Letihnya! (^_^)
Aku apply cuti dua hari plus weekend, so total cuti aku adalah empat hari! Tapi rasa tak sempat nak settle semua kerja rumah. Letih sungguh rasanya!Macam-macam perkara nak kena settle, uruskan Afif sekolah, masak, mengemas, melayan Aisy yang suka sangat dok masuk benda yang dia jumpa ke mulut, macam-macam lagilah! Totally tak menang tangan!
Respect siapa yang jadi fully housewife sebab memang mencabar mental dan fizikal. Jiwa boleh jadi kacau, kalau tak betul cara!Tapi honestly kalau diberi pilihan aku akan memilih akan pilih housewife!
Pada pendapat aku, housewife ni boleh urus masa untuk buat segala benda (tapi kerja rumah memang tak akan settle!) Paling best tak perlu report dengan sesiapa! Nak buat, buat! Tak nak sudah!
Bila bekerja pula, aku rasa lebih memenatkan sebab kita bukan setakat bekerja tapi kita juga kena settle kan urusan rumahtangga sekali. Tahap level tension lebih lagi! (Pada aku lah!)
Bila dekat pejabat tension dengan colleague, dengan bos, dengan tempat kerja, dengan client, dengan lif (sebab lif aku lambat masuk kerja! Alasan! Hehe!)
Balik rumah pula kena layan anak-anak plus suami, memasak, mengemas (biasa tunggu weekend baru boleh buat semua benda!) Sampai satu tahap aku rasa nak berhenti kerja! Tension sungguh!
Syukur Alhamdullilah aku dikurnia seorang suami yang sudi membantu melakukan kerja-kerja rumah. Biasa membasuh baju kotor, menyidai basuhan dan aktiviti mengemas memang dia yang settle kan!
Disebabkan dia dah bagi contoh yang baik, anak bujang pun dah ikut jejak langkah Papa. Sejuk hati bila ada yang nak menolong! Diharapkan sampai bila-bilalah dia macam ni!
By the way semalam selain dari sibuk mengemas rumah yang rasa macam dah berabad tak buat, aku balut buku-buku sekolah Afif! Actually ni aktiviti paling aku suka, tak tahu lah kenapa! Hehe!
Malam pula Encik suami ajak pergi Carrefour, dia kata dia dengar kawan dia cerita ada sale dekat sana sempena penggabungan pasaraya tu dengan Aeon.
Kalau tak silap lepas ni Carrefour akan dikenali sebagai Aeon Big! Time aku pergi, tak nampak perbezaan harga yang ketara tapi boleh lah!
Aku tak kisah sangat dengan harga dia sebab aku lebih suka tengok anak-anak aku aje! Afif sibuk dengan mainan, nampak dinosour sibuk minta tambah koleksi dia! Aisy pula buat muka blur sebab time dia tidur!
Encik suami aje yang sibuk belek barang-barang elektrik untuk rumah baru kami nanti (Insya Allah hujung tahun ni siap!) Dia kata memang agak murah kalau nak dibandingkan dengan mana-mana pasaraya!
Malam ni dah cakap dengan Encik suami tak mahu ke mana-mana sebab nak tengok AJL! Hehe! Lagipun Afif sekolah, takut dia letih! Barang-barang sekolah dia pun dah settle. Baju pun dah siap!
Besok bolehlah secara rasminya pakai baju sekolah! Mesti handsome anak Mama! Tak sabar pula nak tengok dia pakai baju sekolah! Hopefully mood dia kekal baik!
0 dah komen (^_^):
PERHATIAN:
Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.
Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.
Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN
Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA
✿ Yana Yani ✿