A New Day! (^_^)

11:58:00 pm Yana Yani 0 Comments

Terasa macam dah lama sangat tak update blog ni. Rasa rindu betul nak mengetuk keyboard laptop! Tapi apa kan daya, keadaan tak mengizinkan! Hari ni baru ada kesempatan!

So apa khabar readers? Hopefully everything is fine!

Hari ni aku just nak warm up aje! Hehe! Kemana aku menghilang seminggu ni akan aku ceritakan in details kemudian! So rajin-rajinlah menjengah blog tak seberapa aku ni ye!

--------------------------------------------------------------------------

PERHATIAN: Atas sebab-sebab tertentu, nama "mereka" yang terlibat tidak dinyatakan secara langsung di sini.

28 January ni genap 5 tahun aku menabur bakti kepada pohon ni. Satu-satunya pohon paling lama aku berkhidmat dan aku "membesar" di sini!

Tak dinafikan aku menjadi siapa aku sekarang disebabkan keyakinan dan peluang yang telah banyak diberikan kepada aku. Terutama daripada Ms Root!

Aku tak tahu pada pandangan orang lain, tapi Ms Root merupakan satu-satunya bahagian di pohon tersebut yang banyak memberi inspirasi pada aku.

Ketika aku mula terjebak dengan pohon ni, ia baru sahaja berputik. Nampak cantik dan subur. Penggunaan baja yang baik dan gah menambahkan kesuburan pohon tersebut.

Aku juga boleh berbangga dengan diri aku sendiri kerana aku adalah antara faktor yang memainkan peranan penting di atas kesuburan pohon tersebut.

Berbagai musim telah dilalui dan sedikit demi sedikit daun mula layu keguguran meninggalkan pohon yang masih utuh berdiri.

Pohon mula menghadapi krisis paling mencabar apabila baja paling mahal tidak lagi mahu membajai pohon tersebut. Seperti dilanda ribut, habis semua daun layu keguguran.

Hanya tinggal beberapa helai yang masih setia menemani pohon meneruskan segala sisa yang ada untuk memantapkan lagi pohon supaya kekal tegak berdiri.

Tapi pohon seolah-olah tidak mampu lagi bertahan bila satu demi satu baja tidak mahu lagi membajai pohon tersebut. Ms Root terdesak dan terpaksa melakukan proses revamping secara besar-besaran.

Ms Root tidak mampu lagi menerajui pohon dan terpaksa menyerahkan segalanya kepada Mr Root. Sedih juga bila mengetahui antara perubahan yang dilakukan adalah menggugurkan beberapa daun yang masih cantik.

Jujurnya aku pernah beranggapan bahawa aku juga akan digugurkan apabila melihat pohon begitu kuat digoncang. Tapi Alhamdulillah, khidmat dan bakti aku masih diperlukan di sini di atas pohon yang sama cuma nama dan peneraju sahaja yang berbeza.

So sekarang, apa yang perlu dilakukan adalah looking forward! It's a new day and hopefully everything will be smooth as usual.

0 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...