Lesen P Berjaya Dimiliki! (^_^)
Semalam aku bercuti semata-mata nak mengambil ujian JPJ. Excited tapi dalam masa yang sama wujud rasa takut yang hanya ALLAH aje tahu.Dari malam sebelumnya aku tak sedap perut membayangkan test yang bakal aku duduki. Kali terakhir aku ada perasaan macam tu adalah masa aku nikah, tujuh tahun yang dulu.
Pagi masa nak keluar rumah dah start menggeletar lutut. Serba tak kena aje aku rasa. Takut! Sepanjang perjalanan pula aku dok rasa cam ada butterfly in stomach.
Jejak aje tanah kat Pusat Memandu Kenderaan Klang, peluh mula menitik sampai habis basah baju! Belum test lagi tu! Punyalah takut!
Time checked nama baru tahu yang sessi aku adalah pada sebelah petang. Aku pun baliklah dulu, malas nak duduk situ lama-lama. Boleh pengsan dibuatnya! Hehe!
Sempat juga pergi dating dengan Encik suami. Hehe!
Biasanya ke mana aje kami pergi, anak-anak pasti akan diheret sama. Tak pernah tinggal kecuali bekerja. Hari ni dapat peluang, so apa lagi kan? Hehe!
Sampai masa yang sepatutnya, perasaan tak sedap tu automatik wujud balik. Takut betul rasanya. Aku tak tahu camne nak hilangkan perasaan tu.
Sana sini nampak signboard dekat bawah yang buat aku bertambah rasa tak sedap badan!
Time dok melilau tu terpandang pula signboard dekat bawah ni.
Aku kerap juga ke sini sejak beberapa bulan kebelakangan ni tapi tak pernah perasaan kewujudan signboard ni. Apalah aku ni kan? Hehe!
Sementara menunggu nombor giliran dipanggil, nak tak nak terpaksa menonton calon yang terdahulu menduduki ujian. Bila tengok ada yang gagal, lagi laju jantung aku dibuatnya!
Mula-mula sekali kami dikehendaki mendaki bukit. Aku memang time belajar pun, part bukitlah aku selalu kecundang! Berpuluh kali belajar pun masih tak boleh.
Kalau masa atas bukit ni korang dah gagal, lain-lain ujian seperti parking dan tiga penjuru tak boleh diteruskan. Mau tak kecut perut dibuatnya!
Teringat pula cikgu yang pernah mengajar aku dok kata, "Alahai Yana, saya dah tak tahu camne nak ajar kamu lagi!"
Tapi Alhamdulillah, boleh pula time test lepas! Hehe!
Lepas dah selamat dok naik dan turun bukit, kena buat parking pula. Part ni paling kacang pada aku! Hehe! Steady aje dok parking!
Lulus!
Settle part parking, kena buat tiga penjuru pula. Dekat sini JPJ kata paling senang sekali tapi paling ramai yang gagal. Mungkin sebab terlalu senang. Hehe!
Alhamdulillah syukur, aku lulus juga dekat sini.
Lepas tu kena pula buat test atas jalan raya. Part ni pun aku agak gemuruh sebab terasa susah nak tukar gear. Confuse!
Especially daripada gear tinggi ke gear rendah. Beria dok menghafal steps!
Lepaskan minyak, tekan clutch, tukar gear, tekar minyak lepas tu perlahan-lahan lepas clutch. Tapi kantoi juga! Tak pasal-pasal kena bebel pasal ni masa dalam kereta dengan JPJ.
Lepas tu dia kata,"Ni mesti lepas lulus bawa kereta auto kan? Dah agak dah!"
Tak kisahlah dia nak agak apapun, janji aku dah lulus walau cukup-cukup makan aje. Hehe!
Akhirnya lesen D dah berjaya aku milik! Terasa hebat pula. Hehe!
Ni kalau tak kerana nak pindah rumah, aku tak akan pergi ambil lesen. Tapi tu lah, takdir penetu segala. Yang pasti langkah lepas ni pasti lebih panjang! (^_^)
Entry ni pun auto-published! Time korang baca ni, aku mungkin tengah dok sibuk rewang kenduri sepupu Encik suami dekat kampung dia. Kononnyalah kan. Hehe!
Insya-ALLAH kita jumpa lagi di lain entry (^_^)
36 dah komen (^_^):
PERHATIAN:
Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.
Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.
Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN
Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA
✿ Yana Yani ✿