Tak Nak Sekolah! (^_^)

9:33:00 pm Yana Yani 0 Comments

Semalam time aku tengah sibuk menyediakan ayam paprik permintaan Encik suami, Afif tiba-tiba datang ke dapur dan berkata, "Mama, besok Afif tak nak sekolah tau!"

Aku agak terkejut dengan apa yang dikatakan lebih-lebih lagi dia baru aje masuk sekolah setelah dua minggu bercuti sebab tak sihat. Aku cuba untuk buat tak dengar apa yang dikatakan.

Paprik ayam di dalam kuali aku balik-balikkan.

"Mama dengar tak Abang kata ni!" kata dia dengan nada meninggi.

"Jangan jerit dekat Mama! Berdosa!" tegas aku.

Api dapur aku matikan sambil memandang ke arah Afif. "Apa dia? Cuba ulang sekali lagi!" kata aku.

"Abang kata Abang tak nak pergi sekolah besok" kata dia sambil membuka peti sejuk.

"Pasal apa tak sekolah?" tanya aku sambil meletak paprik ayam ke dalam mangkuk.

"Cikgu banyak cakap! Afif tak suka! Afif nak tidur dekat rumah Wan. Afif ngantuk!" kata dia panjang lebar.

Aku agak buntu masa tuTak boleh nak fikir ayat macam mana nak guna untuk pujuk dia pergi sekolah besok.

"Kan dekat sekolah best! Ada ramai kawan-kawan. Aiman ada kan? Lagi siapa nama kawan Afif?" kata aku dengan nada cuba memujuk.

"Afif tak tahulah! Nama dia susah nak sebut!" kata Afif.

---------------------------------------------------------------------

Perbualan tentang tak nak sekolah berlarutan lebih dari satu jam. Bila Papa dia balik daripada kerja pun dia masih mengutarakan cerita yang sama.

Dan seperti yang disangka pagi tadi pun dia buat perangai tak mahu bangun dari tidur sebab tak mahu pergi sekolah. Alasan sama dia bagi, "Afif ngantuk!"

Aku biarkan Encik suami uruskan sebab aku takut over reaction pula especially bila dia buat perangai macam tu.

Alhamdulillah dia okay lepas tu. Lega tengok dia ceria balik dengan senyuman yang terukir dibibir. Tadi balik dari rumah Wan, dia masih lagi bercerita tentang tak nak pergi sekolah.

Lepas tu sekali lagi masa dia tengah tengok cerita Ultraman Tiga di Astro Ceria. Dan macam semalam aku buat tak dengar aje!

Aku ramalkan, aku dan Encik suami akan dengar cerita ni sepanjang tahun! Who's know? Lagipun angin dia tak berapa nak stabil! Mesti ikut Papa ni, hehe!

Walau aku pernah mengatakan untuk tak mahu berkeras sangat tahun ni, tapi kalau dilayankan sangat pun takut merosakkan dia! So let it be lah!

Kita tengok dan lihat ajelah nanti. Sekarang ni aku tengah dok fikir ayat paling bombastic untuk pujuk dia besok pagi! Wish me luck ya! (^_^)


Satu ketika dulu, masa tengah happy nak pergi sekolah!

0 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...