Dia Kotor! (^_^)

10:45:00 pm Yana Yani 0 Comments

Hari ini kebetulan aku tak bekerja sebab ada temujanji dengan doktor. Nak dijadikan cerita, aku tengah dok leka mengadap laptop time tu.

Aisy pun sedap aje tidur, so adalah peluang Mama dok buat blog walking jab, kononnyalah!

Afif pula time tu tengah sibuk dok main games dekat Samsung Corby aku.

Tiba-tiba aku dengar Afif bunyi benda jatuh dan serta merta aku terus pandang Afif.

"Apa tu?" tanya aku.

"Tak ada apa-apa. Hand phone Mama ni jatuh!" kata dia sambil cuba membongkokkan badan untuk ambil hand phone aku dari celah-celah kerusi.

"Boleh tak?" tanya aku bila aku tengok dia terkial-kial cuba mencapai hand phone tu.

"Boleh, tapi kotorlah!" kata dia.

Aku nampak dia berlari ke dapur, tapi aku tak berapa ambil peduli dengan apa yang dia nak buat sebab leka dengan pembacaan aku.

Dia datang menghampiri aku sambil berkata, "Mama, hand phone Mama ni tak hidup pun!"

"Macam mana pula boleh tak hidup, tadi okay aje!" kata aku tanpa langsung menoleh ke arah dia.

"Afif basuh dia tadi, pastu dia tak hidup!" kata dia selamba.

Ayat tu buat aku tersentap!

"Apa? Afif basuh?" tanya aku berulang kali untuk kepastian. Aku terus mencapai hand phone aku dari tangan dia.

"Kenapa Afif basuh dia sayang?" tanya aku sambil cepat-cepat mengeluarkan bateri dan lap mana-mana yang patut.

"Dia kotor! Afif basuhlah!" jawab dia selamba.

"Barang-barang macam ni tak boleh basuh sayang! Hand phone, laptop, remote TV, ni semua tak boleh basuh, faham?" kata aku cuba menerangkan pada Afif.

Aku agak kalut juga bila tengok hand phone ni tak boleh hidup. Aku cuba keringkan dengan hair dryer dan macam-macam lagilah aku cuba buat.

Still tak boleh hidup! Aku give up!

"Dah rosak dah hand phone Mama! Afif dah tak boleh main games dah!" kata aku kepada Afif.

Aku cari hand phone lama aku, Nokia 1280! Nasib baiklah ada hand phone ni. Boleh juga guna untuk saat-saat "genting" ni.

Terasa kekok pula pakai hand phone ni sebab dah terbiasa guna touch screen. Hehe!

Baru tadi aku cuba try luck kot boleh hidup pula lepas hampir setengah hari aku jemur. Alhamdulillah, dia kembali "bernyawa"!

"Fuh lega!" kata aku dalam hati.

So moral dari cerita ini adalah, kelekaan anda membawa padah!

Sekian, terima kasih! (^_^)

0 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Tak Nak Sekolah! (^_^)

9:33:00 pm Yana Yani 0 Comments

Semalam time aku tengah sibuk menyediakan ayam paprik permintaan Encik suami, Afif tiba-tiba datang ke dapur dan berkata, "Mama, besok Afif tak nak sekolah tau!"

Aku agak terkejut dengan apa yang dikatakan lebih-lebih lagi dia baru aje masuk sekolah setelah dua minggu bercuti sebab tak sihat. Aku cuba untuk buat tak dengar apa yang dikatakan.

Paprik ayam di dalam kuali aku balik-balikkan.

"Mama dengar tak Abang kata ni!" kata dia dengan nada meninggi.

"Jangan jerit dekat Mama! Berdosa!" tegas aku.

Api dapur aku matikan sambil memandang ke arah Afif. "Apa dia? Cuba ulang sekali lagi!" kata aku.

"Abang kata Abang tak nak pergi sekolah besok" kata dia sambil membuka peti sejuk.

"Pasal apa tak sekolah?" tanya aku sambil meletak paprik ayam ke dalam mangkuk.

"Cikgu banyak cakap! Afif tak suka! Afif nak tidur dekat rumah Wan. Afif ngantuk!" kata dia panjang lebar.

Aku agak buntu masa tuTak boleh nak fikir ayat macam mana nak guna untuk pujuk dia pergi sekolah besok.

"Kan dekat sekolah best! Ada ramai kawan-kawan. Aiman ada kan? Lagi siapa nama kawan Afif?" kata aku dengan nada cuba memujuk.

"Afif tak tahulah! Nama dia susah nak sebut!" kata Afif.

---------------------------------------------------------------------

Perbualan tentang tak nak sekolah berlarutan lebih dari satu jam. Bila Papa dia balik daripada kerja pun dia masih mengutarakan cerita yang sama.

Dan seperti yang disangka pagi tadi pun dia buat perangai tak mahu bangun dari tidur sebab tak mahu pergi sekolah. Alasan sama dia bagi, "Afif ngantuk!"

Aku biarkan Encik suami uruskan sebab aku takut over reaction pula especially bila dia buat perangai macam tu.

Alhamdulillah dia okay lepas tu. Lega tengok dia ceria balik dengan senyuman yang terukir dibibir. Tadi balik dari rumah Wan, dia masih lagi bercerita tentang tak nak pergi sekolah.

Lepas tu sekali lagi masa dia tengah tengok cerita Ultraman Tiga di Astro Ceria. Dan macam semalam aku buat tak dengar aje!

Aku ramalkan, aku dan Encik suami akan dengar cerita ni sepanjang tahun! Who's know? Lagipun angin dia tak berapa nak stabil! Mesti ikut Papa ni, hehe!

Walau aku pernah mengatakan untuk tak mahu berkeras sangat tahun ni, tapi kalau dilayankan sangat pun takut merosakkan dia! So let it be lah!

Kita tengok dan lihat ajelah nanti. Sekarang ni aku tengah dok fikir ayat paling bombastic untuk pujuk dia besok pagi! Wish me luck ya! (^_^)


Satu ketika dulu, masa tengah happy nak pergi sekolah!

0 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Junko Furuta: Seksa 44 Hari! (^_^)

9:23:00 pm Yana Yani 2 Comments

Apa yang seksa 44 hari? Bukan pasal seksa 44 hari berpantang (bagi yang lepas bersalin), walau diakui memang agak seksa! Tapi ada yang lagi seksa!

Bila aku baca cerita ni dulu, aku rasa manusia lagi kejam dan lebih dahsyat dari binatang! Kalau tak percaya, baca cerita ni!

Cerita ini mengenai kekejaman ke atas seorang gadis berketurunan Jepun, Junko Furuta yang berusia 17 tahun (ada yang mengatakan 16 tahun) ketika dibunuh pada lewat 80-an.

Junko Furuta melalui kekejaman yang amat dahsyat selama 44 hari bermula penghujung November 1988 sehingga awal Januari 1989.

Klik sini untuk baca lebih lanjut penyeksaan yang dilalui oleh Junko Furuta sebelum menemui ajal.

Kisah ini menarik perhatian dunia dan ia juga pernah difilemkan dalam pelbagai variasi. Sebuah kumpulan rock Jepun, Gazette juga pernah menyanyikan sebuah lagu tribute untuk gadis malang tersebut yang betajuk "Taion"

Pada aku kekejaman yang dilalui oleh Junko adalah amat tragis dan tiada siapa manusia di dunia layak diperlakukan sedemikian rupa!

Paling mengejutkan pelaku hanya berusia antara 16 dan 18 tahun dan mereka dikenakan hukuman yang tidak setimpal di atas kekejaman yang telah mereka lakukan, hanya dipenjara! Lebih menyakitkan hati kesemua mereka telah bebas!

Kalau di Malaysia, pelaku akan dikenakan hukuman sebatan dan penjara. Hukuman gantung sampai mati akan dikenakan bagi kes yang menyebabkan kematian seperti kes Nor Suzaily Mokhtar dan Canny Ong.

Klik sini untuk bacaan lanjut.

Mengapa ada orang yang menjadi perogol? Menurut  Dr. Mohd. Awang Idris, Pensyarah Psikologi di Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Universiti  Malaya dalam Kosmo! terbitan 25 Januari 2013,

"Perogol merupakan individu yang mengalami gangguan psikotik atau mereka yang mempunyai kecelaruan personaliti. Perspektif lain pula menyatakan bahawa lelaki secara biologikalnya mempunyai sifat untuk mengusai wanita. Ada pula yang berpandangan bahawa ada individu yang terdorong oleh deviant sexual fantasies yang menyebabkan mereka cenderung untuk melakukan tingkah laku seks sesuai dengan imaginasinya yang janggal itu"

Pada aku pula, kekejaman yang mereka lakukan tidak wajar dibela! Seperti Junko Furuta yang tidak mendapat pembelaan sewajarnya!

Mereka layak dihukum mati dan itu sememang hukuman paling setimpal! Perogol tidak layak mendapat simpati masyarakat kerana perbuatan mereka lebih hina dari binatang!

Tapi kebanyakan undang-undang di dunia tidak memihak kepada mangsa rogol! Itu sememengnya hakikat yang cukup menyakitkan! Dunia perlu lebih adil dalam menghakimi kejadian rogol!

2 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Sedapnya! (^_^)

9:38:00 pm Yana Yani 0 Comments

Cuti panjang hujung minggu ni tak ke mana pun. Banyak habiskan masa dekat rumah dan memenuhi undangan perkahwinan sebelah rumah Mak, kategori jiran dengan aku jugalah! Hehe!

Afif baru aje baik sakit, Aisy dapat virus selesema dengan batuk dan Encik suami pula sibuk dengan overtime. Aku? Entahlah! Cuti habis macam tu tapi tak Nampak hasilnya!

Hajat hati nak mengemas belakang rumah yang dah macam hutan! Konon nak cari mood dulu baru boleh buat, tapi sampai ke sudah mood tak sampai! So belakang rumah tu still lagi hutan!

Hari ni Encik suami still lagi kejar overtime, aku pula tak tahu nak buat apa. Last sekali angkut anak-anak pergi rumah Mak.

Tengah dok melepak tu, tiba-tiba teringin nak makan kek coklat. Buat muka kesian dekat Angah suruh dia buatkan, tapi dia tak layan!

"Kau nak, kau buat sendiri! Aku penat and tak ada mood!" kata dia.

"Bahan-bahan semua ada! Kau tinggal buat aje!" tambah dia lagi.

Disebabkan terpaksa dan mood nak makan kek coklat cukup kuat, aku okay kan aje bila Angah kata macam tu. Janji dapat makan kek!

Berbekalkan buku resipi dan monitoring dari Angah, akhirnya berjaya juga aku buat kek coklat! Semua hasil usaha sendiri tau! Angah jadi tukang bebel aje! Hehe!


Afif dengan Aisy bukan main suka dapat makan kek! Afif siap kata, "Sedapnya Mama masak!"

Kembang sekejab hidung! Besok kalau dah ada oven sendiri, memang hari-harilah korang makan kek! Hehe! Kononlah!

 
Emm, Afif dah nampak makin sihat! Besok dah boleh sekolah nampak gayanya! Cuma dia masih lagi gatal sikit-sikit. Encik suami suruh pantangkan dia makan, tapi aku ni degil! Main bagi aje!

Tapi bila anak tu dah bising gatal, barulah rasa menyesal bagi macam-macam! Hehe! Tapi malam ni nampak dia okay aje!

"Besok Afif sekolah ye! Dah lama Afif tak jumpa kawan-kawan dengan cikgu. Afif tak rindu ke?" tanya aku kepada Afif.

"Rindu! Besok Afif sekolah ye Mama!" jawab dia tanpa langsung menoleh ke arah aku sebab leka tengok Ultraman!

Budak bertuah!

0 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Melayu & Customer Service (^_^)

11:22:00 pm Yana Yani 0 Comments

Perhatian: Entry ini hanya sekadar pendapat berdasarkan pemerhatian dari keadaan sekeliling! Ribuan kemaafan dipohon sekiranya ada hati yang terguris! Tapi senang cerita tak payah bacalah kalau mudah sangat touching!

-----------------------------------------------------------
Situasi 1

Dalam perjalanan pulang dari kerja, aku singgah di sebuah kedai untuk membeli sesuatu. Disebabkan tak berapa familiar dengan environment kedai, aku pun tanya, "Dik, serbuk kari Baba's dekat mana?"

"Sana!" jawab peniaga tersebut yang hanya duduk di kaunter bayaran. Dia hanya memuncungkan mulut tanpa ada langsung inisiatif untuk membantu.

"Sana mana?" tanya aku yang tersa sakit hati dengan layanan dia.

"Sana! Baris nombor dua, hujung sekali!" kata dia.

"Jumpa tak?" jerit dia dari jauh.

Situasi 2

"Bagi saya nasi putih dengan telur dadar, bungkus ye!" order aku. Jam ketika tu menunjukkan 2:05 petang.

Hampir setengah jam menunggu, aku mula gelisah. Perut pun makin kuat berkeroncong. "Lama lagi ke nak siap, saya nak masuk kerja dah ni!" tanya aku.

"Belum buat!" jawab dia bersahaja.

"Apa yang susah sangat nak buat telur dadar tu? Saya dah lambat ni!" tanya aku yang mula meninggikan suara.

"Sabarlah kak, nanti cepat tua kalau marah-marah!" jawab dia yang menambahkan lagi amarah aku.

Situasi 3

"Kejab ye, tauke tengah mandi!" kata pekerja di kedai runcit tu cuba menenangkan pelanggan yang merunggut kerana menunggu lama untuk membuat bayaran.

Dia yang aku rasa berasal dari Indonesia (berdasarkan loghat percakapan) seakan gelisah bila tuan kedai masih belum muncul. Aku ketika itu berada di baris paling belakang dan ada lima orang lagi di depan aku.

Tak lama kemudian, aku lihat seseorang dengan lenggok malas datang ke kaunter. Tanpa senyuman, dia hanya meneruskan kerja tanpa langsung rasa bersalah membiarkan pelanggan menunggu lama.

-----------------------------------------------------------

Situasi di atas adalah situasi benar dan menunjukan kegagalan mereka (peniaga) dalam customer service!

Tak tahulah sama ada ianya hanya merupakan satu kebetulan atau memang hakikat sebenar yang bangsa Melayu  fail bab khidmat pelanggan!

Aku akui aku bukan orang yang sempurna untuk menilai setiap tingkah laku mereka yang bergelar peniaga.

Tetapi pengalaman selama hampir 10 tahun dalam bidang khidmat pelanggan membuat aku mampu menilai kemampuan mereka di dalam situasi di atas di dalam bidang yang dipandang rendah oleh kebanyakan peniaga Melayu iaitu customer service.

Harus diakui majoriti peniaga Melayu mempunyai kebolehan dalam bidang pemasaran. Tetapi apabila ianya tidak diseimbangkan dengan  bahagian khidmat pelanggan, sesebuah peniagaan itu boleh lingkup.

Perbezaan sangat ketara bila dibandingkan dengan peniaga bangsa lain.
-----------------------------------------------------------

Situasi 4
Aku memasuki sebuah kedai basikal kerana bercadang untuk membeli basikal untuk Afif. Tuan empunya kedai yang sedang makan, terus berhenti apabila melihat kedatangan aku.

"Kak mau cari basikal untuk siapa?" tanya dia mesra.

"Eh, saya survey saja. You makanlah." kata aku serba salah apabila melihat makanan di atas meja yang ditinggalkan.

"Tak apa! Basikal untuk ini adik ka?" tanya dia lagi.

Perbualan di atas berlarutan hampir setengah jam dan dia menerangkan setiap jenis dan harga basikal dengan terperinci walau mengetahui yang aku tidak membeli pada hari itu.

"Nanti kalau mahu beli, datang sini ye. Kita boleh harga special untuk akak!" kata dia mengakhiri bicara.

Situasi 5

"Tauke, ni tak ada yang lagi kecil ke?" tanya aku sambil menunjukkan kotak Ammeltz Yoko Yoko.

"Sekejap, bagi I tengok stok!" kata dia.

Tak lama kemudian dia menyambung, "Habislah amoi! Tapi tadi rasa ada stok baru datang, belum sempat kira lagi. Nanti I check untuk you. Sekejab ye!" sambil terus berlari kebelakang kedai.

"You mahu berapa?" tanya dia.

"Satu cukuplah! Buat apa banyak-banyak!" kata aku dengan senyuman.
-----------------------------------------------------------

Nampak tak perbezaan tu. Sebenarnya seboleh upaya aku cuba menghindarkan diri membeli dari peniaga bukan beragama Islam kerana kita sebagai seorang Muslim diwajibkan membeli dari peniaga muslim.

Seperti mana yang dikatakan oleh YBhg Dr Fahmi bin Abdul Khir dalam Seminar Fiqh Al-Awlawiyyat (Keutamaan) Dalam Mendepani Isu Semasa Umat Islam;
"Membantu saudara seagama adalah keutamaan di dalam agama. Keutamaan mengambilkira waqi' dan keadaan semasa, di mana ketandusan para peniaga muslim yang berjaya menjadikan membeli serta melanggan produk peniaga muslim adalah satu kewajipan"
Moral dari cerita ini wahai peniaga Melayu dan yang paling penting beragama Islam! Silalah utamakan khidmat pelanggan! Kerana tiada pelanggan, business anda pasti akan lingkup.

Macamana nak bagi pelanggan selalu cari produk anda adalah dengan memastikan mereka pulang dengan SENYUMAN! Anggaplah mereka sebagai RAJA dan bukan HAMBA!

Biasa apa yang aku buat bila melayan pelanggan adalah selalu MINTA MAAF walau bukan kesalahan kita, SENYUM walau kena maki hamun, jangan argue dengan customer-lebih baik DIAM, DENGAR dan FAHAM permintaan customer dan paling penting adalah sedia MEMBANTU!


0 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Tabik Spring! (^_^)

11:52:00 pm Yana Yani 0 Comments

Tiap kali hantar dan ambil aku balik dari office, Encik suami pasti akan melalui Lebuhraya Selat Klang atau lebih dikenali sebagai Lebuhraya Shapadu oleh penduduk setempat.

Aku bukan nak cerita pasal prasarana atau kesibukan highway tu yang menghubungkan banyak tempat di sekitar daerah Klang dan Shah Alam.

Tapi aku nak cerita pasal kemuliaan hati seorang yang bergelar manusia!

Petang tadi ketika melalui highway tersebut, aku terlihat kelibat seorang lelaki yang berbaju lusuh dan bertopi kaledar cuba untuk menyeberangi highway tersebut.

Di tangan beliau aku lihat plastik penuh berisi makanan. Dan di seberang highway, aku lihat sekumpulan anjing sedang setia menanti.

"Dah lama tak nampak uncle ni" bisik hati kecil aku.

Dari atas motorsikal yang sedang bergerak laju, aku rasa lelaki tersebut berbangsa Cina dan berusia lebih kurang lewat 40-an.

Sejak lima tahun dulu (dari saat aku mula melalui highway tu untuk ke tempat aku mencari rezeki), hampir setiap petang kelibat lelaki ini pasti akan kelihatan.

Apa yang buat aku kagum adalah kesungguhan beliau untuk memberi makanan kepada anjing liar di tepi highway tersebut setiap hari! Aku kagum dengan hati beliau. Mulia sungguh!

Beliau sanggup membahayakan nyawa sendiri melintas highway yang penuh dengan kenderaan lalu lalang semata-mata untuk memberi makanan kepada anjing-anjing liar di tepi highway tu.

Aku pernah bertanya kepada Encik suami tentang reasonable lelaki tu membahayakan nyawa sendiri yang pada aku tak masuk akal!

Soalan aku dijawab dengan bersahaja oleh Encik suami, "Nak buat baik tak perlu bersebab!"
 
------------------------------------------------------------------------

Sesiapa yang melakukan belas kasihan atau berlaku rahmat, sekalipun kepada binatang bukan saja Allah menerima amalnya itu, bahkan Allah akan mengampuni dosanya sebagaimana hal ini disebut oleh Rasullullah Shallallahu 'alaihi wasallam dalam suatu peristiwa:

 Maksudnya:

"Ada seorang lelaki sedang berjalan, merasa sangat kehausan, lalu dia pun turun ke dalam telaga dan minum dari telaga itu, kemudian dia keluar, tiba-tiba dia melihat seekor anjing terjulur-julur lidahnya (sambil) menjilat tanah basah kerana kehausan. Orang itu berkata demi sesungguhnya telah sampai keadaannya seperti keadaan-ku, lalu dia (turun untuk) mengisi sepatunya (dengan air), dan dipegangnya dengan mulutnya, kemudian dia naik ke atas dan memberi minum anjing itu. Maka Allah Ta'ala menerima dan memuji di atas budinya dan ihsannya itu dengan mengampunkan dosa-dosanya. Lalu sahabat-sahabat yang ada di situ bertanya: "Adakah kita mendapat pahala berbuat baik kepada bintang-bintang? Baginda bersabda: "Berbuat baik kepada tiap-tiap hati yang hidup itu (yang bernyawa) diberi pahala."


(Hadis riwayat al-Bukhari)

Sumber: Tahu, Faham & Amal

Sama-samalah kita renungkan! (^_^)

0 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Barang Baru! (^_^)

11:25:00 pm Yana Yani 0 Comments

Aku sebenarnya nak tulis cerita ke mana aku menghilang minggu lepas. Tapi disebabkan laptop yang telah lama berjasa dengan kita orang "sakit", terpaksalah aku postpone cerita pasal tu dulu.

Bukan apa, terlalu banyak sangat "memori" yang terindah tersimpan dalam tu.

Apa dah jadi? Well semuanya bermula bila Encik suami menghubungi aku di pejabat pada suatu hari tu.

"Yang, laptop ni apasal tak boleh on? Lampu keyboard menyala tapi screen kosong!" tanya Encik suami dengan nada cemas.

"Abang ada barang nak hantar pula tu! Ish! Buat perangai dah benda ni!" tambah dia lagi.

"Ayang tak tahulah. Malam tadi elok aje kan? Nanti Ayang cuba tanya kawan office kot dia orang tahu" jawab aku cuba menenangkan dia.

Bila aku bawa laptop ke office, dia orang pun gagal kenal pasti punca sebenarnya. Dia orang nasihatkan bawa pergi "klinik" aje.

Nasib baik Dayah balik minggu tu. Kesempatan tu aku guna untuk tanya suami dia, Nuar pasal problem sebenar laptop kita orang tu.

Dia belek sana sini lepas tu dia terus cakap, "Motherboard ni!"

"Apa ke binatang motherboard tu?" jawab aku dengan kening yang berkerut.

Dia explain panjang lebar juga, tapi aku tak dapat tangkap satu pun yang dia cuba sampaikan. Aku hanya dengar dia kata, "Kalau nak pastikan lagi, bawa pergi kedai repair"

Kebetulan minggu tu Encik suami kerja petang. Disebabkan dia terlalu urgent nak gunakan laptop, dia hulurkan RM2,000 pada aku dan pesan, "Ambil duit ni beli laptop baru!"

"Lah! Ingat suruh pergi shopping!" kata aku berseloroh.

"Shopping aje! Orang nak buat kerja! jawab dia.

"Eh, tapi kalau dia kata tiga hari dah boleh siap, tak payah beli baru ye. Kalau lama dari tu baru beli!" pesan Encik suami panjang lebar.

So seperti yang dirancang aku, Angah, Dayah, Nuar, Anis, Afif dan Aisy pergi ke "klinik" nak dapatkan rawatan lanjut untuk laptop kesayangan Encik suami.

"Doktor" tu pun kata benda yang sama, "Motherboard problem ni!"

Tanpa ditanya, "doktor" tu laju aje menerangkan puncanya. "Ni memang biasa jadi. Kalau laptop tu dah dua tahun ke atas memang akan ada masalah macam ni. Dia panas!" terang dia.

Aku hanya mengiakan walau ada certain word tu aku tak faham langsung! Dia juga ada mengatakan model yang aku gunakan tu tak berapa bagus sebab selalu ada masalah.

Lepas aje settle urusan kita orang dekat situ, Angah bawa pergi Alam Sentral cari laptop baru sebab "doktor" kata ambil masa lebih kurang 10 hari baru siap. Dengan bantuan Nuar, dapatlah aku beli laptop yang aku tengah guna sekarang.

Disebabkan laptop ni punya program guna Windows 8, aku dan Encik Suami terkial-kial jugalah nak guna. Al-maklumlah barang baru!

Terasa rindu betul dengan laptop lama. Once dia dah okay nanti, barulah aku cerita benda yang aku nak cerita. So tunggggguuuu!

0 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Listen! (^_^)

10:58:00 pm Yana Yani 0 Comments

Aku rasa confirm korang dah tahu cerita pasal Sharifah Zohra Jabeen, presiden Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) dan seorang pelajar Universiti Pelajaran Malaysia (UUM), Bavani KS.

Semuanya berpunca apabila Bavani KS menyuarakan persoalan mengapa Malaysia tidak mampu menawarkan pendidikan percuma seperti negara-negara lain.

Apa yang membuat video berdurasi 24 minit ni popular ialah apabila Sharifah Zohra Jabeen bertindak kurang cerdik dengan merampas mikrofon daripada Bavani KS yang masih lagi membahaskan hujahnya.

Sharifah Zohra Jabeen gagal menjawab soalan yang diajukan malah beliau hanya mampu mengucapkan listen, listen, listen (lebih dari 30 kali kalau tak silap!)


Of course ada sahaja pihak-pihak tertentu yang cuba mempolitikkan isu ni. Bagi aku yang tidak mewakili mana-mana parti politik, tindakan Sharifah Zohra Jabeen memang keterlaluan.

Bak kata Abah, "Orang pandai pun ada bodohnya!"

Tapi aku malas nak ulas lanjut isu ni, lagipun cerita dah basi! Sebenarnya aku nak ajak korang tengok video terbaru dari MatLufti mengenai isu ni yang pada pandangan aku ada kebenarannya.

Video ni memang menarik, terutama dengan cara MatLufti yang tersendiri dan boleh buat kita tak kering gusi dengan telatah dia.

Selain dari unsur humor, video ni wajar dijadikan panduan dan teladan tentang hakikat sebenar kebebasan bersuara di negara berdaulat ni, Malaysia!

Saya pilih KEAMANAN dan of course MatLufti! Hehe!

0 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Mulut Longkang! (^_^)

3:39:00 pm Yana Yani 2 Comments

Time aku tengah dok susun ayat untuk entry ni, terdengar lagu Insan nyanyian Yantzen. One of my favourite song!

Aku paling suka part "Kita sama sahaja, bezanya cuma amalan kita!" Lagu tu sedikit sebanyak kena dengan title entry aku kali ni.

Kita rasa macam kita dah kenal sangat dengan dia bila masing-masing dah lama mencari rezeki di tempat yang sama. Tapi rupa-rupanya kita silap!

Tak tahu macam mana nak luahkan perasaan tapi memang terasa "Sakit hati, sakit sekali!" (Spin - Mengusung Rindu)

Semuanya bermula bila orang berstatus paling besar dalam company panggil aku.

"You know that I really like to speak with you because you are the only person in this office that I can speak openly" kata orang tu memulakan bicara.

"I heard that you are helping your husband doing online business during office hours and ..." belum pun orang tu habiskan ayat aku terus potong!

"That's not true!" kata akan cuba mempertahankan diri.

Masa tu hati "Terasa bagai ditusuk sembilu bisa, pedihnya entah bila akan terhenti" (Rahmat - Siapa Di  Hatimu)

Automatik aku dah boleh nampak mulut longkang siapa yang bawa cerita tu. Patutlah dia beria-ria tanya pasal business suami aku lately.

Buat pertama kali aku jadi terlalu emosional, "Oh hujan, di antara air mataku, menitis laju, bersama pilu-pilu" (Sudirman - Antara Hujan Dan Air Mata)

Orang tu yang mula-mula serius, tiba-tiba jadi slow bila tengok aku menangis. Mungkin dia tak sangka dengan respon aku.

"You see, they are not really said you are doing that. They just worry after what happen to Mr C" kata orang tu cuba memujuk.

Aku betul-betul tak faham dengan tujuan sebenar mulut longkang bawa isu ni kepada orang tu. Suami aku dah lama berkecimpung dalam business online. Kenapa baru sekarang timbul isu?

 Dasar pendengki!

"I have everybody secrets in my pocket! I do not want to reveal it to you because that is not my principal! I do not want to be categorized as a backstabber!"

Apa yang pasti, aku dah hilang rasa hormat pada mulut longkang tu. Hubungan aku dengan dia tak akan sama macam dulu lagi!

"Aku sudah tidak percaya padamu lagi, lebih baik engkau segera angkat kaki. Aku benci, benci pada dirimu!" (Sheeda - Angkat Kaki)

2 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

A New Day! (^_^)

11:58:00 pm Yana Yani 0 Comments

Terasa macam dah lama sangat tak update blog ni. Rasa rindu betul nak mengetuk keyboard laptop! Tapi apa kan daya, keadaan tak mengizinkan! Hari ni baru ada kesempatan!

So apa khabar readers? Hopefully everything is fine!

Hari ni aku just nak warm up aje! Hehe! Kemana aku menghilang seminggu ni akan aku ceritakan in details kemudian! So rajin-rajinlah menjengah blog tak seberapa aku ni ye!

--------------------------------------------------------------------------

PERHATIAN: Atas sebab-sebab tertentu, nama "mereka" yang terlibat tidak dinyatakan secara langsung di sini.

28 January ni genap 5 tahun aku menabur bakti kepada pohon ni. Satu-satunya pohon paling lama aku berkhidmat dan aku "membesar" di sini!

Tak dinafikan aku menjadi siapa aku sekarang disebabkan keyakinan dan peluang yang telah banyak diberikan kepada aku. Terutama daripada Ms Root!

Aku tak tahu pada pandangan orang lain, tapi Ms Root merupakan satu-satunya bahagian di pohon tersebut yang banyak memberi inspirasi pada aku.

Ketika aku mula terjebak dengan pohon ni, ia baru sahaja berputik. Nampak cantik dan subur. Penggunaan baja yang baik dan gah menambahkan kesuburan pohon tersebut.

Aku juga boleh berbangga dengan diri aku sendiri kerana aku adalah antara faktor yang memainkan peranan penting di atas kesuburan pohon tersebut.

Berbagai musim telah dilalui dan sedikit demi sedikit daun mula layu keguguran meninggalkan pohon yang masih utuh berdiri.

Pohon mula menghadapi krisis paling mencabar apabila baja paling mahal tidak lagi mahu membajai pohon tersebut. Seperti dilanda ribut, habis semua daun layu keguguran.

Hanya tinggal beberapa helai yang masih setia menemani pohon meneruskan segala sisa yang ada untuk memantapkan lagi pohon supaya kekal tegak berdiri.

Tapi pohon seolah-olah tidak mampu lagi bertahan bila satu demi satu baja tidak mahu lagi membajai pohon tersebut. Ms Root terdesak dan terpaksa melakukan proses revamping secara besar-besaran.

Ms Root tidak mampu lagi menerajui pohon dan terpaksa menyerahkan segalanya kepada Mr Root. Sedih juga bila mengetahui antara perubahan yang dilakukan adalah menggugurkan beberapa daun yang masih cantik.

Jujurnya aku pernah beranggapan bahawa aku juga akan digugurkan apabila melihat pohon begitu kuat digoncang. Tapi Alhamdulillah, khidmat dan bakti aku masih diperlukan di sini di atas pohon yang sama cuma nama dan peneraju sahaja yang berbeza.

So sekarang, apa yang perlu dilakukan adalah looking forward! It's a new day and hopefully everything will be smooth as usual.

0 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Terima Kasih Sayang! (^_^)

11:27:00 pm Yana Yani 0 Comments

Masuk aje tahun 2013 ni, aku punya life schedule ada banyak sangat changes! Terutama semenjak Afif masuk sekolah.

Dulu aku selalu dengar parents lain kata yang dia orang punya life totally changes bila anak start masuk sekolah. Time tu aku hanya setakat mendengar, tak ambil kisah sangat apa yang dibualkan.

Tapi sekarang bila Afif dah masuk sekolah, baru aku faham apa yang dimaksudkan dengan perubahan dalam hidup dia orang. 

Baru masuk bab satu, muka surat sembilan dairi kehidupan 2013 aku, aku dah rasa a little bit stress. Tidur tak berapa cukup walaupun badan terasa letih sangat!

Kepala otak ni tak boleh berhenti untuk berfikir macam-macam perkara. Mungkin tu juga antara faktor yang buat aku susah tidur lately.

Tadi balik aje dari office terus ke pasar malam beli barang dapur untuk stok dua ke tiga hari. Lepas tu bersihkan barang-barang basah sebelum simpan dalam freeze.

Sambil tengah bersihkan ayam tadi, plan nak lipat kain baju lah, nak iron baju sekolah Afif lah, lepas tu entah apa lagi aku fikir.

Lepas aje bersihkan diri, aku nampak baju sekolah Afif dah digosok! Cantik aje tersangkut dekat almari. Fuh! Rasa release sangat! Hilang satu beban!

Automatik mulut terus cakap, "Alahai, terima kasihlah Sayang!" sambil terus memeluk Encik suami yang tengah dok leka dengan online business dia.

Encik suami hanya membalas dengan senyuman.

Pertolongan yang mungkin kecil, tapi besar maknanya pada aku! Kurang sikit beban kerja aku untuk malam ni hasil pertolongan dari Encik suami.

Sebab tu dapat berblog ni! Hehe! Kalau tak, berabad lagilah baru boleh update blog ni!

Apapun kepada Encik suami, sekali lagi ribuan terima kasih Ayang ucapkan! Kalau Sayang tak tolong, lagi serabut kepala otak ni! Terima kasihlah kerana memahami kekalutan Ayang!

Malam ni bolehlah Ayang tidur dengan lena! Apapun Sayang, You are the BEST!

0 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Anak Papa! (^_^)

9:15:00 pm Yana Yani 0 Comments

Orang kata, anak perempuan rapat dengan Papa. Anak lelaki rapat dengan Mama. Persoalannya sejauh mana kebenaran statement tu. Hehe! Aku memang suka sangat persoalankan benda-benda macam tu.

Bila anak dah ada sepasang sekarang, baru aku nampak kebenaran statement tadi. Aku perhatikan Afif dalam keadaan macam mana pun, mesti dok cari aku. Sikit-sikit Mama! Semua benda Mama!

Dengan Papa dia langsung tak mahu! Ada aje tak kena Papa pada pandangan mata dia. Aisy pula, manja betul dengan Papa! Naik jelous aku dibuatnya! Nampak aje kelibat Papa, terjerit-jerit "Papa Papa!"

Pendek kata, kalau nampak Papa dia, aku dia lupa dah! Tapi kalau nampak Abang dia dok peluk-peluk aku, tahu pula dia jelous!


Sekarang ni pada usia setahun sebulan, dia masih lagi belum boleh berjalan. Tapi Alhamdulillah dia sihat walafiat! Tu yang penting!

Tapi lasak semacam ni, boleh kalah Abang dibuatnya. Kerusi meja, ada hati nak panjat! Padahal berjalan pun tak boleh lagi! Garang pun boleh tahan ni, jangan main-main!

Kalau tak puas hati aje, dia buat muka lepas tu cakap, "Oooo!" siap angkat tangan lagi macam nak memukul! Kalah Abang dengan dia!

Paling kelakar, kalau dapat pegang apa-apa yang berbentuk steering, dia mula akan buat bunyi macam ni, "Ngeng ngeng!" macam tengah bawa kereta.

"Macam kartun lah Aisy ni!" kata Nenek (sebelah suami) sambil ketawa.


Apa yang pasti, tengok anak-anak membesar depan mata memang pengalaman paling terindah sebagai seorang Mama! Siapa dah jadi Mama (atau apa aje gelaran) mesti setuju!

Tengok perkembangan dia orang dari dalam perut sampai sekarang, rasa macam sekejab aje masa berlalu. Pejam celik, tiba-tiba aje nanti dia orang kata, "Mama, nak kahwin!"

By the way, hari ini Afif first day pakai uniform. Tu pun setelah Papa berpuas hati! Hehe! Ada aje yang Papa tak puas hati, suruh betulkan sana, potong sini!

Pening juga nak melayan kita orang punya fashion stylist ni! Hehe! Encik suami memang amat menitik beratkan keterampilan kami anak beranak, warna apa, baju apa, semua dia yang decide!

Pagi tadi pun dia suruh tukar ketayap Afif sebab dia kata dah macam taliban! Tapi bila aku kata dah rule sekolah suruh pakai macam tu, baru dia cool sikit. Kalau tidak, confirm dia suruh tukar!

Apapun, anak Mama tetap handsome!

0 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Letihnya! (^_^)

1:23:00 pm Yana Yani 0 Comments

Aku apply cuti dua hari plus weekend, so total cuti aku adalah empat hari! Tapi rasa tak sempat nak settle semua kerja rumah. Letih sungguh rasanya!

Macam-macam perkara nak kena settle, uruskan Afif sekolah, masak, mengemas, melayan Aisy yang suka sangat dok masuk benda yang dia jumpa ke mulut, macam-macam lagilah! Totally tak menang tangan!

Respect siapa yang jadi fully housewife sebab memang mencabar mental dan fizikal. Jiwa boleh jadi kacau, kalau tak betul cara!Tapi honestly kalau diberi pilihan aku akan memilih akan pilih housewife!

Pada pendapat aku, housewife ni boleh urus masa untuk buat segala benda (tapi kerja rumah memang tak akan settle!) Paling best tak perlu report dengan sesiapa! Nak buat, buat! Tak nak sudah!
Bila bekerja pula, aku rasa lebih memenatkan sebab kita bukan setakat bekerja tapi kita juga kena settle kan urusan rumahtangga sekali. Tahap level tension lebih lagi! (Pada aku lah!)

Bila dekat pejabat tension dengan colleague, dengan bos, dengan tempat kerja, dengan client, dengan lif (sebab lif aku lambat masuk kerja! Alasan! Hehe!)

Balik rumah pula kena layan anak-anak plus suami, memasak, mengemas (biasa tunggu weekend baru boleh buat semua benda!) Sampai satu tahap aku rasa nak berhenti kerja! Tension sungguh!

Syukur Alhamdullilah aku dikurnia seorang suami yang sudi membantu melakukan kerja-kerja rumah. Biasa membasuh baju kotor, menyidai basuhan dan aktiviti mengemas memang dia yang settle kan!

Disebabkan dia dah bagi contoh yang baik, anak bujang pun dah ikut jejak langkah Papa. Sejuk hati bila ada yang nak menolong! Diharapkan sampai bila-bilalah dia macam ni!


By the way semalam selain dari sibuk mengemas rumah yang rasa macam dah berabad tak buat, aku balut buku-buku sekolah Afif! Actually ni aktiviti paling aku suka, tak tahu lah kenapa! Hehe!


Malam pula Encik suami ajak pergi Carrefour, dia kata dia dengar kawan dia cerita ada sale dekat sana sempena penggabungan pasaraya tu dengan Aeon.

Kalau tak silap lepas ni Carrefour akan dikenali sebagai Aeon Big! Time aku pergi, tak nampak perbezaan harga yang ketara tapi boleh lah!

Aku tak kisah sangat dengan harga dia sebab aku lebih suka tengok anak-anak aku aje! Afif sibuk dengan mainan, nampak dinosour sibuk minta tambah koleksi dia! Aisy pula buat muka blur sebab time dia tidur!

Encik suami aje yang sibuk belek barang-barang elektrik untuk rumah baru kami nanti (Insya Allah hujung tahun ni siap!) Dia kata memang agak murah kalau nak dibandingkan dengan mana-mana pasaraya!


Malam ni dah cakap dengan Encik suami tak mahu ke mana-mana sebab nak tengok AJL! Hehe! Lagipun Afif sekolah, takut dia letih! Barang-barang sekolah dia pun dah settle. Baju pun dah siap!

Besok bolehlah secara rasminya pakai baju sekolah! Mesti handsome anak Mama! Tak sabar pula nak tengok dia pakai baju sekolah! Hopefully mood dia kekal baik!

0 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Dia Suka Sangat! (^_^)

11:36:00 am Yana Yani 2 Comments

Semenjak Afif dah sekolah ni, rasa makin sibuk pula. Tak terkejar nak buat semua benda. Mungkin baru awal tahun agaknya. Baru tengah nak adjust masa dan semua hal. Sooner or later okay la tu agaknya.

Berbalik kepada cerita Afif, semalam Afif secara rasminya pergi ke sekolah. Tapi berdasarkan taklimat hari tu, untuk dua hari ini sekolah hanya setakat pukul 10:30 pagi sebab orientasi sahaja.

Semalam susah juga nak kejutkan Afif, nasib baik Papa ada. Kalau tidak, naya juga! Tapi lepas dia dah mandi, dia ceria balik. Bila tengok aku dah hidangkan sarapan, dia tanya, "Ni apa Mama?"

"Keladi goreng tu!" jawab aku sambil menyapu bedak ke muka dia.

"Ee, tak mahu lah! Tak sedap!" jawab dia.

"Tak baik cakap macam tu depan makanan tahu! Tak nak tak apa, orang lain boleh makan nanti! Mama buat roti bakar nak? Nanti lapar dekat sekolah" bebel aku panjang lebar.

"Nak! Mama letak planta tau sama gula!" jawab dia.


Lepas aje dia sarapan, kami (aku, Encik suami dan Aisy) hantar dia ke sekolah. Tunggang motor, padahal jarak rumah dengan sekolah dekat aje!


Masa kita orang sampai, budak-budak lain dah sampai dah. Kelas pun dah penuh! Kami lambat lagi! Hehe! Tapi tak apa, mula-mula ni aje! Hehe! (Alasan!)


Aku dan Encik suami intai Afif dari luar tingkap kelas. Lega tengok Afif time dalam kelas tu. Tak buat perangai, happy aje! Seronok tengok dia macam tu. Paling kelakar bila cikgu tanya siapa nama dia.

"Ni siapa nama?" tanya cikgu sambil tangan dia membuka zip beg Afif. Lepas tu dia selongkar satu per satu barang dalam beg cuba untuk mencari klu siapakah nama Afif!

"Afif Haziq Fiqrullah!" kata cikgu tu dengan agak tergagap ketika membaca nama yang tertera pada kotak pensil Afif.

"Ya Allah nama! Susah cikgu nak sebut! Sampai terbelit lidah cikgu ni!" kata cikgu tersebut dengan senyuman terukir di bibir.

"Baru cikgu tau!" bisik Encik suami kepada aku disusuli dengan ketawa.

Masa aku nak tinggal Afif, ada seorang budak meraung sampai berlari keluar. Takut juga Afif buat macam tu, sebab biasanya benda macam tu boleh berjangkit. Tapi Alhamdulillah, dia okay aje! Kami pun tinggalkan dia dengan senang hati!

Aku tengah tengok TV bila aku dengar riuh rendah suara budak-budak.

"Afif rehat! Ayang nak pergi intai dia!" kata aku pada Encik suami.

Cuba cari mana Afif. Jumpa tak? Yang pakai baju putih, tengah leka main pasir tu!

Punyalah dekat jarak rumah, siap boleh intai lagi! HeheTak lama lepas tu aku pergi ambil dia dari sekolah. Parents lain pun ramai yang tengah dok tunggu anak masing-masing.

Aku tersenyum bila nampak kelibat Afif dicelah-celah kawan-kawan baru dia. Dia terus berlari ke arah aku bila nampak aku.

"Mama, Afif dah balik!" kata dia.

Suasan sekolah Afif time balik
 
Muka letih aje balik dari sekolah!

Sampai aje dekat rumah, dia kata dengan Papa dia, "Papa, tadi Afif baik dekat sekolah! Afif nak KFC Papa!" kata dia.

"Bolehlah Papa!" pujuk dia bila Papa tak bagi respon.

"Adik tidur tu, nanti adik bangun kita pergi ye!" kata Papa.

"Yeah! Afif nak makan KFC!" kata dia berulang kali. 

"Mama, Afif nak telefon Wan Mama!" kata dia pada aku. Aku call Mak dan menyerahkan telefon kepada Afif. Tak lama kemudian riuh aku dengar dia bercerita pengalaman pertama dia di sekolah dengan Wan.

So tengahari tu dapatlah makan KFC disebabkan Afif! Lama juga tak makan ni. So goodHehe!

2 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Seronoknya Dia! (^_^)

11:37:00 pm Yana Yani 0 Comments

Semalam time kebanyakan orang dok rehat dan menghabiskan masa bersama keluarga sempena cuti tahun baru 2013, aku bawa anak bujang aku ke Hari Suai Kenal Pasti Al-Hikmah.

Majlis mula pukul 9 pagi, tapi aku datang "awal" sangat! Pukul 9:30 pagi aku baru sampai sebab terbabas tidur. Tu pun nasib baik Encik suami bawa balik sarapan, kalau tidak confirm tak pergi! Hehe!

Ni semua sebab sibuk nak tengok bunga api tapi akhirnya stuck dekat jem yang menyebabkan kita orang sampai rumah pagi buta. Tak pernah dibuat! Encik suami pula walaupun ngantuk, sibuk nak pergi OT juga!

Nasib baik Afif bangun elok aje. Alhamdulillah, lega rasa Mama! Dia pun nampak excited aje dan tak habis-habis bercerita yang dia nak pergi sekolah.

"Mama, seronokkan pergi sekolah. Ada kawan, ada cikgu, mainan pun banyak! Afif suka!" kata dia sambil tangan menyuap nasi lemak yang Papa belikan untuk dia ke mulut.

"Nanti buat perangai elok-elok tau! Cepat makan, kita dah lambat ni!" kata aku.

Seronoknya dia!
Bila kita orang sampai, orang dah ramai dah. Riuh rendah dengan suara budak-budak, bunyi lagu nasyid yang dipasang pun tengelam disebabkan suara dia orang.

"Seronok betul jadi budak-budak" bisik hati kecil aku. Automatik teringat time aku kecil-kecil dulu. Mesti seronok kalau dapat kembali ke zaman tu yang penuh dengan warna-warni!

By the way, aku nampak ramai parents lain yang still sibuk dengan pendaftran. Nasib baiklah Papa Afif dah daftar awal anak dia, senang sikit. Aku tinggal dengar taklimat aje! Hehe!

Afif pula dah hilang! Sibuk main dengan kawan-kawan baru dia!


Nasib baik juga aku datang hari ini, aku dapat tahu siapa cikgu yang akan mengajar Afif, cara pembelajaran, jadual pelajaran dan macam-macam lagi lah!

Pendek kata taklimat tu penuh dengan maklumat! Untuk parent macam aku yang baru first time hantar anak ke sekolah, maklumat macam tu memang amat membantu!

Daripada taklimat tu aku baru dapat tahu yang sekolah Afif hanya akan bermula pada 3 haribulan dan bukan 2 haribulan macam budak-budak lain. Terpaksa tukar cuti!

Menurut kata pengetua sekolah, ianya bagi memudahkan parent nak settle urusan anak-anak yang lain. Bila difikirkan, betul juga! Siapa yang ada anak ramai dan semua sekolah, memang pening kepala!

Sebelum nak balik, ada jamuan makan. Afif buat pertama kalinya makan pedas! Selalu kalau aku masak, sikit aje pedas dia dah tak mahu makan. Ni sedap aje dia makan! Ke Mama masak tak sedap! Hehe!

Sedapnya dia makan!
Besok pagi Afif akan memulakan persekolahan! Hopefully angin dia elok macam semalam. Ni tadi pun awal dia tidur. Mama pun excited sebenarnya!

Let's see macam mana Afif besok! 

0 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

The End! (^_^)

10:57:00 pm Yana Yani 0 Comments

Alhamdulillah, aku masih lagi diberi kesempatan untuk menghirup udara di atas muka bumi Allah Yang Maha Kuasa ni. Cepat betul masa berlalu, sedar tak sedar dah menjengah ke tahun yang seterusnya.

Bertambah lagi usia dan diharapkan dengan pertambahan usia akan bertambah mematangkan diri ini yang masih lagi jahil dalam segenap sudut. Terutama dalam mendekatkan diri kepada Dia yang satu!

Okay, pengakhiran 2012 disambut dengan memenuhi segala undangan kenduri kendara. Tapi sebenarnya ada satu jemputan aje yang kami pergi. Hehe!


Di pejabat pula aku agak sibuk menyelesaikan segala backlog. Hari tu aku memang agak sibuk hingga tak sempat nak makan minum. Kanan kiri pun tak toleh. Rasanya macam aku fokus habis dekat kerja hari tu.

Balik kerja pula, Encik suami suruh goreng cempedak. Lepas tu aku bercadang nak siapkan makan malam sebab tak terfikir untuk keluar ke mana-mana.

Bila tengok aku kelam kabut nak masak, Encik suami pun kata, "Eh tak payah masak Yang. Kejab lagi kita nak keluar!" 

"Nak ke mana?" tanya aku yang serta merta menghentikan aktiviti memasak.

"Tak tahulah. Kita ikut Ajib nanti!" kata dia.

Ajib merupakan kawan sekampung Encik suami. Mereka membesar bersama dan sangat akrab. Keakraban mereka masih lagi kekal hingga ke hari ini.

Malahan aku juga berkawan baik dengan isteri Ajib (yang aku panggil Ujie) dan amat menyanyangi anak mereka, Iman seperti anak aku sendiri.

Perjalanan malam tu terasa sangat jauh sebab jalan terlalu sesak! Kebanyakan kereta aku lihat menuju ke Shah Alam. Tak pasti ke mana arah mereka, sama ada ke i-City atau ke ceramah Ustaz Azhar Idrus.

Tapi kereta memang tak bergerak langsung terutama mereka yang datang dari arah Kuala Lumpur menuju ke Shah Alam. Rasa kalau nak minum teh tarik dengan makan roti canai dulu pun boleh!

Disebabkan jalan yang terlalu sesak, Ajib mengajak kami ke fun fair yang terletak bersebelahan dengan Stadium Melawati, Shah Alam.

Frankly speaking, aku tak pernah menjejakkan kaki ke mana-mana fun fair seumur hidup aku. Mak dan Abah cukup tegas dengan pendirian mereka mengenai fun fair.

Tapi disebabkan aku ikut orang, kaki ni terpaksa menurut aje walaupun hati memberontak tak mahu pergi. Aku habis dekat RM20 dan Afif hanya dapat main 4 jenis games aje! Cekik darah sungguh!

Rasanya itu mungkin yang pertama dan terakhir sebab Afif takut dengan suasana fun fair! Especially bila dia dengar jeritan "hantu" di rumah hantu tak jauh dari tempat dia bermain.


Bila tengok anak-anak tak selesa dengan keadaan, aku ajak Encik suami balik. Lagipun aku takut Afif bangun lambat sebab dia kena menghadiri Hari Suai Kenal.

Kami sampai rumah dekat pukul 2 pagi sebab jalan terlalu sesak walaupun Pak Polis setia mengawal lalu lintas. Sampai rumah terasa letih betul, terus cari bantal.

Sekarang ni pun aku terasa letih sungguh dan berhasrat nak cari bantal! Hehe! Esok aje lah kita sambung cerita Hari Suai Kenal Afif, okay?

Tunngggguuu! (^_^)

0 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...