Mulut Longkang! (^_^)
Time aku tengah dok susun ayat untuk entry ni, terdengar lagu Insan nyanyian Yantzen. One of my favourite song!Aku paling suka part "Kita sama sahaja, bezanya cuma amalan kita!" Lagu tu sedikit sebanyak kena dengan title entry aku kali ni.
Kita rasa macam kita dah kenal sangat dengan dia bila masing-masing dah lama mencari rezeki di tempat yang sama. Tapi rupa-rupanya kita silap!
Tak tahu macam mana nak luahkan perasaan tapi memang terasa "Sakit hati, sakit sekali!" (Spin - Mengusung Rindu)
Semuanya bermula bila orang berstatus paling besar dalam company panggil aku.
"You know that I really like to speak with you because you are the only person in this office that I can speak openly" kata orang tu memulakan bicara.
"I heard that you are helping your husband doing online business during office hours and ..." belum pun orang tu habiskan ayat aku terus potong!
"That's not true!" kata akan cuba mempertahankan diri.
Masa tu hati "Terasa bagai ditusuk sembilu bisa, pedihnya entah bila akan terhenti" (Rahmat - Siapa Di Hatimu)
Automatik aku dah boleh nampak mulut longkang siapa yang bawa cerita tu. Patutlah dia beria-ria tanya pasal business suami aku lately.
Buat pertama kali aku jadi terlalu emosional, "Oh hujan, di antara air mataku, menitis laju, bersama pilu-pilu" (Sudirman - Antara Hujan Dan Air Mata)
Orang tu yang mula-mula serius, tiba-tiba jadi slow bila tengok aku menangis. Mungkin dia tak sangka dengan respon aku.
"You see, they are not really said you are doing that. They just worry after what happen to Mr C" kata orang tu cuba memujuk.
Aku betul-betul tak faham dengan tujuan sebenar mulut longkang bawa isu ni kepada orang tu. Suami aku dah lama berkecimpung dalam business online. Kenapa baru sekarang timbul isu?
Dasar pendengki!
"I have everybody secrets in my pocket! I do not want to reveal it to you because that is not my principal! I do not want to be categorized as a backstabber!"
Apa yang pasti, aku dah hilang rasa hormat pada mulut longkang tu. Hubungan aku dengan dia tak akan sama macam dulu lagi!
"Aku sudah tidak percaya padamu lagi, lebih baik engkau segera angkat kaki. Aku benci, benci pada dirimu!" (Sheeda - Angkat Kaki)
mood nak keje situ sekarang is 0...=(
ReplyDeleteAkak pun sama, menyampah! Fikir anak-anak aje, idak confirm dah blah!
Delete