Maaf, Saya Sibuk!

1:13:00 pm Yana Yani 40 Comments

Dah seminggu rupanya blog ni tak berupdate. Maaf, YY sibuk kebelakangan ni. Lagipun memang rutin YY setiap awal bulan, agak sibuk dengan pelbagai jenis report. Kadang tak bergerak langsung dari kerusi office. Kerusi tu hanya ditinggalkan dalam tiga situasi; appointment dengan ALLAH, membersihkan tangki badan dan of course balik.

Maaf, Saya Sibuk!
Imej dari dumblittleman.com

Makan minum memang dalam tempoh ni tak betul sikit. Kalau terasa lapar pun, makan makanan yang boleh dimakan sambil buat kerja. Memang tak kuasa nak bergerak ke pantry. Bos pun sampai dah tak larat nak bebel dengan perangai staff dia yang sorang ni. Buat tak nampak ajelah dia pun, janji report siap! Memang sepanjang hari dalam tempoh tu akan melekat dekat work station.

Biasanya dua minggu terakhir sebelum hujung bulan, barulah YY lapang sikit. Time tu lah baru dok pulun buat blog walking. Keutamaan YY berikan kepada yang meninggalkan jejak sebagai tanda appreciation. Faham, susah sebenarnya nak buat blog walking. Tu yang rumah mereka YY sampai dulu. Mana yang ada dalam senarai blog list pula, YY akan sampai juga, tapi lambat sikit.

YY minta maaf sesangat kalau ada yang terasa atau terkecil hati disebabkan YY tak berkunjung ke "teratak" mereka. Insya ALLAH YY pasti sampai, lambat dengan cepat aje. Ni pun dah lama tak post di blog, padahal ada banyak benda nak diceritakan. Terasa masa terlalu singkat dalam tempoh ni.

YY minta diri dulu ye. Insya ALLAH panjang umur, kita berjumpa lagi di lain entry. Take a good care of yourself ye. Assalamualaikum (^_^)

40 comments:

  1. Padanlah senyap seribu bahasa. Dok pelik jugalah kenapa takda servis menjawab komen kali ni. Saya pula lately ni susah nak update blog 'bergambar' sebab I baru dapat bos baru dok belakang meja I jerk you...... Pengsan I nak berpura-pura sepanjang hari. Akhirnya I redha ajelah kalau bos tak mahu bagi kenaikan gaji tahun depan sebab cara tekan papan kekunci pc tu macam memang bukan sibuk buat kerja! Hahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni mesti stail taip dekat word atau draft email ni kan..hahaha

      Delete
    2. haha...takde servis menjawab komen ye MD
      sibuklah MD wei. boleh pula makin sibuk hujung2 tahun ni
      dengan persiapan bebudak nak sekolah, kerja lagi
      belum cite komitmen denga keluarga semua tu
      memang tak hadap blog dah

      Delete
    3. haha...agaknya lah tu kan sal
      idak camne nak update =)

      Delete
    4. Ingat! Ngumpat kat blog tu tak bagus ^_^ Kalau nak ngumpat, face off jerk. Eh, face to face ^_^

      Delete
    5. ewah2...gigih dia nak tahu orang ngumpat apa
      kitorang ngumpat manja ajelah
      kan sal kan? jawablah sal =)

      Delete
  2. Semoga dipermudahkan urusan ye. :)

    ReplyDelete
  3. selamat membusykan diri kak YY..janganlah sampai x makan, sakit nanti lagi susah.take care!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...selamat...selamat
      tak terkejar dah ni
      tu pun belum ikut saranan pak menteri buat extra keja...haha

      Delete
  4. busy betul tu yana...caiyok2 key....tapi ape yg penting jaga diri jugak...makan on time tauuu kang perut masuk angin....

    take care beb...

    ReplyDelete
    Replies
    1. busy yunk..biasa memang camni lah tiap bulan
      tapi ni hujung tahun, makin banyak pula nak kena kejar

      Delete
  5. Faham YY.. akak pun macam tu jugak..
    Kalau time buat report memang melekat jelah kat kerusi..
    Nak sediakan utk meeting lagi..
    Aduhai bertabahlah ye YY..

    ReplyDelete
  6. demi sesuap nasi..takpe sibuk yy..dah free nanti jemput singgah ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya allah...nanti saya sampai ye

      Delete
  7. moga semua keje YY settle dgn elok ye :)
    sama la kita. terjahan kpd bloggers yg tinggal jejak komen diutamakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya allah aida
      nanti saya sampai ye
      buat masa sekarang tak sempat nak buat

      Delete
  8. ok yy...faham dah awal bulan memang yana bz..:-))

    ReplyDelete
  9. YY...selamat bertugas..itu lebih penting...BW tu bebila FREE lah..kami pun faham ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kerana memahami JM
      nanti saya samoai rumah JM ye

      Delete
  10. xpe YY...sy pun sama....bln 12 bulan yg bz utk sy.....moga dipermudahkan urusan yer :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih deanna
      memang tak dapat nak menjengah sangat
      insya allah sampai nanti

      Delete
  11. jaga makan k walaupun sibuk.. selamat menjalankn tugas

    ReplyDelete
  12. Dahulukan mana yang lebih penting YY. Saya pon mood merundum nak update blog.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak update blog tu semangat ada aje
      tapi saya ada masalah dengan laptop
      pastu BW plak tak sempat sebab sibuk
      lagi nak msuk tahun baru, lagi sibuk plak

      Delete
  13. Kak YY.. bizi2 pun makan kena jaga ya..

    ReplyDelete
  14. Salam sis....Kira ok la tu, baru seminggu x update. Dah la full time working mom. Saya yg dah jadi full time family manager ni pun x larat nak update blog, apalagi buat blogwalk. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam sis
      hehe...masa ni agak sibuk
      biasalah orang perempuan. ada banyak tanggungjawab lain eprlu digalas =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...