Terima Kasih Sayang! (^_^)

11:27:00 pm Yana Yani 0 Comments

Masuk aje tahun 2013 ni, aku punya life schedule ada banyak sangat changes! Terutama semenjak Afif masuk sekolah.

Dulu aku selalu dengar parents lain kata yang dia orang punya life totally changes bila anak start masuk sekolah. Time tu aku hanya setakat mendengar, tak ambil kisah sangat apa yang dibualkan.

Tapi sekarang bila Afif dah masuk sekolah, baru aku faham apa yang dimaksudkan dengan perubahan dalam hidup dia orang. 

Baru masuk bab satu, muka surat sembilan dairi kehidupan 2013 aku, aku dah rasa a little bit stress. Tidur tak berapa cukup walaupun badan terasa letih sangat!

Kepala otak ni tak boleh berhenti untuk berfikir macam-macam perkara. Mungkin tu juga antara faktor yang buat aku susah tidur lately.

Tadi balik aje dari office terus ke pasar malam beli barang dapur untuk stok dua ke tiga hari. Lepas tu bersihkan barang-barang basah sebelum simpan dalam freeze.

Sambil tengah bersihkan ayam tadi, plan nak lipat kain baju lah, nak iron baju sekolah Afif lah, lepas tu entah apa lagi aku fikir.

Lepas aje bersihkan diri, aku nampak baju sekolah Afif dah digosok! Cantik aje tersangkut dekat almari. Fuh! Rasa release sangat! Hilang satu beban!

Automatik mulut terus cakap, "Alahai, terima kasihlah Sayang!" sambil terus memeluk Encik suami yang tengah dok leka dengan online business dia.

Encik suami hanya membalas dengan senyuman.

Pertolongan yang mungkin kecil, tapi besar maknanya pada aku! Kurang sikit beban kerja aku untuk malam ni hasil pertolongan dari Encik suami.

Sebab tu dapat berblog ni! Hehe! Kalau tak, berabad lagilah baru boleh update blog ni!

Apapun kepada Encik suami, sekali lagi ribuan terima kasih Ayang ucapkan! Kalau Sayang tak tolong, lagi serabut kepala otak ni! Terima kasihlah kerana memahami kekalutan Ayang!

Malam ni bolehlah Ayang tidur dengan lena! Apapun Sayang, You are the BEST!

0 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...