY bocorkan rahsia pada Afif sebab dia bercadang nak buat suprise pada anak bujang dia tu.

Kelam kabut YY dok menyediakan kelengkapan ke sana. Kan jauh nak kena menapak. So segala benda untuk memenuhi kelengkapan tekak dan perut perlu ada sebab benda dekat dalam tu mahal.

Zoo Negara! Mu tunggu kami DATANG! (^_^)

Anyway kami ke sana dengan Syafie dan Anis, adik YY. Tengok keadaan cuaca memang macam nak hujan. Dalam hati dok risau juga sebab takut tak dapat pergi.

Afif pula beria angkat tangan berdoa supaya jangan hujan. YY tak berapa dengar apa yang dia doakan, tapi agak lama juga dia berdoa.

Sampai tempat dituju Afif dah dapat agak dan dia begitu excited sambil dok menceritakan pada Aisyah. Macam-macam nama bintang dia dok sebut pada Adik dia sampai anaconda pun ada.


Kali terakhir kami ke sini adalah kira-kira tiga tahun dulu. Masa tu harga tiket masih lagi dalam belasan ringgit. Tapi sekarang, Mak ai! Dua kali ganda dah naik!

Mahal sungguh pada kami. Lagilah kalau nak tengok binatang yang ada lingkaran hitam pada mata dia tu. Memang buat terasa nak hantuk kepala ke dinding.

So kami decided tak nak tengok binatang tu.


Sementara menunggu Syafie pergi beli tiket, kami posing dulu di bahagian luar Zoo Negara. Cuaca walaupun kelihatan mendung, tapi Alhamdulillah tak hujan.

Afif kata, "Memanglah tak hujan. Afif kan dah doa minta ALLAH jangan hujan"


Keadaan dalam Zoo Negara jika dibandingkan dengan tiga tahun dulu memang ada banyak kelainan terutama dari segi infrastructure dan landscape.

Cuma bintang tak banyak bezanya. Tapi kalau dah lama tak pergi ke sini, sesuai jugalah disamping bawa anak-anak yang memang masih dalam proses pembelajaran.

Diorang memang seronok aje!


Aisyah masa dekat sini dah start ketakutan. Bayangkan gambar yang YY snap di atas pun sambil dukung dia sebab dia tak mahu dengan MyChintaHati.

Cuma masa dekat seksyen burung dia barulah seronok. Gambar dekat bawah masa diorang tengah teruja tengok Emu. Sekali pandang macam Burung Unta, tapi dia kecil sikit.


Masa dekat bahagian Harimau adalah paling best! Masa tu ada Pelatih Zoo dok campak makanan dari luar kandang. Maksudnya dia ada sama dengan kami. Orang memang ramai time ni.

Memang satu moment yang jarang dapat dilihat dok tengok Raja Rimba tu menyambar makanan yang dilemparkan. Anak-anak YY cukup teruja masa ni. Sayangnya YY terlupa ambil gambar.

Bawah ni pula dekat bahagian Savannah. Dekat sini ada Badak Sumbu, Zirafah, Kuda Belang dan banyak lagi. Atas sikit lagi akan jumpa Orang Utan dan Panda


Mulanya kami malas nak menapak naik bukit tengok Orang Utan, tapi Afif beria kata nak tengok. Dia suka dok tengok aksi Chimpanzee dan Orang Utan.

Layankan ajelah. Memang tujuan ke sini sebab nak bagi diorang seronok.


Aisyah masa mula-mula sampai dekat bahagian Gajah ni, dia macam excited sebab tak berapa nampak. Tapi the moment dia dengar suara binatang tu, terus terjerit.

"Adik atut - Adik takut" kata dia berulang kali.


Papa dia pula suka sangat menyakat. Lagi dok kata nak campak dalam kandang Gajah tu. Suka betul dok dengar budak tu terjerit-jerit tau.

"Tak nak! Mama cayanglah!" kata dia tiap kali Papa dia kata nak campak dia.


Gambar dekat bawah MyChintaHati tengah melayan anak bujang dia dok tengok Flamingo.


Masa nak ke bahagian Akuarium pula, jumpa lagi kedai jual cenderamata ni. Kami dah berapa kali jumpa, tapi kesemuanya kami dapat pujuk bebudak supaya tak beli.

Barang dekat sini memang terlalu mahal. Pening juga dok tengok harga yang tak reasonable tu. Tapi kalau dah nama budak, manalah nak faham sangat.

Atas dasar kesian, Papa dia belikan jugalah belon yang kalau dekat luar paling mahal RM5. Tapi dekat sini RM7.90. Kalikan dengan dua, total dia boleh beli dinner set dekat KFC.


Lepas tu kami beransur pulang meninggalkan memori di Zoo Negara yang cukup indah dikenang. Terutama bila bawa anak-anak yang memang pada usia excited dok tengok benda gitu.

Banyak benda yang buat diorang tertarik. Sebab tu tak rugi bawa anak-anak yang sedang keletah bercakap ni berbanding yang belum pandai bercakap.

Sebelum pulang, kami memenuhi tuntutan perut dulu. Masing-masing memang lapar. Masa dekat dalam dok tengok Mee Goreng RM16 automatik buat kami kenyang. Hehe!


Cuba tengok aksi Aisyah di bawah ni yang sibuk dok perhati Pak Teh dia yang sedang leka belek telefon sampai tak peduli anak sedara dekat sebelah.


So begitulah perjalanan kami di Zoo Negara. Rasanya ia adalah penutup perjalanan kami pada tahun 2014 ni. Lepas ni kami dah sibuk dengan persiapan persekolahan Afif.

Till we meet again korang ye. Assalamualaikum (^_^)

P/S - YY mewakili Cikgu CT Humairah nak jemput korang semua join Segmen Bloglist 2015 By SITI YANG MENAIP. Cepat tau sebab segmen tamat 31 Disember 2014! (^_^)

53 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Membeli Kelengkapan Sekolah (^_^)

6:52:00 am Yana Yani 49 Comments

Klik untuk TIPS MEMBELI KELENGKAPAN PERSEKOLAHAN

Cerita ni dah basi, tapi tak apalah YY cerita aje walau dah basi. Lagipun nak curi masa lately untuk update blog dah payah sikit kecuali kalau YY buat auto published.

So bertabahlah kerana seperti biasa entry ni panjang berjela. Kalau malas nak baca, layan gambar pun tak apa. Jangan lupa tinggal komen dan klik mana-mana banner yang patut.

Hehe! Sempat lagi tu! (^_^)

--------------------------------------

Ahad minggu lepas tak ada angin, tak ada ribut, tetiba MyChintaHati (nama baru untuk Encik suami) suruh kami semua bersiap. Dia kata nak pergi beli kelengkapan sekolah Afif.

Afif yang mendengar apa lagi, bersorak bagai nak runtuh rumah!

Kami bertolak agak awal sebab memang pasti orang ramai. Maklumlah rakyat Malaysia kan terkenal dengan melakukan perkara pada saat akhir. Tak terkecuali kami (^_^)

Sebelum bertolak pagi tu kami bersarapan dulu seperti biasa. Korang tau, anak-anak YY sekarang tengah dok kemaruk dengan Nutella yang hazelnut spread with cocoa tu especially Afif.

Lepas dah bersarapan, barulah kami bergerak.


Kalau masa Afif tadika dulu kami membeli belah di departmental store. Maklumlah anak sulung, tak ada pengalaman. Banyak jugalah kami berhabis. Boleh klik sini untuk baca kisah tu.

So berkat dari pengalaman dulu, kali ni kami ke kedai biasa. Lagipun kali ni kami dah buat perbandingan harga dan ternyata kedai biasa ni jauh lebih murah! Berganda!

Destinasi yang kami tuju untuk membeli kelengkapan sekolah Afif adalah di Jalan Taiping, Klang. Siapa orang Klang mesti tahu tempat ni yang begitu popular dengan pelbagai aktiviti jual beli.

Tempat ni kebiasaannya sibuk ketika musim perayaan terutamanya ketika Hari Raya dan juga ketika sekarang. Time student nak kembali ke sekolah. Terasa happening dok tengok keadaan gitu (^_^)


Kedai pertama yang kami tuju adalah Pusat Pakaian Hari-Hari. Uniknya kedai ni, pekerja dia memakai pakaian budak sekolah sebagai satu promosi untuk menarik pelanggan.

So untuk pakaian ni YY memang serahkan pada MyChintaHati sebab YY tak berapa nak tahu sangat bab fitting untuk budak lelaki ni.

Lagipun citarasa MyChintaHati lebih tinggi berbanding YY. Kalau YY yang in charge, memang asal boleh aje! (^_^)


Masa dok tengok Afif dok mencuba pakaian ni terasa macam tak percayalah pula. Macam tak sangka anak YY ni dah nak masuk sekolah. Cepat betul masa berlalu.

Dia pula excited semacam dok beli barangan sekolah. Malahan rela aje bila kami suami isteri dok suruh dia mencuba beberapa helai baju dan seluar.

Badan dia pula agak kecil, susah juga nak mencari saiz yang sesuai dengan badan dia tu. Alhamdulillah, jumpa juga walau bukanlah canggih mana. Hehe!

YY paling suka gambar candid yang YY snap di bawah ni. Nampak sangat keterujaan Afif (^_^)


Masa gambar bawah ni, budak Afif tetiba bising lapar. Padahal tu baru kedai pertama yang kami pergi. Siap kata dia dah tak larat nak angkat kaki. Pandai betul berlakon.

Dia sebenarnya bukan apa tau, dia nampak restoran KFC. Tu yang tiba-tiba lapar. Mujur juga Hari-Hari bagi belon. Bolehlah buat "gula-gula" dia kejab


Aisyah pula, ALLAH! Tuhan ajelah yang tahu betapa ligatnya dia. Naik pening melayan dia yang ke sana sini macam kambing lepas kandang.

Disebabkan pening dengan keligatan dia, YY dudukkan dia sebelah patung pakai baju sekolah. YY kata kalau dia bergerak nanti patung tu tangkap dia lepas tu buat lauk tengahari.

Hehe! Jahat Mama sorang ni kan. Tapi kejab aje pun dia takut. Lepas tu dia siap sepak patung tu sebab dok pelik benda tu tak bergerak


Tengah dok pening dengan keligatan Aisyah tu, terpandang pula iklan yang buat YY tersenyum. Macamana boleh tak perasan kesilapan besar tu?

Dalam hati dok kata, "Oh! My English!" sambil tepuk dahi (^_^)


Manusia hari tu seperti yang kami duga memang ramai sungguh! Nak bergerak pun susah. Buktinya adalah gambar bawah ni di gerai kedua yang kami pergi.

Oh ya, mereka yang tak berkenaan dalam cerita YY ni, YY kasi topeng muka dia. Bukan apa, YY tak nak diorang terlebih glamer berbanding YY. Hehe! Dasar pendengki! (^_^)

Tapi YY puji kedai ni yang memastikan setiap customer di jaga oleh seorang promoter. No wonder kedai dia penuh gitu. Servis excellent!

Dalam reramai manusia tu, cer cari MyChintaHati. Nampak dak? Ala, Man In Black (^_^)


Kami beli barang kelengkapan sekolah Afif kali ni bukan semua pada kedai yang sama. Baju sekolah kebangsaan, baju sekolah agama, kasut dan beg semua di beberapa kedai berbeza.

Kenapa? Entahlah. MyChintaHati tak puas hati banyak benda. YY ikut aje. Hehe!

Masa belikan beg untuk Afif, budak Aisyah pun sibuk nak beg juga. Belikan jugalah sebab kesian dia dok kata, "Adik nak cetolah gak - Adik nak sekolah juga"

Tapi sebenarnya keimanan dia tergugat dok tengok banyak barang baru Abang dia dapat (^_^)


Lepas dah settled melaburkan duit untuk bakal pemimpin negara ni, kami tunaikan keinginan dia nak makan KFC. Lama dah tak makan KFC, rupanya naik harga juga KFC ye.

Afif tanya, "Kenapa Mama dengan Papa tak makan sekali?"

"Mama dengan Papa nak makan nasi. Afif dengan Adik makanlah. Nanti kita pergi kedai lain cari nasi" jawab YY kasi cover line.

Sebenarnya dompet dah clean and clear. Hehe!


Lepas kami pun dah mengisi tuntutan perut kami, kami ke rumah parent MyChintaHati. Diorang ajak kami Pantai Remis sebab Mak MyChintaHati nak beli kepah.

Cuaca time tu nampak elok aje. Ku sangkakan, panas berpanjangan. Rupanya gerimis, rupanya gerimis, mengundang wa wa wa.........

Baru sempat pergi satu gerai, dah gerimis. Tak sempat menjelajah Pantai Remis yang YY dah lama tak jejak. Banyak nampak perubahan. Lain kali ajelah ke sini lagi.

Gambar bawah ni Afif sedang berusaha "ketuk" YY untuk beli ikan laga. YY seperti kebiasaan buat tak tahu aje walau dalam hati ada rasa kesian.

Abaikan budak di sebelah Afif. Dia tiada kena mengena dengan cerita ni (^_^)


Malam tu Afif excited suruh Mama ambil gambar beg dia suruh letak dalam blog. Padahal dia dah mengantuk tahap dewa tu! Layankan ajelah (^_^)


Besok paginya barulah kami suruh dia cuba baju yang telah dibeli. Masa dok cuba tu lah buat hati YY ni bertambah syahdu. Tak sangka boleh lalui moment ni.

Pada masa yang sama macam tak sangka anak yang dikandung selama sembilan bulan dah besar. Kejab betul masa berlalu. Tau-tau nanti dia kata nak kahwin pula. Hehe!


So begitulah pengalaman kami dok shopping barangan kelengkapan sekolah Afif. Nanti kalau berkesempatan, YY akan ceritakan kos untuk rujukan parents lain tapi ni sebelum GST lah ye (^_^)

Okay korang ye, take a really good care terutama di musim cuaca yang tak menentu ni. Moga kita semua berada di dalam lindungan ALLAH SWT. Assalamualaikum (^_^)

----------------------------------------

UPDATE:  

Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan penangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu berikutan banjir yang melanda.

Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor akan bermula pada 11 Januari 2015, Ahad. Manakala bagi negeri-negeri lain adalah pada 12 Januari 2015, Isnin. - Sumber

49 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Banjir: Doakan Mereka (^_^)

1:00:00 pm Yana Yani 44 Comments

Imeg dari terbangdisyurga.blogspot.com
Semalam bila menonton berita, YY tersentuh hati melihat kesengsaraan mangsa yang terlibat akibat banjir yang semakin buruk di beberapa buah negeri di Malaysia.

Paling teruk setakat semalam adalah negeri di bahagian Pantai Timur terutamanya di Kelantan diikuti Terengganu dan Pahang. Malahan Johor juga telah diletakkan amaran berjaga-jaga.

Banyak jalan utama di Kelantan telah ditutup kepada lalulintas kerana air sungai pada ketika ini berada pada paras bahaya.

Setakat malam tadi, puluhan ribu mangsa banjir telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara.

Walaupun keadaan banjir yang semakin buruk, amaran darurat masih belum lagi dikeluarkan oleh kerajaan kerana pelbagai aspek perlu dipertimbangkan.

YY dengar radio pagi tadi mengatakan ada satu dua kawasan di Kuala Lumpur juga turut dilanda banjir. Takut sungguh mendengarnya.

Pagi ni pun YY dapat SMS dari Mak YY yang kandungannya adalah seperti berikut:
Imej dari maramissetiawan.wordpress.com/
Tadi Ayah De call Mak, Pak Ucu pun message Mak, diorang beritahu (Kuala) Lipis tenggelam. Jambatan ke Padang Tengku pun dah tenggelam tapi kampung belum banjir lagi. Cuma (elektrik) api, air dan line telefon dah empat hari tak ada katanya

Marilah kita semua mendoakan paras air tidak terus naik. Kita bersama-sama mendoakan agar mereka terus tabah hadapi dugaan ni.

Hari ni hari mereka, kita tak tahu bagaimana pula hari kita nanti. Bagaimana ALLAH akan menguji kita nanti.

Ingatlah bahawa setiap musibah yang berlaku ada hikmat yang tersembunyi. Semoga yang terlibat bersabar dan insya ALLAH setiap yang hilang atau rugi akan diganti dengan yang lebih baik oleh ALLAH SWT. Amin.

P/S - Initiative kerajaan di beberapa buah negeri dan juga penganjur menghentikan sebarang konsert sempena sambutan tahun baru adalah TERBAIK. Seeloknya duit untuk penganjuran konsert ini disalurkan kepada pihak yang terjejas akibat banjir. Mereka lebih memerlukan.

44 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Part II: Pengembaraan Dan Makan-Makan (^_^)

7:06:00 am Yana Yani 30 Comments

Hari ni best betul sebab cuti public. Nasib annual leave dah habis, kalau tak esok confirm sambung cuti lagi. Hehe! Tapi cuti pun bukan dapat ke mana sebab musim hujan.

Apapun YY tumpang bersimpati buat semua yang terjejas akibat banjir terutama mereka yang berada di bahagian Pantai Timur. Moga korang semua tabah menghadapi ujian ini.

Okay, meh kita sambung cerita semalam. Kalau semalam cerita pasal pengembaraan. Hari ni punya cerita lebih kepada bab memenuhi tuntutan perut kami (^_^)

Anyway selepas selesai urusan Angah di Pusat Servis Proton, kami bergerak ke Sungai Burung untuk mengambil adik YY yang ketiga, Dayah.

Dayah seorang surirumah sepenuh masa. Seminggu ni dia dapat kelulusan cuti dari suami dia untuk bersama kami di sini. Paling seronok Afif dan Aisyah sebab boleh main dengan Khaira.


Perjalanan dari Jalan Meru ke Sungai Burung mengambil masa yang agak lama juga. Letih wei duduk dalam kereta lelama gitu tapi atas dasar pengembaraan, ianya tetap seronok!

Sampai di rumah Dayah, kami tak duduk lama disebabkan keadaan cuaca yang mula menunjukkan tanda mahu hujan. Takut juga tengok keadaan cuaca tu.

On the way tu hujan turun dengan agak lebat. Memang pemandangan agak terhad. Kami singgah di sebuah Restoran Mee Udang Banjir yang terletak betul-betul di bandar Kuala Selangor.

Kami ternampak signage Jalan-Jalan Cari Makan TV3 yang tergantung kemas di restoran terbabit. So bila nampak signage tu, expectation kami agak tinggi. Kami assumed ianya pasti sedap.


Masa nak ambil order tu, macam-macam jenis udang si pengambil order dok sebut. Lobster pun ada. Entah camne rasa lobster tu pun YY tak tahu sebab tak pernah rasa.

Setelah dipertimbangkan dari segala segi, kami just order udang hak yang jenis biasa aje. Kalau order lobster kang ada yang kena cuci pinggan kat dapur pula. Naya aje (^_^)

Bila order sampai, kami terus melahap sebab kebetulan time tu memang semua kelaparan. Lagipun kami semua telah melalui perjalanan yang agak jauh.

Tapi sebelum makan tu, sempat jugalah snap gambar dulu. HeheDah katanya blogger, maka snap gambar dalam apa jua situasi adalah harus! (^_^)


Masuk aje makanan tu ke dalam mulut, YY ada rasa macam benda tak kena. Tak tahulah kot tekak YY. Tapi bila tanya dekat adik-adik YY, diorang semua mengatakan benda yang serupa.

Frankly speaking, rasa dia sungguh mendukacitakan. YY tak recommend langsung korang makan. Tak tahulah camne JJCM boleh recommended restoran ni.

Tak tahulah kot hari tu aje rasa dia gitu. Hujan kan, tukang masak mengantuk sebab sejuk kot. Atau mungkin juga tekak kami yang berbeza dari orang lain. Tapi tak mungkin tekak kami menipu.

Even teh ais yang menjadi kegemaran YY pun tak sedap. Teh ais tu adalah teh ais paling lousy yang YY pernah rasa. Walaupun sungguh mendukacitakan in term of rasa, YY telan jugalah.

Adik-adik YY semua makan udang aje. Tak mampu diorang nak habiskan. Dayah kata berhampiran dengan rumah dia ada sebuah restoran mee udang yang lebih sedap.

Lain kali kalau berpeluang, kami akan cuba pula restoran yang dikatakan Dayah.


Afif dan Aisyah pula order Nasi Goreng Pataya. Tapi diorang berdua kongsilah. Tak habisnya kalau order sepinggan sorang. Kang Mama dia juga yang kena habiskan.

Based dari cara budak-budak ni makan, nampak gayanya sedaplah kot pada tekak diorang sebab habis licin diorang berdua beradik makan.

Tapi Laici Kang, Afif kata tak sedap.

Diorang lebih rela minum ais kosong dari menghabiskan air Laici Kang yang menjadi antara menu biasa kegemaran diorang.


Hari tu Angah yang belanja kami. Kalau tak silap, harga yang dikenakan untuk empat mangkuk Mee Udang Banjir dan Nasi Goreng Pataya termasuk air adalah RM40 ++

YY tak pastilah harga tu mahal ke murah. Tapi rasanya harga tu boleh tahan jugalah. Cuma yang pastinya tak akan pergi lagilah kat sini.

Kalau sedap tak apa juga, tapi tekak kata sebaliknya.

Anyway lepas tu kami balik terus ke rumah. Tak ada ke mana dah petang tu sebab masing-masing dah get ready nak tengok final AFF Suzuki.


Sambil tengok bola, sambil makan Mee Maggi. Masyuk jugalah dalam suasana sejuk disebabkan hujan tu. Lagi best bila kita mendahului sebelum takdir mengubah segalanya.

Nak kata apa. At least kita menang juga walau tanpa piala.

So begitulah pengembaraan kami pada Sabtu lepas ditambah dengan memenuhi tuntutan perut yang tak begitu kena pada tekak kami.

Ahadnya pula YY dan Encik suami bawa Afif membeli kelengkapan sekolah. Nak tahu sama ada ianya menyeronokkan atau tak, Insya ALLAH besok YY ceritakan ye.

Till we meet again korang. Assalamualaikum (^_^)

P/S - Belum terlambat lagi untuk korang sertai "Simple Giveaway by Licha". Ada hadiah wang tunai bernilai RM120 dan lain-lain hadiah menarik! Cepat! Giveaway tamat pada 2 Januari 2015.

30 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Part I: Pengembaraan Dan Makan-Makan (^_^)

6:56:00 am Yana Yani 39 Comments

Sabtu baru ni YY ada appointment di HTAR Klang. Ada ujian darah yang perlu dilakukan di sana. Untuk pesakit hyperthyroid seperti YY, ujian darah adalah perkara biasa.

Cuma yang luar biasa pada hari tu adalah pengembaraan yang kami tempuh.

Kebetulan hari tu Encik suami tak ada. Kami ke hospital dengan Angah. Tapi pada masa yang sama Angah ada temujanji dengan Pusat Servis Proton. So Angah hanya drop kami di hospital.

Afif sebenarnya keberatan untuk membenarkan YY ke hospital sebab dia bimbang YY akan masuk ward lagi seperti sebelum ni. Tapi selepas diterangkan, dia pula terlebih excited.


Kebiasaannya bila ada temujanji dengan Klinik Pakar di hospital ni, manusia ramai. Tapi hari tu tak ramai sangat, mungkin disebabkan hari Sabtu.

YY juga tak menjangka dalam tempoh setengah jam settled urusan pengambilan darah. Disebabkan habis awal dari yang dijangka, YY decided untuk naik bas.

Rasanya tak rela menunggu Angah yang entah bila akan settle dengan urusan dia di Pusat Servis tu. Afif punya respond memang YY dah jangkakan.

Bila YY khabarkan tentang planned YY untuk menaiki bas, dia adalah manusia paling seronok! Di sinilah bermulanya pengembaraan kami tiga beranak.

Tahun lepas dia begitu teruja menempuh perjalanan dari Klang ke Berjaya Times Square menaiki Komuter dan Monorail yang begitu adventurous bagi dia. Klik sini kalau nak baca.

Kali ni dia teruja menaiki bas!

Anyway, perjalanan keluar dari Klinik Pakar ke perhentian bas pun terasa sekejab dengan pelbagai soalan dari dia. Padahal jauh juga kami berjalan kaki.


Untuk sampai ke Pusat Servis yang Angah kunjungi memerlukan kami menaiki dua bas.

Satu dari HTAR ke stesen bas Klang. Satu lagi dari stesen bas Klang menuju ke Pusat Servis Proton Pantai Bharu yang terletak di Jalan Meru Klang.

Afif memang terlalu teruja bila dia dapat peluang yang jarang dapat dilakukan. Dalam bas tu asyik tersengih sepanjang perjalanan. Cuma Aisyah yang macam orang cuak.


Hanya dalam bas yang kedua barulah Aisyah mula dapat menyesuaikan diri.

Masa dalam bas kedua ni dia mula nak bercerita dan tersenyum. Kalau tak dia hanya nak duduk atas riba YY aje. Tak mahu langsung berganjak walau Abang dia ajak dia main.


Sebenarnya jarak antara Pusat Servis Proton dan HTAR tak lah terlalu jauh. Tapi disebabkan menaiki public transport, ianya terasa begitu jauh!

YY rasa YY lagi laju berjalan kaki dari bas yang kami naiki. Tapi tak apalah dak, merasalah juga Afif dan Aisyah mengembara.

Lagipun rasanya lebih elok dari menunggu Angah di HTAR (^_^)

Lebih kurang satu jam lebih barulah kami sampai di tempat yang kami ingin tuju. Ini adalah kali kedua kami di Pusat Servis ni. Kali pertama YY dah pernah ceritakan di sini.


Dekat sini Afif dan Aisyah mula rasa selesa dengan suasana sekitar Pusat Servis ditambah dengan kawan baru yang mereka temui di sana.

Budak yang bertudung tu cukup peramah. Malahan celoteh dia buat mereka yang terdengar perbualan antara dia dan Afif turut tergelak.

YY tak boleh lupa cara dia bertanya pada Afif, "Awak, nama awak sape?"

Bila dia tak dapat respond dari Afif, dia cakap, "Awak malu ye? Awak tulis nama awak dekat sini"


Afif sebab ditemuramah oleh seorang awek, dia agak malu untuk menjawab. Even Aisyah yang biasanya peramah juga menjadi pendiam apabila disoal oleh budak tu.

Tak tahulah apa yang menyebabkan mereka diam tiba-tiba. Tapi seriously suka dengan perwatakan budak tu. Sweet sangat cara pakaian dan of course pertuturan dia.

Anyway selepas settled urusan Angah di sana, kami ada tempat lain yang ingin di tuju. Nak tahu ke mana kami menyambung pengembaraan dan apakah menu makanan?

Kena tunggu next entry. Hehe!

YY boleh aje nak tulis sampai habis, cuma YY kesian dekat korang kena baca sampai naik lenguh tangan dok scroll sampai ke ayat terakhir. Untuk kesenangan semua, kita sambung next entry ye.

Till we meet again korang. Assalamualaikum! (^_^)

39 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...