Rumahku: Painting Time! (^_^)

5:09:00 pm Yana Yani 32 Comments

Rumahku: Painting Time! | Semangat memasuki rumah baru semakin mula terasa apabila proses renovation yang pernah diceritakan di sini sudah hampir 90 peratus siap! Yeah!

Hari ni aku nak cerita stage seterusnya iaitu mengecat! Kami memilih jenama Nippon Paint untuk mengecat setiap sudut dan ruang dalam rumah kami. Kos untuk membeli cat sahaja mencecah RM1300 itupun ada plus minus lah.

Aku tak ingat harga sebenarnya sebab bukan duit aku pun. Hehe! Tapi aku difahamkan ada promosi time beli tu. So kami dapat jimat lebih kurang RM300. Anyway, rumah kami dari jauh pun dah nampak! Terang gitu! Hehe!

Rumahku: Painting Time!

Rumah kami adalah satu-satunya rumah di kawasan kejiranan ni yang dicat di bahagian luar menggunakan Weatherbond 7042T Rock Alyssum dan 7043D Marsh Marigold. Ruang tamu pula kami mengunakan jenis Momento MP 049 Lemon Peel dan sebahagian besar yang lain menggunakan Q Glo OW20 1P Snow White.

Rumahku: Painting Time!

Aku suka betul hasil mengguna Momento ni. Memang buat aku senyum sampai ke telinga! Ianya kelihatan seperti menggunakan wallpaper! Tapi kos wallpaper lebih mahal berbanding cat sebenarnya. Untuk bahagian dinding yang sama, kami perlu membelanjakan hampir RM800 hanya untuk wallpaper jenis 3D.

Baik guna cat kan? Jimat banyak!

Untuk jenis Momento ni, harga untuk 1 liter lebih kurang RM160. Tapi time beli tengah promosi, RM90 aje tu untuk 1 liter! Cukup untuk satu bahagian dinding. Warna cat jenis Momento yang paling aku suka adalah dekat bawah ni. Ianya antara ruang tamu dan ruang makan.

Rumahku: Painting Time!

Kami menggunakan Momento MG 162 Glowing Amber untuk bahagian ni. Nampak mewah kan?

Untuk bilik utama pula, kami menggunakan cat yang sama dengan bahagian depan iaitu Weatherbond 7043D Marsh Marigold. Kami tambah juga Weatherbond 7032T Gold Shadow. Angah kata tak romantik, tapi lantaklah kan! Hehe!

Rumahku: Painting Time!

Gambar bawah ni bilik Afif. Untuk bilik dia ni kami cat berdasarkan warna permintaan Afif sendiri. Kami menggunakan Q Glo 6182P Pale Pansy. Tapi bila dia tengok, dia kurang berpuas hati. Dia kata lagi cantik kalau warna dia lagi gelap sama macam baju rumah sukan dia.

Tu lah kalau anak dah pandai memilih. Tapi kami buat tak tahu aje! Hehe!

Rumahku: Painting Time!

Minta maaflah ye kalau kurang jelas sebab kamera aku ni jenis murah. Sebab tu tak nampak sangat dia punya exact warna. Bawah ni pula bilik Aisy. Dah nama pun perempuan, warna bilik dia semestinya perlu bertemakan girlish juga! Hehe!

Untuk bilik Aisy pula kami menggunakan Q Glo 3601 Pink Overlay. Cantik warna dia tau!

Rumahku: Painting Time!

Untuk keseluruhan bahagian ruang makan dan dapur pula, kami mengunakan Q Glo OW20 1P Snow White. Malas dah nak fikir warna lain (^_^)

Rumahku: Painting Time!
Rumahku: Painting Time!

Untuk pintu bilik dan pintu bahagian belakang rumah pula kami menggunakan 9000 Gloss Finish 7033D Golden Dome. Bingkai dia pula kami menggunakan Weatherbond 7032T Gold Shadow, sama dengan bilik utama. Settle!

Sekarang ni rumah kami masih dalam proses akhir mengecat. Lepas tu dah boleh dibersihkan dan pasang pula kabinet di bahagian dapur tuEh, korang perasan tak lampu yang tergantung dekat dapur tu?

Terasa kelakar asalnya, tapi lepas tu terasa cantik pula especially bila ada yang memuji! Siap ada yang tanya sama ada Encik suami pernah berkecimpung dalam interior design sebelum ni. Lagipun memang hampir kesemua idea untuk rumah ni adalah dari dia.

Tumpang bangga kejab aku ni. Hehe! (^_^)

-------------------------------

Sebelum ni aku pernah cerita yang Encik suami beria mengatakan yang dia akan mengecat sendiri rumah kami. Tapi kita kan hanya mampu merancang! Hehe! Dengan segala macam kesibukan, maka kerja mengecat terpaksa diserahkan oleh mereka yang lebih pro. Sekurang-kurangnya mudah sikit kerja dia walau terpaksa berhabis.

Apa sahaja yang terkandung dalam S&P buat tak nampak aje dah.Memang balun habis dari ruang depan hingga ke belakang! Dahsyat kau! Hehe!

Tapi jujurnya kami teramat puas hati! (^_^)

Entri lain yang berkaitan:
Rumahku: Proses Renovation
Dekorasi Simple Rumah Aku

32 comments:

  1. Bila dh siap pasg kabinet lg cantikkkk....suka cat momento tuh memg dinding rumah nmpk eksklusif...sy nti nak cat dinding rumah gune cat momento nih la

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti kalau dah tambah kabinet, saya update lagi ye
      tulah kan, nampak lain dari yang lain

      Delete
  2. salam yana...wah bestnyer dah nak duduk rumah sendiri,akak masih mencari2 rumah lg ni utk dibeli, inshaAllah ada rezeki dapatlah nanti tu...

    cantiknya kaler cat tu & lampu tu memang unik dan comel...pandai pilih,mesti dah tak sabar nak duduk rumah sendiri kan.

    adelya dah discharge yana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kak, rezeki anak-anak ni kak
      saya pun tak menyangka ada rezeki camni, alhamdulillah
      insya ALLAH ada rezeki akak dan anak-anak nanti

      saya tak terlibat langsung bab pemilihan lampu
      tapi warna cat, ye =)

      alhamdulillah, sihat dah ke?

      Delete
  3. Tu dia...dari luar dah macam rumah kerabat diraja! Teringat pula dulu2...hampir setiap malam datang mengecat rumah...memang penat dan cerewet kerja mengecat ni. Cat momento tu memang menarik! Warnanya juga memikat! Yang penting tuan rumah puas hati, kita yg nak duduk. Tak perlu dengar komplain orang sebab meraka hanya dtg sesekali jer...hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, memang siapa yang tengok kata gitu
      boleh juga nak cat sendiri, tapi kesian encik suami
      sebab nanti dia kena buat sendiri. sakit sikitlah sebab kos mengecat sama
      aje dengan harga cat!

      yup! memang puas hati sangat!

      Delete
  4. cantik nye umah yani..sangat puas hati..saya baru je survey cat momento tu..ada hajat nak cat camtu gak..cuma tengah pk kaler apa y sesuai utk umah comel kami tu..
    dapur yani cantiklah..suka sangat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kecil aje ni pun mar
      alhamdulillah, cukuplah jadi tempat berlindung kami anak beranak
      kena ambil dia punya kod color dekat pengedar nippon
      lagi senang nak buat decision nanti =)

      Delete
  5. Cantik...dari kombinasi cat2 dan wallpaper...

    ReplyDelete
  6. Cat momento memang cantik.. hehehe.. cantik berseri2 dah rumah yana.. =D

    ReplyDelete
  7. wah..memang luar biasa cat momento ni..tapi macam biasalah kathy paling suka bahagian dapur rumah...hehehehe..terbaik..jelesnya kathy tengok rumah sis ni..huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah kak, rezeki anak-anak =)
      tapi memang hasil dia menarik sebab ianya mengikut kreativiti kita
      nak conteng aje pun boleh! hehe

      Delete
  8. Entri ni dah macam duta cat je Yand D hehe....setiap dinding highlight yg digunakan..... kena bayar nni...gi claim kat kedai catu hehe
    Betul cantik lampu kat dapur tu kalau dinding dapur catkan salah satu warna lampu mest meletopkan lagi naik..... agaknyalah Okje pun bukan ID punya orang haha

    Yang kat hall tu mmg coklat dengan biru ke? Emmm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...kalau okje tak cakap saya pun tak perasan! hehe
      sahaja aje cakap gitu kot senang orang lain nak beli jenis yang sama =)
      tang mana yang warna coklat n biru?
      yang ruang tamu tu ye? mana ada warna coklat
      tu warna orangelah okje, biru tu pula lampu =)

      Delete
    2. Ooo lampu...dinding tu warna apa tu...nampak biru dek cahaya lampu rupanya.

      Delete
    3. warna putih
      time ni malam, agaknya bila pasang lampu
      reflek pada dinding

      Delete
  9. cantiknya dapur..kalau saya pun puas hati sebab memang keseluruhan nya cantik..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun puas hati juga
      nak tunggu kabinet dapur pula =)

      Delete
  10. Wahh cantik & kemas dah.. Alhamdulillah tahniah. Selamat menduduki rumah baru kpd Yana sekeluarga ye. Mudah2an keluarga bertambah ceria & diberkati selalu... aamiin.. :) :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. rezeki anak-anak encik khir
      tak pernah termimpi semua ni mampu dimiliki =)
      amin.....terima kasih

      Delete
  11. Salam.nak tnya siapa yg vat momento tu n berapa upahnya ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...susah nak jawab persoalan tu
      kena tanya en suami sebab dia yang uruskan =)

      Delete
  12. yana... KM nak tanya... berapa ribu buat siling lampu dalam tu? mahal tak? KM pun tengah usha nak buat cenggitu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak pastilah KM
      semua tu suami saya uruskan

      Delete
  13. Cantiknya rumah YY...tak sabar nak tengok siap 100% .....hehe...warna keseluruhan yang YY gunakan bergitu momento betul....

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah siap dah! dah duduk dekat 4 bulan
      entry lama ni =)

      Delete
  14. cntikkan cat momento ni
    boleh tahan juga harganya ye

    suka lampu kat dapur tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...hasil dia cantik
      tapi saya baru saje mengalami episod tak cantik
      bukan rezeki rasanya =)

      buat hiasan je =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...