Tabik Spring! (^_^)
Tiap kali hantar dan ambil aku balik dari office, Encik suami pasti akan melalui Lebuhraya Selat Klang atau lebih dikenali sebagai Lebuhraya Shapadu oleh penduduk setempat.Aku bukan nak cerita pasal prasarana atau kesibukan highway tu yang menghubungkan banyak tempat di sekitar daerah Klang dan Shah Alam.
Tapi aku nak cerita pasal kemuliaan hati seorang yang bergelar manusia!
Petang tadi ketika melalui highway tersebut, aku terlihat kelibat seorang lelaki yang berbaju lusuh dan bertopi kaledar cuba untuk menyeberangi highway tersebut.
Di tangan beliau aku lihat plastik penuh berisi makanan. Dan di seberang highway, aku lihat sekumpulan anjing sedang setia menanti.
"Dah lama tak nampak uncle ni" bisik hati kecil aku.
Dari atas motorsikal yang sedang bergerak laju, aku rasa lelaki tersebut berbangsa Cina dan berusia lebih kurang lewat 40-an.
Sejak lima tahun dulu (dari saat aku mula melalui highway tu untuk ke tempat aku mencari rezeki), hampir setiap petang kelibat lelaki ini pasti akan kelihatan.
Apa yang buat aku kagum adalah kesungguhan beliau untuk memberi makanan kepada anjing liar di tepi highway tersebut setiap hari! Aku kagum dengan hati beliau. Mulia sungguh!
Beliau sanggup membahayakan nyawa sendiri melintas highway yang penuh dengan kenderaan lalu lalang semata-mata untuk memberi makanan kepada anjing-anjing liar di tepi highway tu.
Aku pernah bertanya kepada Encik suami tentang reasonable lelaki tu membahayakan nyawa sendiri yang pada aku tak masuk akal!
Soalan aku dijawab dengan bersahaja oleh Encik suami, "Nak buat baik tak perlu bersebab!"
------------------------------------------------------------------------
Sesiapa yang melakukan belas kasihan atau berlaku rahmat, sekalipun kepada binatang bukan saja Allah menerima amalnya itu, bahkan Allah akan mengampuni dosanya sebagaimana hal ini disebut oleh Rasullullah Shallallahu 'alaihi wasallam dalam suatu peristiwa:
Maksudnya:
"Ada seorang lelaki sedang berjalan, merasa sangat kehausan, lalu dia pun turun ke dalam telaga dan minum dari telaga itu, kemudian dia keluar, tiba-tiba dia melihat seekor anjing terjulur-julur lidahnya (sambil) menjilat tanah basah kerana kehausan. Orang itu berkata demi sesungguhnya telah sampai keadaannya seperti keadaan-ku, lalu dia (turun untuk) mengisi sepatunya (dengan air), dan dipegangnya dengan mulutnya, kemudian dia naik ke atas dan memberi minum anjing itu. Maka Allah Ta'ala menerima dan memuji di atas budinya dan ihsannya itu dengan mengampunkan dosa-dosanya. Lalu sahabat-sahabat yang ada di situ bertanya: "Adakah kita mendapat pahala berbuat baik kepada bintang-bintang? Baginda bersabda: "Berbuat baik kepada tiap-tiap hati yang hidup itu (yang bernyawa) diberi pahala."
(Hadis riwayat al-Bukhari)
Sumber: Tahu, Faham & Amal
Sama-samalah kita renungkan! (^_^)
0 dah komen (^_^):
PERHATIAN:
Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.
Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.
Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN
Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA
✿ Yana Yani ✿