Junko Furuta: Seksa 44 Hari! (^_^)

9:23:00 pm Yana Yani 2 Comments

Apa yang seksa 44 hari? Bukan pasal seksa 44 hari berpantang (bagi yang lepas bersalin), walau diakui memang agak seksa! Tapi ada yang lagi seksa!

Bila aku baca cerita ni dulu, aku rasa manusia lagi kejam dan lebih dahsyat dari binatang! Kalau tak percaya, baca cerita ni!

Cerita ini mengenai kekejaman ke atas seorang gadis berketurunan Jepun, Junko Furuta yang berusia 17 tahun (ada yang mengatakan 16 tahun) ketika dibunuh pada lewat 80-an.

Junko Furuta melalui kekejaman yang amat dahsyat selama 44 hari bermula penghujung November 1988 sehingga awal Januari 1989.

Klik sini untuk baca lebih lanjut penyeksaan yang dilalui oleh Junko Furuta sebelum menemui ajal.

Kisah ini menarik perhatian dunia dan ia juga pernah difilemkan dalam pelbagai variasi. Sebuah kumpulan rock Jepun, Gazette juga pernah menyanyikan sebuah lagu tribute untuk gadis malang tersebut yang betajuk "Taion"

Pada aku kekejaman yang dilalui oleh Junko adalah amat tragis dan tiada siapa manusia di dunia layak diperlakukan sedemikian rupa!

Paling mengejutkan pelaku hanya berusia antara 16 dan 18 tahun dan mereka dikenakan hukuman yang tidak setimpal di atas kekejaman yang telah mereka lakukan, hanya dipenjara! Lebih menyakitkan hati kesemua mereka telah bebas!

Kalau di Malaysia, pelaku akan dikenakan hukuman sebatan dan penjara. Hukuman gantung sampai mati akan dikenakan bagi kes yang menyebabkan kematian seperti kes Nor Suzaily Mokhtar dan Canny Ong.

Klik sini untuk bacaan lanjut.

Mengapa ada orang yang menjadi perogol? Menurut  Dr. Mohd. Awang Idris, Pensyarah Psikologi di Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Universiti  Malaya dalam Kosmo! terbitan 25 Januari 2013,

"Perogol merupakan individu yang mengalami gangguan psikotik atau mereka yang mempunyai kecelaruan personaliti. Perspektif lain pula menyatakan bahawa lelaki secara biologikalnya mempunyai sifat untuk mengusai wanita. Ada pula yang berpandangan bahawa ada individu yang terdorong oleh deviant sexual fantasies yang menyebabkan mereka cenderung untuk melakukan tingkah laku seks sesuai dengan imaginasinya yang janggal itu"

Pada aku pula, kekejaman yang mereka lakukan tidak wajar dibela! Seperti Junko Furuta yang tidak mendapat pembelaan sewajarnya!

Mereka layak dihukum mati dan itu sememang hukuman paling setimpal! Perogol tidak layak mendapat simpati masyarakat kerana perbuatan mereka lebih hina dari binatang!

Tapi kebanyakan undang-undang di dunia tidak memihak kepada mangsa rogol! Itu sememengnya hakikat yang cukup menyakitkan! Dunia perlu lebih adil dalam menghakimi kejadian rogol!

2 comments:

  1. islam juga yg adil ... hukum direjam sampai mati .

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah vee
      malangnya tiada satu pun negara di dunia
      yang mengamalkan hukum hudud sepenuhnya
      itulah yang cukup menyedihkan

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...