Melayu & Customer Service (^_^)

11:22:00 pm Yana Yani 0 Comments

Perhatian: Entry ini hanya sekadar pendapat berdasarkan pemerhatian dari keadaan sekeliling! Ribuan kemaafan dipohon sekiranya ada hati yang terguris! Tapi senang cerita tak payah bacalah kalau mudah sangat touching!

-----------------------------------------------------------
Situasi 1

Dalam perjalanan pulang dari kerja, aku singgah di sebuah kedai untuk membeli sesuatu. Disebabkan tak berapa familiar dengan environment kedai, aku pun tanya, "Dik, serbuk kari Baba's dekat mana?"

"Sana!" jawab peniaga tersebut yang hanya duduk di kaunter bayaran. Dia hanya memuncungkan mulut tanpa ada langsung inisiatif untuk membantu.

"Sana mana?" tanya aku yang tersa sakit hati dengan layanan dia.

"Sana! Baris nombor dua, hujung sekali!" kata dia.

"Jumpa tak?" jerit dia dari jauh.

Situasi 2

"Bagi saya nasi putih dengan telur dadar, bungkus ye!" order aku. Jam ketika tu menunjukkan 2:05 petang.

Hampir setengah jam menunggu, aku mula gelisah. Perut pun makin kuat berkeroncong. "Lama lagi ke nak siap, saya nak masuk kerja dah ni!" tanya aku.

"Belum buat!" jawab dia bersahaja.

"Apa yang susah sangat nak buat telur dadar tu? Saya dah lambat ni!" tanya aku yang mula meninggikan suara.

"Sabarlah kak, nanti cepat tua kalau marah-marah!" jawab dia yang menambahkan lagi amarah aku.

Situasi 3

"Kejab ye, tauke tengah mandi!" kata pekerja di kedai runcit tu cuba menenangkan pelanggan yang merunggut kerana menunggu lama untuk membuat bayaran.

Dia yang aku rasa berasal dari Indonesia (berdasarkan loghat percakapan) seakan gelisah bila tuan kedai masih belum muncul. Aku ketika itu berada di baris paling belakang dan ada lima orang lagi di depan aku.

Tak lama kemudian, aku lihat seseorang dengan lenggok malas datang ke kaunter. Tanpa senyuman, dia hanya meneruskan kerja tanpa langsung rasa bersalah membiarkan pelanggan menunggu lama.

-----------------------------------------------------------

Situasi di atas adalah situasi benar dan menunjukan kegagalan mereka (peniaga) dalam customer service!

Tak tahulah sama ada ianya hanya merupakan satu kebetulan atau memang hakikat sebenar yang bangsa Melayu  fail bab khidmat pelanggan!

Aku akui aku bukan orang yang sempurna untuk menilai setiap tingkah laku mereka yang bergelar peniaga.

Tetapi pengalaman selama hampir 10 tahun dalam bidang khidmat pelanggan membuat aku mampu menilai kemampuan mereka di dalam situasi di atas di dalam bidang yang dipandang rendah oleh kebanyakan peniaga Melayu iaitu customer service.

Harus diakui majoriti peniaga Melayu mempunyai kebolehan dalam bidang pemasaran. Tetapi apabila ianya tidak diseimbangkan dengan  bahagian khidmat pelanggan, sesebuah peniagaan itu boleh lingkup.

Perbezaan sangat ketara bila dibandingkan dengan peniaga bangsa lain.
-----------------------------------------------------------

Situasi 4
Aku memasuki sebuah kedai basikal kerana bercadang untuk membeli basikal untuk Afif. Tuan empunya kedai yang sedang makan, terus berhenti apabila melihat kedatangan aku.

"Kak mau cari basikal untuk siapa?" tanya dia mesra.

"Eh, saya survey saja. You makanlah." kata aku serba salah apabila melihat makanan di atas meja yang ditinggalkan.

"Tak apa! Basikal untuk ini adik ka?" tanya dia lagi.

Perbualan di atas berlarutan hampir setengah jam dan dia menerangkan setiap jenis dan harga basikal dengan terperinci walau mengetahui yang aku tidak membeli pada hari itu.

"Nanti kalau mahu beli, datang sini ye. Kita boleh harga special untuk akak!" kata dia mengakhiri bicara.

Situasi 5

"Tauke, ni tak ada yang lagi kecil ke?" tanya aku sambil menunjukkan kotak Ammeltz Yoko Yoko.

"Sekejap, bagi I tengok stok!" kata dia.

Tak lama kemudian dia menyambung, "Habislah amoi! Tapi tadi rasa ada stok baru datang, belum sempat kira lagi. Nanti I check untuk you. Sekejab ye!" sambil terus berlari kebelakang kedai.

"You mahu berapa?" tanya dia.

"Satu cukuplah! Buat apa banyak-banyak!" kata aku dengan senyuman.
-----------------------------------------------------------

Nampak tak perbezaan tu. Sebenarnya seboleh upaya aku cuba menghindarkan diri membeli dari peniaga bukan beragama Islam kerana kita sebagai seorang Muslim diwajibkan membeli dari peniaga muslim.

Seperti mana yang dikatakan oleh YBhg Dr Fahmi bin Abdul Khir dalam Seminar Fiqh Al-Awlawiyyat (Keutamaan) Dalam Mendepani Isu Semasa Umat Islam;
"Membantu saudara seagama adalah keutamaan di dalam agama. Keutamaan mengambilkira waqi' dan keadaan semasa, di mana ketandusan para peniaga muslim yang berjaya menjadikan membeli serta melanggan produk peniaga muslim adalah satu kewajipan"
Moral dari cerita ini wahai peniaga Melayu dan yang paling penting beragama Islam! Silalah utamakan khidmat pelanggan! Kerana tiada pelanggan, business anda pasti akan lingkup.

Macamana nak bagi pelanggan selalu cari produk anda adalah dengan memastikan mereka pulang dengan SENYUMAN! Anggaplah mereka sebagai RAJA dan bukan HAMBA!

Biasa apa yang aku buat bila melayan pelanggan adalah selalu MINTA MAAF walau bukan kesalahan kita, SENYUM walau kena maki hamun, jangan argue dengan customer-lebih baik DIAM, DENGAR dan FAHAM permintaan customer dan paling penting adalah sedia MEMBANTU!


0 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...