Seronoknya Dia! (^_^)

11:37:00 pm Yana Yani 0 Comments

Semalam time kebanyakan orang dok rehat dan menghabiskan masa bersama keluarga sempena cuti tahun baru 2013, aku bawa anak bujang aku ke Hari Suai Kenal Pasti Al-Hikmah.

Majlis mula pukul 9 pagi, tapi aku datang "awal" sangat! Pukul 9:30 pagi aku baru sampai sebab terbabas tidur. Tu pun nasib baik Encik suami bawa balik sarapan, kalau tidak confirm tak pergi! Hehe!

Ni semua sebab sibuk nak tengok bunga api tapi akhirnya stuck dekat jem yang menyebabkan kita orang sampai rumah pagi buta. Tak pernah dibuat! Encik suami pula walaupun ngantuk, sibuk nak pergi OT juga!

Nasib baik Afif bangun elok aje. Alhamdulillah, lega rasa Mama! Dia pun nampak excited aje dan tak habis-habis bercerita yang dia nak pergi sekolah.

"Mama, seronokkan pergi sekolah. Ada kawan, ada cikgu, mainan pun banyak! Afif suka!" kata dia sambil tangan menyuap nasi lemak yang Papa belikan untuk dia ke mulut.

"Nanti buat perangai elok-elok tau! Cepat makan, kita dah lambat ni!" kata aku.

Seronoknya dia!
Bila kita orang sampai, orang dah ramai dah. Riuh rendah dengan suara budak-budak, bunyi lagu nasyid yang dipasang pun tengelam disebabkan suara dia orang.

"Seronok betul jadi budak-budak" bisik hati kecil aku. Automatik teringat time aku kecil-kecil dulu. Mesti seronok kalau dapat kembali ke zaman tu yang penuh dengan warna-warni!

By the way, aku nampak ramai parents lain yang still sibuk dengan pendaftran. Nasib baiklah Papa Afif dah daftar awal anak dia, senang sikit. Aku tinggal dengar taklimat aje! Hehe!

Afif pula dah hilang! Sibuk main dengan kawan-kawan baru dia!


Nasib baik juga aku datang hari ini, aku dapat tahu siapa cikgu yang akan mengajar Afif, cara pembelajaran, jadual pelajaran dan macam-macam lagi lah!

Pendek kata taklimat tu penuh dengan maklumat! Untuk parent macam aku yang baru first time hantar anak ke sekolah, maklumat macam tu memang amat membantu!

Daripada taklimat tu aku baru dapat tahu yang sekolah Afif hanya akan bermula pada 3 haribulan dan bukan 2 haribulan macam budak-budak lain. Terpaksa tukar cuti!

Menurut kata pengetua sekolah, ianya bagi memudahkan parent nak settle urusan anak-anak yang lain. Bila difikirkan, betul juga! Siapa yang ada anak ramai dan semua sekolah, memang pening kepala!

Sebelum nak balik, ada jamuan makan. Afif buat pertama kalinya makan pedas! Selalu kalau aku masak, sikit aje pedas dia dah tak mahu makan. Ni sedap aje dia makan! Ke Mama masak tak sedap! Hehe!

Sedapnya dia makan!
Besok pagi Afif akan memulakan persekolahan! Hopefully angin dia elok macam semalam. Ni tadi pun awal dia tidur. Mama pun excited sebenarnya!

Let's see macam mana Afif besok! 

0 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...