Listen! (^_^)
Aku rasa confirm korang dah tahu cerita pasal Sharifah Zohra Jabeen, presiden Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) dan seorang pelajar Universiti Pelajaran Malaysia (UUM), Bavani KS.Semuanya berpunca apabila Bavani KS menyuarakan persoalan mengapa Malaysia tidak mampu menawarkan pendidikan percuma seperti negara-negara lain.
Apa yang membuat video berdurasi 24 minit ni popular ialah apabila Sharifah Zohra Jabeen bertindak kurang cerdik dengan merampas mikrofon daripada Bavani KS yang masih lagi membahaskan hujahnya.
Sharifah Zohra Jabeen gagal menjawab soalan yang diajukan malah beliau hanya mampu mengucapkan listen, listen, listen (lebih dari 30 kali kalau tak silap!)
Of course ada sahaja pihak-pihak tertentu yang cuba mempolitikkan isu ni. Bagi aku yang tidak mewakili mana-mana parti politik, tindakan Sharifah Zohra Jabeen memang keterlaluan.
Bak kata Abah, "Orang pandai pun ada bodohnya!"
Tapi aku malas nak ulas lanjut isu ni, lagipun cerita dah basi! Sebenarnya aku nak ajak korang tengok video terbaru dari MatLufti mengenai isu ni yang pada pandangan aku ada kebenarannya.
Video ni memang menarik, terutama dengan cara MatLufti yang tersendiri dan boleh buat kita tak kering gusi dengan telatah dia.
Selain dari unsur humor, video ni wajar dijadikan panduan dan teladan tentang hakikat sebenar kebebasan bersuara di negara berdaulat ni, Malaysia!
Saya pilih KEAMANAN dan of course MatLufti! Hehe!
0 dah komen (^_^):
PERHATIAN:
Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.
Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.
Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN
Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA
✿ Yana Yani ✿