Anak Papa! (^_^)
Orang kata, anak perempuan rapat dengan Papa. Anak lelaki rapat dengan Mama. Persoalannya sejauh mana kebenaran statement tu. Hehe! Aku memang suka sangat persoalankan benda-benda macam tu.Bila anak dah ada sepasang sekarang, baru aku nampak kebenaran statement tadi. Aku perhatikan Afif dalam keadaan macam mana pun, mesti dok cari aku. Sikit-sikit Mama! Semua benda Mama!
Dengan Papa dia langsung tak mahu! Ada aje tak kena Papa pada pandangan mata dia. Aisy pula, manja betul dengan Papa! Naik jelous aku dibuatnya! Nampak aje kelibat Papa, terjerit-jerit "Papa Papa!"
Pendek kata, kalau nampak Papa dia, aku dia lupa dah! Tapi kalau nampak Abang dia dok peluk-peluk aku, tahu pula dia jelous!
Sekarang ni pada usia setahun sebulan, dia masih lagi belum boleh berjalan. Tapi Alhamdulillah dia sihat walafiat! Tu yang penting!
Tapi lasak semacam ni, boleh kalah Abang dibuatnya. Kerusi meja, ada hati nak panjat! Padahal berjalan pun tak boleh lagi! Garang pun boleh tahan ni, jangan main-main!
Kalau tak puas hati aje, dia buat muka lepas tu cakap, "Oooo!" siap angkat tangan lagi macam nak memukul! Kalah Abang dengan dia!
Paling kelakar, kalau dapat pegang apa-apa yang berbentuk steering, dia mula akan buat bunyi macam ni, "Ngeng ngeng!" macam tengah bawa kereta.
"Macam kartun lah Aisy ni!" kata Nenek (sebelah suami) sambil ketawa.
Apa yang pasti, tengok anak-anak membesar depan mata memang pengalaman paling terindah sebagai seorang Mama! Siapa dah jadi Mama (atau apa aje gelaran) mesti setuju!
Tengok perkembangan dia orang dari dalam perut sampai sekarang, rasa macam sekejab aje masa berlalu. Pejam celik, tiba-tiba aje nanti dia orang kata, "Mama, nak kahwin!"
By the way, hari ini Afif first day pakai uniform. Tu pun setelah Papa berpuas hati! Hehe! Ada aje yang Papa tak puas hati, suruh betulkan sana, potong sini!
Pening juga nak melayan kita orang punya fashion stylist ni! Hehe! Encik suami memang amat menitik beratkan keterampilan kami anak beranak, warna apa, baju apa, semua dia yang decide!
Pagi tadi pun dia suruh tukar ketayap Afif sebab dia kata dah macam taliban! Tapi bila aku kata dah rule sekolah suruh pakai macam tu, baru dia cool sikit. Kalau tidak, confirm dia suruh tukar!
Apapun, anak Mama tetap handsome!
0 dah komen (^_^):
PERHATIAN:
Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.
Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.
Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN
Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA
✿ Yana Yani ✿